Tahniah Tateh Kekal Utuh Selepas 10 Tahun Sediakan Yang Terbaik Buat Ibu Anak
Sebagai mama papa, sudah tentulah kita akan menyediakan hanya yang terbaik untuk si manja tersayang. Bukan sahaja mengisi tangki emosi mereka, bahkan keperluan juga haruslah yang berkualiti. Untuk mendapatkan segala barangan yang terbaik, sudah tentu kita akan memilih tempat yang diyakini untuk membeli-belah.
Kalau dah bergelar mama papa, mustahil untuk tidak mengenali butik kelengkapan ibu dan bayi ini. Jenama Tateh sudah cukup kuat dan utuh dalam menyediakan hanya yang terbaik buat si ibu mahupun bayi atau anak mereka. Tateh kini beroperasi di lebih 13 cawangan dan mempunyai keahlian Sahabat Tateh melebihi 50,000 orang. Tahun 2022 ini menandakan tahun ke-10 Butik Tateh telah beroperasi sebagai peruncit barangan keperluan ibu dan bayi di Malaysia.
Idea penubuhan Butik Tateh ini tercetus melalui pengalaman Pengarah Urusan Tateh, Puan Siti Shafurah Binti Abas yang kecewa apabila tidak mendapat informasi tentang produk ketika membeli barangan untuk anaknya sendiri. Beliau nekad untuk mewujudkan satu butik barangan ibu dan bayi yang bukan sekadar menjual, tetapi turut memberikan informasi dan konsultasi kepada mama papa untuk memudahkan urusan mereka dalam membesarkan anak kecil.
Nilai teras “Care, Comfort and Trust” sentiasa ditanam dan diaplikasi dalam kalangan semua warga Tateh sejak dari mula permulaan penubuhan Tateh sehinggalah ke hari ini. Bersempena dengan 10 tahun penubuhannya, Tateh ingin menghargai dan mengangkat martabat para ibu dengan melancarkan program yang istimewa di Majlis Pelancaran Ulangtahun ke-10 Butik Tateh dan Pelancaran Program Ibu Aspirasi Tateh (IAT) yang telah berlangsung di MardhiyyahHotel & Suites di Shah Alam pada 22 Mac 2022 yang lalu.
Program Ibu Aspirasi Tateh ini berobjektif untuk mengenalpasti dan memberi penghargaan kepada ibu yang terpilih atas semangat juang dan contoh baik yang mereka berikan, seterusnya mampu menginspirasikan para ibu yang turut berjuang menghadapai pelbagai ujian seumpamanya, terutamanya ketika fasa pemulihan ekonomi pasca pandemik ini. Pelbagai program telah diatur dari April sehingga ke Oktober tahun ini dengan kerjasama pelbagai platform media dan beberapa lagi syarikat tempatan.
Kemuncak program ini ialah suatu majlis gala di mana seorang pemenang anugerah Ibu Aspirasi Tateh yang dipilih oleh juri awam dan profesional akan menerima hadiah wang tunai RM10,000.00. Lima finalis yang lain juga akan menerima hadiah wang tunai RM1000.00 setiap seorang. Pemenang dan finalis juga turut akan menerima hadiah-hadiah yang ditaja oleh beberapa penaja utama program ini.
Butik Tateh ialah francaisor yang berdaftar dan sentiasa membuka ruang untuk usahawan baru untuk menjalankan bisnes butik keperluan ibu dan bayi di bawah jenama Tateh. Tateh akan terus berusaha untuk mencapai sasaran pelan perkembangan mereka untuk mencapai sekurang-kurangnya 40 cawangan di seluruh Malaysia dalam masa lima tahun akan datang.
The post Tahniah! Tateh Kekal Utuh Selepas 10 Tahun, Sediakan Yang Terbaik Buat Ibu & Anak appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tahniah-tateh-kekal-utuh-selepas-10-tahun-sediakan-yang-terbaik-buat-ibu-anak/