Ayam Masak Ungkep Hidangan Tradisional Yang Kaya Rasa



Ayam masak ungkep ni merupakan hidangan tradisional yang popular dalam masakan Melayu,
 terutama sekali di kawasan Johor, Malaysia dan Indonesia.
 Masakan ni terkenal dengan rasa serta aroma rempah yang agak kuat.
 Ayam masak ungkep menggunakan pelbagai rempah seperti kulit kayu manis, ketumbar, jintan manis, dan kunyit yang memberi rasa yang unik dan wangi. 
Hidangan ini sesuai dimakan bersama nasi putih. 
Selain rasanya yang enak, ianya sesuai dinikmati seisi keluarga,
Anak-anak MY yang kecik kecik pun boleh makan sebab Mama Yan masak tak taruk cili,
ayam masak ungkep juga mudah disediakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak.


Di sini Mama Yan sertakan juga resepinya,
Mama Yan pun belajar dari kakak ipar MY yang tinggal bersama kami selama hampir 8 tahun,
Jadi sempatlah MY belajar masak beberapa jenis masakan tradisional suku kaum Jawa Johor.


Resepi Ayam Masak Ungkep


Bahan-bahan:


setengah ekor ayam - dipotong kecil
2 biji ubi kentang - dipotong kecil
2 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia -dikisar
1 inci kunyit hidup -dikisar
1 batang serai - diketuk
2 helai daun limau purut
1 sudu kecil ketumbar - dikisar halus
1 sudu kecil jintan manis - dikisar halus
1 sudu kecil jintan putih - dikisar masak
Rempah tumis empat sekawan - 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 buah pelaga, 2 bunga cengkih
setengah kotak santan kotak
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara:


1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis renpah tumis empat sekawan, bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia, kunyit) serta serai sehingga naik bau.
2. Masukkan ketumbar, jintan manis, dan jintan putih yang telah dikisar. Tumis sehingga rempah pecah minyak dan menjadi wangi.
3. Masukkan ubi kentang dan ayam serta gaul dengan rata. Biarkannya sebati dengan rempah.
4. Tambahkan santan pekat. Masak sehingga ayam empuk dan kuah menjadi sedikit pekat.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan kuah sedikit kering mengikut kesukaan.
6. Setelah ayam masak sempurna dan rempah meresap, angkat dan hidangkan ayam masak ungkep bersama nasi.

Dalam resipi asal sebenarnya tiada ubi kentang pun.Tapi sebab anak anak MY suka sangat makan ubi kentang,Mama Yan campur dengan dua biji ubi kentang.Lagipun kalau ayamnya ada sikit,Kentang boleh menampakkan hidangan lebih muai.
Ayam masak ungkep ini memberikan rasa rempah yang mendalam dan aroma yang wangi. Hidangan sebegini walau nampak mudah disediakan, ianya pasti menambah selera seisi keluarga.
Selamat mencuba!


 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2024/10/ayam-masak-ungkep-hidangan-tradisional.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Nasi Lemak Ayam Goreng

Masak Nasi Lemak Ayam Goreng

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 240 hits
Assalamualaikum WBT MALAM tadi masak nasi lemak atas permintaan Pak Inche Tak keluar makan sebab di tv ada siaran langsung perlawanan bolasepak antara Selangor dan JDT Sebenarnya setiap kali ada perlawanan bola live di tv kami bukan makan d...
Ayam Masak Merah Tomato

Ayam Masak Merah Tomato

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 356 hits
MY sebenarnya baru aje tolak kereta Grand Livina kesayangan Mama Yan Ada lah duit sikit ni kereta dah lama tahun 2009 taklah mahal mana pun harganya Hajat di hati nak sangkutkan sikit duit tu dengan set pinggan Corelle Barulah lawa sikit ga...
Kalau Anda Memang Nak Kaya Tak Perlu Rasa Malu Malu Mengaku Saja Baru Boleh Kaya

Kalau Anda Memang Nak Kaya Tak Perlu Rasa Malu Malu Mengaku Saja Baru Boleh Kaya

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 660 hits
Pernah tak anda dengar seseorang yang berkata bahawa dia bukan berniaga untuk jadi kaya Dia cuma hidup sedang sedang sederhana sahaja dan sentiasa dah cukup dengan apa yang dia ada sekarang Mungkin anda pernah jumpa ayat yang membawa maksud...
Patut Masa Jadi Kerajaan Ayam Telur Minyak Masak Harga Mahakaya

Patut Masa Jadi Kerajaan Ayam Telur Minyak Masak Harga Mahakaya

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 291 hits
Betul Memang banyak cukai yang diperkenalkan Aku tak bantah pun Tapi berapa banyak cukai yang kena Cuba senaraikan Cukai cukai yang diperkenalkan semuanya tertumpu kepada golongan yang Dan hasil cukai pula dibelanjakan kepada rakyat Bukan m...
Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 350 hits
Saya ingin kongsikan petikan video Tokku Pasir Gudang Bila sakit sahaja itu amaran awal pada kematian Maka segerakan bertaubat Kebetulan saya dah beberapa hari terlantar di hospital kerana ada infection dan bacteria Sementara menunggu resul...
Masak Ayam Sambal Lagi

Masak Ayam Sambal Lagi

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 3757 hits
Assalamualaikum WBT DAH dua hari Pak Inche bertugas membuat liputan perlawanan hoki Piala Sultan Johor 2024 Jadual perlawanan di sebelah petang hingga malam Hoki PSJ ni jadual perlawanannya agak padat sikit tak macam liga Dalam satu hari tu...
Resepi Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Masak Kicap

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 254 hits
Ayam masak kicap adalah satu hidangan yang sentiasa menjadi pilihan di meja makan Gabungan rasa manis masin dan sedikit pedas menjadikan masakan ini begitu memikat hati Dengan resepi yang mudah ini korang tak perlu risau tentang kesukaran m...
Beli Ayam Tapi Masak Bila Belum Tahu

Beli Ayam Tapi Masak Bila Belum Tahu

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 334 hits
Assalamualaikum WBT SEMPENA perayaan Deepavali FAMA Johor menganjurkan Jualan Kasih Sk baru tahu Jualan Kasih ni memang ada setiap kali sambutan perayaan di negara kita Yang tahu tahulah kan Pak Inche bukan saja beli beras tapi juga bahan b...
Pencinta Ayam Goreng Perlu Tahu Reka Bentuk Kotak Yang Menambah Nilai Rasa

Pencinta Ayam Goreng Perlu Tahu Reka Bentuk Kotak Yang Menambah Nilai Rasa

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 462 hits
Ayam goreng bukan sekadar hidangan tetapi pengalaman yang menggembirakan deria rasa kita Bagi pencinta ayam goreng rasa yang enak adalah keutamaan tetapi tahukah anda bahawa reka bentuk kotak ayam goreng juga boleh menambah nilai kepada pen...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor

Onoplus 15 Onoplus Top 46 By Marina

Prep Daging Menu Sihat

8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen

Sopan Dan Cantik Erissa Puteri Dan Gadis Veil Viral Diraikan Dalam Majlis Resepsi Di Kelantan Netizen Puji