Sidangparlimen Azalina Rashid Tegas Kendali Perbahasan Tegur Sikap Ahli Parlimen



Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan ketegasan dua Timbalan Yang Dipertua dalam mengendalikan suasana hangat 'pertikaman lidah' Ahli Parlimen ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Mohd Rashid Hasnon ketika mengendalikan sidang sebelah petang itu tenang tetapi tegas dalam membuat keputusan, menyebabkan Ahli Parlimen baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang, akur dengan keputusan yang dibuat.

Sesi petang hari ketiga persidangan dewan panas ketika apabila Lim Guan Eng (PH-Bagan) membahaskan usul itu apabila beberapa Ahli Parlimen, antaranya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak); Khalid Samad (PH-Shah Alam) dan RSN Rayer (PH-Jelutong) bangun untuk mencelah.

Lontaran perkataan yang dianggap melanggar peraturan dewan seperti 'bodoh' dan 'perangai buruk' menyebabkan beberapa Ahli Parlimen bangun mengemukakan peraturan mesyuarat.

Kekecohan melibatkan penggunaan ayat yang mencetuskan provokasi segelintir Ahli Parlimen yang kemudiannya mengemukakan peraturan 36(6) di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang merujuk 'seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain.'

Ketika itu Azalina bertegas meminta Ahli Dewan Rakyat menghormati setiap keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua dewan, setelah beberapa kali meminta Ahli Parlimen yang bangun dan bercakap secara serentak itu duduk dan meminta Lim meneruskan ucapannya.

Azalina berkata bahawa frasa 'sangkaan jahat' yang termaktub dalam peraturan mesyuarat itu bersifat umum dan luas serta memerlukan perincian khusus bagi menyelesaikan isu yang berbangkit.

"Kita mesti ada satu keperincian. Nanti kita tengok macam mana kita nak selesaikan. Ayat (sangkaan jahat) ini agak luas. Saya minta biarlah pada hari esok kami nak bermesyuarat. Boleh tak semua bersabar?

"Jangan gunakan ayat-ayat yang provokasi..esok pukul 10 saya harap Speaker akan buat kenyataan," kata Azalina.

Ketegasan Azalina itu diteruskan oleh Mohd Rashid ketika mengendalikan sesi seterusnya apabila memberi amaran kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) berterusan mencelah perbahasan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (PH-Parit Buntar) mengenai Lembaga Tabung Haji.

Mohd Rashid yang meminta Abdul Azeez untuk duduk dan memberi laluan kepada Mujahid untuk meneruskan perbahasannya, memberi amaran kepada Ahli Parlimen Baling itu selepas berterusan mengasak.

"Baling, Baling, you will have your time Baling. Is it not clear what I said (Anda akan mendapat peluang nanti. Adakah tidak jelas apa yang saya katakan?) Sekali lagi, jaga," tegas Rashid yang beberapa kali memberi peringatan kepada Abdul Azeez.

-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/07/sidangparlimen-azalina-rashid-tegas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Tunjuk Sikap Matang Dalam Dewan Walau Diejek Ahli Parlimen Veteran

Syed Saddiq Tunjuk Sikap Matang Dalam Dewan Walau Diejek Ahli Parlimen Veteran

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 765 hits
Sejak semalam Sidang Dewan Rakyat menjadi fokus utama rakyat dalam melihat pimpinan di bawah kerajaan baru selepas selama beberapa bulan terpaksa ditangguhkan akibat penyebaran wabak Covid 19 Sidang Dewan Rakyat bagaimanapun bersambung hari...
Ahli Parlimen Pn Bantah Hasrat Zuraida Laksana Pilihan Raya Pbt

Ahli Parlimen Pn Bantah Hasrat Zuraida Laksana Pilihan Raya Pbt

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 601 hits
Beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional membantah hasrat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan Noh Omar kecewa dengan kenyataan Zuraida yang Selangor dan Pulau Pinang akan m...
Ahli Parlimen Pelbagai Kategori

Ahli Parlimen Pelbagai Kategori

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 420 hits
Ahli Parlimen pelbagai kategoriOleh July 15 2020Kredit Muhamad Bazil1 Ahli Parlimen ini sebenarnya ada pelbagai status dan hirerkinya Biasanya ia dilihat berdasarkan jawatan dalam parti politik yang mereka sertai Kadang kadang berdasarkan t...
Ahli Parlimen Cadang Tubuh Rci Siasat Dakwaan Salah Laku Th

Ahli Parlimen Cadang Tubuh Rci Siasat Dakwaan Salah Laku Th

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 447 hits
July 14 2020 11 43 PMAnwar Ibrahim meminta perdana menteri mempertimbangkan cadangan mewujudkan RCI untuk menyiasat dakwaan salah laku pengurusan lama Lembaga Tabung Haji KUALA LUMPUR Beberapa ahli Parlimen mencadangkan Suruhanjaya Siasatan...
Ahli Parlimen Gagal Hormat Bahasa Melayu Ketika Berbahas

Ahli Parlimen Gagal Hormat Bahasa Melayu Ketika Berbahas

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 335 hits
KUALA LUMPUR Angkatan Belia Islam Malaysia melahirkan kekecewaan dan menyelar sikap segelintir ahli Parlimen yang gagal untuk memartabatkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi persidangan Presidennya Muhammad...
Ahli Parlimen Perangai Macam Budak Budak Tak Kira Kerajaan Atau Pemb4ngkang Sekali Bront Palare S0und

Ahli Parlimen Perangai Macam Budak Budak Tak Kira Kerajaan Atau Pemb4ngkang Sekali Bront Palare S0und

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 773 hits
Bermulanya sidang parlimen beberapa hari lalu seperti dijangka gelagat Ahli Parlimen tidak kira dari blok kerajaan atau pemb4ngkang kadang kala seperti budak budak Ahli Parlimen seharusnya menjaga etika tidak bertik4m lidah dengan mengucapk...
Ahli Parlimen Baling Pertahan Diri Isu Tabung Haji

Ahli Parlimen Baling Pertahan Diri Isu Tabung Haji

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 443 hits
Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menggunakan peluangnya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini menjelaskan dakwaan berhubung isu penyelewengan dan kontroversi yang melanda Tabung Haji ketika di bawah pengurusan...
Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim Cabar Dr Mahathir

Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim Cabar Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 691 hits
Kata saya penyamun tapi kenapa tidak dituduh Azeez cabar Dr M Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim hari ini membidas Dr Mahathir Mohamad kerana mendakwa beliau mencuri dana Tabung Haji tetapi tidak pernah didakwa ketika pemerintahan keraj...
Ahli Parlimen Janganlah Perangai Macam Budak Baru Sekolah

Ahli Parlimen Janganlah Perangai Macam Budak Baru Sekolah

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 465 hits
KOTA BHARU Wakil wakil rakyat yang berdebat di Parlimen seharusnya menunjukkan rasa hormat pada Dewan Rakyat selain berhujah dengan lebih matang terutamanya melibatkan isu rakyat
4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Rayhana Oo Rayhana

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah