Ayam Gepuk Pedas Berapi
Assalamualaikum...
Ayam Gepuk Pedas Berapi | Salam kembali bersiaran. Macam chipsmore dah blog ummizarradotcom ni kan. Kekangan masa dan ketandusan idea.
Ayam Gepuk Wak Lamat
Ok, kembali pada entri kali ni, Nora nak share dengan korang tentang kesedapan Ayam Gepuk Pedas Berapi yang semakin mendapat perhatian. Actually yang Nora tahu, Ayam Gepuk terkenal dengan tahap kepedasannya. Ayam Gepuk yang selalu mendapat liputan adalah Ayam Gepuk Pak Gembus
AYAM GEPUK WAK LAMAT
Tapi, kali ni Nora nak share dengan korang Ayam Gepuk Wak Lamat. Semenjak duduk kawasan pendalaman, pilihan tempat makan kira terhad juga. Satu hari ni, Nora dan suami jalan-jalan area Bandar Baru Serting dan ternampak gerai makan Ayam Gepuk. Decide dengan suami nak cuba makan dekat gerai ni
Ayam Gepuk Pedas Berapi
Ayam Gepuk Wak Lamat menyediakan menu pilihan Ayam Gepuk pedas berapi bersama sambal yang mempunyai tiga pilihan tahap kepedasannya. Tahap kepedasan sambal Ayam Gepuk Wak Lamat terdiri daripada Normal, Spicy, dan Extra Spicy
Ayam Gepuk Pedas Berapi
Foto - Google
Terdapat empat pilihan set menu iaitu Set A, Set B, Set C dan Set D dengan harga serendah RM7.80. Haaaa, dalam setiap set menu tu berbeza dari segi tambahan tempe goreng, tauhu goreng, pedal ayam, hati ayam. Apa yang pasti kobis dan timun ada disetiap hidangan menu tersebut
Ayam Gepuk Wak Lamat
Foto - Google
Apa yang Nora boleh kata, set A yang Nora dan suami ambil dengan tahap kepedasan Normal, itupun telah buatkan kami rasa berapi. Dalam rasa pedas tu tapi sedap nak makan lagi. Kurangkan pedas dengan tambah kicap yang tersedia atas meja. Hehhehee..
Ayam Gepuk Pedas Berapi
Nora suka makan dekat Ayam Gepuk Wak Lamat ni, sebab ayam dia besar, rasa sambal dia tu sedap pedas berapi. Even kedai ini hanya sebuah gerai tapi ada masanya ia mendapat sambutan pelanggan yang ramai. Ada yang order untuk di bawa balik. Part seronoknya bila tengok yang tenyeh cili tu. Perghhhhh tengok cili merah-merah tu rasa wowww berapi
Nora boleh beri 7/10 Ayam Gepuk Wak Lamat, recommended untuk korang di kawasan sekitar cuba menu Ayam Gepuk Pedas Berapi yang viral masa kini
Untuk maklumat lanjut :
Facebook : Ayam Gepuk Wak LamatContact : +60 13275 2127
Penafian : Entri ini dinilai mengikut citarasa admin.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ummizarra.com/2019/11/ayam-gepuk-pedas-berapi.html