Terkini Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Ptptn Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020


KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam bagi tempoh tiga bulan lagi mulai 1 Okt sehingga 31 Dis 2020.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata penangguhan itu melibatkan anggaran jumlah bayaran balik sebanyak RM375 juta, dan dengan ini jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik adalah sebanyak RM1.13 bilion.
“PTPTN juga membantu mengurangkan bebanan atau komitmen bayaran balik pinjaman dengan sentiasa terbuka untuk membuat rundingan bagi menstruktur semula bayaran balik pinjaman sehingga umur 60 tahun dan menangguh balik bayaran pinjaman sehingga maksima 24 bulan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Dalam satu kenyataan berasingan mengenai isu sama, Noraini berkata semua peminjam PTPTN akan diberikan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan sebagaimana pelaksanaan penangguhan sebelum ini.
Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya terdapat peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman, mereka boleh berbuat demikian melalui saluran bayaran balik secara dalam talian yang telah disediakan.
Sementara itu, Noraini berkata kerajaan turut berpandangan pelaksanaan kaedah bayaran balik berdasarkan pendapatan belum sesuai untuk dilaksanakan dengan mengambil kira jumlah bayaran balik berbanding jumlah pinjaman yang masih belum berbayar.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) yang bangun mencelah ketika penggulungan itu yang ingin tahu sama ada kerajaan akan meneruskan skim pembayaran balik PTPTN  selepas peminjam berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan.
Noraini berkata kaedah potongan gaji berjadual mengikut kadar ansuran bulanan yang sedia ada dikenal pasti sebagai satu kaedah lebih sesuai dilaksanakan bagi memastikan proses kutipan bayaran balik yang lebih mudah dan efisien.
“KPT mengambil kira situasi ekonomi dan kedudukan kewangan semasa. Bagaimanapun, kerajaan akan sentiasa mengenal pasti pendekatan terbaik bagi bayaran balik pinjaman yang tidak membebankan peminjam …tetapi dalam masa yang sama kita akan menjaga kepentingan PTPTN, kena seimbang,” katanya.

 
Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi
The post TERKINI: Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/08/04/terkini-penangguhan-bayaran-balik-pinjaman-ptptn-dilanjutkan-sehingga-31-disember-2020/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelanjutan Penangguhan Pinjaman Balik Ptptn 2020

Pelanjutan Penangguhan Pinjaman Balik Ptptn 2020

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 387 hits
Menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk tiga bulan lagi Pelanjutan Penangguhan Pinjaman Balik ...
Dr Noraini Kerajaan Setuju Lanjutkan Tempoh Penanguhan Bayaran Balik Pinjaman Ptptn

Dr Noraini Kerajaan Setuju Lanjutkan Tempoh Penanguhan Bayaran Balik Pinjaman Ptptn

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 345 hits
SHAH ALAM Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk tempoh tiga bulan lagi bermula 1 Oktober ini Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata penan...
Maksud B40 M40 T20 Terkini Mengikut Pengelasan Baharu Isi Rumah 2020

Maksud B40 M40 T20 Terkini Mengikut Pengelasan Baharu Isi Rumah 2020

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 2776 hits
Maksud B40 M40 T20 Terkini Ini Pengelasan Baharu Isi Rumah 2020 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Sejak PKP haritu sehinggalah pengumuman bantuan khas kerajaan bantuan prihatin nasional bantuan sara hidup makin ramai yang ambil ta...
Bayaran Bsh Fasa 3 Mulai 24 Julai 2020

Bayaran Bsh Fasa 3 Mulai 24 Julai 2020

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 654 hits
Bayaran BSH Fasa 3 Mulai 24 Julai 2020 Bayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 3 mulai dibayar pada 24 Julai 2020 ini Bayaran tersebut adalah secara berperingkat Maklumlah sorang dah dapat bayaran ingatkan semua dapat sama Bayaran dilakukan secara ...
Masih Tiada Larangan Merentas Negeri Pengumuman Terkini Pkp 27 Julai 2020

Masih Tiada Larangan Merentas Negeri Pengumuman Terkini Pkp 27 Julai 2020

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 650 hits
Sarawak dibenar menghadkan pergerakan perjalanan antara zon atau bahagian mulai 1 Ogos hingga 14 Ogos 2020 Kerajaan semak semula SOP Aidiladha dan ibadah korban setelah mengambil kira risiko penularan semula COVID 19 Kerajaan memutuskan men...
Moratorium Kepada Peminjam Ptptn Sehingga Disember Menteri Kpt

Moratorium Kepada Peminjam Ptptn Sehingga Disember Menteri Kpt

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 613 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh moratorium kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sehingga Disember Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad berkata penangguhan ini akan melibatkan anggaran jumla...
Najib Menarik Balik Permohonan Semakan Berkaitan Penangguhan Perbicaraan Kes Src

Najib Menarik Balik Permohonan Semakan Berkaitan Penangguhan Perbicaraan Kes Src

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 367 hits
PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menarik balik permohonan semakannya terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengenepikan perintah untuk menangguhkan perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd Peguam Naji...
Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

Hantu Penat Dah Lari Ikut Kawan Kawan Dia Kat Taman Bunga

The Profound Benefits Of Reading Books

Mindef Menanti Siasatan Terhadap Kes Rasuah Pegawai Ketenteraan Kanan

Kekuatan Nilai Dan Kebijaksanaan Dalam Kehidupan Dewasa

Titik Karbon Hijau Revolusi Nanoteknologi Lestari Berpotensi Dalam Rawatan Terapi Kanser

Kerajaan Perlis Pimpinan Shukri Ramli Tumbang

Strong Earthquake Hits Papua New Guinea


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lunch Santai Di A Decade Alamanda Putrajaya

Keagungan Seni Kayu Patung Hidup Sumo Oleh Yasumuto Kamehachi

Fahamkan Separuh Masa Memahami Konsep Dan Kepentingannya Dalam Pengurusan Masa

Exchanger Berlesen Malaysia Kenapa Lesen Audit Penting Dalam Pelaburan Crypto

Hampir Makan Diri Pemain Bola Sepak Zambia Nyaris Patah Leher Rai Jaringan

Kelantan Guru Bujang Didakwa 11 Pertuduhan Luar Tabii Sentuh 9 Murid Lelaki