Ayat Ruqyah Penawar Penyakit Sihir Ain Gangguan Makhluk Halus


Ayat Ruqyah – Penawar Penyakit, Sihir, ‘Ain  & Gangguan Makhluk Halus
Al-quran adalah merupakan kitab suci umat Islam. Terdapat banyak fadhilat dan kebaikan membaca serta mengamalkan ayat-ayat daripada Al-Quran dalam kehidupan seharian. Salah satu kegunaan ayat Al-Quran ialah sebagai penawar. 
Firman Allah SWT:
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Maksudnya :” Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”
Surah al-Isra’ :82 Ayat Al-Quran digunakan sebagai ayat Ruqyah untuk merawat penyakit, sihir, ‘ain, gangguan makhluk halus dan seumpamanya. 
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
Maksud Ruqyah ‘Ruqyah’ adalah kaedah merawat penyakit menggunakan ayat Al-Quran dan doa-doa sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ. 
Tujuan ruqyah adalah untuk menyembuhkan penyakit sama ada penyakit rohani mahupun jasmani, penyakit disebabkan sihir, gangguan makhluk halus, jin dan sebagainya. 
Terdapat beberapa kaedah ruqyah yang biasanya digunakan dalam rawatan, namun yang paling utama ialah ia hendaklah selari dengan syariat Islam. 
Sabda Nabi SAW:
اعْرِضُوا عَلَىَّ رُقَاكُمْ لاَ بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ
Maksudnya: “Bentangkan kepadaku ayat ruqyah kalian. Tidak mengapa untuk beruqyah selagi mana tidak ada syirik.”
Riwayat Muslim (5862) Ayat-ayat Ruqyah – Versi Panjang  1. Al-Fatihah (7x) 2. 5 Ayat Terawal Surah Al-Baqarah (1x) 3. Ayat Al-Kursi (3x) 4. 2 Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah (1x) 5. Ayat Daripada Surah Ali Imran (1x) Ayat 8, ayat 191, ayat 192 6. Ayat-Ayat daripada Surah Yunus (7x) Ayat 81 & 82
7. Ayat Daripada Surah Al-Ra‘du (7x) 8. 4 Ayat Terakhir Daripada Surah Al-Mu’minun (1x) 9. Ayat Daripada Surah Al-Nur (1x) 10. Ayat-Ayat Daripada Surah Al-Saaffat (1x) Ayat 6 – 9 11. Ayat Daripada Surah Al-Zumar (3x) 12. 4 Ayat Terakhir Surah Al-Hasyr (3x) 13. 2 Ayat Terakhir Surah Al-Qalam (3x) 14. Ayat Daripada Surah Al-Buruj (7x) 15. Surah Al-Ikhlas (11x) 16. Surah Al-Falaq (3x) 17. Surah al-Nas (3x) Ayat-ayat Ruqyah – Versi Pendek  1. Al-Fatihah (7x) 2. Ayat Al-Kursi (3x) 3. 2 Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah (1x) 4. Surah Al-Ikhlas (11x) 5. Surah Al-Falaq (3x) 6. Surah al-Nas (3x) Tambahan  Berikut pula ayat-ayat ruqyah versi lain yang anda boleh jadikan sebagai rujukan juga.
Syarat-syarat Ruqyah Berhasil 1. Niat
Pastikan niat anda betul. Niat untuk menyembuhkan segala gangguan/penyakit yang ada dalam diri menggunakan ayat-ayat al-quran kerana Allah SWT. 
2. Yakin
Bacalah ayat-ayat daripada Al Quran dengan yakin, jelas dan kuat semasa dalam proses meruqyah. Yakinlah bahawa Allah yang Maha Menyembuhkan. 
3. Konsisten
Seperti rawatan-rawatan lain, proses rawatan menggunakan ayat ruqyah juga perlulah konsisten. Amalkan bacaan yang diajarkan setiap hari dan setiap masa untuk hasil yang positif. 
Ruqyah-BookletMUAT TURUN Sumber:
https://quran.com/ – Imej potongan ayat quran https://muftins.gov.my/tareqat-tasauwuf/ayat-ayat-ruqyah-syariahpenuh/ https://muftins.gov.my/tareqat-tasauwuf/ayat-ayat-ruqyah-syariahringkas/ https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2503-al-kafi-775

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ayat-ruqyah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ayat-ruqyah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyakit Anemia Punca Gejala Dan Komplikasi

Penyakit Anemia Punca Gejala Dan Komplikasi

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 266 hits
Penyakit anemia berlaku ketika tubuh seseorang kekurangan sel darah merah atau hemoglobin Ini seterusnya mengakibatkan kekurangan oksigen dan boleh menjejaskan fungsi tubuh Bergantung kepada punca pesakit mungkin tunjukkan gejala berbeza Se...
Wanita Malaysia Mengalami Gangguan Dari Orang Asing Yang Menuntut Nombor Telefonnya

Wanita Malaysia Mengalami Gangguan Dari Orang Asing Yang Menuntut Nombor Telefonnya

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 185 hits
Dalam kejadian viral baru baru ini yang dikongsi oleh abang alii di Instagram satu insiden yang mengganggu berlaku melibatkan isterinya dan seorang lelaki yang tidak dikenali memperlihatkan cabaran yang dihadapi oleh wanita apabila didekati...
Penyakit Yang Berkaitan Dengan Cuaca Panas

Penyakit Yang Berkaitan Dengan Cuaca Panas

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 186 hits
Orang ramai disarankan untuk mengikuti tip kekal sihat pada musim panas seperti mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas dan menjaga pemakanan untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum Kredit KKM Expatgo The Star
Doa Nabi Ayub Memohon Kesembuhan Daripada Penyakit

Doa Nabi Ayub Memohon Kesembuhan Daripada Penyakit

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 391 hits
Doa Nabi Ayub Memohon Kesembuhan Daripada Penyakit Nabi Ayub adalah merupakan salah satu nabi yang termasuk dalam senarai 25 rasul yang wajib diketahui Kisah Nabi Ayub terkenal dengan kesabaran dan ketabahannya dalam menghadapi ujian yang A...
Kebas Kaki Sakit Normal Atau Tanda Penyakit Berkaitan Jantung

Kebas Kaki Sakit Normal Atau Tanda Penyakit Berkaitan Jantung

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 232 hits
Ramai orang yang duduk bersimpuh bersila atau baring terlalu lama boleh menyebabkan kebas kaki atau kesemutan Namun sejauh manakah rasa kebas yang dirasakan itu hanya sekadar gejala normal yang berlaku kerana tekanan pada bahagian tertentu ...
Satgas Damai Cartenz Pemilu 2024 Di Papua Aman Tanpa Gangguan Kkb

Satgas Damai Cartenz Pemilu 2024 Di Papua Aman Tanpa Gangguan Kkb

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 217 hits
Satgas Damai Cartenz melaporkan situasi Kamtibmas di 9 daerah operasi di Pemilu 2024 tidak ada gangguan gangguan dari Kelompok Kriminal Bersenjata
Psikologi Forensik Ya Tersangka Pembunuhan Dante Tak Ditemukan Punya Gangguan Jiwa

Psikologi Forensik Ya Tersangka Pembunuhan Dante Tak Ditemukan Punya Gangguan Jiwa

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 208 hits
Tersangka YA tidak terindikasi alami gangguan jiwa dan dapat bertanggung jawab atas kematian Dante
Kenali 4 Garam Garam Laut Garam Himalaya Garam Bukit Garam Halus

Kenali 4 Garam Garam Laut Garam Himalaya Garam Bukit Garam Halus

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 311 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Garam adalah sejenis komponen mineral yang mana komponen utamanya adalah natrium klorida Rasa garam adalah salah satu rasa asas manusia Persoalannya adakah garam lebih baik dari gula Jawapannya Ya tetapi ...
Hukum Menggambar Makhluk Bernyawa Dengan Bantuan Ai

Hukum Menggambar Makhluk Bernyawa Dengan Bantuan Ai

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 302 hits
Pertanyaan Apa hukum membuat gambar makhluk bernyawa dengan bantuan AI atau kecerdasan buatan Yaitu pengguna hanya memasukkan perintah perintah dan kata kata berupa deskripsi gambar diinginkan Kemudian komputer akan mengolah perintah terseb...
Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Legendary Malaysian Jazz Family The Solianos Performed At Hard Rock Hotel Desaru Coast For Jazz Blues Tribute Series

10 Essential Roles Of An Insurance Agent

Saifuddin Bidas Kenyataan Rafizi Pkr Wujud Disebabkan Insiden Terhadap Anwar

Resepi Talapia Masak Pedas Ala Thai

Hard Rock Cafe Genting Highlands Opens Its Doors On 30th April

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Court Of Appeal Must Decide On Io S Presence At Remand Hearings Says Ex Bar Chief

Trump Us Used Trade Pressure To Broker India Pakistan Ceasefire

Rm1m Fine Mandatory Jail Time Selangor To Toughen Water Pollution Law Empower Enforcers To Snare Culprits Quickly

Nasi Kerabu Lemak Bakar

Cikbunga Menunaikan Umrah

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda