Ayu Damit Bantu Dalam Diam



MINAT mendalam terhadap bidang perniagaan menjadikan penyanyi Ayu Damit bukan saja berjaya dalam tanaman cili diusahakan dan pembukaan kedai makan, tapi juga jualan makanan yang baru diusahakan.
Terbaharu Ayu menjual kek pisang di mana ia sesuatu yang tidak pernah dirancang.
Menurut Ayu, 32, atau nama sebenarnya, Norayu Damit, perkara itu tercetus apabila suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin teringin makan kek pisang hasil air tangannya sendiri.
"Pada awalnya, suami yang teringin nak makan kek pisang. Jadi saya fikir mengapa tak buat buat sendiri dan mula cari cara penyediaannya menerusi Google dan YouTube.
"Saya cuba buat dan kebetulan ada rakannya datang rumah. Kemudian saya pelawa mereka untuk sama-sama rasa. Dari situ mereka memberi cadangkan untuk saya jual sebab katanya sedap. Keesokannya harinya, saya cuba buat lagi untuk tambah baik resipi," katanya.
Ayu yang baru muncul dengan single Permata berkata, maklum balas positif yang diterima secara tak langsung membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk menjadikan pembuatan kek pisang sebagai perniagaan baharu.
Menariknya, bisnes yang dimulakan sejak sebulan lalu itu sudah terjual hampir 200 biji.
"Saya jual sebiji RM25 dengan anggaran berat satu kilogram. Saya mula bisnes ini lebih sebulan lalu dan sehingga kini, ia sudah terjual hampir 200 biji kek.
"Paling banyak saya boleh buat dalam 20 biji sehari, bergantung kepada berapa orang yang tempah. Setakat ini semuanya berjalan dengan baik, cuma saya berehat beberapa hari sebelum ini kerana kematian bapa.
"Boleh dikatakan ini bisnes baru, apatah lagi dengan situasi semasa pun aktiviti seni agak terbatas. Jadi mengapa tidak untuk saya usaha dengan ikhtiar ini untuk tambah rezeki," katanya.
Berkongsi lanjut, Ayu berkata itu adalah bisnes kelima yang diusahakan dari rumah selain masih memberi fokus kepada kerjaya nyanyian.
"Kalau nak diikutkan, ini bisnes kelima yang saya usahakan dari rumah selepas cili jeruk, bahulu, rojak dan kerepek pisang.
"Tapi setiap menu yang saya buat tidaklah untuk buat bisnes atau apa. Sebab saya lebih suka cuba dan kongsikan air tangan dengan kawan-kawan terlebih dulu. Saya tanya pandangan mereka dan sebagainya sebab saya faham, cita rasa orang berbeza-beza.
"Kemudian, barulah saya fikir untuk buat langkah seterusnya. Mudah-mudahkan bisnes ini berpanjanganlah, insya-Allah," katanya.
Ditanya sama ada dia turut terbabit dalam membantu golongan memerlukan sepanjang fasa pandemik, Ayu lebih selesa untuk tidak terlalu bercerita.
"Saya dan suami memilih untuk tidak berkongsi mengenai perkara ini. Adalah bantu tapi biarlah kami sahaja yang tahu. Bagi saya, bukan semua kita perlu kongsikan di media sosial. Sebab bimbang kalau kongsi berlebih-lebih, nanti disalah erti. Jadi lebih baik buat secara senyap saja.
"Ada yang hantar mesej secara peribadi di media sosial dan ada yang kita terus bantu kalau nampak di depan mata. Malah ada juga yang tanya sama ada saya boleh boleh beli barang atau produk yang mereka jual. Jadi saya sokong dengan cara membelinya.
"Sekurang-kurangnya saya cuba beri semangat pada pada mereka yang ikhtiar kembangkan kemahiran melalui berniaga misalnya demi kelangsungan hidup," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/07/ayu-damit-bantu-dalam-diam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Otak Lebai Bah 1 Bukan Kerajaan Gagal Sebaliknya Rakyatlah Yang Gagal Bantu Kerajaan Kata Pas

Otak Lebai Bah 1 Bukan Kerajaan Gagal Sebaliknya Rakyatlah Yang Gagal Bantu Kerajaan Kata Pas

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 275 hits
The text is taken from here Also reported here https negaramerdeka com bukan kerajaan sebaliknya rakyatlah yang gagal bantu kerajaan muslimat pas Cukup cukuplah menuding jari kepada kerajaan seolah olah kerajan gagal tetapi pada masa yang s...
Salahkah Ayah Yb Bantu Anak Berniaga

Salahkah Ayah Yb Bantu Anak Berniaga

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 319 hits
ZAMIR GHAZALIKecoh dalam kalangan rakyat Terengganu Dan bertebaran surah di whatspps akan perihal seorang YB Exco Pelancongan yang disiasat SPRM kes pelbagai tuntutan palsu bernilai RM1 65juta Saya tidak pasti sama ada ia punya kaitan denga...
Hiburan Trofi Ffm25 Berjaya Dijual Dengan Harga Rm10k Syafie Naswip Syukur Dapat Bantu Lebih Ramai Insan

Hiburan Trofi Ffm25 Berjaya Dijual Dengan Harga Rm10k Syafie Naswip Syukur Dapat Bantu Lebih Ramai Insan

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 316 hits
Pelakon berbakat Syafie Naswip dilaporkan telah berjaya menjual trofi kemenangan yang diperolehnya ketika Festival Filem Malaysia ke 25 kepada seorang pemuda yang dikenali sebagai Abam Peah dengan nilai RM10 000 BACA AdvertisementJelas Syaf...
5796 Program Infaq Rezeki Ppim Bantu 100 000 Golongan Terjejas Bernama Tv 16 07 2021

5796 Program Infaq Rezeki Ppim Bantu 100 000 Golongan Terjejas Bernama Tv 16 07 2021

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 395 hits
Kira kira 100 000 golongan memerlukan menerima kotak makanan menerusi Program Infaq Rezeki anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM bersama Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Program yang bermula sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergera...
Ini 8 Produk Pilihan Bantu Mama Hilangkan Stretch Mark Ketika Hamil

Ini 8 Produk Pilihan Bantu Mama Hilangkan Stretch Mark Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 357 hits
Tanda regangan atau stretch mark adalah masalah yang biasa terjadi dalam kalangan wanita Garis memanjang biasanya berwarna perang seakan akan berkedut dan ada kalanya kelihatan seperti satu garisan merekah membuatkan seseorang itu rasa kura...
Walikota Kediri Pakai Batman Untuk Bantu Warga Sedang Isoman

Walikota Kediri Pakai Batman Untuk Bantu Warga Sedang Isoman

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 261 hits
Wali Kota Kediri mengundang masyarakat kelompok alumni komunitas dan badan usaha untuk gotong royong dalam gerakan Batman demi meringankan beban warga yang sedang menjalani isolasi mandiri di rumah
Cosmoderm Vitamin E Dan Tea Tree Oil Bantu Kurangkan Parut Serta Bantu Mengurangkan Jerawat Dalam 3 Hari

Cosmoderm Vitamin E Dan Tea Tree Oil Bantu Kurangkan Parut Serta Bantu Mengurangkan Jerawat Dalam 3 Hari

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 295 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah syukur kerana masih diberi kesihatan yang baik Baik dari segi kesihatan dalaman mahupun luaran Selain mengamalkan amalan pemakanan yang berkhasiat jaga emosi dan sentiasa dekatkan diri dengan Maha pencipta Moho...
8 Anggota Bomba Bantu Pindah Lelaki 140kg

8 Anggota Bomba Bantu Pindah Lelaki 140kg

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 184 hits
8 anggota bomba bantu pindah lelaki 140kg Seorang pesakit obesiti seberat 140 kilogram terpaksa menggunakan bantuan lapan anggota bomba untuk mengangkat dan memindahkannya ke Hospital Melaka hari ini Semua anggota dari Balai Bomba dan Penye...
Hiburan Bantu 100 Pemandu Dan Rider Penghantar Makanan Pu Riz Kongsi Rezeki

Hiburan Bantu 100 Pemandu Dan Rider Penghantar Makanan Pu Riz Kongsi Rezeki

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 353 hits
Selebriti dan pendakwah terkenal PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail masih meneruskan misi bantuan apabila dia dilaporkan telah menyerahkan sumbangan kepada 100 pemandu dan juga rider penghantar makanan semalam Haris mema...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project

Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Kempen Double Treats Double Fortune Anjuran Elba Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl