Kek Batik Horlicks Sedap Dan Mudah Disediakan
Cara Buat Kek Batik Horlicks
Kek batik adalah salah satu jenis kek yang mudah disediakan. Memang senang cara nak untuk menyediakannya, campur-campur beberapa bahan dan letak dalam peti sejuk saja. Kek batik coklat antara yang paling popular. Tapi kali ini Mai nak rasa kelainan sedikit dengan menggunakan Horlicks. Maka jadilah kek batik Horlicks
Sedap juga rasa kek batik Horlicks tau. Rasa lemak-lemak Horlicks tu memang mengancam. Baru-baru ini Mai membuatnya dengan menggunakan biskut Marie coklat. Tak kisah guna biskut Marie yang biasa atau berwarna, sedap juga jadinya
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek batik Horlicks juga sama seperti membuat kek batik coklat. Cuma Mai tukar serbuk coklat dan Milo dengan Horlicks serta kuantiti bahan yang sedikit berbeza
Jom buat kek batik Horlicks
Resepi Kek Batik Horlicks
Bahan-bahan:
300 gram biskut Marie (dipatah 4 setiap keping)
125 gram Buttercup2 biji telur
1 cawan Horlicks1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan air suam
Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan air suam, Horlicks, susu pekat manis dan telur ke dalam kuali. Kacau hingga telur sebati (untuk elakkan telur menjadi berketul apabila dipanaskan atas api). Kemudian masak adunan ini dengan api yang perlahan. Perlu dikacau selalu.
2. Masukkan Buttercup dan teruskan kacau sehingga betul-betul sebati hingga tidak nampak ketulan Buttercup.
3. Apabila adunan telah sebati, masukkan biskut Marie yang telah dipatahkan ke dalam adunan. Gaul sehingga semua kepingan biskut diselaputi adunan. Tutup api
4. Kemudian, masukkan biskut yang telah diselaputi adunan ke dalam loyang. Loyang boleh dilapik dengan plastik atau baking paper supaya mudah dikeluarkan.
5. Ratakan biskut di dalam loyang. Selepas itu, tabur sedikit Horlicks di atas permukaan biskut.
6. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Boleh dihidangkan selepas beberapa jam
Emmm... sedapnya! Lembut je kek batik Horlicks ini. Kalau Mai, memang suka kek batik yang lembut. Barulah kek kan. Tapi ada juga yang suka jenis rangup. Ikut citarasa masing-masing lah kan nak makan jenis yang mana satu.
Selamat mencuba resepi kek batik Horlicks ini ya! Jangan risau, confirm 100% menjadilah kek nya nanti hehehe
HOT: Kek Batik Lapis Keju
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.maisarahsidi.com/2020/01/kek-batik-horlicks-sedap-mudah-disediakan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)