Ayahanda Drama Unsur Islamik Yang Menyentuh Hati


 AYAHANDA - Drama Unsur Islamik Yang Menyentuh Hati. Dah agak lama tak berkongsi tentang drama menarik.  Kali ini akak nak kongsi tentang drama Ayahanda.  Mulanya malas nak tonton sebab cerita adaptasi novel lama-lama ni, mesti penyampaiannya berat dan susah nak hadam.  Karya orang lama-lama ni selalunya penuh kiasan dan maksud tersirat yang kadang-kadang susah nak dileraikan.  Tapi bila tengok episod pertama, terus keinginan untuk menonton lagi dan lagi datang.  Dram berunsur islamik yang menyentuh hati, memang sesuai untuk ditonton seisi keluarga.
Sinopsis AYAHANDAMengisahkan tentang Haji Abdullah (Jalil Hamid), seorang Tok Imam, juru nikah dan mengajarkan kitab di surau yang berusia lebih daripada 100 tahun. Surau itu kemudian dibina semula setelah dilanda ribut yang hampir meragut nyawa Haji dan isterinya, Hajah Noriah (Ogy Ahmad Daud) ketika itu.
Haji Abdullah dilihat sebagai seorang imam tua yang degil dan mahu mempertahankan semua jawatannya di masjid kampungnya. Walaupun Haji Abdullah sudah tidak diterima oleh masyarakat kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk tetapi beliau tetap melunaskan tanggungjawabnya. Hanya Hajah Noriah yang masih setia dan sentiasa memberikan sokongan padu kepada suaminya. Di kampung, seorang imam baharu telah dilantik iaitu Ustaz Hamidi, 20-an dan lulusan Al-Azhar, Mesir. Jemaah pun semakin ramai di masjid. Haji Abdullah tercabar dan tetap mahu menjadi imam.
Haji Abdullah dan Hajah Noriah mempunyai 4 orang anak iaitu Halimah (Noorkhiriah), Ramli (Shahz Jaszle), Ahmad (Hairi Safwan) dan Aziz (Fikry Ibrahim). Halimah, anak sulung yang tinggal di belakang rumah Haji sering diharapkan oleh adik-beradiknya untuk menjaga ibu bapa mereka. Halimah juga terpaksa bersabar dengan perangai suaminya, Mat Diah (Sobri Anuar) yang terlalu taksub dengan pertandingan suara burung.
Ramli, anak kedua Haji Abdullah pula sibuk berulang-alik menghantar Piah (Nurmiziana Rosli), isterinya ke kampung asalnya kerana emaknya sakit. Manakala, Ahmad, anak ketiga yang mahu menambah pendapatan dengan mengusahakan kebun sayur di kaki bukit. Isteri Ahmad, Hasnah, telah meninggal dunia bersama anak ketiganya semasa bersalin. Hajah Noriah dan Halimah sentiasa cuba mencarikan jodoh baharu untuk Ahmad tetapi Ahmad belum bersedia.
Aziz, anak bongsu Haji Abdullah bekerja sebagai juru teknik di sebuah kilang dan minat penulisan. Isterinya, Mazni (Rita Nadira) lebih mementingkan kesenangan diri dan mula mengambil kesempatan atas kesibukan suaminya yang mahu menjaga orang tuanya, anak mereka dan juga menyiapkan penulisannya.
Haji Abdullah mahukan sokongan anak-anaknya untuk dia meneruskan tanggung jawabnya sebagai imam, namun semua anak-anaknya tidak berpihak kepadanya membuatkan Haji Abdullah terasa hati. Aziz yang menjadi harapan Haji Abdullah juga menentang hasrat ayahnya lebih-lebih lagi hubungan mereka pernah terpalit dengan sejarah lampau yang merenggangkan hubungan mereka berdua. Sikap degil dan ego Hj Abdullah menyebabkan dirinya dilanda sepi dan tiada siapa yang peduli.
Terleraikah kesepian hati seorang ayah dan dapatkan anak-anaknya memahaminya? Dapatkah anak-anak Haji Abdullah menebus kelemahan mereka yang sudah mengabaikan hati seorang ayah? Mengertikan mereka tentang pengorbanan seorang ayah?
(sumber wikipedia)

AYAHANDA  Adaptasi NovelAyahanda merupakan adaptasi novel karya Azizi hj Abdullah, salah seorang novelis yang memang akak ikuti juga karyanya masa di bangku sekolah menengah dahulu.
"Seorang bapa boleh memahami perasaan dua belas orang anaknya tetapi amat malang dua belas orang anaknya tidak mampu memahami perasaan seorang bapa."
Ini kisah seorang ayah yang disorot daripada kaca mata anak bongsu. Baginya, semakin cuba difahami hati tua itu, semakin sukar jadinya. Degil ayahnya bergerak seiring dengan usia. Tidak boleh ditegur, jauh sekali menerima nasihat anak-anak. Lantaran itu dia sering berburuk sangka, menaruh dendam dan marah yang bercampur dengan rasa bersalah.
Sedangkan si ayah pula kaya dengan kasih sayang dan sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anaknya. Malah,tidak pernah berhenti berdoa agar keberkatan ALLAH selalu bersama mereka. Namun dia bukannya seorang yang mudah meluahkan rasa yang terpendam. Baginya, cukup ditunjukkan melalui perbuatan dengan harapan anak-anak mengerti. 
Hakikatnya, perasaan seorang ayah itu sukar diduga sekalipun digali sedalam mungkin oleh anak-anak sendiri.
Minggu Akhir AYAHANDA Yang Menyentuh HatiMinggu ni dah masuk minggu akhir drama ni. Akak sarankan korang tengoklah drama ni.  Banyak pengajaran yang dibawa.  Sesekali tonton arahan orang lama, memang makan dalam. Drama arahan Ahmad Tarmimi Siregar ni memang best kali ini. Gabungan pelakon dan dan baru yang berjaya membawa watak masing-masing dengan baik

Lagu pun best



Follow Full Episod AYAHANDA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azirahman.com/2021/07/ayahanda-drama-unsur-islamik-yang-menyentuh-hati.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+azirahman/MVSY+(Journey+Of+Life)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama Suara Hati Lakonan Syafiq Kyle Hanna Aqeela Slot Tiara

Drama Suara Hati Lakonan Syafiq Kyle Hanna Aqeela Slot Tiara

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 495 hits
Drama Suara Hati Lakonan Syafiq Kyle Hanna Aqeela Slot Tiara Menampilkan gandingan Syafiq Kyle dan Hanna Aqeela sebagai pelakon utama Drama Suara hati mulai bersiar pada 19 07 2021 minggu hadapan Drama adaptasi novel karya Anis Ayuni Dramq ...
Drama Ayahanda Terbaik 2021 Dari Kisah Benar Penulis Novel Allahyarham Azizi Haji Abdullah

Drama Ayahanda Terbaik 2021 Dari Kisah Benar Penulis Novel Allahyarham Azizi Haji Abdullah

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 647 hits
Drama Ayahanda Terbaik 2021 Dari Kisah Benar Penulis Novel Allahyarham Azizi Haji Abdullah Assalamualaikum Hai hari ini Cik Ash ingin berkongsi waktu drama bersiri yang terbaik untuk tahun 2021 Kenapa Cik Ash kata ianya drama terbaik sebab ...
Drama Suara Hati

Drama Suara Hati

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 363 hits
Original Content Nantikan drama adaptasi novel Suara Hati karya novelis Anis Ayuni akan disiarkan menerusi slot Tiara di Astro Prima mulai 19 Julai 2021 Dibintangi oleh Hanna Aqeela Syafiq Kyle dan Aidil Aziz selaku teraju utama Drama terbi...
Sinopsis Drama Ayahanda

Sinopsis Drama Ayahanda

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 495 hits
Sinopsis Drama AyahandaMengisahkan tentang Haji Abdullah seorang Tok Imam juru nikah dan mengajarkan kitab di surau yang berusia lebih daripada 100 tahun Surau itu kemudian dibina semula setelah dilanda ribut yang hampir meragut nyawa Haji ...
Drama Ayahanda Menusuk Dalam Jiwa

Drama Ayahanda Menusuk Dalam Jiwa

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 613 hits
hai assalammualaikumDrama Ayahanda Menusuk Dalam Jiwa Akhirnya tamat sudah drama Ayahanda di TV3 Jalan cerita yang sanagt menarik ditonton yang banyak pengajaran dan banyak yang disampaikan Jalan cerita yang menusuk jiwa hati semua rakyat M...
Hiburan Hanya Lima Bulan Mengacara Muzik Muzik 36 Daiyan Trisha Tidak Kecil Hati Diganti Dengan Sissy Iman

Hiburan Hanya Lima Bulan Mengacara Muzik Muzik 36 Daiyan Trisha Tidak Kecil Hati Diganti Dengan Sissy Iman

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 366 hits
Penyanyi dan juga pelakon Daiyan Trisha memaklumkan bahawa dia tidak pernah berkecil hati apabila tempatnya sebagai pengacara program Muzik Muzik 36 telah digantikan dengan penyanyi Sissy Iman BACA AdvertisementDaiyan atau nama sebenarnya D...
Andra Respati Rindu Sepenuh Hati Chord

Andra Respati Rindu Sepenuh Hati Chord

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 239 hits
Am Em F CDm Am F G E Am Emku disini kau disana F Csatu langit tempat tak sama Dm Am apakah kau merinduku F Gsaat jauh dariku Am Embila siang datang malam F Cwajah engkau selalu terbayang Dm Am hadirlah dalam mimpiku F Eaku merindumu Am Dm a...
Terkini Tahniah Lee Zii Jia Cemerlang Tewaskan Brice Leverdez Leverdez Gagal Robek Hati Peminat Malaysia

Terkini Tahniah Lee Zii Jia Cemerlang Tewaskan Brice Leverdez Leverdez Gagal Robek Hati Peminat Malaysia

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 310 hits
Photo credit to BERNAMA TERKINI Tahniah Lee Zii Jia Cemerlang Tewaskan Brice Leverdez Brice Leverdez sedia untuk merobek hati peminat Malaysia untuk mengalahkan Lee Zii Jia Namun hasrat ini tidak kesampaian apabila Lee Zii Jia melakar kemen...
Konflik Hati Yang Tidak Selesai Harus Macam Mana Kalau Jadi Sandwich Generation

Konflik Hati Yang Tidak Selesai Harus Macam Mana Kalau Jadi Sandwich Generation

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 311 hits
KONFLIK Hati yang Gak Selesai selesai Harus Gimana Kalau Jadi SANDWICH GENERATION Like Follow Follow Subscribe
Budget 2025 Sets The Course For A Digital Future

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto

Ubat Tambah Darah Maltofer

Lirik Lagu Kita Jumpa Lagi Asmidar Ahmadul Amin

Dosa Tak Terampun

Utamakan Akhirat Berbanding Dunia