5373 Program Gerobok Rezeki Perlu Diperkasa Demi Kebajikan Ummah Bernama 09 10 2019



MELAKA, 9 Okt -- Usaha murni komuniti masjid dan surau mengambil inisiatif menyediakan ‘Gerobok Rezeki’ banyak membantu masyarakat setempat khususnya mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapat keperluan asas dengan kadar segera.

Konsepnya ialah pihak pengurusan masjid atau individu menderma barang keperluan asas seperti makanan dan minuman sementara golongan kurang berkemampuan boleh mengambilnya secara percuma pada bila-bila masa di almari yang disediakan.

Tinjauan Bernama di sekitar Melaka mendapati terdapat beberapa masjid dan surau yang melakukan inisiatif itu dengan menyediakan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, susu formula bayi dan sebagainya untuk diberi secara percuma kepada mereka yang memerlukan.

Rata-rata rakyat di negeri ini menyambut baik usaha itu dan berharap usahanya diperkasa dengan beberapa penambahbaikan agar dapat terus membantu mereka yang ditimpa kesusahan termasuk musibah yang tidak dijangka seperti ketiadaan wang kerana dibuang kerja.

Penjawat awam, Noor Azmi Razman, 55, dari Batu Berendam berkata ada sesetengah individu yang malu untuk memohon bantuan daripada pihak berwajib dan sanggup mengikat perut apabila terputus bekalan makanan.

“Saya juga mencadangkan agar mereka yang mengambil barangan dari Gerobok Rezeki mengganti semula barang yang diambil apabila mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian supaya orang lain dapat terus menikmati manfaatnya,” katanya.

Turut berkongsi pendapat sama, Zalina Ibrahim, 34, bahawa inisiatif ini banyak membantu masyarakat untuk bantuan segera ketika menghadapi kecemasan terputus duit untuk membeli barang keperluan harian termasuk dirinya sendiri.

“Saya pernah dihimpit kesusahan dua tahun lepas sewaktu mula-mula berpisah dengan bekas suami...pada ketika itu saya ‘mati akal’ macam mana nak bagi anak-anak makan.

“Sebelum mendapat pekerjaan saya kerap meminjam duit keluarga terdekat dan mengambil barang keperluan asas dari Gerobok Rezeki di masjid berdekatan bagi memberi makan kepada tiga orang anak,” katanya yang kini mempunyai punca pendapatan tetap hasil berniaga makanan.

Ibu tunggal itu berkata setelah mendapat pekerjaan, beliau turut menyumbang barang keperluan asas di Gerobok Rezeki agar orang lain turut mendapat manfaat daripadanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mengakui bahawa Gerobok Rezeki di masjid dan surau banyak membantu golongan yang memerlukan mendapat bantuan segera namun ianya bukanlah satu penyelesaian dalam membaiki taraf ekonomi umat Islam.

“Usaha ini dilihat dapat membantu ramai orang namun ianya harus diperkasa lagi dengan melakukan pemantauan iaitu dengan menempatkan sukarelawan bagi mencatat data penerima bagi memudahkan saluran bantuan tambahan sekiranya ada,” katanya.

Nadzim berkata pemantauan juga harus dilakukan bagi memastikan bahawa hanya mereka yang betul-betul memerlukan mengambil barang daripada almari Gerobok Rezeki dan tidak disalah guna oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan daripada kemudahan percuma itu.

Beliau juga berharap pihak yang terlibat dalam usaha ini hanya meletakkan barangan keluaran Muslim agar ianya bukan hanya membantu golongan kurang berkemampuan tetapi turut membantu ekonomi umat Islam secara keseluruhanya.


Artikel oleh: Bernama

PROGRAM 'GEROBOK REZEKI' PERLU DIPERKASA, DEMI KEBAJIKAN UMMAH

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1776521



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/10/5373-program-gerobok-rezeki-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Malaysia Marathon Series 2019 Program Diperluas Ke Seluruh Negara

The Malaysia Marathon Series 2019 Program Diperluas Ke Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 352 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Program 1000 Rumah Berselawat Sambut Maulid Nabi Muhammad Saw 2019

Program 1000 Rumah Berselawat Sambut Maulid Nabi Muhammad Saw 2019

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 534 hits
Brosur Program 1000 Rumah Berselawat versi IslamicTunes Menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada tanggal 9 November 2019 nanti Mawlid Fest menggelar Program 1000 Rumah Berselawat Kegiatan ini dimulai dari tanggal 22 Agustu...
Aws Public Sector 2019 Program Edstart Merupakan Inisiatif Aws Dalam Sektor Pendidikan

Aws Public Sector 2019 Program Edstart Merupakan Inisiatif Aws Dalam Sektor Pendidikan

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 196 hits
AWS Educational Technology merupakan satu program yang dijalankan oleh pihak AWS kepada para startup daripada sektor pendidikan dengan menggunakan teknologi daripada mereka Program ini adalah bagi membantu para peserta atau usahawan untuk m...
Program Subsidi Petrol Semak Kelayakan Bermula Pada 15 Oktober 2019

Program Subsidi Petrol Semak Kelayakan Bermula Pada 15 Oktober 2019

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 576 hits
Program Subsidi Petrol adalah antara program yang telah lama digembar gemburkan dan ramai yang tertanya tanya bagaimana ia akan dilaksanakan oleh kerajaan Pada 7 Oktober 2019 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna telah...
Program Citarasa Malaysia Kempen Beli Barangan Malaysia Aeon Bukit Indah 10 13 Oktober 2019

Program Citarasa Malaysia Kempen Beli Barangan Malaysia Aeon Bukit Indah 10 13 Oktober 2019

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 739 hits
Program Citarasa Malaysia Kempen Beli Barangan Malaysia barangbaikbarangkita Tempat AEON Bukit Indah Johor Bahru JohorTarikh 10 13 Oktober 2019Masa 10 pagi 10 malam p s Ehemmm ehemmm hai Geng Jumaat ke AEON Bukit Indah ke kita Jumaat ni heh...
Program Jom Hijau Mbip 2019

Program Jom Hijau Mbip 2019

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 445 hits
PROGRAM JOM HIJAU MBIP 2019 JOM MENANGI HADIAH UTAMA RM 3000 Perhatian kepada seluruh warga Iskandar Puteri MBIP menjemput seluruh warga Iskandar Puteri bagi menyertai program jom hijau 2019 secara
Program Temasya Seni Budaya Muo Sempena Visit Johor 2020 28 29 September 2019

Program Temasya Seni Budaya Muo Sempena Visit Johor 2020 28 29 September 2019

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 533 hits
PROGRAM TEMASYA SENIBUDAYA MUO Program Plein Air Muar 2019 TARIKH 28 29 SEPT 2019 TEMPAT OLE OLE MAHARANIMASA 9 00 PAGI BALAI SENI NEGARA akan mengadakan Program LAKARAN MUAR Plein air
4314 Pelantikan Jawahar Ali Sebagai Presiden Presma Petanda Baik Kempen Sppz Ppim Bernama 25 09 2019

4314 Pelantikan Jawahar Ali Sebagai Presiden Presma Petanda Baik Kempen Sppz Ppim Bernama 25 09 2019

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 459 hits
KUALA LUMPUR 25 Sept Pelantikan Datuk Jawahar Ali Taib Khan sebagai Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia yang baharu merupakan petanda baik kepada kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Mala...
5332 Pembelian Dalam Talian Satu Penjimatan Atau Pembaziran Pengguna Bernama 01 10 2019

5332 Pembelian Dalam Talian Satu Penjimatan Atau Pembaziran Pengguna Bernama 01 10 2019

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 453 hits
MELAKA 1 Okt Sejak kebelakangan ini trend membeli barang secara dalam talian banyak mengubah corak bagaimana rakyat negara berbelanja Kemudahan yang ditawarkan oleh syarikat platform e dagang bukan hanya memudahkan pengguna berbelanja tetap...
Bossku S Royal Addendum Win Is The End Nigh For The Madani Gov T

Scammers May Hijack Water Supply Barcodes To Steal Your Money Claims Netizen

This Is The Easiest Way To Teach Your Kids Problem Solving Skills

Lupa Kata Laluan Sarawak Pay Username Ini Cara Reset Semula

Bagaimana Amalan Puasa Isnin Khamis Jadikan Hidup Anda Lebih Ringkas Mudah Dan Berjaya

Just Pets Megastore Ioi Mall Damansara

Teaming Up With Pas Could See Umno Kicked Out Of Govt Dr M

Benarkah Panglima Awang Orang Pertama Mengelilingi Dunia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Hassan Karim Hantaran Fb Najib Hina Mahkamah

Mohon Bantuan Kesan Nurkhairah Hawabillah

Pelesenan Mandatori Media Sosial Komitmen Malaysia Perangi Ancaman Dalam Talian

Melawat Dataran Lang Langkawi

Hukum Tajwid Surat Yunus Ayat 41 Dan Arti Per Kata

Govt Sets Provisional Anti Dumping Duties On Pet Imports From China Indonesia