Aws Public Sector 2019 Program Edstart Merupakan Inisiatif Aws Dalam Sektor Pendidikan


AWS Educational Technology (EdStart) merupakan satu program yang dijalankan oleh pihak AWS kepada para startup daripada sektor pendidikan dengan menggunakan teknologi daripada mereka.  Program ini adalah bagi membantu para peserta atau usahawan untuk memupuk kemahiran dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan teknologi moden dalam sektor pendidikan, seperti pembelajaran atas talian, analisis, dan pengurusan data dengan menggunakan perkhidmatan daripada AWS.
Antara startup yang turut terlibat dalam program ini adalah Arkademi daripada Indonesia, Miao Academy daripada Singapura, dan Inkerz daripada Australia.
Arkademi, Indonesia.
Arkademi merupakan kursus atas talian secara terbuka (massive open online course, MOOC) yang membantu pengguna samaada pengajar atau pelajar untuk mempelajari pelbagai kemahiran melalui platform atas talian ini. Arkademi ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam pendidikan menerusi laman web dan juga aplikasi mudah alih.
Startup ini juga turut bertanggungjawab dalam mendidik para pengajar untuk menghasilkan pembelajaran berasaskan kurikulum yang berkualiti tinggi dan menghasilkan kandungan yang berientasikan pembelajaran mudah alih sekaligus membolehkannya untuk diakses dimana mana sahaja secara atas talian. Bukan itu sahaja, melalui platform ini, ia memberi peluang kepada para pelajar untuk mengikuti kelas mengikut minat dan keinginan mereka secara meluas dengan kos langganan yang rendah. Perkhidmatan ini menggunakan Amazon S3 untuk mengendalikan lebih daripada 400 video pembelajaran.
Miao Academy, Singapura
Miao pula merupakan sebuah syarikat berasaskan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) yang menyasarkan untuk mengubah cara pembelajaran para pelajar. Syarikat ini memfokuskan pada sektor K12 yang merupakan satu terma dalam pendidikan untuk pelajar kelas 1 hingga kelas 12 (bawah 19 tahun).
Mereka ingin membantu sistem pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pendidikan melalui pendekatan berasaskan pembelajaran mesin (machine learning) untuk membantu para pelajar yang berumur 13 hingga 18 tahun dalam mempelajari mata pelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan juga Matematik). Miao menggunakan algoritma tersendiri dan model yang dibina khusus untuk kandungan sektor K12 dalam fungsi enjin carian (search engine) mereka.
Miao juga turut menyasarkan untuk menukar sistem pendidikan sekarang kepada sistem pendidikan yang lebih efisyen dan moden. Uniknya perkhidmatan ini adalah ia mempunyai ruang sembang berilmiah (academic chatbot) untuk membantu para pelajar yang mempunyai masalah dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Pelajar hanya perlu menghantar teks atau merakam gambar dan hantarkannya ke Miao, seterusnya ia akan memberi jawapan dengan pantas, dan keterangan yang lebih lanjut berkenaan topik tersebut. Salah satu teknologi AWS yang digunakan oleh Miao Academy adalah Amazon Lex dan banyak lagi, serta kini sudah mempunyai lebih daripada 5 juta data serta telah menyelesaikan lebih daripada 300,000 soalan melalui sistem pemprosesan pertanyaan yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (Artificial Intelligence). 
Inkerz, Australia
Inkerz merupakan satu teknologi yang digunakan untuk mendigitalkan penulisan tangan seseorang individu tanpa memerlukan peranti atau paparan skrin tertentu. Menurut Vahid Kolahdouzan, Pengasas dan juga COO kepada Inkerz, misi mereka adalah untuk menjadikan pen dan juga kertas sebagai peranti pintar. Syarikat ini menyasarkan untuk menawarkan Perisian Sebagai Perkhidmatan (Software As a Service, SaaS Cloud) yang berskala besar serta meliputi sektor pendidikan K12 dan pengajian tinggi. Ia juga boleh dijadikan untuk kegunaan tugasan harian, peperiksaan dan kerja berkumpulan untuk para guru dan juga pelajar.
Buat masa ini, Inkerz bekerjasama dengan Canvas yang merupakan satu sistem pengurusan pembelajaran yang popular. Dengan ini, ia membantu pengguna Canvas bagi menulis terus ke sistem pengurusan pembelajaran mereka dengan mana mana pen atau pensil untuk menulis formula sains dan juga matematik serta lukisan rajah yang tidak boleh ditaip menggunakan papan kekunci. Teknologi ini telah digunakan pada 120 institusi pendidikan dengan purata 9000 pelajar. Inkerz menggunakan teknologi AWS EC2, EI, SageMaker, AppSync, S3, Lambda, Cloud Formation, ECR, Code Pipeline dan kini dalam perancangan untuk menggunakan AWS Direct Connect.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/10/aws-public-sector-2019-program-edstart.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aws Public Sector Summit 2019 Wwf Indonesia Menggunakan Teknologi Pengecaman Wajah Untuk Orang Utan

Aws Public Sector Summit 2019 Wwf Indonesia Menggunakan Teknologi Pengecaman Wajah Untuk Orang Utan

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 331 hits
World Wide Fund For Nature Indonesia merupakan satu badan inisiatif daripada Indonesia dalam memberi kesedaran dan memelihara ekosistem dan biodiversiti di Indonesia termasuklah hidupan liar ekosistem hutan ekosistem laut dan juga jejak kar...
Aws Public Sector Summit 2019 Singapura Menyasarkan Untuk Menjadi Negara Pintar Pada 2020

Aws Public Sector Summit 2019 Singapura Menyasarkan Untuk Menjadi Negara Pintar Pada 2020

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 296 hits
Pada acara AWS Public Sector Summit yang berlangsung di Singapura yang lalu pihak AWS sendiri telah berkongsi bagaimana perkhidmatan mereka memberi impak kepada sektor sektor awam di rantau Asia Pasifik Pada acara yang sama beberapa penggun...
Program Sarapan Percuma Menelan Belanja Sehingga 1 67 Bilion Menteri Pendidikan

Program Sarapan Percuma Menelan Belanja Sehingga 1 67 Bilion Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 413 hits
Program tersebut menelan belanja antara RM800 juta hingga 1 67 bilion bergantung kepada jumlah hari persekolahan iaitu 200 hari Kos juga bergantung kepada penyediaan bahan mentah termasuk di kawasan pendalaman seperti di Sabah dan Sarawak K...
Mesyuarat Program Jelajah Pendidikan Dan Cakna Pendidikan Ppd Batu Pahat

Mesyuarat Program Jelajah Pendidikan Dan Cakna Pendidikan Ppd Batu Pahat

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 389 hits
Mesyuarat Program Jelajah Pendidikan dan Cakna Pendidikan PPD Batu Pahat Hari ni ke Batu Pahat untuk penyelarasan berkaitan program ni Taklimat penyelarasan tugas dan semakan lokasi dilaksanakan sekali Hmmm Kena pergi Ipoh juga untuk lawata...
Gap 2019 Program Pemecut Startup Yang Menekankan Revolusi Industri 4 0

Gap 2019 Program Pemecut Startup Yang Menekankan Revolusi Industri 4 0

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 272 hits
Gelombang teknologi baru iaitu Revolusi Industri 4 0 merupakan kesinambungan versi ketiga dalam peningkatan automasi pertukaran data kecerdasan buatan perkomputeran awan peranti berhubung dan sebagainya Dengan kewujudan revolusi industri in...
Program Affiliate Terbaik 2019 Pemasaran Affiliate

Program Affiliate Terbaik 2019 Pemasaran Affiliate

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 366 hits
Khusus Untuk Kepada Sesiapa Yang Ingin Gandakan Pendapatan Melalui Bisnes Affiliate Dan Dropship Program SifooAffiliate Secara Percuma Dan Jana Income Income Luar Biasa Tanpa Keluarkan Modal TAHNIAH Anda telah menjumpai satu peluang keemasa...
5373 Program Gerobok Rezeki Perlu Diperkasa Demi Kebajikan Ummah Bernama 09 10 2019

5373 Program Gerobok Rezeki Perlu Diperkasa Demi Kebajikan Ummah Bernama 09 10 2019

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 533 hits
MELAKA 9 Okt Usaha murni komuniti masjid dan surau mengambil inisiatif menyediakan Gerobok Rezeki banyak membantu masyarakat setempat khususnya mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapat keperluan asas dengan kadar segera Konsepnya iala...
Program Jom Hijau Mbip 2019

Program Jom Hijau Mbip 2019

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 439 hits
PROGRAM JOM HIJAU MBIP 2019 JOM MENANGI HADIAH UTAMA RM 3000 Perhatian kepada seluruh warga Iskandar Puteri MBIP menjemput seluruh warga Iskandar Puteri bagi menyertai program jom hijau 2019 secara
Mesyuarat Jawatankuasa Maklumat Asas Pendidikan Kpm Bil 3 2019

Mesyuarat Jawatankuasa Maklumat Asas Pendidikan Kpm Bil 3 2019

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 352 hits
Mesyuarat Jawatankuasa Maklumat Asas Pendidikan KPM Bil 3 2019 Alhamdulillah Selesai seketika minggu sibuk Ke sana sini outstation Sebelumnya di Ipoh Lusanya dah di Putrajaya 3 hari berkampung di E8 bagi membincangkan perkara pokok pengurus...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos