Kempen Ayambersamamu Komited Kanak Kanak Malaysia Lebih Sihat Dan Cergas Fizikal


Ayam Brand Meneruskan Komitmen Malaysia Lebih Sihat Menerusi Penganjuran Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke-17 Kempen tahun ini memberi tumpuan kepada pemakanan sihat dan kecergasan fizikal



Ayam Brand™, satu jenama terkenal selama 132 tahun yang dikenali dengan pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggidan mudah serta tanpa bahan pengawet dan tambahan MSG, serta merupakan pemegang sijil Halal komited dalam meneruskan Kempen Komuniti Penyayang 2024. Inisiatif yang bertujuan untuk memberikan manfaat berterusan kepada masyarakat ini telah diperkenalkan sejak tahun 2008.
Bertemakan #AyamBersamaMu Sihat & Cergas, kempen tahun ini bermatlamat untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak di seluruh Malaysia. Memasuki tahun ke-17 penganjurannya, kempen


Ayam Brand ini telah memanfaatkan lebih 28,350 individu daripada 635 organisasi bukan kerajaan (NGO) dengan membabitkan penyediaan lebih 2.2 juta hidangan berkhasiat.

Kempen tahun ini akan memberi tumpuan dalam membentuk tabiat pengambilan makanan yang berkhasiat yang mengandungi Omega-3 agar kanak-kanak lebih sihat. Selain itu, fokus juga diberikan dalam mempromosikan gaya hidup aktif dalam kehidupan anak-anak ini agar dapat melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih cerdas.
Di Klang Valley, kempen ini dijangka akan memberi manfaat kepada 425 kanak-kanak daripada 6 NGO dengan menyediakan mereka 76,500 hidangan berkhasiat yang juga enak.
Menerusi kerjasama Hospital Columbia Asia, Focus Point Group serta pakar-pakar pemakanan dan kecergasan, Ayam Brand akan mengadakan bengkel pemakanan sihat bagi membimbing kanak-kanak mengenai pilihan makanan yang lebih berkhasiat berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia, serta rutin senaman yang boleh dilakukan kanak-kanak di rumah serta cabaran kecergasan untuk menggalakkan mereka kekal aktif.

Menurut Cik Teoh Wei Ling, Ketua Pemasaran A. Clouet (Malaysia) Sdn Bhd, Ayam Brand percaya bahawa semua pihak layak mendapat akses terhadapmakanan berkhasiat dan diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang sihat.
“Menerusi program keprihatinan komuniti tahunan ini, kami berhasrat untuk memperkasakan individu dan komuniti untuk membuat perubahan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan diri mereka,” katanya. 
Berdasarkan data daripada Kementerian Kesihatan1 Malaysia menunjukkan bahawa pengambilan asid berlemak Omega-3 dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa ini adalah rendah dan terdapat tiga cara untuk menangani isu ini iaitu peningkatan pengambilan bijirin seperti kekacang; tauhu dan ikan, menggunakan minyak masak yang mengandungi Omega-3 serta mengambil makanan yang kaya dengan Omega-3.
“Omega-3 adalah amat penting untuk kesihatan jantung, otak, saraf, kulit dan mata. Sepanjang kempen ini, kami menyediakan produk yang mempunyai kandungan Omega-3 dengan matlamat untuk menyediakan satu khasiat utama bagi kanak-kanak terlibat. Bagi tahun 2024, kami juga mengintegrasikan kecergasan dalam kempen yang dianjurkan agar menggalakkan gaya hidup sihat yang berterusan.”
“Pada masa ini, Malaysia menunjukkan peningkatan pertumbuhan yang terbantut dan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Sehubungan itu, kami ingin mengambil pendekatan proaktif untuk mempromosikan gaya hidup yang sihat dan program kecergasan ke dalam kempen yang dianjurkan.
Menyedari bahawa negara masih berhadapan dengan cabaran obesiti, kita perlu memulakan langkah untuk menangani isu tersebut,” tambah Teoh.
Laporan berita 2 baru-baru ini menunjukkan kesedaran kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah. Negara ini mempunyai bilangan kes tertinggi diabetes dan obesiti di rantau Asia Tenggara. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendedahkan bahawa satu dalam setiap tiga kanak-kanak di sekolah3 mengalami masalah lebihan berat badan atau obes.
Ayam Brand juga bekerjasama dengan Focus Point Group bagi memastikan kesihatan mata kanak-kanak dalam keadaan baik. Bagi kanak-kanak yang memerlukan kaca mata akan menerima tajaan Ayam Brand bagi membantu penglihatan mereka.
“Kami meneruskan usaha penjagaan kesihatan mata kanak-kanak bagi kempen tahun ini kerana analisis global 4 melaporkan penglihatan kanak-kanak masa ini kian merosot dengan satu dalam tiga daripada mereka rabun


1 Ministry of Health Malaysia: 3 Fats: Foods which serve as good sources of Omega-3 fatty acids
2 Bernama: Anwar urges people to be more health conscious, reduce sugar intake
3 Harian Metro: Bantut, obesiti catat peningkatan di Malaysia
4 BBC: One in three children short-sighted, study suggests


atau tidak mampu melihat objek jauh dengan jelas. Laporan tersebut turut menyebut bahawa kadar tertinggi isu ini adalah di Asia. Sehubungan itu, Ayam Brand ingin membantu kanak-kanak yang terjejas agar mereka dapat melihat dengan lebih baik,” Teoh menghurai lanjut.
“Kami amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada kempen Ayam BersamaMu Sihat & Cergas Ayam Brand. Kolaborasi ini sejajar dengan komitmen Hospital Columbia Asia untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan kesejahteraan dalam kehidupan. Dengan menawarkan kepakaran dan sumber kami kepada rumah-rumah amal terlibat, kami berharap untuk membentuk impak yang signifikan terhadap kesihatan dan kualiti kehidupan kanak-kanak di sana,” kata Cik Gwen Yap, Pengurus Pemasaran Serantau,
Hospital Columbia Asia.
Di Klang Valley, penerima manfaat kempen ini adalah Pertubuhan Anak-Anak Yatim Selangor , Yayasan Sunbeams Home, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Ti-Ratana Welfare Society Malaysia, Shelter Home dan Pusat Jagaan Rumah Keluarga Kami.


Mengenai Ayam BrandTM


Ayam BrandTM, adalah satu jenama warisan Tanah Melayu terkemuka di Malaysia dan Asia selama 132 tahun yang dikenali untuk pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggi dan sihat yang bebas daripada bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk-produk Ayam BrandTM dihasilkan di kemudahan-kemudahan berteknologi terkini yang memenuhi standard antarabangsa tertinggi dan menerima pensijilan yang diiktiraf antarabangsa (HACCP, ISO 9001). Rangkaian produk Ayam BrandTM juga telah menerima pensijilan Halal. Ayam Brand telah disenaraikan dalam senarai putih Jakim sebagai Jenama Makanan Halal Yang Diyakini.Ayam BrandTM telah disenaraikan sebagai antara 10 Jenama Pilihan FMCG Malaysia, menurut Kajian Jejak Jenama Asia 2023 oleh Kantar Worldpanel.
Tentang Columbia Asia
Kumpulan hospital Columbia Asia, yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1996, adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan antarabangsa yang mengendalikan kemudahan perubatan di Malaysia, Indonesia, dan Vietnam. Hospital-hospital Columbia Asia kini merupakan sebahagian daripada Asia OneHealthcare, yang dimiliki majoriti oleh Kumpulan Hong Leong dan firma pengurusan aset alternatif global, TPG. Sejak penubuhannya, Columbia Asia dengan penuh dedikasi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang cemerlang di seluruh Asia Tenggara selama lebih dari dua dekad. Dengan 27 kemudahan perubatan canggih di Malaysia (18), Indonesia (8), dan Vietnam (1) yang terletak secara strategik di kawasan berpenduduk padat, ia bertujuan untuk menyediakan penjagaan kesihatan sebaik mungkin yang berdekatan dengan tempat tinggal, serasi dengan tagline syarikat – Right Here for You.
Penekanan Columbia Asia adalah pada pengesanan awal penyakit melalui teknologi terkini untuk mendapatkan diagnosis yang tepat lantas meningkatkan lagi prosedur yang kurang invasif. Untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan komuniti secara umum, dari pencegahan penyakit sehingga rawatan, Columbia Asia menawarkan disiplin-disiplin utama seperti Obstetrik & Ginekologi, Pediatrik, dan Pembedahan Umum. Ia juga menawarkan perkhidmatan Columbia Asia juga merangkumi penjagaan kesihatan tersier yang melibatkan bidang perubatan yang lebih kompleks seperti pembedahan neuro, rawatan penyakit jantung, dan penjagaan kanser berintegrasi. Seiring dengan pertumbuhan komuniti, hospital Columbia Asia berkembang untuk menampung keperluan penjagaan kesihatan yang meningkat. Columbia Asia menegakkan tadbir urus klinikal yang ketat dan etika perubatan, yang membawa kepada hasil penjagaan pesakit yang cemerlang. Diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia/Malaysian Society for Quality in Health (MSQH), hospital-hospital Columbia Asia diiktiraf kerana keunggulan dalam piawaian dan servis, serta khidmat kesihatan. Misinya ialah untuk memupuk masyarakat yang lebih sihat dengan menjadikan penjagaan kesihatan berkualiti mudah dicapai dan memperjuangkan langkah-langkah pencegahan penyakit.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2024/12/kempen-ayambersamamu-komited-kanak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Lebih 30 Rakyat Malaysia Akui Lebih Sukar Nak Cari Pekerjaan Berbanding Cari Pasangan Hidup

Hiburan Lebih 30 Rakyat Malaysia Akui Lebih Sukar Nak Cari Pekerjaan Berbanding Cari Pasangan Hidup

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 115 hits
Melalui laporan sebanyak 34 rakyat Malaysia yang membuat tinjauan pasaran pekerjaan bersama Jobstreet by SEEK mengakui kini lebih susah mahu mencari pekerjaan yang bersesuai berbanding mencari pasangan hidup Terlalu mencabar nak cari kerja ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 173 hits
nbsp Kalau sebelum ni kak ana beberapa kali dah berkongsi artikel mengenai pelbagai tawaran hartanah yang menarik di Sendayan di bawah pemaju Matrix Concepts kali ini di rezekikanNya kak ana hadir sendiri melihat perkembangan projek dan men...
Jari Manis Tersekat Tombol Pintu Kanak Kanak Perempuan 11 Tahun Tahan Sakit Lebih Sejam

Jari Manis Tersekat Tombol Pintu Kanak Kanak Perempuan 11 Tahun Tahan Sakit Lebih Sejam

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 92 hits
Jari manis tersekat tombol pintu kanak kanak perempuan 11 tahun tahan sakit lebih sejam Seorang kanak kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan selama lebih satu jam selepas jari manisnya tersekat pada tombol pintu di rumahnya di Jalan Buk...
Johari Gesa Kerjasama Lebih Erat Malaysia Indonesia Hadapi Cabaran Minyak Sawit Global

Johari Gesa Kerjasama Lebih Erat Malaysia Indonesia Hadapi Cabaran Minyak Sawit Global

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 78 hits
Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Abdul Ghani kata penerimaan global terhadap biodiesel adalah penting untuk memerangi perubahan iklim JAKARTA Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Abdul Ghani menggesa kerjasama yang lebih erat anta...
Photos A Visual Odyssey Of The Malaysia Ultra Trail Utmb In Taiping Embracing Rain And Moonlight

Photos A Visual Odyssey Of The Malaysia Ultra Trail Utmb In Taiping Embracing Rain And Moonlight

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 143 hits
In the pre dawn darkness of Taiping Perak where Malaysia s oldest rain trees whisper tales of bygone eras something extraordinary is stirring The Malaysia Ultra Trail by Ultra Trail du Mont Blanc isn t just another race it s a pilgrimage th...
Experience Italy In Malaysia A Week Long Mediterranean Culinary Celebration

Experience Italy In Malaysia A Week Long Mediterranean Culinary Celebration

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 105 hits
For Malaysians dreaming of an Italian getaway but haven t made it to Rome yet here s the next best thing the latest edition of the Week of Italian Cuisine in the World 2024 brings authentic Italian flavours right to our doorstep From 18 to ...
Sandra Lim Tamatkan Kemarau Malaysia Selepas 53 Tahun Berjaya Ke Top 30 Miss Universe

Sandra Lim Tamatkan Kemarau Malaysia Selepas 53 Tahun Berjaya Ke Top 30 Miss Universe

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 85 hits
Pelakon dan model dari Selangor Sandra Lim tamatkan kemarau Malaysia selepas 53 tahun apabila terpilih sebagai Top 30 Miss Universe 2024 Pencapaian Sandra Lim Shue Hui itu sekali guus mencipta sejarah di pentas antarabangsa buat Malaysia di...
Siti Muncul Juara Siri Antarabangsa Malaysia

Siti Muncul Juara Siri Antarabangsa Malaysia

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 711 hits
PETALING JAYA Pemain perseorangan wanita negara Siti Zulaikha Azmi mengungguli gelaran pertama di peringkat senior selepas muncul juara pada Siri Antarabangsa Malaysia di Johor hari ini Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Educity...
Panduan Mencari Filem Di Netflix Gunakan Kod Kod Ini

Saturday Jokes 240

Abdullah Bin Umar Pengikut Jejak Nabi Paling Teliti

Kempen Hartanah Bumiputera Anjuran Matrix Concepts

Mostbet Bonus Computer Code Postnews Unveils 200 Bonus Or The 1 000 Protection Net For Dodgers Mets Any Wednesday Game

Huawei Matepad 12 X Your Pc Like Workstation Tablet Is Now Available

Upsr Dan Pmr Tetap Dimansuhkan

Lebih Muda Tak Semestinya Layak Dipandang Rendah


echo '';
Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan

Mengapa Individu Pandai Lebih Sedih dan Tertekan Dalam Hidup

5 Faktor Utama Yang Membuatkan Harga Kereta Elektrik China Murah

Biodata Terkini Yazid Lovehunters Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Sambutlah Kasih

8 Negara Yang Dinamakan Sempena Nama Individu


Cuti Dan Hari Kelepasan Am Persekutuan 2025

Barbarik Nasib Baik Chord

Thomas Arya Feat Ovhi Firsty Cinta Tinggal Kenangan Chord

Isla De Las Mu Ecas A Colombian Folktale Exploding With Mysticism And Unsettling Dolls

Belanjawan 2025 Kerajaan Negeri Peruntukkan Rm91 97 Juta Tingkatkan Perkhidmatan Bekalan Air

Salah Satu Rukun Nikah Tak Terpenuhi Pernikahan Rizky Febian Mahalini Dianggap Tidak Sah