Ayah Selalu Teman Ibu Buat Check Up Baby Pun Dapat Rasa Dirinya Disayangi


Mana-mana isteri pasti rasa dihargai dan gembira apabila suami sudi menemankannya setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal di klinik atau hospital pilihan. Keprihatinan suami sepanjang tempoh kehamilan pastinya dapat memberi semangat kepada ibu hamil yang segelintirnya mengalami alahan kehamilan. Bak kata pepatah, susah dan senang diharungi bersama.
Terdapat doktor yang berpendapat, suami patut menemani isteri sekurang-kurangnya sekali dalam trimester pertama, sekali dalam dalam trimester kedua dan lebih kerap dalam trimester ketiga.

Artikel Menarik: [Malu Bila Tengok! Bahagian Pelipat Jadi Hitam, Bila Bersalin Automatik Hilang]
Isteri bukannya meminta diri dimanjakan. Suami yang penyayang kepada si isteri dan anak dalam kandungan biasanya sanggup meluangkan masa yang ada untuk menemani isteri lakukan pemeriksaan antenatal. Percayalah, ia pasti meninggalkan momen berharga buat isteri yang tidak mungkin disedari oleh si suami.
Sebenarnya, ada banyak manfaat yang bakal anda peroleh jika kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal kehamilan. Berikut adalah antara kelebihan yang bakal diperoleh oleh para suami.
1. Urusan isteri lebih mudah Dalam keadaan tertentu, mungkin ada segelintir ibu hamil terpaksa membawa anak lain yang masih kecil bersama-sama semasa melakukan pemeriksaan antenatal. Ke hulu ke hilir, si kecil perlu mengikuti isteri termasuklah ke dalam tandas untuk mendapat sampel air kencing.
Artikel Menarik: [Biarlah Kulit Tak Berapa Cantik Waktu Pregnant. Asalkan Tak Salah Pakai Produk Beracun]
Sekiranya ada suami bersama, pasti ia lebih memudahkan semua proses rutin pemeriksaan yang perlu dilalui. Isteri pasti berasa lebih lega dan tidak mengeluh kepenatan.
2. Sama-sama belajar tentang kehamilan Pemeriksaan antenatal pertama yang ditemani oleh si suami akan membantu isteri menerangkan kepada doktor dengan tepat maklumat sejarah kesihatan di sebelah bapa bayi yang dikandungkannya. Ini bererti, suami sendiri boleh bercerita lanjut tentang hal itu.

Dalam setiap kali temujanji pemeriksaan antenatal, doktor akan berkongsi pelbagai informasi berkenaan perkembangan kehamilan dan kandungan. Jadi, apabila suami ada bersama, pelbagai ilmu dapat dikumpulkan sebagai persediaan menghadapi proses kelahiran bayi yang anda berdua nantikan kelak.
3. Beri sokongan moral Pelbagai prosedur pemeriksaan antenatal perlu dilalui oleh wanita hamil. Setiap kali temujanji, isteri perlu menjalani ujian air kencing, darah dan paling menimbulkan kembimbangan kepada kebanyakan wanita hamil ialah ujian MGTT yang memerlukannya minum air gula yang pekat.
Artikel Menarik: [Garis Hitam Pada Perut Jadi Petunjuk Jantina Anak. Kepercayaan Karut!]

Jika ibu hamil menghidap penyakit atau masalah kesihatan tertentu seperti diabetes, tekanan darah tinggi, berat berat berlebihan, hemoglobin rendah dan lain-lain, pasti ia sedikit sebanyak mengganggu emosinya. Apabila doktor menerangkan tentang risiko komplikasi akibat masalah kesihatan semasa hamil yang mungkin dihadapi, isteri pasti berasa bimbang dengan keadaan bayi dalam kandungan.
Apabila suami menemani isteri, sekurang-kurangnya suami dapat memulihkan semangat dan sama-sama memikirkan tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah kesihatan yang dialami itu.
4. Persediaan menghadapi kelahiran Suami yang kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal pasti mengetahui apa sahaja informasi berkenaan bayi dan isteri. Sambil menunggu giliran berjumpa dengan doktor, anda suami isteri boleh berbincang dan bertanya lanjut dengan jururawat yang menjaga kaunter pendaftaran tentang prosedur bersalin di hospital pilihan.

Selain daripada itu, semasa berjumpa dengan doktor, ringankan mulut untuk bertanya dengan terperinci tentang proses kelahiran seperti tanda-tanda awal bersalin, cara meneran yang betul dan macam-macam lagi.
Sebab itulah pentingnya suami temankan isteri untuk buat pemeriksaan kesihatan. Bukannya isteri tidak boleh berdikari, tetapi kehadiran suami dapat memberi semangat kepada mereka. Bahkan bayi dalam kandungan pun dapat merasai kasih sayang ayah mereka!
 
The post Ayah Selalu Teman Ibu Buat Check Up, Baby Pun Dapat Rasa Dirinya Disayangi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ayah-selalu-teman-ibu-buat-check-up-baby-pun-dapat-rasa-dirinya-disayangi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sering Kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah

Sering Kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 1034 hits
Anak sulung adalah insan pertama yang ada dalam rahim ibu menjadikan dia cukup istimewa berbanding anak anak lain Betulkah kenyataan tersebut Menurut Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah anak pertama atau sulung mempunyai karektor yang tenang ...
Aduh Sakitnya Kepala Anak Anak Selalu Bergaduh Ibu Ayah Amalkan Ini Pasti Mereka Sentiasa Baik

Aduh Sakitnya Kepala Anak Anak Selalu Bergaduh Ibu Ayah Amalkan Ini Pasti Mereka Sentiasa Baik

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 559 hits
Apabila bilangan anak semakin bertambah pasti hubungan keluarga menjadi lebih meriah dengan bunyi pelbagai gelak tawa dan tangisan Bayangkan baru 2 minit sahaja anda meninggalkan anak anak bermain dengan baik dan kemudiannya kedengaran jeri...
Murid Tahun 1 Pimpin Ibu Ayah Yang Buta Pada Hari Orientasi Sekolah

Murid Tahun 1 Pimpin Ibu Ayah Yang Buta Pada Hari Orientasi Sekolah

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 616 hits
Sentap hari terakhir tahun 2019 Hari ni terima murid Tahun 1 Maka bertemu la aku 30 orang anak tahun 1 2020 Jatuh air mata aku melihat seorang anak kecil Memimpin mak ayahnya yang tidak dapat melihat ke orientasi tahun 1 hari pertama dia se...
Hidup Yatim Piatu Foto Kanak2 Leka Bermain Di Kubur Ibu Amp Ayah Undang Sebak

Hidup Yatim Piatu Foto Kanak2 Leka Bermain Di Kubur Ibu Amp Ayah Undang Sebak

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 272 hits
Melihat anak kecil kehilangan ibu bapa adalah sesuatu yang sangat menyedihkan Lebih lebih lagi ketika itu mereka masih belum menyedari bahawa pusara yang kerap diziarahi adalah milik ibu bapa tercinta Kisah pasangan suami isteri yang maut a...
Anak Luah Rasa Hiba Mak Ikut Jejak Ayah Meninggal Dunia Berselang Hari Di Madinah

Anak Luah Rasa Hiba Mak Ikut Jejak Ayah Meninggal Dunia Berselang Hari Di Madinah

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 426 hits
Berat ujian yang ditanggung Mohd Fikri Ismail dan adik beradiknya apabila kedua dua ibu bapa mereka kembali ke rahmatullah ketika sedang mengerjakan umrah di tanah suci baru baru ini Lebih menyedihkan pasangan itu pergi hanya selang sehari ...
Masa Berpantang Untuk Ibu Berehat Kalau Baby Tidur Jangan Kejutkan Bagi Masa Ibu Sembuh

Masa Berpantang Untuk Ibu Berehat Kalau Baby Tidur Jangan Kejutkan Bagi Masa Ibu Sembuh

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 455 hits
Tempoh berpantang adalah tempoh yang sangat penting untuk si ibu berehat sepenuhnya selepas bertarung nyawa melahirkan si comel Namun tak semua yang dapat berpantang ataupun berehat dengan baik Ada yang terpaksa ulang alik ke hospital menem...
Tak Lepas Pegang Tangan Tenung Muka Anak Tak Cakap Tapi Itu Tanda Dia Sayang Ibu Ayah

Tak Lepas Pegang Tangan Tenung Muka Anak Tak Cakap Tapi Itu Tanda Dia Sayang Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 475 hits
Anak yang masih kecil tidak pandai untuk menunjukkan penghargaan kepada ibu Dalam fasa untuk membesar mereka cenderung untuk mencuba banyak perkara baharu yang kadang kadang membuatkan Mama stres dan marah pada mereka Manalah tidak bising k...
Belajar Rasa Beban Seorang Isteri Baru Suami Tahu Besarnya Pengorbanan Seorang Ibu

Belajar Rasa Beban Seorang Isteri Baru Suami Tahu Besarnya Pengorbanan Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 461 hits
Pengorbanan seorang isteri dan ibu itu memang tidak boleh disangkal lagi Pertarungan dalam melahirkan seorang bayi sudah cukup menggambarkan betapa kuatnya seorang ibu tambah pula perlu menguruskan rumah tangga dengan pelbagai tugas Ternyat...
Budak Lelaki Lari Rumah Tak Tahan Didera Ibu Ayah

Budak Lelaki Lari Rumah Tak Tahan Didera Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 356 hits
Baru baru ini ada seorang pengguna dari laman Twitter BelzebubVos memuatnaik beberapa gambar mengenai seorang budak lelaki dari Kalimantan tidur di atas lantai berhadapan dengan kedai sampaikan tak sedar hujan dah membasahi badannya Anak in...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik