Ayah Kata Tak Ada Dah Rupa Handsome Kau Kau Geraklah Man Kenapa Diam Adik
Kehilangan insan tersayang perit untuk diterima apatah lagi pemergian mereka secara tiba-tiba. Namun, setiap ketentuan itu harus diterima dengan hati yang tabah dan cekal.
Seperti perkongsian oleh seorang gadis mengenai kejadian yang menimpa arwah abangnya semalam. Pada mulanya dia memuat naik status di media sosial meminta netizen mendoakan keselamatan abangnya yang ditimpa kemalangan di Alor Gajah, Melaka.
Dalam kejadian jam 7.45 malam semalam di Kilometer 204.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, abangnya iaitu Ahmad Daniel Ruzwan Iskandar Mohd Ali dan rakan karibnya, Muhammad Lukman, masing-masing 19 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian.
Kereta yang dinaiki dua sahabat ini dihempap sebuah treler membawa muatan bahan kimia dari arah bertentangan. Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk menjalani latihan industri di ibu negara.
Semua orang sayang kau sangat-sangat..
Mesej melalui WhatsApp yang dihantar gadis itu ke arwah abangnya sudah tidak lagi berbalas. Dia yang berada dalam kesedihan meminta abangnya untuk bertahan namun apakan daya takdir Tuhan mengatasi segalanya..
Anak manja umi dengan ayah kena kuat tau..
Kau nyawa dalam family kita, kalau kau pergi separuh nyawa aku pun pergi..
Kawan-kawan kolej kau datang, semua sayangkan kau..
Aku tak boleh nak terima takdir man..
Umi rindu Hakim..
Nanti balik aku nak cium cadar kau puas-puas..
Ayah kata, tak ada dah rupa handsome kau..
Mesti malam tu kau sakit, kau jerit..
Menangis bila tengok sejadah nampak wajah Hakim masa kecil sampai besar..
Semua doakan kau bang..
Kau sentiasa ada dalam hati aku..
Netizen turut membanjiri ruangan komen di posting berkenaan dengan meminta gadis tersebut bersabar di atas segala ketentuanNya. Rata-rata mereka mengakui tidak dapat menahan rasa hiba di atas kejadian yang menimpa mangsa. Malah, ada yang kebetulan berada di sana sewaktu arwah mengalami kemalangan.
Tunang saya yang angkat mayat arwah..
Air mata jatuh walaupun tak kenal..
Allah lebih sayangkan arwah..
Sumber : Twitter husnafifa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/11/19/ayah-kata-tak-ada-dah-rupa-handsome-kau-kau-geraklah-man-kenapa-diam-adik/