Ayam Masak Kicap Ala 3 Budak Gemuk




Sebelum kita masuk bab resipi, saya ingin kongsikan Kuliah Zoom Ustaz Md Esa Deraman berkenaan tajuk persiapan untuk akhirat.  Orang beriman yakin dekatnya hari kiamat. Yang membezakan orang beriman dengan orang kafir ialah orang beriman melihat kiamat itu dekat. Hari paling dasyat iaitu hari kemusnahan seluruh alam dan makhluk, untuk dibangkitkan semula.
Surah Makkiah sebanyak 85 surah menekankan bab kiamat. Semua akan binasa. Yang kekal hanya zat Allah. Orang beriman sentiasa dituntut untuk membuat persiapan untuk menghadapi hari kiamat. Hari yang menggerunkan. Nilai umur dunia tak ada apa apa. Sebahagian manusia rasa dunia ini kekal. Nikmat dunia yang memperdaya. 
Dunia adalah hari ini. Manakala esok adalah akhirat. Betapa dekatnya hari akhirat. Setiap diri perlu lihat apa yang dipersiapkan untuk hari esok. 1 hari akhirat sama dengan 50 ribu tahun di dunia. Di akhirat, kita akan berdiri seorang diri tanpa suami/isteri. Akan terpisah dari ibu ayah dan anak anak. Semua sibuk dengam diri sendiri. Semua sibuk pikul dosa masing masing. Tak mampu pikul bebanan dosa orang lain. Tak boleh beri syafaat atau terima syafaat. 
Hari ini orang beriman pada Allah melihat amalan mereka kecil. Orang yang taat dan sujud pada Allah dari lahir hingga mati pun,  di hari kiamat dia melihat semua itu sikit sahaja. Sangat sikit amalannya. Malaikat yang tak permah buat dosa pun, dapati ibadahnya sikit. 
Jadi persiapan mega perlu kita buat. Jangan rasa diri kita baik kerana bekalan kita sangatlah sedikit. Sedang perjalanan jauh. Untuk bekalan dalam kubur pun tak cukup, apalagi untuk akhirat. Analogi bila Allah uji dengan PKP selama 2 tahun habis modal walaupun telah bekerja selama 20 tahun. Dah tak cukup duit. Itu baru PKP dunia. Bagaimana akhirat yang panjang tempohnya. 1 hari sama dengan 50 ribu tahun akhirat.
Kita perlu buat persiapan sebanyak mungkin. Berdoa pada Allah supaya diterima segala amalan kita. Merasa amalan sikit dengan rahmat Allah yang banyak. Dengan kasih sayang Mu, tidaklah aku mengingati dan mentaati mu. Bagaimana aku hendak bersyukur dengan nikmat Mu, sedangkan ilham untuk bersyukur juga Allah yang bagi. Jangan pernah rasa amalan kita cukup dan banyak. Jangan lupa Rahmat Allah yang luas. Kita mahu rahmat Allah. Ya Allah, masukkan aku ke syurga dengan rahmat mu.
Keempat, jangan pernah lupa sebahagian dari kita lebih Allah sayangi. Mereka ialah hamba Allah yang soleh. Jangan bermusuh dengan orang soleh zaman dulu, sekarang atau akan datang. Jangan pernah hina orang soleh.
Kelima, di hari akhirat ada orang yang ada hak besar di akhirat Seperti redha mak ayah. Jangan lupa dapat redha suami. Beri lah hak guru dengan doakan mereka. Berikan hak pada orang yang ada tuntutan besar di akhirat kelak. Bertaqwa lah pada Allah. Menggandakan taqwa adalah tanggungjawab kita. Ini persiapan umum untuk hadapi hari akhirat.
Hari ini kita berada di tempat baru di mana para nabi juga tak angkat muka. Dunia tak ada nilai langsung. Kerana dunia, kamu tak taat pada aku. Dunia telah dilaknat oleh Allah. Melainkan orang yang ingatan dan ketaatan pada Allah, orang alim dan orang belajar. Yang lain semua dilaknat.
Anak anak semua isteri semua berpisah. Kita tak tanggung beban orang lain, semua nak selamat diri sendiri. Semua berhadapan kepanasan ikut dosa masing masing.
Hadis riwayat Muslim Nabi bersabda siapa melepaskan kesusahan orang Islam di dunia, Allah akan lepas kesusahan kita di akhirat kelak. Jadilah orang yang bermanafaat jangan jadi beban pada orang. Jadi orang yang memudahkan. Jangan susahkan. Apa persiapan yang kita nak buat untuk bekalan akhirat?
Beberapa amalan yang kita nak buat di mana Rasulullah menyebut maksudnya ada seorang lelaki risau amalan tak banyak melainkan dia suka bergaul dengan orang ramai dan bagi pinjam. Bila orang susah nak bayar dia akan bagi tempoh, jika susah juga, akan langsaikan hutang. Kalau nampak orang susah nak bayar, halalkan lah. Bagi tempoh dulu, kalau kita halalkan lebih baik. Lebih lebih lagi jika dia memang susah. Bukan yang jenis liat bayar hutang. Mungkin keputusan ini, menjadi asbab Allah selamatkan kita di akhirat.
Rasulullah bersabda siapa mengenyangkan orang lapar, beri pakaian orang telanjang, beri perlindungan pada orang musafir, Allah akan selamatkan kita di hari kiamat. Contoh ada Homestay sesekali bagi free jer. Terutama mereka yang datang dari kampung. 
Hadis lain Rasulullah bersabda, siapa yang menyuap satu suapan pada saudaranya Allah akan memalingkan kita dari hari kiamat. Maknanya bagi orang makan.
7 amalan iaitu pemimpin yang adil sebab Allah tenangkan dia dari huru. hara akhirat. Pemuda yang hidup dalam beribadah pada Allah.  Seorang yang hatinya terikat dengan masjid. Orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Lelaki yang digoda oleh wanita. Orang yang bersedekah lalu menyembunyikan hatta suami/isteri pun tak tahu dan kita pun tak ingat. Ia akan menyelamat kita dari huru hara akhirat. Seorang yang mengingati Allah bila bersendirian. Menangisi kelalaian, menyesali kerana selama ini tidak bersyukur. Mudahan airmata ini penyebab Allah memberi rahmat dan kasih sayang.
Orang yang hati keras hati berpenyakit akan rasa kekal di dunia. Hari akhirat ialah hari yang tidak memberi manafaat anak dan harta benda melainkan menemui Allah dengan hati yang sejahtera. Hari ini dunia, esok akhirat kerana esok kita mungkin dah mati. Orang beriman sentiasa melihat kiamat pasti berlaku bila bila masa.

saya
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.... 


Ayam Masak Kicap Ala 3 Budak GemukOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:½ ekor ayam - lumur garam & serbuk kunyit 
Segenggam daun kari
Kicap manis secukupnya - agak agak kuah warna hitam
4-6 sudu besar sos tiram 
1 batang serai - dititik
Garam - jika perlu
1 sudu kecil gula 
½ sudu kecil pes asam jawa
1 biji bawang besar Holland - hiris
Minyak masak


Bahan kisar:
8 biji cili api hijau 
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara cara:
Panaskan minyak masak dan goreng ayam sekadar masak. Angkat dan ketepikan. 





Menggunakan minyak sama, tumis serai dan bahan kisar sehingga terbit minyak. 


Masukkan daun kari, sos tiram, pes asam jawa dan kicap secukupnya. Jika perlu, masukkan sedikit air. 


Masukkan ayam, garam dan gula secukupnya. Rasakan dulu sebelum dimasukkan garam kerana sos tiram telah ada rasa masin.





Jika suka, masukkan bawang besar hiris. Kacau rata dan tutup api.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/05/ayam-masak-kicap-ala-3-budak-gemuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ayam Masak Kicap Sedap Dan Simple

Resepi Ayam Masak Kicap Sedap Dan Simple

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 326 hits
Resepi Ayam Masak Kicap Sejak saya pandai menggunakan Instagram saya suka melayan video ringkas artis memasak Nampak betul mereka pandai memasak Lauk pauk yang dimasak pun adalah lauk harian seperti ayam masak merah ayam percik ikan kembung...
Resepi Ayam Masak Paprik Sedap Kuah Pekat

Resepi Ayam Masak Paprik Sedap Kuah Pekat

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 293 hits
Resepi ini memang berasal dari negara Thailand oleh itu dinamakan masakan ala thai Resepi ayam masak paprik selalu menjadi bahan pencaharian orang pada saat acara acara rasmi seperti perkahwinan atau majlis di perkantoran Resepi ini saya li...
Lemang Periuk Kera Ayam Masak Bali

Lemang Periuk Kera Ayam Masak Bali

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 330 hits
Assalamualaikum Salam Jumaat Rezeki hari ni kawan office ada order lemang periuk kera so dapat la SA merasa alhamdulillah rezeki SA amik seketul dan seketul ayam masak bali ntah bila nak makan ni sebab SA tengah kenyang Lepas tu level 11 da...
Sardin Masak Kicap Dengan Lebih Cili

Sardin Masak Kicap Dengan Lebih Cili

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 204 hits
Sardin Masak Kicap Dengan Cili Lebih Sardin in the house lagi sebab anak sedang cuti sekolah Jadi jika dia balii bercuti mesti ada menu sardin di rumah Almaklum di asrama tak ada lauk sardin katanya Kita layan je lah kehendak dia asalkan me...
Ayam Grill Ala Ala Restoran Mahal Boleh Buat Di Rumah Yang Penting Keluarga Suka

Ayam Grill Ala Ala Restoran Mahal Boleh Buat Di Rumah Yang Penting Keluarga Suka

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 179 hits
Teringin nak makan ayam grill ala ala restoran mahal tapi takde masa nak keluar Jangan risau Dekat rumah pun boleh buat tau Senang je nak buat Boleh makan seisi keluarga Pasti semua suka suka Kos pon lebih jimat tau Makan dekat rumah lagi p...
Paling Jimat Masa Ibu Bekerjaya Idea Pack Bahan Masak Ikut Menu Ni Wajib Buat

Paling Jimat Masa Ibu Bekerjaya Idea Pack Bahan Masak Ikut Menu Ni Wajib Buat

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 331 hits
Bagi ibu bekerjaya menyiapkan kelengkapan awal untuk memasak lebih membantu melancarkan kerja kerja harian Balik ke rumah penat bahan memasak yang disiapkan lebih awal pastinya sangat membantu Bagi wanita ini Nadia Rusllan dia selesa untuk ...
Sardin Masak Asam

Sardin Masak Asam

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 262 hits
Kjee hanya tahu tiga cara nak masak sardin dalam tin Pertama masak sambal kedua masak kari cara India Dan ketiga masak asam Semua cara Kjee suka UP pula ada satu lagi cara iaitu digoreng dan makan dengan nasi sambil kunyah cili padi Kjee ta...
Nasi Jadi Cantik Berderai Masak Sekata Rupanya Macam Ni Cara Nak Masaknya

Nasi Jadi Cantik Berderai Masak Sekata Rupanya Macam Ni Cara Nak Masaknya

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 177 hits
Walau hanya memasak nasi namun memasak nasi putih juga perlukan kemahiran yang betul Bagaimana sukatan air yang betul dan bagaimana pula nasinya akan menjadi sekata dan cantik Semuanya perlukan teknik yang tepat Macam mana caranya nak masak...
Resepi Tumis Petola Ular Ala Mamak

Resepi Tumis Petola Ular Ala Mamak

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 313 hits
Suami kak ana laa suka makan sayur petola ular ni dan agak lama juga kak ana tak masakkan untuknya Baru baru ini terjumpa di pasaraya dan kak ana beli lah sebatang Bukan boleh beli banyak pun anak tak suka makan sayur sangat Sebatang saiz k...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri