Ayam Masak Kurma


 Assalamualaikum wbt
WALAUPUN penat nak memasak selepas balik kerja dan menempuh perjalanan pulang hampir sejam, lebih penat lagi rasanya kalau perlu bersiap semula untuk keluar makan. Lagilah kalau tempat yang dituju tu tak dekat. Lagilah kalau Sk diminta memandu. Maka paksalah diri memasak. Pulak tu, asyik teringat-ingat Ayam Masak Kurma Che Mat Gebu yang dimasak beliau minggu sudah. Cuma Che Mat Gebu lawankan dengan Nasi Minyak, kita makan dengan nasi putih pun dah cukup sedap. Lagipun dah lama tak masak kurma atau arwah abah sebut, kormak, hehehehe.
Iman beritahu, dia dah siap rendam ayam (defrost), tapi kalau bonda penat nak masak, dia simpan balik ayamnya. Nak harapkan dia masak? Lamberrrrtttt lagik. Kalau setakat goreng-goreng kunyit sotong dengan udang, pandai la. Tapi, udang dengan sotong pun tak dok. Nak masak maggi bolehlah. Tapi, takkan bapak eh nak makan maggi. Dah dia kata, dah rendam ayam, terus terbayang Ayam Kormak. Iman kata, dia pun terbayang benda yang sama. Bosan asyik makan kari jer. Macam mana eh boleh dua-dua terfikir benda yang sama? Tapi memang selalu begitulah. Kimianya kuat betul dua beranak ni. Bab makan nombor satu 😂 Bab bergaduh pun nombor satu jugak 😝. 

Nampak banyak kentang, kan. Hari tu masa belanja barang dapur di Mydin, tak perasan terambil kentang orang kat kaunter timbang tu. Dah sampai rumah, masa kemas-kemas, ada kentang sebungkus, ingatkan Pak Inche yang ambil. Sk pun koyak plastiknya nak masukkan dalam bakul, lepas tu macammm.. apalah Pak Inche ni pilih kentang yang tak elok sangat. Sebab tak puas hati (sajalahkan nak cari kesalahan laki), Sk cakap dengan Pak Inche, kenapa pilih kentang yang tak elok? Pak Inche kata, mana dia ada ambik kentang. Hah! Iman terus kata, patutlah orang yang timbang barang tu sebut kentang.. kentang.. rupanya bondanya ambik kentang orang, kah kah kah. Orang yang pilih kentang tu pun, pilihlah yang elok sikit, tak reti ke??? Nasib baiklah kentang murah jer kan.. dah buang plastiknya tak perasan kena caj berapa. Lagipun rasanya ada dalam lima biji jer kentangnya


Kebetulan aje ada tomato yang Pak Inche beli di Mydin jugak. Benda dah ada, kita campak ajelah. Kadang, kalau masak kormak, SK guna RESEPI NI, tomatonya dikisar dan ditumis awal. Kali ni saja nak letak tomatonya di hujung-hujung tempoh memasak


Kalau masak kormak, kena tambah telur rebus. Orang tiga, telurnya pun tiga jugak. Bukan catu tapi memang tak ada yang nak makan telur lebih dari sebiji. Dua hari berturut layan Ayam Masak Kurma ni, jadinya esoknya tu, rebus telur lain tiga biji. 

Malas nak susun elok-elok dalam mangkuk. Dah penat kerja, penat masak, perut pun kemahen lagi laparnya. Asal masuk mangkuk sudahlah, hahaha. Snap gambar pun sekeping aje, buat syarat. Jadi adalah content blog kita ni


Goreng papadom. 

Ayam goreng mesti ada, pun ambik gambar masa dalam kuali. Nanti lepas angkat ayam boleh terus makan, tak payah ambil gambar lagi, hihi

Resepi Ayam Masak Kurma
Sedikit minyak untuk menumis1 kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang4 kuntum bunga cengkih2 biji buah pelaga1 biji bawang besar kisar halus4 ulas bawang merah kisar halus2 ulas bawang putih kisar halus1" halia kisar halus3 sudu rempah kurma (Sk guna Mak Siti)Air secukupnya1/2 ekor ayam dipotong kecil100 ml santan1 keping asam gelugor2 biji kentang dipotong empat5 - 6 biji cili padi1 biji tomato dipotong empat3 - 4 biji telur ayam direbus
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak, masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang

2. Masukkan bahan kisar, bunga cengkih dan buah pelaga, tumis hingga wangi dan terbit minyak

3. Rempah kurma campur sedikit air jadikan pes, kemudian masukkan dalam periuk, tumis sambil tambah air sedikit-sedikit hingga pecah minyak, berulang kali

4. Tambah air secukupnya, jangan terlalu cair, masukkan kentang dan ayam, masak selama kira-kira 15 minit atau hingga ayam empuk

5. Masukkan asam gelugor dan santan. Kacau supaya santan tidak berketul

6. Akhir sekali masukkan cili padi, tomato dan telur rebus, biar merenih seketika sebelum dimatikan api

Nota : Kalau ada pokok ketumbar, boleh masukkan di akhir masakan sebelum menutup api seperti DI SINI.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/03/ayam-masak-kurma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Simpan Ayam Di Bahagian Beku Tak Tunggu Lama Nak Masak

Cara Mudah Simpan Ayam Di Bahagian Beku Tak Tunggu Lama Nak Masak

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 206 hits
Memasak boleh jadi lambat disebabkan menunggu bahan basah seperti ayam daging ikan atau makanan laut cair dulu sebelum dikeluarkan dari dalam peti ais Betul tak Kadang disebabkan hal ini mood rajin tu jadi malas sebab perlu menunggu Tambah ...
Taktik Sorok 8 500kg Minyak Masak Peket Dalam Stor Proses Ayam Terbongkar

Taktik Sorok 8 500kg Minyak Masak Peket Dalam Stor Proses Ayam Terbongkar

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 178 hits
KPDNHEP Kelantan merampas 8 500kg minyak masak peket bersubsidi yang disorok dalam stor penyembelihan ayam proses di Kampung Tendong Pasir Mas PETALING JAYA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kelantan merampas 8 500...
Ayam Masak Cabai

Ayam Masak Cabai

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 246 hits
Assalamualaikum wbtSUNYI sungguh kolej Pelajar ditangguhkan naik kuliah tatkala ramai pengajar dan staf yang masih menjalani kuarantin Minggu lepas ramai ramai dijangkiti virus yang tak kenal siapa Puncanya dari satu program Program tu tak ...
Resepi Ayam Masak Kerutuk Adabi

Resepi Ayam Masak Kerutuk Adabi

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 300 hits
AssalamualaikumResepi Ayam Masak Kerutuk Adabi Sebenarnya pernah la makan sekali rasanya masakan ni Tak ingat bila Beberapa minggu ni teringin pula menu ayam kerutuk Jadi terpaksalah masak Kerutuk juga disebut kerutup merupakan makanan pant...
Masak Lemak Pedas Ayam Kampung Dara Organik

Masak Lemak Pedas Ayam Kampung Dara Organik

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 245 hits
Seharian saya dan Juita menghabiskan masa di Euro Moda dan Jakel Mall sehingga kepala pening kerana baru teringat belum makan apa apa dari pagi Saya memang suka sangat kalau dapat seharian berada dalam gedung fabrik Memang mengasyikkan Kala...
Resipi Pulut Kuning Rendang Ayam Mak Sekali Masak Dapat 30 Bekas

Resipi Pulut Kuning Rendang Ayam Mak Sekali Masak Dapat 30 Bekas

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 216 hits
Untuk memasak Pulut Kuning dan juga Rendang Ayam ada kalanya kita tidak pasti sukatan yang tepat Sukatan sebegini penting supaya masakan yang dihasilkan boleh diagak jumlahnya dan juga bagi mengelakkan kerja memasak perlu dilakukan berulang...
Cara Masak Ayam Bawang Penang Ala Hameediyah

Cara Masak Ayam Bawang Penang Ala Hameediyah

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 1001 hits
Menu Ayam Masak Bawang Pulau Pinang ni nampak sedap dan menyelerakan Menerusi perkongsian saudari Che Atie katanya menu ini adalah top kalau di restoran restoran Nasi Kandar di serata Penang Wow Boleh cuba ni Cara buatnya pun mudah Jom liha...
Cara Masak Ketam Kam Heong Resipi Shiela Rusly

Cara Masak Ketam Kam Heong Resipi Shiela Rusly

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 172 hits
Cara masak ketam kam heong resipi pelakon dan produser hebat Sheila Rusly ni nampak menyelerakan betul Pelakon senior yang juga ibu kepada dua orang anak bujang ini sememangnya terkenal dengan kehebatan air tangan masakannya Isteri kepada p...
Resipi Nasi Minyak Daging Masak Hitam Acar Tumis Sedap Macam Dekat Kenduri

Resipi Nasi Minyak Daging Masak Hitam Acar Tumis Sedap Macam Dekat Kenduri

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 438 hits
Ramai orang suka makan nasi minyak tiap kali kenduri Mesti rindukan nak makan nasi minyak Tapi dengan sekarang keadaan kes yan semakin meningkat ada yang terpaksa ditangguhkan niatnya Yang teringin nak makan nasi minyak bolehlah cuba resipi...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Kemenangan Mahkamah Dan Kejayaan Perubatan Qualcomm Lilly Menyumbang Kepada Sesi Positif Ketiga Wall Street