Ayam Goreng Bawang Putih Goreng Sampai Garing Wangi Aromanya
Ayam goreng bawang putih ini memang tular dan telah ramai yang berkongsikan resipi cara membuatnya. Resipi mudah, namun hasilnya memang sama sekali tidak mengecewakan. Kalau ada yang tak ada idea untuk menu bersahur atau berbuka, boleh cuba ayam goreng ini.
Penggunaan banyak bawang putih ketika menggoreng itulah yang menyebabkan rasa ayam goreng ini lebih sedap dan memberikan aroma yang wangi. Rasanya rangup di luar lembut dan berjus di dalam. Beberapa ulas bawang putih masih berkulit yang dimasukkan ketika digoreng juga memang sedap dimakan.
Kali ini, kita ikuti pula cara membuat ayam goreng viral ini yang dikongsikan oleh Novelis Affieyza Isahak. Memang menarik. Makan begitu saja pun dah sedap. Jom kita cuba.
BAHAN-BAHAN:
Ayam yang telah dipotong dan dicuci
2 sudu sos tiram
Kiub pati ayam
Serbuk perasa
Gula
2-3 sudu tepung ubi
Bawang putih
BAHAN KISAR
1 butir telur*
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan bertanda * di atas ke dalam pengisar dan kisarkannya.
Kemudian, curahkan bahan kisar tadi ke atas ayam.
Campurkan pula dengan sos tiram.
Cairkan kiub pati ayam. Anggarkan ikut banyak kuantiti ayam.
Gaulkan semua bahan tadi dan masukkan tepung ubi.
Ratakan pada ayam dan perap seketika. Lagi lama perap lagi bagus.
Kemudian, ayam tadi digoreng seperti biasa. Semasa balikkan ayam, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
Boleh digoreng dua kali untuk lebih kerangupan. Tapi, saya goreng sekali sahaja sehingga betul-betul garing.
Ayam dah masak elok dan garing, bolehlah diangkat dan sedia untuk dhidangkan.
Kredit: Novelis Affieyza Isahak
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Phad Thai Udang, Menu Wajib Cuba. Memang Terangkat Habis
Tiga Pencuci Mulut Ini Anak Gerenti Suka
Buat Tose Air Tangan Sendiri, Garing Di Luar Lembut Di Dalam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
The post Ayam Goreng Bawang Putih, Goreng Sampai Garing, Wangi Aromanya appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2023/04/ayam-goreng-bawang-putih-goreng-sampai.html