Ayam Ungkep Jawa




Alhamdulillah kita bertemu lagi, hari ini adalah hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan. Penghulu segala hari. Semoga hari ini anda telah pun membaca surah Al Kahfi dan juga memperbanyakkan zikir dan doa. Kadang kadang memang kita akan rasa berat dan malas tapi kita kena lawan perasaan malas tersebut, kita kena bermujahadah. Ianya adalah peringatan untuk diri saya sendiri juga.
Sebelum itu, jangan lupa mengundi saya untuk Anugerah Influencer Meletop. Kena undi setiap hari. Walaupun saya memang susah untuk menang, tapi sekadar memberi sokongan kepada penganjur yang telah mencalonkan saya. Boleh klik link di SINI. 


Setiap hari usia kita semakin lama semakin pendek, semakin singkat. Kita tak tahu andainya kita. punya masa berbaki yang sangat singkat. Kita akan tahu kita akan mati setelah kita didatangi oleh Malaikat Maut. 
Kita akan yakin dengan kematian setelah kita berada di dua alam di mana sebelah dari kaki kita telah berada di alam barzah dan hijab mata kita telah diangkat yang membolehkan kita melihat malaikat maut dan melihat dosa pahala yang kita lakukan.  Ketika itu, mereka masih mendengar apa yang kita bicarakan tapi mereka tidak lagi dapat respond.
Masih saya ingin saat arwah ayah meninggal pada 13 Mei 1995, saya dan hubby tunggu di sebelah katil hospital sementara bonda dan adik beradik lain beredar untuk menunaikan solat Maghrib. 
Saya duduk di kerusi tepi katil dan hubby berdiri di bahagian kepala. Arwah ketika itu berehat dengan tenang selepas kesakitan serangan jantung sebelah petangnya. Bila hubby beritahu, Zie cepat panggil doktor. Saya berdiri dan tergaman kerana ketika itu saya melihat mata arwah memandang ke atas bahagian kepala. 
Oleh kerana terlalu panik, saya tidak dapat memanggil Bonda yang hanya berada di luar tingkap katil sahaja. Saya hanya mampu melambai lambai tanpa mengeluarkan sepatah suara. Tidak juga mampu memanggil doktor sehingga husband terpaksa memanggil doktor. Inilah saat yang tetap kekal di ingatan saya sehingga kini. Saya nampak dengan jelas apa yang dikatakan mata diangkat hijabnya. Dahi akan keluar peluh. 
Semua orang akan merasa takut menghadapi detik detik ini melainkan orang yang benar benar beriman dan beramal soleh. Itu pun mereka juga tidak tahu kalau amalan mereka di terima melainkan kita di saat akhir usia, bersangka baik dan mengharap Allah akan mengampunkan dosa kita. 

Saya hari ini ingin kongsikan resipi ayam ungkep. Saya telah beberapa kali mencuba resipi ayam ungkep tapi bila ada follower yang mencadangkan saya menyediakan resipi ayam ungkep masakan orang Jawa, saya pun mendapat idea untuk memasaknya hari ini.
Hari itu, saya pening kepala memikirkan apa lauk ayam yang perlu dimasak. Anak anak saya kalau tak ada lauk ayam, memang mereka rasa seperti tak ada lauk. Saya pun bingung memikirkan apa lauk yang nak dimasak. Bila ditanya pada follower, banyak cadangan yang saya dapat. Banyak idea yang saya dapat.  
Resipi ini sangat mudah cuma perlu masukkan semua sekali dan renih dengan api sederhana supaya ianya benar benar meresap dan sebati ayam dengan rempah. Jika suka berkuah, jangan dikeringkan. Kepada yang belum pernah merasainya, bolehlah mencuba... 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....


Ayam Ungkep JawaOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ayam - potong kecilGaramSerbuk kunyit
Bahan tumbuk/kisar:8 biji bawang merah3 ulas bawang putih10 biji cili padi3 sudu besar biji ketumbar1 sudu besar jintan manis1 inci kunyit hidup - guna serbuk kunyit
Bahan lain:2 batang - serai - ketuk¼ cawan minyak masak½ sudu kecil pes asam jawa½ sudu besar gula atau secukup rasaGaram secukup rasaSerbuk perasa
Cara cara:Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit dan digoreng separuh masak. Nota: boleh juga jika tak mahu goreng ayam.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.

Masukkan ayam dan kacau rata. Tambahkan sedikit air separas ayam.
Kemudian, masukkan semua bahan lain. Tutup periuk, biarkan ayam mereneh dengan api perlahan sehingga ayam masak.

Masak hingga hampir kering atau boleh juga jika mahu berkuah sikit.

Tips:Boleh juga dimasak tanpa menumis, iaitu masukkan semua bahan (tanpa minyak) bersama sedikit air di dalam periuk, lalu dimasak ungkep hingga kuah hampir kering.
Gunakan ayam kampung atau ayam pencen supaya isi ayam tetap pejal apabila dimasak lama.
Boleh juga jika mahu dimasukkan sedikit santan.
Sedap juga menggunakan daging tulang rusuk.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/10/ayam-ungkep-jawa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Perap Ayam Goreng Kunyit Sedap Macam Dekat Kedai Tomyam

Cara Perap Ayam Goreng Kunyit Sedap Macam Dekat Kedai Tomyam

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 327 hits
Menu Goreng Kunyit ni memang sangat ringkas dan mudah Satu hidangan cukup lengkap dengan Jadi tak perlulah masak lauk banyak kali Anak anak pun suka lauk sebegini Untuk lebih enak sediakan kicap dan Memang perfect Nak tahu cara cara masak A...
Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis

Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 302 hits
AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANISBahan bahan 1 4 ekor ayam ketepikan3 biji bawang merah 2 biji bawang putih1 inci halia1 2 inci belacan4 biji lada merah6 biji cilipadi1 atau 2 keping Asam keping1 sudu teh sos tiram1 sudu teh cuka1 sudu teh...
Tidak Boleh Sembelih Kerana Ayam Haiwan Manja

Tidak Boleh Sembelih Kerana Ayam Haiwan Manja

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 243 hits
LONDON Sebuah badan kebajikan haiwan memberi amaran bahawa sebanyak 46 ekor ayam betina berisiko disembelih sekiranya ia tidak dijadikan sebagai haiwan peliharaan lapor laman Mirror UK kelmarin Amanah Kebajikan Ayam Betina British menyifatk...
5 Potret Kedai Mie Ayam Lesty Kejora Sangat Sederhana Dan Berlokasi Di Cianjur

5 Potret Kedai Mie Ayam Lesty Kejora Sangat Sederhana Dan Berlokasi Di Cianjur

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 279 hits
Lesty Kejora berasal dari keluarga yang sangat sederhana Mereka menetap di Cianjur Jawa Barat Untuk mengumpulkan pundi pundi rupiah keluarga Lesty membuka kedai makan Mie Ayam di depan rumahnya Sekarang bisnis tersebut dijalankan oleh kelua...
Resepi Ayam Percik Kuah Santan

Resepi Ayam Percik Kuah Santan

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 415 hits
Resepi Ayam Percik kuah santan Ayam percik antara masakan wajib beli jika ke pasar malam Memang kegemaran CN sekeluarga Ayam bakar dengan kuah percik sedapnya Kali ini CN terjumpa resepi ayam percik versi kuah santan perkongsian dari rakan ...
Resipi Mudah Soto Dan Bergedil Ayam Versi Bayi Untuk 10 Bulan Bertambah Selera Makan Si Kecil

Resipi Mudah Soto Dan Bergedil Ayam Versi Bayi Untuk 10 Bulan Bertambah Selera Makan Si Kecil

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 306 hits
Bila si kecil mula boleh makan mama memang perlu lebih kreatif dalam menyediakan makanan buat si kecil Yang penting mama kena pandai olah dan sesuaikan mengikut peringkat usia anak Jom cuba resipi yang dikongsi ini sangat sesuai untuk makan...
Wow Tudia Netizen Puji Pernikahan Mewah Dalam Kandang Ayam

Wow Tudia Netizen Puji Pernikahan Mewah Dalam Kandang Ayam

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 493 hits
Dekorasi mewah sebuah majlis perkahwinan di dalam sebuah kandang ayam menjadi tular di media sosial TikTokNetizen puji pernikahan mewah dalam kandang ayamJAKARTA Satu video yang menunjukkan sebuah acara pernikahan serba mewah yang diadakan ...
Ayam Masak Cabai Kembali

Ayam Masak Cabai Kembali

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 423 hits
Assalamualaikum MACAM dah lama aje menu ni tak muncul di dapur Kalau tak tiap tiap minggu inilah yang diulang ulang Mungkin sebab ada banyak hari jugak Sk cuti memasak almaklumlah sejak menjak dah boleh dine in ni kan Kali ini masak gun cil...
Resipi Ayam Ala 3 Budak Gemuk Lengkap Sambal Gesek Memang Padu

Resipi Ayam Ala 3 Budak Gemuk Lengkap Sambal Gesek Memang Padu

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 558 hits
Hidangan Nasi 3 Budak Gemuk ni memang popular Enak dan kena dengan selera orang Malaysia Ada pula sambal padu dan telur dadar goreng waduh Kecur liur dibuatnya Menerusi perkongsian saudari Siti Noor Hidayah Samah beliau telah berkongsi resi...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Penang Manis Pedas Memang Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998

S Line Thriller Fantasi Misteri Korea Lakonan Lee Soo Hyuk Paling Berani Tahun Ini

Misi Ke Asrama Penuh Edisi Kelate