Servis Cuci Mesin Basuh Lama Jadi Baru
Cerita ni untuk pengguna mesin basuh lama tapi boleh juga jadikan peringatan untuk yang baru beli dan guna mesin basuh. Aku pun tak ada siapa pesan kalau tak sebab terbaca artikel pasal mesin basuh ni. Kalau yang duduk dengan family tu lagi la tak ambil tahu kan sampai la duduk berdikari sendiri. Kalau duduk rumah sewa pun aku tak rasa semua orang cakna benda macam ni. Yang tahu bila rosak beli baru kan? Hahahahh
Okay ini cerita mesin basuh aku. Dah dekat 7 tahun penggunaan dan lepas dah guna beberapa tahun baru aku tau yang mesin basuh kena rajin buat “tub cleaning”. Kebiasaan aku cuci filter je itu pun aku rasa tak semua orang tau kan? Hahahah Notes : ni sebenar post lama yang dah lama dalam draft aku. Baru ada masa nak publish. Kalau nak ikutkan usia mesin ni nak masuk 9 tahun dan bermaksud dah dekat 2 tahun aku peram draft post ni. hahahhahahha..
Ni gambar sebelum di cuci. Servis cuci mesin basuh ni memang akan keluarkan seketul drum ni dan tengok lah dunia betapa kotor nya drum ni. Ini kira hasil 7 tahun perkhidmatan mesin basuh ni. Boleh bayang tak korang cuci baju tu sebenar nya cuci betul ke tidak. Kalau kekadang lepas cuci ada bau hapak tu kena rajinkan la buat tub cleaning atau buat deep service macam ni. Cuci semua.
Orang yang aku panggil cuci ni tengok la sangat teliti dan buka semua part. Dia cuci semua weh dan lepas tengok dia cuci ni aku rasa puas hati gila. Tengok la hasil selepas di cuci ni. Bersih berkilat macam baru. Agak nya boleh tahan berapa tahun lagi mesin ni? hehhehe Jimat kan.
Aku share sekali no untuk servis mesin basuh ni - Ajeeb 0123630883
semoga membantu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.athirahassin.com/2020/09/cerita-ni-untuk-pengguna-mesin-basuh.html