Kalau Anda Memang Nak Kaya Tak Perlu Rasa Malu Malu Mengaku Saja Baru Boleh Kaya



Pernah tak anda dengar seseorang yang berkata bahawa dia bukan berniaga untuk jadi kaya. Dia cuma hidup sedang-sedang sederhana sahaja dan sentiasa dah cukup dengan apa yang dia ada sekarang.
Mungkin anda pernah jumpa ayat yang membawa maksud sama tapi dalam versi yang berbeza. Secara jujurnya, saya salah seorang yang sering berkata begitu. Itu yang buat saya terfikir apakah yang akan berlaku dengan berkata begitu.
Biasannya orang yang kata begitu memang tak akan kekal kaya. Mereka sekadar hidup sederhana, susahpun tidak senangpun tidak juga. Ada kalanya mereka susah tapi bukan sampai peringkat miskin. Kadangkala pula mereka senang, tapi bukan sampai peringkat kaya raya.

'Kaya' yang saya maksudkan di sini adalah kaya sebagaimana yang orang sering gambarkan. Kereta mewah, rumah besar macam istana, melancong luar negar di sulam dengan pergi umrah yang sangat kerap. Begitulah yang sering dibayangkan ada pada orang kaya.
Kenapa kekal ala kadarAda beberapa sebab kenapa anda akan berkata seperti di atas, iaitu hanya ingin hidup sederhana dan tak kejar kekayaan.
Ada dua sebab utama.
Pertama, anda tak mahu desak diri sendiri dan rasa malas untuk korbankan sebahagian besar, malah mungkin hampir semua masa yang ada untuk kerja keras kejar sampai menjadi kaya raya. Anda selesa kekal sebagaimana keadaan sekarang biasa-biasa sahaja. Masa yang ada dipergunakan dengan seimbang antara cari duit, bersantai, berkawan, bermasyarakat, berbakti, beramal jasmani rohani dan lain-lain seumpamanya. 
Sebab kedua, anda tak fikir boleh jadi kaya sebab memang tak nampak jalan lagi walaupun dah puas fikir. Maka anda cuba untuk memujuk diri bahawa kekayaan bukan apa yang dicari. Lebih mudah buat begitu dari melayan perasaan kecewa sebab tak ada idea macam mana nak kaya. Lama kelamaan, rasa selesa dengan apa yang ada menebal dalam diri dan tawar sudah keinginan nak kejar kekayaan.
Semua orang nak kayaHakikatnya sebagai manusia biasa yang ada sifat ingin bersenang lenang, mahu dipandang tinggi, suka pujian, dan ingin rasa selamat, anda memang mahu sangat jadi kaya. Hanya mereka yang dah ada segala-galanya saja akan cakap dia tak kisah kalau tak kaya. 
Kalau anda hidup cukup-cukup setiap bulan silih berganti duit masuk dan pergi, sudah tentu anda sering dibayangi rasa risau adakah esok mentari masih akan bersinar lagi. 
Hanya manusia saja yang ada keupayaan memahami apa itu esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, lima tahun lagi dan selanjutnya. Jika masih hidup, apakah esok aku masih mampu melepaskan semua keperluan hidup dan tanggungan aku?
Soalan itu sering menghantui diri setiap kali duit yang ada keluar laju seperti air. Sebab itu semua orang rasa kalau dia kaya, dah tak perlu fikir pasal duit lagi.
Soalan yang sama keluar dari dulu sampai sekarang sejak anda mula hidup berdikari tak bergantung pada mak bapak lagi. Apatah lagi setelah mendirikan rumah tangga, dah ada anak nak bela, dah ada hutang nak bayar, ada kenderaan nak kena isi minyak, ada rumah nak bayar bil dan seribu satu tekanan duit lagi.
Mungkin sebab itu ada terus berusaha tak henti dari kerja. Faktor ketakutan itu lah yang sering memaksa anda bergerak untuk cari duit. Kalau dapat banyak lagi bagus, begitulah anda sangka. Maka berbohonglah kalau anda mengaku tak suka jadi kaya. 
Lagi pun mana mungkin anda tahu samada anda suka atau tidak suka kalau kaya, selagi anda tak pernah jadi kaya. Nak tahu best ke tak, kena ada pengalaman kaya terlebih dahulu, lepas tu baru boleh bandingkan anda tak kaya dengan kaya mana satu lebih anda suka.
Tetapi, jika anda secara tiba-tiba diberikan harta puluhan juta oleh seseorang, kemudian anda hadiahkan semuanya kepada orang lain yang anda rasa lebih memerlukannya, memang terbukti anda memang tak ingin kekayaan. Cuma saya minta satu saja, bagi kat saya kalau anda dapat nanti, tolong lah ya!. 
Ringkasnya, saya yakin semua manusia normal memang nak kekayaan, cuma ia terhalang disebabkan oleh berbagai sebab.
Saya senaraikannya seperti di bawah.
1. Rasa maluMalu pada diri sendiri dan juga pada orang lain kalau mengaku ingin jadi kaya. Nampak seperti berlagak sombong terlalu yakin pada diri sendiri. Tolak untuk jadi kaya dirasakan sebagai sifat merendah diri.
Lagipun, golongan yang kaya ni selalunya jumlahnya sangat tak ramai. Majoriti kawan-kawan memang jenis tak berada maka anda seolah-olah menyatakan taat setia untuk kekal dalam kumpulan yang sama bila berkata “aku tak mahu jadi kaya”.
2. Takut kena pulauMengaku kaya dan jadi berbeza dari kawan-kawan mengundang risiko kehilangan sahabat-sahabat. Sebagai makhluk bersosial, kena pulau merupakan satu hukuman yang sangat berat. Monyet yang kena pulau dari kumpulannya boleh mati jika berterusan begitu.
Pendamkan saja impian nak jadi kaya sebenarnya adalah untuk pastikan anda sealiran samada secara sedar atau tidak sedar dengan semua kawan-kawan yang ada. Lama kelamaan anda bunuh saja impian untuk jadi kaya tersebut dan tidak lagi sanggup menukar gaya hidup.
3. Tak nampak jalanTak tahu jalan yang betul untuk bertukar menjadi kaya menguatkan lagi desakan untuk tidak mengaku mahu jadi kaya. Kebanyakan orang sangka untuk menjadi kaya kena kerja teruk melebihi orang lain dan terpaksa menyiksa diri buat kerja yang anda tak suka.
Semua pengalaman yang lalu hanya dipenuhi oleh pengalaman kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Tak ada kawan-kawan yang kaya mahu rapat dengan anda sebab mulut asyik kondem orang kaya. 
Macam mana nak dapat ilmu untuk jadi kaya jika setiap kali orang sembang juta-juta anda rasa nak termuntah dan mengada-ngada.
4. Takut jadi jahatAda juga orang yang percaya tak sah kaya jika tak sanggup rebut hak orang lain. Anda mungkin pendam rasa takut terpaksa mengambil hak orang lain atau menipu dan berlaku jahat untuk jadi kaya. Dari pemerhatian anda ramai yang kaya hidup mereka kelihatan terlalu bebas malah ada yang berperangai tak senonoh.
Kepercayaan itu semua menjauhkan lagi usaha untuk mencari jalan bagaimana mahu jadi kaya. Tak baik belajar menjadi jahat, begitulah sangkaannya.
5. Tiada alasan kuatPaling ramai orang tak kaya adalah disebabkan mereka tak tahu sebab apa perlu jadi kaya. Alasan yang ada tidak berapa kukuh untuk membuatkan mereka berazam nekad mahu berusaha jadi kaya.
Jika ada alasan sekalipun, mungkin yang sering bermain di kepala hanyalah sekadar untuk bandingkan diri dan menunjuk-nunjuk kekayaan yang ada pada orang lain. Paling best, pada mereka yang anda memang tak suka sebab lebih sedikit dari anda.
Tapi anda rasional kan pula alasan itu seperti mempamerkan kereta mewah, rumah banglow, isteri muda dan sebagainya bukanlah perkara yang baik. Oleh itu keinginan jadi kaya menjadi sesuatu yang perlu dielakkan.
Proses jadi kayaBagaimana anda boleh mula lakukan persediaan diri untuk jadi kaya?
Saya petuakan beberapa langkah di bawah untuk anda pertimbangkan. Jika selesa, boleh ikut.
1. Nekad untuk jadi kayaPerkara asas yang perlu dibuat adalah untuk mengaku saja memang anda teringin nak kaya. Tulis dalam buku catitan anda. Masukkan ke dalam senarai 100 impian yang anda perlu capai sebelum mati. Pastikan anda takrif betul-betul kaya macam mana yang anda inginkan dan nak buat apa dengan kekayaan yang ada.
Jangan rasa segan atau malu untuk menyatakan pada orang lain sebab tidak ada sedikitpun kesalahan berazam mahu jadi kaya. Belum ada lagi orang yang menjadi hina apabila mengaku mahu kaya dengan cara yang halal. Sebaliknya mereka memang benar-benar menjadi kaya akhirnya dan dihormati orang lain.
Kalau segan juga, pendam sorang-sorang kekal dalam buku catitan. Paling tidakpun, tak perlu nafikan nak jadi kaya, diamkan diri saja jika ditanya. Dan jangan benci pada mereka yang nak kaya atau yang memang dah kaya.
2. Ringkaskan maksud kayaAnda perlu ubah takrifan kaya menjadi lebih mudah.
Saya terangkan sedikit di sini makna kaya yang praktikal dan senang untuk dicapai. Anda kaya apabila pendapatan yang dijana sentiasa lebih banyak daripada jumlah yang anda belanjakan untuk hidup. Mungkin dijumlahkan secara bulanan, atau tahunan tak kisah asalkan jumlah nya adalah positif. 
Anda boleh baca di sini. Ini perlu agar minda anda mula melonggarkan makna kaya dan seterusnya membuatkan segalanya menjadi lebih mudah.
3. Belajar jadi kayaIkuti nasihat pakar yang luangkan masa mengkaji kenapa orang jadi kaya, bagaimana teknik mahu jadi kaya. 
Mungkin anda kenal seseorang yang kaya dan rasa dia tentu pakar sebab dia sendiri terbukti kaya. Tapi tak semestinya begitu. Jika anda tanya, dia sendiri mungkin dan biasanya memang tak tahu sebenarnya apa yang buatkan dia jadi kaya. Dia akan teka-teka saja berdasarkan apa yang dia sangka.
Sebab itu saya lebih percaya mereka yang luangkan masa melihat, mengkaji dan bezakan tindakan yang universal yang semua orang boleh buat untuk jadi kaya. Dia asingkan tindakan yang unik terhadap segolongan tertentu atau individu tertentu sahaja yang bernasib baik.
Ada satu petua yang saya pegang dan saya anggap sangat benar tentang jadi kaya. Saya rumuskan seperti di bawah.

Untuk jadi kaya secara sederhana, semua orang boleh lakukannya dengan kerja bersungguh-sungguh dan berusaha belajar dan membina kemahiran. Tapi untuk kaya luar biasa, anda perlukan nasib yang baik sebab kaya luar biasa tidak ada korelasi dengan kerja kuat atau pandai.
Berbalik kepada tanya pakar di atas tadi. Anda boleh jumpa apa pakar kata dengan membaca buku-buku yang ada banyak dipasaran. Tak perlu baca semua buku yang ada dan tak perlu juga baca banyak buku, sebab semuanya hampir sama sahaja. Saya syorkan anda baca buku, “The richest man in Babylon”, dan tak perlu baca buku lain lagi. Baca dan amalkan.
4. Selesaikan hutang
Mulakan berfikir bagaimana anda boleh lunaskan semua hutang yang ada untuk jadikan diri anda bebas hutang. Kecuali yang tidak dapat dielakkan seperti hutang rumah dan seumpamanya. Paling penting segera habiskan hutang kad kredit dan elak dari gunakannya jika anda jenis membeli sedangkan duit sendiri tak ada dan harapkan duit hutang dari kad itu.
Jika anda mampu kawal penggunaan kad kredit hanya untuk buat pembayaran sahaja kemudian bayar penuh bila dah due, ok, boleh pakai. Sebab adalah lebih selamat bayar guna kad kredit berbanding pakai kad debit.
Wajib juga selesaikan semua hutang kepada ibubapa, saudara mara, kawan dan seumpamanya. Tak mampu sekali gus, buat jadual dengan berbincang dengan mereka. Ini dapat ubah imej anda jadi seseorang yang boleh dipercayai dan reputasi itu bakal jadikan anda kaya, insyaallah.
(Nota: Kad debit hanya guna untuk transaksi bank atau keluarkan duit sahaja.) 
5. Mula menyimpanDalam anda berusaha selesaikan hutang, jangan pula lupa untuk simpan sebahagian dari pendapatan yang dijana. Anda berlatih mendisiplinkan diri membina sikap menyimpan agar menjadi tabiat yang sebati dengan diri.
6. Henti dari berhutangAnda perlu tanam azam bahawa untuk tidak akan berhutang lagi. Hutang yang boleh menyusahkan diri dan membuatkan anda tidak boleh jadi kaya. Terutamanya hutang kad kredit, hutang bank rakyat atau hutang pada kawan-kawan atau saudara mara. Apatah lagi hutang along.
7. Semak perancanganIni bermaksud, sentiasa fikir dan semak semula berapa banyak anda mahu dan apa yang nak dibuat dengan duit yang sebanyak itu.
Apakah anda perlukan RM2 juta, RM5 juta, atau lebih dari itu?
Rancang dengan terperinci bagaimana anda akan urus dan gunakannya. Tak payah rancang dengan teliti bagaimana nak dapatkan duit tersebut, itu semua akan datang sendiri nanti.
8. Jadi usahawanJika sekarang anda makan gaji tak perlu risau, anda masih boleh jadi kaya. Malah saya syorkan jangan berhenti kerja selagi tak ada peluang perniagaan yang meyakinkan. Kalau sekadar bisnes yang sama seperti semua orang lain, kena lawan harga siapa paling rendah untuk bawa pelanggan, elok tak payah berhenti kerja makan gaji. Lebih baik bina kerja sampai jadi CEO, kaya hebat juga.
Jika anda meletakkan sasaran yang cukup tinggi seperti menjadi multi jutawan atau billionaire, tidak ada pilihan lain selain dari terjun berniaga. Itupun, sekali lagi saya ingatkan, pastikan ada peluang yang betul-betul peluang dan bukan kena gadai habis harta yang ada dan terpaksa lawan harga dengan pesaing.
9. Cari pasangan kaya rayaMengorat dan kahwin dengan anak orang kaya adalah satu jalan pendek untuk jadi kaya. Jika anda belum berumah tangga, jangan lepaskan peluang untuk kaya cepat dengan mencari pasangan anak orang kaya. 
Jangan pilih rupa. Korbankan rasa cinta pada orang yang anda suka kalau dia hanya menyusahkan diri anda sahaja bila demand yang bukan-bukan. Lebih-lebih lagi jika pasangan itu jenis yang suka membazir dan tidak ada keupayaan menjana pendapatan.
10. Jangan kalutJangan tergesa-gesa untuk jadi kaya.
Berikan masa yang mencukupi untuk jadi kaya agar anda dapat menghayati disiplin serta ilmu yang perlu bagi menguruskan buit yang banyak. Lima atau tujuh tahun sebenarnya adalah satu tempoh yang singkat. Itu tempoh masa yang anda perlu ambil untuk membuat perubahan ketara.
Penting untuk sentiasa beringat agar jangan melibatkan diri dengan pelaburan cepat kaya seperti saham pakman telo dan seumpamanya. Sebarang pelaburan yang modal sikit dan pulangan gila-gila besar adalah palsu dan tidak pernah ada melainkan ada sesuatu yang tak kena. 
Tak kan anda boleh percaya pada orang yang tawarkan pada anda pelaburan keluarkan duit sedikit dan dapat berganda-ganda sebegitu. Jika benar ada, sudah tentu dia tak akan kongsikan dengan orang lain.
11. Bertanggung jawabLatih pertingkatkan sikap bertanggung jawab.
Anda tidak akan berjaya mencapai apa-apa selagi tidak ada sikap atau disiplin yang tinggi untuk memberikan komitmen penuh terhadap apa saja yang anda lakukan.
Latih tabiat bertanggung jawab dengan menerima apa-apa jawatan samada sukarela atau berbayar. pastikan ia sesuatu yang anda suka dan mulakan dengan tugasan yang paling mudah dan pertingkatkan dari masa ke masa. 
Sebagai contoh ambil tugasan jadi ajk masjid atau surau.
12. Buat kumpulan kecilCari sekurang-kurangnya 5 rakan yang punyai impian yang sama untuk menjadi kaya. 5 ke 7 orang dah memadai. Tak perlu lebih dari itu. Jadikan mereka teman akrab. Buat perjumpaan tidak formal seminggu sekali untuk berkumpul dan bertukar fikiran.

13. Cari mentorKenal pasti rakan atau kenalan atau sesiapa saja yang boleh dilantik sebagai mentor. Pastikan dia seorang yang berjaya dan tidak lokek memberikan nasihat. 
Jangan hanya menerima, sebaliknya cuba berikan khidmat yang bernilai pada mentor anda agar perhubungan lebih positif dan ada “win/win situation”.
14. Cari ‘mentee’Cari sesiapa saja yang lebih rendah pencapaiannya dari anda untuk dilatih dan dibantu meningkatkan kedudukannya. Mentee penting agar anda dapat berkongsi pengalaman dan pencapaian dengan orang lain. 
Jika dia berjaya dan kelihatan meningkat menjadi sama macam anda, maknanya anda sedang leka dan sudah mula berehat dari berusaha meningkatkan keupayaan. Jadikan ini sebagai indikator untuk anda pulun meninggalkannya lebih jauh. Tapi jika anda dah tua dan selesa dengan kekayaan yang ada, biarkan saja dia tinggalkan anda. Rehat lah.
Buat secara konsistenJika semua yang saya petuakan di atas dilakukan secara konsisten. Anda hanya memerlukan masa selama 7 tahun untuk mencapai apa saja yang disasarkan.
Sebelum saya sudahi tulisan ini, saya berikan tips untuk meletakkan sasaran agar anda tidak menyesal nanti.
Fikirkan apa sasaran anda yang bersesuaian dengan lengkap seperti berapa pendapatan, berapa simpanan, rumah besar mana, tanah luas mana, apa ada pada tanah anda tu dan lain-lain lagi. Setelah lengkap semua impian tersebut. Gandakan impian anda itu sekurang-kurangnya 2 kali lebih besar.
Jika anda tidak lakukan ini anda pasti akan menyesal kemudian hari.
Ingat!
Gandakan impian yang anda mahu capai menjadi sekurang-kurangnya 2 ke 10 kali ganda lebih besar.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/10/kalau-anda-memang-nak-kaya-tak-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Baru Di Lsh33 Dah Siap Boleh Ambil Kunci

Rumah Baru Di Lsh33 Dah Siap Boleh Ambil Kunci

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 196 hits
Alhamdulillah yeayyy Rumah baru k fiezz mr hubby di LSH33 dah siap Semalam k fiezz mr hubby cuti rehat untuk ambil kunci rumah kitaorang di Sentul ni Lewat beberapa bulan dari jangkaan siap tetapi apapun syukur rumah berjaya juga disiapkan ...
Kalau Boleh Nak Kerja Ebby Yus Tak Sekuat Dulu Gadai Keris Kesayangan Demi Kelangsungan Hidup

Kalau Boleh Nak Kerja Ebby Yus Tak Sekuat Dulu Gadai Keris Kesayangan Demi Kelangsungan Hidup

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 148 hits
Pelakon dan pelawak Ebby Yus tak sekuat dulu selain sudah empat bulan tidak mampu bekerja akiabt menderita sakit lemah jantung serta buah pinggang Memetik laporan Kosmo Online Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid juga terpa...
Sedia Co Parenting Jaga Han Yuki Sama Sama Cik Epal Nak Mulakan Hidup Baru Dengan Anak

Sedia Co Parenting Jaga Han Yuki Sama Sama Cik Epal Nak Mulakan Hidup Baru Dengan Anak

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 116 hits
Usahawan dan pempengaruh media social Cik Epal mengakui hidupnya kini lebih lega malah kini mahu meneruskan kehidupan yang lebih baik bersama dua anaknya Han dan Yuki Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi dia juga sudah bersedia untuk ...
Tanya Pencuri Tobat Lahum Nak Mengaku Dia Curi

Tanya Pencuri Tobat Lahum Nak Mengaku Dia Curi

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 105 hits
Ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd tidak lagi mengikuti Aurad Muhammadiyah atau amalan dalam Al Arqam yang diisytiharkan sesat sebelum ini Pengarah salah sebuah anak syarikat GISB Khaulah Asaari menegaskan ahli juga t...
Takkan Masa Pemilihan Saja Berdegar Degar Masa Nak Lawan Fitnah Walaun Diam Membisu Koman La

Takkan Masa Pemilihan Saja Berdegar Degar Masa Nak Lawan Fitnah Walaun Diam Membisu Koman La

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 130 hits
Pemilihan parti KEADILAN akan dilakukan selepas mandat dipegang barisan kepimpinan ketika ini tamat pada Mei 2025
Asyik Nak Hentam Kerajaan Saja Woiiii Kerajaan Negeri Deme La Yang Kena Buat Nalle Torq Kariwollek

Asyik Nak Hentam Kerajaan Saja Woiiii Kerajaan Negeri Deme La Yang Kena Buat Nalle Torq Kariwollek

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 129 hits
RMS Untuk info adik kakak stesen bas ni bawah pbt boleh diswastakan untuk dapat hasil sewaan BERMAKNA BUKAN DIBAWAH KERAJAAN PUSAT Jangan lah nak hentam kerajaan saja PMX dah tolong RM500 juta untuk baiki paip dalam tanah yang bocor tapi kj...
Ayam Masak Ungkep Hidangan Tradisional Yang Kaya Rasa

Ayam Masak Ungkep Hidangan Tradisional Yang Kaya Rasa

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 153 hits
Ayam masak ungkep ni merupakan hidangan tradisional yang popular dalam masakan Melayu terutama sekali di kawasan Johor Malaysia dan Indonesia Masakan ni terkenal dengan rasa serta aroma rempah yang agak kuat Ayam masak ungkep menggunakan pe...
12 Jam Masih Tak Rasa Nak Beranak Raja Ilya Resah Tunggu Detik Bersalin

12 Jam Masih Tak Rasa Nak Beranak Raja Ilya Resah Tunggu Detik Bersalin

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 111 hits
Pelakon cantik manis Raja Ilya dimasukkan ke beberapa hospital bagi menyambut kelahiran cahaya mata keduanya sedikit masa lagi Menerusi Instagramnya Raja Ilya memuat naik videonya Ketika berada dihospital dan berkongsi perkembangan terkinin...
Kena Buat Prk Tiap Hari Baru Boleh Dapat Beras Tempatan

Kena Buat Prk Tiap Hari Baru Boleh Dapat Beras Tempatan

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 100 hits
Isu ketiadaan beras tempatan di pasaran mendapat perhatian di Dewan Rakyat hari ini apabila ahli parlimen pembangkang membangkitkan isu berkenaan Idris Ahmad berkata kesukaran mendapatkan beras tempatan turut berlaku di kawasan yang menghas...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow