Ayam Masak Goreng Kunyit Simple Dan Mudah Untuk Disediakan
Ayam Masak Goreng Kunyit Simple Dan Mudah Untuk Disediakan | Assalamualaikum, hai... Korang tengah buat apa? Hurmm... Sementara baby D tidur, Fiza nak share satu resepi ni. Walaupun bersepah resepinya di google, mungkin resepinya versi berbeza. Actually, duatiga hari ni... Ramai rakan fb Fiza share video masak... Ayam goreng kunyit. Tapi versi bersambal ala² ayam penyet. So, Fiza tryla buat semalam untuk sajian tengahari kami. Tapi Fiza tak buat pun sambalnye. Just buatkan ayam goreng kunyit je. Not bad, encik suami kata sedap... Rasanye ala² yang dijual dekat kedai dan suprisingly... Pagi tadi encik suami request lagi untuk bekal ke pejabat. Huhu... Seawal 4.30 pagi Fiza dah bangun oiii.
Haha...
Resepi Ayam Masak Goreng KunyitOk²! Direct to the point... Fiza letak resepinya di sini pun... Kot² lah ye lupa resepinya, bolehla rujuk blog sendiri. Nanti tak perlulah nak google satu per satu. Betul tak?
Untuk bahannya...
Fiza guna 500gram ayam, 2 sudu kari, sedikit kunyit, 1 cube ayam, 2 sudu tepung jagung, 2 biji bawang holland, cili, kacang buncis, carrot. Boleh jugak add-on bunga kobis. Tapi, untuk Fiza... Fiza add-on bahan yang ada je... Iaitu carrot, bawang holland dan daun bawang. Sedikit perencah secukup rasa maggie dan minyak untuk menggoreng.
Nak membuatnye pulak... First, gaulkan ayam dengan tepung jagung, kari, kunyit dan cube ayam.
Panaskan minyak dan masukkan ayam. Setelah hampir masak... Masukkan carrot, bawang holland dan daun bawang. Nak tambah kacang buncis dan bunga kubis pun boleh tau. Perasakan dengan sedikit perencah secukup rasa maggie. Dah siap, toskan. Mudah dan simple kan?
Selamat mencuba!
#ayammasakgorengkunyit
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizacrochet.com/2020/09/ayam-masak-goreng-kunyit-simple-dan.html