Ayat 285 Dan 286 Dari Surah Al Baqarah Baik Diamalkan Pada Waktu Malam


Ayat 285 dan 286 dari Surah Al-Baqarah Baik Diamalkan Pada Waktu Malam BERKAITAN dengan surah al-Baqarah, saya perasan antara zikir yang dimuatkan dalam al-Ma’thurat ialah dua ayat terakhir surah tersebut. Bolehkah ustaz terangkan fadilatnya?
Dua ayat yang terakhir surah al-Baqarah ialah ayat 285 dan 286. Memang terdapat beberapa hadis yang menjelaskan fadilatnya antaranya sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca dua potong ayat terakhir surah al-Baqarah pada waktu malam, itu sudah mencukupi baginya.” (Riwayat al-Bukhari)
Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari menjelaskan bahawa terdapat tujuh makna bagi maksud “mencukupi” dalam hadis tersebut. Justeru kedua-dua ayat ini tidak ketinggalan daripada dimuatkan dalam susunan zikir oleh para ulama seperti Hasan al-Banna dalam al-Ma’thuratnya. Manakala masyarakat kita di Malaysia turut menjadikannya sebagai zikir harian selepas solat. Alhamdulillah.
Berikut ialah dua hadis yang menggambarkan kehebatan dua ayat tersebut:
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku telah diberi beberapa ayat penutup surah al-Baqarah daripada perbendaharaan di bawah Arasy yang belum pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelumku.” (Riwayat Ahmad)
Abdullah bin Mas‘ud menceritakan: “(Dalam peristiwa Israk dan Mikraj) Rasulullah dibawa hingga sampai di Sidrah al-Muntaha yang berada di langit ketujuh. Di situlah sebarang perkara yang dibawa naik dari bumi ditahan. Begitu juga sebarang perkara yang dibawa turun dari atasnya… dan Rasulullah diberikan tiga perkara; solat lima waktu, ayat-ayat penutup surah al-Baqarah dan keampunan bagi umatnya yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun.” (Riwayat Muslim)
Asbab al-Nuzul Ayat
Adakah kedua-dua ayat ini mempunyai asbab al-nuzul (peristiwa dan faktor penurunan ayat) sebagaimana ayat-ayat lain?
Ya. Imam al-Suyuti berkata bahawa ketika turunnya ayat 284 surah al-Baqarah yang bermaksud:
“Dan jika kamu melahirkan apa yang ada dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatan kamu itu”, para sahabat merasa tertekan dan keberatan.
Mereka kemudian menghadap Rasulullah dan mengadu: “Kami tidak mampu mengikut ayat ini.” Nabi bersabda: “Apakah kamu akan berkata: ‘Kami mendengar akan tetapi kami ingkar’, seperti yang diucapkan oleh dua golongan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) yang sebelum kamu?” Ucapkanlah: “Kami mendengar dan kami taat, serta ampunilah kami wahai Tuhan kami kerana kepada Engkaulah tempat kembali.”
Setelah diajarkan dan para sahabat sudah terbiasa dengannya, maka turunlah ayat 285. Kemudian setelah mereka laksanakan perintah ayat 285 tersebut pula, maka turunlah ayat 286.
(Riwayat Muslim)
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya”. Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami ta’at. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.[Al Baqarah – Ayat 285]
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata):
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
[Al Baqarah – Ayat 286]
Makna mencukupi keduanya bagi sesiapa yang membacanya ialah mencukupi kepadanya daripada melakukan ibadah pada malam hari, atau daripada melakukan bacaan Al-Qur’an, ataupun dapat menolak keduanya kejahatan dan bencana syaitan atau manusia dan jin, atau mencukupi untuk menambah kekuatan iqtikadnya, kerana dua ayat itu ada mengandungi makna iman dan amal secara ringkas.
Sabda Rasulullah SAW;
“Barangsiapa membaca dua ayat di akhir surah Al-Baqarah pada malam hari nescaya Allah taala akan menjaganya dari segala gangguan mu suh dan syaitan.”
Sabda Rasulullah SAW;
“Sesungguhnya Allah taala telah mengakhiri surah Al-Baqarah dengan dua ayat yang mana ianya adalah perbendaharaan Allah di bawah ‘Arasy, maka belajarlah kamu akan ayat itu dan ajarkanlah ia kepada isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu. Maka sesungguhnya ia adalah solat, doa dan Quran.”
Surah Al Baqarah
Dari Abi Hurairah ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah kau jadikan rumah-rumahmu seperti ku buran, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang di dalamnya dibaca surat Al Baqarah.” (Diriwayatkan oleh Muslim)
Ayat Kursi
Dari Ubai bin Ka’ab ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Wahai Abu Munzir, tahukah engkau ayat manakah dalam Al Qur’an yang paling agung menurutmu?” Aku menjawab, “Allahu laailaaha illa huwalhayyul qoyyuum (Ayat Kursi)”,
Lalu beliau menepuk dadaku dan bersabda, “Semoga Allah memudahkan ilmu bagimu wahai Abu Munzir.” (Diriwayatkan oleh Muslim)
Hafal & amalkan setiap malam. Rujuk al-Quran & hayati juga maksudnya yang merupakan doa yang sangat bermakna. Semoga anda terus dalam rahmat serta pelindungan dariNya.
Sumber 1 : addeen.my / teratakemas


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/ayat-285-286-baqarah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Sembelih Haiwan Korban Pada Waktu Malam

Hukum Sembelih Haiwan Korban Pada Waktu Malam

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 517 hits
Apakah hukum sembelih haiwan korban pada waktu malam Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Saya ada soalan berkenaan ibadah korban iaitu haruskah k...
Bayi Yang Menyusu Badan Kurang Meragam Kurang Marah Mudah Tidur Waktu Malam

Bayi Yang Menyusu Badan Kurang Meragam Kurang Marah Mudah Tidur Waktu Malam

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 349 hits
Patutlah dia cepat tertidur masa menyusu malam Rupanya ada penyebab yang membuatkan bayi mudah tertidur Hebatnya ciptaan Allah ini lengkap dengan fungsinya dan sesuai dengan masanya Pernah tak dengar bahawa susu ibu yang diperah pada waktu ...
Jika Terjaga Di Waktu Malam Terus Baca Doa Ini In Sha Allah Termakbul Segala Hajat

Jika Terjaga Di Waktu Malam Terus Baca Doa Ini In Sha Allah Termakbul Segala Hajat

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 289 hits
Jika Terjaga Di Waktu Malam Terus Baca Doa Ini In Sha Allah Termakbul Segala Hajat Pada malam hari ketika tengah tidur kita mungkin pernah tiba tiba terjaga dari tidur di tengah malam Sebenarnya pada ketika itu ada zikir dan doa khusus yang...
Makanan Yang Patut Dihindari Waktu Malam

Makanan Yang Patut Dihindari Waktu Malam

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 292 hits
Malam adalah waktu untuk kita berehat sama ada rohani atau jasmani Kita berehat semasa tidur di mana ketika tidur badan kita berkumuh belajar benda baru dan juga mengalami pertumbuhan Jika kita silap ambil makanan pada waktu malam tidur kit...
Capai 72 Peratus Kerja Tambah Baik Lra Dijangka Siap Malam Ini

Capai 72 Peratus Kerja Tambah Baik Lra Dijangka Siap Malam Ini

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 243 hits
SHAH ALAM 14 JULAI Kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air SSP3 mencapai 72 peratus setakat jam 4 30 petang tadi dan ia lebih cepat daripada sasaran awal kata pengarah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Abas Abdulah berkata ia meningkat 19 perat...
Menggesel Gigi Waktu Malam Adakah Petanda Anak Stress Ini Akibatnya Kalau Mak Ayah Terus Biarkan

Menggesel Gigi Waktu Malam Adakah Petanda Anak Stress Ini Akibatnya Kalau Mak Ayah Terus Biarkan

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 363 hits
Malam nak tidur tiba tiba bunyi gigi bergesel agak menakutkan mendengarnya bila diperiksa rupanya anak lelaki yang masih kecil tidur dengan keadaan begitu Perkara tersebut mungkin merisaukan ibu ayah Malah ada yang berlarutan sehingga usia ...
Amalan Membaca 10 Ayat Terakhir Surah Ali Imran Selepas Bangun Tidur Merupakan Sunnah Rasulullah S A W

Amalan Membaca 10 Ayat Terakhir Surah Ali Imran Selepas Bangun Tidur Merupakan Sunnah Rasulullah S A W

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 646 hits
Amalan Membaca 10 Ayat Terakhir Surah Ali Imran Selepas Bangun Tidur Merupakan Sunnah Rasulullah S A W Yang Seeloknya Kita Teladani Rasulullah S A W sentiasa mengamal dan membaca 10 ayat terakhir daripada surah Ali Imran selepas bangun dari...
Sembahyang Lima Waktu Tapi Sharifah Shahira

Sembahyang Lima Waktu Tapi Sharifah Shahira

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 389 hits
Penyampai radio dan aktres terkenal Sharifah Shahira tidak ambil peduli dengan cemvhan yang dilemp4rkan terhadap adiknya Sharifah Sakinah setelah berita pencer4ian tersebar Sharifah Shahira akui sebagai seorang selebriti Sakinah perlu mener...
5 Makna Ucapan Kamu Terlalu Baik Alasan Putus Yang Nggak Masuk Akal Kalau Dipikir Pikir Lagi

5 Makna Ucapan Kamu Terlalu Baik Alasan Putus Yang Nggak Masuk Akal Kalau Dipikir Pikir Lagi

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 322 hits
Secara nalar kalimat kamu terlalu baik sudah nggak masuk akal Mana ada orang nggak mau sama orang baik
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur