Ayat Ayat Al Quran Yang Perlu Dijawab Di Dalam Dan Di Luar Solat



MUFTI....Di dalam al-Quran terdapat ayat-ayatnya menceritakan tentang rahmat Allah SWT dan juga yang menceritakan tentang azab-Nya. Apabila seseorang membaca ayat al-Quran berkaitan rahmat dan azab, maka disunatkan untuk dia membaca doa memohon rahmat kepada Allah SWT dan meminta perlindungan daripada Allah SWT daripada azab yang dibacanya tersebut.
Bahkan, begitu juga ayat-ayat yang lain, seperti jika sekiranya ayat tersebut menyuruhnya untuk bertasbih dan beristighfar, hendaklah dia bertasbih dan beristighfar. Manakala, jika ayat yang berkaitan misalan atau perumpamaan, maka hendaklah dia mentadabburnya. (Rujuk Fatwa Syar’iyyah Mua’sarah: 161)
Rasulullah SAW juga jika sekiranya membaca ayat berkaitan tasbih, doa dan ta’awwuz (memohon perlindungan), maka Rasulullah SAW sendiri menyebutkan tasbih, berdoa dan juga bertaa’wwuz. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Huzaifah RA, beliau menceritakan bahawa beliau mendirikan solat sunat bersama Nabi SAW pada suatu malam, dan beliau menyifatkan:
يَقْرَأْ مُتَرَسِّلًا – أَيْ مُتَأَنِّيًا - إِذَا مَضَي بِآيَةٍ فِيهَا تَسْبِيحٌ سَبَّحَ وَ إِذَا مَرَّ بِآيَةِ سُؤَالِ سَأَلَ وَ إِذَا مَرَّ بِتَعَوُّذٍ تَعَوَّذَ
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW membaca al-Quran secara perlahan-lahan memperhatikan maknanya. Jika sekiranya Baginda SAW membaca ayat al-Quran yang berkaitan tasbih, maka Baginda SAW pun bertasbih. Jika sekiranya Baginda SAW membaca ayat al-Quran yang memohon sesuatu, maka Baginda SAW pun berdoa memohon doa tersebut. Dan jika sekiranya Baginda SAW membaca satu ayat al-Quran yang memohon perlindungan daripada Allah SWT, maka Baginda SAW pun meminta perlindungan daripada Allah SWT.
Hadith riwayat Muslim: (772)


Begitu juga, dalam hadith yang diriwayatkan oleh ‘Auf Ibn Malik RA, bahawa beliau berkata:


قُمْتُ مَعَ النَبِيِّ صلّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّام لَيْلَةً فَقَامَ فَقَرَأَ سُورَةَ البَقَرَةِ وَ لَا يَمُرُّ بِآيَةِ رَحْمَةِ إِلَّا وَقَفَ وَ سَأَلَ وَ لَا يَمُرُّ بِآيَةِ عَذَابِ إِلَّا وَقَفَ وَ تَعَوَّذَ


Maksudnya: Aku telah mendirikan solat bersama dengan Nabi SAW pada suatu malam. Rasulullah SAW telah mendirikan solat dengan membaca surah al-Baqarah, dan Baginda SAW tidak membaca satu ayat yang berkaitan rahmat Allah SWT kecuali Baginda SAW berhenti dan berdoa. Begitu juga, Baginda SAW tidak membaca satu ayat yang berkaitan azab kecuali Baginda SAW berhenti dan memohon perlindungan daripada Allah SWT.
Hadith riwayat Abu Daud: (1/381) dan al-Nasaie: (2/223)


Di dalam kitab 'Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud menjelaskan bahawa ketika  Rasulullah SAW mendirikan sembahyang bersama para sahabat, Baginda SAW berhenti dan berdoa memohon kerahmatan kepada Allah SWT apabila membaca ayat rahmat dan berta’awuz ketika membaca ayat berkaitan azab dan buruknya pembalasan kejahatan di akhirat, samada menyebutnya dengan lisan atau di dalam hati. (Rujuk ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, 2:106)
Selain itu, Imam al-Nawawi juga menyebutkan bahawa:
Jika sekiranya seseorang itu membaca ayat berkaitan azab dan keburukan, maka hendaklah dia berdoa kepada Allah SWT dengan doa: (اللهم إني أسألك العافية).
Jika seseorang itu membaca ayat berkaitan menyucikan dan mengagungkan Allah SWT, maka hendaklah dia berdoa: ( سبحانه وتعالى ) atau ( تبارك الله رب العالمين ) atau ( جلت عظمة ربنا ) dan lain-lain. (Rujuk al-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran Li al-Nawawi: 78)
Selain itu, dalam beberapa ayat yang khusus Rasulullah SAW ada menyebutkan lafaz yang khusus juga apabila membacakan ayat tersebut dan menggalakkan untuk umatnya juga menyebutkannya  seperti dalam surah al-Tin ayat 8,  surah al-Qiyamah ayat 40 dan surah al-Mursalaat ayat 50.
Dalam satu hadith yang diriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


مَنْ قَرَأَ مِنكُم بـِ وَالتِّينِ وَالزَيْتُون ، فَانْتَهَى إِلَى : أَلَيْسَ اللهُ بِأَحْكَمِ الحَاكِمِينَ فَلْيَقُلْ : بَلَى ، وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِينَ ، وَمَنْ قَرَأَ : ( لَا أُقْسِمُ بِيَومِ القِيَامَةِ فَانتَهَى إِلَى : أَلَيْسَ ذَلِكَ بِقَادِرٍ عَلَى أَن يُحْيِيَ المَوْتَى ، فَلْيَقُلْ : بَلَى ، وَمَن قَرَأَ ( وَالمُرْسَلَات ) ، فَبَلَغَ : فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ فَلْيَقُل : " آمَنَّا بِاللهِ "


Maksudnya: Barangsiapa yang membaca surah al-Tin sehinggalah kepada ayat, ( أَلَيْسَ اللهُ بِأَحْكَمِ الحَاكِمِينَ ), maka hendaklah dia menyebut, ( بَلَى ، وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِينَ ). Barangsiapa yang membaca surah al-Qiyamah sehinggalah kepada ayat ( أَلَيْسَ ذَلِكَ بِقَادِرٍ عَلَى أَن يُحْيِيَ المَوْتَ ), maka hendaklah dia menyebut (بَلَى ). Barangsiapa yang membaca  al-Mursalat sehinggalah sampai kepada ayat ( فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُون ), maka hendaklah dia menyebut ( آمَنَّا بِاللهِ ).
Hadith riwayat Abu Daud: (887)
Manakala hukum mengucapkan doa, istia’zah dan tasbih di dalam ataupun di luar solat adalah sunat mengikut pandangan jumhur ulama’, sepertimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitabnya, al-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran:


وَ يُسْتَحَبُّ هَذّا السُؤَال وَ الإِسْتِعَاذَةُ وَ التَسْبِيحِ لِكُلِّ قَارِئٍ سَوَاءٌ كَانَ فِي الصَّلَاةِ أَوْ خَارِجًا مِنْهَا. قَالُوا: وَ يُسْتَحَبُّ ذَلِكَ فِي صَلَاة الإِمَامِ وَ المُنْفَرِد وَ المَاْمُوم لِأَنَّهُ دُعَاءٌ فَاسْتَوَوا فِيهِ كَالتَاْمِينَ عَقِبَ الفَتِحَةِ.


Maksudnya: Disunatkan doa, isti’azah dan juga tasbih ini bagi setiap pembacanya tidak kira di dalam solat ataupun di luar solat. Ada golongan berpendapat dengan mengatakan bahawa: sunat hukumnya doa tersebut di dalam solat sebagai imam atau solat secara bersendirian atau juga solat sebagai makmum, kerana doa tersebut merupakan doa, maka disamakannya seperti ucapan “aminn” selepas daripada membaca surah al-Fatihah. (Rujuk al-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran: 78)


Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyatakan bahawa terdapat doa-doa khusus yang disebut apabila membaca beberapa ayat tertentu seperti yang berkaitan rahmat, azab, menyucikan dan mengagungkan Allah SWT, membenarkan pernyataan di dalam ayat al-Quran dan lain-lain.
Kami senaraikannya doa-doa tersebut bagi ayat-ayat al-Quran yang tertentu seperti berikut, antaranya:
Ayat-ayat berkaitan rahmat, doanya ialah meminta seperti apa yang disebutkan di dalam ayat tersebut.
Ayat-ayat berkaitan azab, doanya ialah ( اللهم إني أسألك العافية ).
Ayat-ayat yang berkaitan menyucikan dan mengagungkan Allah SWT, 
doanya ialah: ( سبحانه وتعالى) atau ( تبارك الله رب العالمين ) atau ( جلت عظمة ربنا )
Ayat terakhir, ayat 8 surah al-Tin, hendaklah menyebut ( بَلَى ، وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِينَ )
Ayat terakhir, ayat 40 surah al-Qiyamah, hendaklah menyebut ( بَلَى ، وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِينَ )
Ayat terakhir, ayat 50 surah al-Mursalaat, hendaklah menyebut ( آمَنَّا بِاللهِ )
Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang betul terhadap agama Islam dan memberi taufiq untuk mengamalkan syariat-Nya dengan sebaiknya. Amin.


WaAllahu a’lam.(MUFTIWP)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ustazcyber.com/2020/11/ayat-ayat-al-quran-yang-perlu-dijawab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Silapnya Kita Marahkan Anak Tak Baca Buku Tapi Tak Marah Bila Tak Solat Tak Baca Al Quran

Silapnya Kita Marahkan Anak Tak Baca Buku Tapi Tak Marah Bila Tak Solat Tak Baca Al Quran

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 331 hits
Apabila kita sudah bergelar ibu bapa sudah pasti kita inginkan yang terbaik buat anak anak Kita mungkin bukan ibu bapa yang terbaik tapi pastinya kita berusaha untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik demi anak anak Dalam mendidik anak anak p...
Solat Jemaah Berjarak Sah Atau Tidak Dibolehkan Ada Dalil Quran Dan Hadith

Solat Jemaah Berjarak Sah Atau Tidak Dibolehkan Ada Dalil Quran Dan Hadith

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 273 hits
Isu solat berjamaah ini aku sentuh awal sejak PKP April lagi Berjarak di masjid tidak di tempat awam lain secara rigid malah orang politik lagilah kebal undang Tiada kluster masjid atau surau KP Kesihatan nasihatkan front liner bertugas lil...
Neelofa Memperlihatkan Ciri Ciri Pada Aplikasi Thenoor Termasuk Waktu Solat Pemain Al Quran Arah Kiblat

Neelofa Memperlihatkan Ciri Ciri Pada Aplikasi Thenoor Termasuk Waktu Solat Pemain Al Quran Arah Kiblat

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 258 hits
Neelofa seorang pengacara dan usahawan terkenal sebelum ini telah memberikan petanda yang mana beliau bakal hadir dengan sebuah aplikasi tersendiri dinamakan TheNoor Kini lanjutan daripadanya Neelofa turut memperlihatkan ciri ciri yang baka...
5 Ayat Al Quran Untuk Rawatan Sihir

5 Ayat Al Quran Untuk Rawatan Sihir

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 891 hits
Sihir bermaksud satu perbuatan yang dilakukan oleh tukang sihir untuk menutupi kebatilan dan mencampurkannya dengan kebenaran yang sedikit melalui tipu muslihat Ibn Kathir mengatakan sihir adalah setiap sesuatu yang bersifat halus dan terse...
Rasai Perubahan Kehidupan Yang Lebih Baik Dengan Amalkan 3 Solat Sunat Ini Selama 7 Hingga 40 Hari

Rasai Perubahan Kehidupan Yang Lebih Baik Dengan Amalkan 3 Solat Sunat Ini Selama 7 Hingga 40 Hari

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 703 hits
KEAJAIBAN SOLAT SUNAT TAUBAT TAHAJJUD HAJAT Mengejar CINTA ILLAHI Melalui pengalaman sendiri beberapa tahun lepas dalam mencari dan mengejar hidayah Allah Dari dulu memang dalam hati selalu berniat untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik ...
Data Aplikasi Solat Didakwa Diguna Untuk Tujuan Membunuh

Data Aplikasi Solat Didakwa Diguna Untuk Tujuan Membunuh

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 297 hits
PARIS Pengguna sebuah aplikasi solat di Perancis menyaman pengeluar aplikasi itu yang dituduh menjual data pengguna kepada tentera Amerika Syarikat kata peguam mereka kelmarin Sebilangan bekas pelanggan aplikasi berkenaan Muslim Pro yang me...
Gubernur Ntb Sdgs Desa Konsep Luar Biasa

Gubernur Ntb Sdgs Desa Konsep Luar Biasa

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 264 hits
Pujian ini diberikan saat Mendes PDTT Abdul Halim Iskandar menghadiri Sosialisasi Permendesa No 13 Tahun 2020 dan Konsultasi Publik RPP BUMDesa di Mataram Sabtu
Prestige Al Maleki Minyak Wangi Arab Yang Segar Wangi Tahan Lama Dan Mesra Solat

Prestige Al Maleki Minyak Wangi Arab Yang Segar Wangi Tahan Lama Dan Mesra Solat

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 474 hits
Hello pembaca kesayangan Kali ini Misz ella nak kongsi cerita tentang minyak wangi Arab Misz ella memang peminat minyak wangi dari dulu lagi Sejak tiga tahun yang lalu Misz ella mula meminati minyak wangi keluaran negara Arab Misz ella mula...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi