Awasss Walau Ada Akta Lompat Parti Kerajaan Rupanya Masih Boleh Dijatuhkan


 
APA YANG MENARIK NASIHAT SHAHBUDIN SUPAYA JANGAN SOMBONG DAN LUPA PENYOKONG.....HARAP TAK LUPA PENYOKONG....AKU...TETAP PROBONO...SHAHBUDIN LAGU MANA ? PROBONO JUGA...TAK APA LAH DIN...PROBONO PUN PROBONO LAH..JANGAN MARAH KALAU KENA HENTAM....






AWASSS…WALAU ADA AKTA LOMPAT PARTI, KERAJAAN RUPANYA MASIH BOLEH DIJATUHKAN 


Semalam, sehari selepas mengajak orang Melayu menolak kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad melangkah setapak lagi dalam gerakannya dengan menekankan perlunya pertukaran pentadbiran dilakukan.


Kata beliau, sekiranya kerajaan didapati tidak mentadbir dengan baik, adalah menjadi hak Ahli-Ahli Parlimen kerajaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri seperti yang pernah berlaku kepada Mahiaddin Md Yasin sebelum ini.


“Saya berpendapat kalau satu kerajaan itu tidak mentadbir dengan baik, kerajaan itu sepatutnya dijatuhkan dan pilih yang lain.


“(Ini)  seperti mana yang berlaku di waktu Mahiaddin Md Yasin jadi Perdana Menteri dahulu.


“Pada masa itu, UMNO tidak puas hati. UMNO tarik sokongan dan Mahiaddin jatuh, digantikan dengan orang UMNO sebagai Perdana Menteri.


“Jadi, hak bagi wakil rakyat memang ada untuk menukar kerajaan dan ini tidak melanggar undang-undang,” katanya lagi dalam sidang media di Putrajaya.


Sebelum ini, Presiden Pas, Hadi Awang sudah dua kali mengeluarkan kenyataan tentang usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Anwar.


Mirip seperti kenyataan Tun Mahathir, Hadi juga berkata menukar atau menjatuhkan kerajaan adalah perkara biasa dalam amalan politik demokrasi.


Malah, Ahli Parlimen Marang itu meramalkan pertukaran kerajaan – Insha Allah katanya – akan berlaku dalam waktu yang terdekat ini.


Isunya, bolehkah kerajaan ditukar sesuka hati dalam keadaan sudah ada akta lompat parti?


Saya sendiri sebelum ini beberapa kali menulis bahawa menukar kerajaan adalah teramat sukar, bahkan hampir mustahil kerana berkuatkuasanya akta lompat parti sekarang ini.


Dengan adanya akta lompat parti, sokongan Ahli Parlimen secara individu dan melalui akuan bersumpah atau SD sudah tidak lagi laku, sebaliknya sokongan mesti diputuskan oleh parti.


Jika parti memutuskan menyokong A sebagai Perdana Menteri, semua Ahli Parlimen parti tersebut terikat untuk turut memberi sokongan dan inilah yang berlaku selepas PRU15 lalu bila mana UMNO memutuskan memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim, walaupun sebelum itu ada 10 Ahli Parlimen BN sudah menandatangani SD menyokong Mahiaddin.


Jika tiada akta lompat parti, hari ini Mahiaddin sudah pun mampu menyamai rekod Tun Mahathir dengan berjaya dua kali menjadi Perdana Menteri.


Anwar sendiri, tentunya disebabkan adanya akta lompat parti, dengan senyum meremehkan kenyataan Hadi itu dengan berkata – biarkan mereka merancang dan mengigau.


Apa lagi disebabkan Presiden UMNO, Zahid Hamidi mengaku hubungannya dengan Anwar adalah seumpama “murid dengan cikgu”, ditambah pula diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri, sokongan UMNO dan BN secara umumnya boleh dikata tidak akan goyah lagi.


Namun demikian, oleh kerana percakapan untuk menjatuhkan kerajaan ini tidak pernah padam, ia seperti api yang sentiasa hidup membakar sekam, saya cuba membuat sedikit penyelidikan untuk mendapat kepastian.


Setelah berjumpa beberapa orang yang berkenaan, termasuk dua tiga peguam, rupa-rupanya menjatuhkan kerajaan masih boleh berlaku dalam keadaan sekarang ini.


Ia boleh berlaku tanpa perlu berdepan pilihan raya kecil bila mana sejumlah Ahli Parlimen bertindak menukar sokongan mereka.


Ia juga boleh berlaku dalam Zahid Hamidi kekal memberi sokongan kepada Anwar.


Wahhh….bahaya ini??


Saya tidak pasti sama ada perkara yang sama juga ada dalam perkiraan Hadi Awang dan Tun Mahathir bila mana kedua-duanya ternampak konfiden bila bercakap mengenai usaha menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang.


Bahkan daripada maklumat yang diterima, Tun Mahathir dikatalan akan terus mengasak, mendesak dan bercakap mengenai perlunya kerajaan sedia ada ini dijatuhkan secara berterusan selepas ini.


Begitu pun, saya tidak pasti sejauh mana PH, khususnya Anwar sedar mengenai kemungkinan kejatuhan kerajaan ini boleh berlaku.


Cuma, satu pesanan kepada kerajaan dan mereka yang ada kuasa – jangan lalai, jangan sombong, jangan lupa penyokong dan jangan lupa asal usul kerana jika jatuh kali ini, kemungkinan untuk mampu bangkit semula adalah adalah terlalu sukar sekali.


Bagaimanakah caranya kerajaan boleh dijatuhkan itu?


Ini adalah RAHSIA BESAR yang mungkin ramai tak terfikir setakat ini – jangan ada sesiapa cuba bertanya atau menghubungi saya untuk bertanya mengenainya?


Hari-hari mendatang, terutama jika PH yang kini bersama BN kalah teruk dalam PRN nanti, termasuk gagal mempertahankan Selangor dan Negeri Sembilan, adalah episod yang pasti menarik untuk kita sama-sama disaksikan. – ShahbudinHusin 29/03/2023.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/awassswalau-ada-akta-lompat-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Belum Putuskan Untuk Bentang Ruu Enakmen Anti Lompat Parti

Kerajaan Pahang Belum Putuskan Untuk Bentang Ruu Enakmen Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 210 hits
nbsp KUANTAN Kerajaan Pahang belum memutuskan sama ada akan membentangkan rang undang undang Anti Lompat Parti pada sidang Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan Mei ini atau sebaliknya Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail
Timb Menteri Pendidikan Cap Ayam Dari Parti Mana Ni Letak Jawatan Laaa Memalukan Kerajaan

Timb Menteri Pendidikan Cap Ayam Dari Parti Mana Ni Letak Jawatan Laaa Memalukan Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 333 hits
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying digesa meletakkan jawatan selepas gagal menyediakan jawapan pada Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat Hari ini Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary dari Perikatan Nasional be...
Cuepacs Gesa Kerajaan Lantik Segera 3 Ksu Masih Kosong

Cuepacs Gesa Kerajaan Lantik Segera 3 Ksu Masih Kosong

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 320 hits
Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata jawatan tidak diisi itu memberi kesan kepada sistem penyampaian kerajaan PETALING JAYA Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam menggesa kerajaan mempercepatkan lantikan ketua setiausaha di tiga ke...
Rupanya Beratus Permainan Atas Talian Yang Boleh Dicuba

Rupanya Beratus Permainan Atas Talian Yang Boleh Dicuba

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 282 hits
Siapa yang tidak sukakan muat turun permainan secara percuma tanpa membebankan storage komputer Boleh lah mencuba permainan atas talian ini iaitu di Terdapat beratus permainan di sana yang boleh dimain secara percuma Saya tidak terlepas unt...
Ruu Anti Lompat Parti Perlu Di Bentang Dalam Sidang Dun Pahang Pada Mei Ini

Ruu Anti Lompat Parti Perlu Di Bentang Dalam Sidang Dun Pahang Pada Mei Ini

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 296 hits
KUANTAN Perikatan Nasional Pahang akan menyokong sepenuhnya Rang Undang Undang yang mendatangkan kebaikan kepada kestabilan politik kebajikan rakyat dan pembangunan negeri termasuk RUU Anti Lompat Parti Ketua Pembangkang Dewan Undangan Nege...
Kami Tak Temui Keputusan Yang Jelas Masih Tiada Kata Putus Shuk Dan Sera Rupanya Belum Bercerai

Kami Tak Temui Keputusan Yang Jelas Masih Tiada Kata Putus Shuk Dan Sera Rupanya Belum Bercerai

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 339 hits
Seperti diketahui ramai sebelum ini isteri kepada pelawak Shuk Sahar ada memfailkan permohonan untuk bercerai kerana merasakan sudah tidak sehaluan lagi Tetapi sewaktu Shuk ditemubual oleh pihak Utusan dia menjelaskan bahawa mereka masih be...
Harga Daging Sapi Masih Stabil Pedagang Bisa Naik Saat Ramadan

Harga Daging Sapi Masih Stabil Pedagang Bisa Naik Saat Ramadan

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 281 hits
Menjelang suci Ramadhan 1444 H beberapa bahan pangan di pasar pasti mengalami kenaikan Meski demikian harga daging sapi di Pasar Senen masih terbilang stabil Rata rata pedagang sapi menjual dengan kisaran harga Rp130 ribu per kilogram
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku