Rupanya Beratus Permainan Atas Talian Yang Boleh Dicuba
Siapa yang tidak sukakan muat turun permainan secara percuma tanpa membebankan storage komputer. Boleh lah mencuba permainan atas talian ini iaitu di Solitaire.org. Terdapat beratus permainan di sana yang boleh dimain secara percuma. Saya tidak terlepas untuk mencuba bermain permainan tersebut. Sesekali burnout, permainan Solitaire menjadi pilihan saya. Bukan sekadar permainan, ianya mengasah minda untuk berfikir untuk jalankan strategi bermain.
hilangkan penat dan burnout ghostwriting
Hidden Games atas talian
Sejak kecil lagi, saya suka sangat bermain dengan hidden games ini. Permainan pertama yang akan saya cari, jika teringin bermain permainan atas talian.
Sebab yang menjadi kesukaan saya, apabila mata perlu peka dengan keadaan sekeliling bagi mengasah ketangkasan mencari.
Main permainan Hidden Games pun banyak kali, namun ianya tetap perlukan kesabaran ketika mencari barangan tersembunyi.
Word Search Puzzle Permainan atas talian
Permainan yang saya suka. Ulang beratus kali pun, saya tidak pernah bosan. Sebab ia melibatkan perkataan. Cari perkataan seperti diminta dengan jumlah masa yang diberikan. Boleh bermain dengan tenang sebab mencabar juga mencari word dalam tu. Huhu.
Disebabkan waktu sekolah suka mencari perkataan di dalam kuiz silang kata. Maka, word search Puzzle menjadi pilihan. Kebetulan sama minat dengan anak sulung, Sara.
Permainan ini mengasah minda dengan berfikir perkataan. Cara peletakan perkataan bagaimana. Sama ada secara terbalik atau sebaliknya.
word search
Permainanan Zuma Ball Match 3
Saya bukan apa, nak mengimbau kenangan masa kecil-kecil jer. Zuma Ball Match 3 menjadi pilihan saya untuk bermain di ketika usia sudah mencecah 35 tahun. Rindunya ketika bermain. Dapat putarkan kembali memori dulu-dulu bermain permainan ni.
Kini, giliran anak-anak pula bermain. Supaya mata mereka dapat melihat pelbagai warna yang ada di situ
Justeru itu, permainan atas talian ini sesuai untuk mengisi masa lapang. Terutamanya anak-anak saya yang berpuasa tu. Kita alihkan perhatian dengan luangkan masa dia untuk bermain permainan atas talian. Daripada asyik bertanya bila nak berbuka jee kan? haha.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2023/04/rupanya-beratus-permainan-atas-talian.html