Apa Jadi Jika Muhyiddin Gagal Singkir Speaker Parlimen



Oleh: Hasan Karim
ULASAN: Cakap-cakap bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyuddin Yassin akan membentangkan usul untuk menggantikan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan Timbalan Speaker YB Nga Kor Ming bukan cakap-cakap kosong.
2. Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya menerima melalui PosLaju pada hari ini 8hb Julai 2020 (5 hari sebelum sidang Dewan Rakyat bermula) sebuah dokumen Parlimen Malaysia setebal 350 muka surat berkenaan Aturan Urusan Mesyuarat bermula dari 13 Julai 2020 hingga 27 Ogos 2020. Dokumen ini bukan dokumen rahsia dan tiada peraturan “embargo” dikenakan, maka saya ingin berkongsi maklumat dengan para pembaca di luar sana supaya anda semua tahu apa yang akan berlaku di dalam Dewan Mesyuarat Parlimen.
3. Usul untuk menggantikan Tan Sri Mohamad Arif merupakan Usul No. 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul pada 13 Julai 2020. Usul itu berbunyi: “Perdana Menteri akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan rakyat ini mengambil ketetapan untuk Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof mengosongkan jawatannya atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan Tuan Yang di-Pertua.”
4. Usul No. 2 tersebut diikuti dengan Usul No. 3 dari Perdana Menteri yang mohon mencadangkan Datuk Azhar bin Azizan @ Harun dipilih menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
5. Usul No. 4 pula bertujuan untuk mengenepikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, YB Nga Kor Ming. Manakala usul No. 5 untuk mencadangkan Dato’ Sri Azalina Binti Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang sebagai Timbalan Speaker. Kedua-dua usul ini, No. 4 dan No. 5 juga dibentangkan oleh Perdana Menteri.
6. Bagaimana jika usul No. 2 itu ditolak oleh Dewan Rakyat atau keempat-empat usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri itu mengalamai kekalahan? Jika Perdana Menteri kalah bermakna Kerajaan Perikatan Nasional pimpinannya juga kalah. Adakah Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan jika kesemua usul yang beliau bentangkan itu atau salah satu daripadanya ditolak oleh Dewan Rakyat?
7. Tidak ada peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan atau amalan bersifat konvensi yang menuntut Perdana Menteri meletakkan jawatan. Muhyiddin Yassin akan berasa kecundang dan Kerajaan PN akan menerima tamparan dari blok pembangkang jika usul-usul mengenepikan Speaker dan Timbalan Speaker berkesudahan dengan kekalahan. Tetapi dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berani membentangkan usul-usul tersebut memberi isyarat awal bahawa kerajaan PN pimpinannya padu dan kukuh dan beliau sebagai Perdana Menteri mempunyai cukup bilangan ahli Parlimen yang menyokong kerajaan pimpinannya.
8. Ujian yang dihadapi oleh Muhyiddin Yassin pada 13 Julai ini besar. Pakatan Harapan Plus walau pun nampak ada masalah dalaman sesamanya tetapi dalam soal menghadapi Usul mengenepikan Speaker, Mohamad Ariff dan Timbalan Speaker, YB Nga Kor Ming yang dibawa oleh Perdana Menteri, mereka bersatu dan akan memberi tentangan yang hebat di Parlimen nanti pada 13 Julai ini.
9. Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu merajuk dan patah hati jika usul-usulnya itu nanti menghadapi kekalahan. Beliau boleh merujuk sejarah. Pada tahun lepas 2019 usul dari Kerajaan Pakataan Harapan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan juga menghadapi kekalahan apabila gagal mendapat kelulusan dua pertiga Dewan Rakyat kerana mendapat tentangan dari blok pembangkang ketika itu. Tun Dr Mahathir tidak meletak jawatan kerana kekalahan itu dan tidak juga pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen.
10. Muhyiddin Yassin pun perlu berbuat hal yang sama iaitu terus mentadbir negara jika usul-usulnya itu tewas di Parlimen. Malu sedikit tidak apalah kerana reputasinya sebagai Perdana Menteri Kerajaan PN tercalar. Tetapi Muhyiddin Yassin tidak perlu sampai terpaksa menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke-15 yang mengejut kerana terkejut. Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan mempunyai kuasa untuk tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen. Perdana Menteri tentu tahu hal ini dan beliau tentu akan berhati-hati.
11. Secara peribadi, saya selaku Ahli Parlimen dari PH dan Parti Keadilan Rakyat pernah menyuarakan tuntutan terbuka supaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sekira usulnya mengenepikan Speaker Mohamad Ariff menemui kegagalan. Tetapi siapalah saya untuk mendesak tuntutan sedemikian terhadap Perdana Menteri memandangkan usul-usul mengenepikan Speaker dan Timbalan Speaker, Mohamad Ariff dan Nga Kor Ming bukanlah usul yang bersifat kewangan seperti Belanjawan Tahunan Negara yang menuntut Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya meletakkan jawatan sekiranya usul berkenaan Belanjawan Negara itu kalah di Parlimen.
12. Tetapi bagaimana jika Usul-usul Perdana Menteri itu beroleh kemenangan dan Speaker serta Timbalan Speaker yang ada sekarang berjaya diketepikan melalui proses pengundian yang telus dan adil di Parlimen? Ini tentu satu suntikan semangat yang kuat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN pimpinannya. Dan ia merupakan satu tamparan hebat kepada blok pembangkang PH Plus.
13. Tetapi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak berada dalam keadaan selesa pada 13 Julai nanti. Kerana di dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada tarikh tersebut terdapat satu usul No. 27 yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Langkawi yang akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini memberi kebenaran kepada Yang Berhormat bagi kawasan Langkawi untuk mencadangkan suatu usul iaitu menurut Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3), dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli yang Berhormat Dewan Rakyat.”
Persoalan berkenaan prosedur ialah adakah pada 13 Julai nanti usul No. 27 yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir sempat dibentangkan dan dibahas serta diputuskan dengan undi atau terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain?
Sama-samalah kita ikuti perkembangaan menarik di Parlimen nanti.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28657

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parlimen Terpaksa Bubar Jika Usul Muhyiddin Tukar Speaker Timb Speaker Gagal

Parlimen Terpaksa Bubar Jika Usul Muhyiddin Tukar Speaker Timb Speaker Gagal

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 349 hits
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata sekiranya usul Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menggantikan speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat esok gagal parlimen terpaksa dibubarkan Asyraf berkata demikian merujuk kepada empat ...
Speaker Tersingkir Nak Teruskan Lagi Undi Singkir Muhyiddin

Speaker Tersingkir Nak Teruskan Lagi Undi Singkir Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 215 hits
Pembangkang ada ahti nak teruskan lagi ker dengan usul undi tak percaya pada muhyiddin Ni pun dah jelas sokongan memihak kepada kerajaan Tetapi sokongan terhadap muhyiddin hanya 111 MP Maknanya situasi sama dengan pembangkang 111 Salah sora...
Pertama Dalam Sejarah Pm Serah Usul Singkir Speaker Ariff Timbalan Nga

Pertama Dalam Sejarah Pm Serah Usul Singkir Speaker Ariff Timbalan Nga

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 501 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengemukakan usul untuk menggantikan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof dan timbalannya Nga Kor Ming Seorang lagi timbalan speaker Ahli Parlimen Batu Pahat Rashid Hasnon kelihatan tidak terj...
Speaker Tolak Hudud Beranikah Pas Bentang Ruu 355 Di Parlimen

Speaker Tolak Hudud Beranikah Pas Bentang Ruu 355 Di Parlimen

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 321 hits
Perlantikan Azhar Harun yang sering mengkritik perundangan syarikah yang ingin diperkenalkan Pas menimbulkan tanda tanya apakah Pas berani mengusulkan Rang Undang undang 355 selepas ini atau RUU itu akan menjadi bahan sejarah Ketua Pemuda A...
Isyarat Jelas Bubar Parlimen Sokongan Tukar Speaker Mendukacita

Isyarat Jelas Bubar Parlimen Sokongan Tukar Speaker Mendukacita

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 327 hits
Pertukaran speaker Dewan Rakyat memberi isyarat jelas bahawa pilihan raya umum mengejut mungkin akan diadakan dalam masa terdekat Ia isyarat jelas daripada kerajaan Perikatan Nasonal pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Keputusan ini a...
Speaker Parlimen Wajar Melepaskan Jawatan Dengan Penuh Hormat

Speaker Parlimen Wajar Melepaskan Jawatan Dengan Penuh Hormat

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 304 hits
YB Tan Sri Datuk Mohamad Arif Md Yusof merupakan Pengerusi Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia Atau dalam perjawatannya dipanggil Yang Dipertua Dewan Rakyat Atau bahasa mudahnya Speaker Dewan Rakyat Yang di Pertua Dewan Rakyat ialah pengerusi...
Singkir Speaker Tidak Pernah Terjadi Dalam 800 Tahun Sejarah Demokrasi

Singkir Speaker Tidak Pernah Terjadi Dalam 800 Tahun Sejarah Demokrasi

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 256 hits
Malaysia mencatat sejarah gemilang hari ini apabila menyingkirkan Speaker yang tidak pernah berlaku dalam 800 tahun sejarah demokrasi berparlimen Bekas Speaker Mohamad Ariff Md Yusof menyifatkan tindakan kerajaan Perikatan Nasional menyingk...
Lantik Speaker Baharu Cacat Langgar Peraturan Parlimen

Lantik Speaker Baharu Cacat Langgar Peraturan Parlimen

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 219 hits
Hanipa Maidin Meskipun wujudnya usul bagi mengosongkan jawatan Timbalan Speaker lantikan Pakatan Harapan yang dibawa oleh YAB PM Gomen Tebuk Atap ianya telah ditarik balik apabila mantan Timbalan Speaker tersebut memilih untuk meletak jawat...
Ummah Buat Laporan Polis Th Gagal Kemukakan Laporan Kewangan 2018 2019 Ke Parlimen

Ummah Buat Laporan Polis Th Gagal Kemukakan Laporan Kewangan 2018 2019 Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 242 hits
1 Gerakan Pembela Ummah UMMAH akan membuat satu laporan polis berkaitan satu pendedahan di Parlimen oleh YB Ahmad Mazlan bahawa pengurusan TH gagal mengemukakan dan membentang laporan kewangan tahunan bagi 2018 dan 2019 kepada Parlimen 2 Ad...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya