Awas Keris Baru Pembunuh Jiwa Kata Pahlawan Pas


Wartawan Malaysiakini  
   
MUKTAMAR PAS | Berpakaian lengkap seperti pahlawan, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini berkata, pada zaman sekarang keris bukan lagi sebilah besi yang tajam

Sebaliknya kata Tuan Ibrahim, bentuk keris pada era ini sudah bertukar iaitu telefon genggam.

"Orang tanya - apabila saya naik ke pentas - mana keris? Biasanya pahlawan akan ada keris.

"(Kemudian) saya tunjuk pada dia, keris sekarang adalah handphone," katanya.

Walaupun tidak tajam anggota parlimen Kubang Kerian itu tetap mengingatkan bahawa peranti tersebut tetap berbahaya, malah mungkin lebih mengancam berbanding keris tradisional.

"Handphone lebih jauh makamnya daripada keris. Keris boleh membunuh jasad, tapi media sosial boleh bunuh jiwa," katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian di Muktamar Pemuda PAS ke-60 di Bukit Gambang Resort City, dekat Kuantan hari ini.

Turut hadir, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki

Tuan Ibrahim juga mengingatkan perwakilan, anggota dan penyokong PAS agar menggunakan media sosial hanya untuk tujuan kebaikan, serta menyebarkan sebarang pesanan disampaikan pimpinan parti.

Arahan dah keluar
Katanya menempuh cabaran media sosial yang terbuka luas, tiada sempadan dan batas yang membezakan halal haram serta tiada batas kebenaran ataupun kebatilan.

"Maka kerana itu gunakanlah sebaik mungkin senjata yang ada. Pastikan kita mendapat pahala dengan media sosial.

"Islam mengajar kita perlu tabayyun (menyelidik) terhadap sesuatu berita. Perlu tabayyun, perlu selidik berita tersebut," katanya.
Kata Tuan Ibrahim PAS sebenarnya tidak begitu bimbang dengan apa yang sudah dikuasai, tapi lebih khuatir suasana anggota dan penyokong mereka tidak mampu mengawal media sosial

"Ada orang mari tanya, kenapa pemimpin tak buat arahan?

"Kita kata, arahan dah keluar, Ustaz Idris Ahmad (naib presiden PAS) setiap pagi buat Catatan Dhuha tak pernah terlepas (di media sosial), walaupun kadang-kadang lewat sikit.

"Kita keluar kenyataan melalui ketua penerangan, tapi kita tidak mampu mengawal media sosial yang terbuka bebas.

"Apa mekanisme kawalan? Setiap orang bertanggungjawab dengan apa yang ditulis dan dia muat naik.

"Jadikan media sosial sebagai pemangkin bagi memenangkan perjuangan PAS. Anda semua adalah ahli jawatankuasa penerangan bagi parti," katanya.

Tuan Ibrahim juga berterima kasih kepada laskar siber PAS yang membantu parti menjelaskan serta mempertahankan pertubuhan tersebut daripada serangan musuh.

"Kita terima kasih banyak, mereka bekerja tanpa upah, tanpa sebarang saguhati pun.

"Mereka bekerjasa kerana tanggungjawab sebagai pendukung perjuangan PAS. Mudah-mudahan Allah membalas jasa baik," katanya.
N Faizal Ghazali, M Fakhrull Halim, Alyaa Alhadjri dan Lu Wei Hoong menyumbang kepada laporan ini.  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/awas-keris-baru-pembunuh-jiwa-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Negara Boleh Punah Kata Pas

Awas Negara Boleh Punah Kata Pas

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 354 hits
MUKTAMAR PAS Negara ini boleh punah jika budaya membiarkan sesiapa saya membuat pengakuan maksiat tanpa dibendung kata timbalan presiden PAS Menurut Tuan Ibrahim Tuan Man ketika parti itu tidak campur tangan dengan isu panas yang membayangi...
Pas Jadi Kafir Jika Kerjasama Dengan Umno Kata Pm

Pas Jadi Kafir Jika Kerjasama Dengan Umno Kata Pm

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 395 hits
June 23 2019 10 19 PMDr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas mengakhiri lawatan kerja 4 hari sempena Sidang Kemuncak Asean ke 34 di Bangkok hari ini BANGKOK Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata PAS mesti meng...
3 Kes Baru Sesak Nafas Dikesan Di Kg Kuala Koh Kata Dzullkefly

3 Kes Baru Sesak Nafas Dikesan Di Kg Kuala Koh Kata Dzullkefly

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 508 hits
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata kementerian setakat ini belum mendapat keputusan ujian makmal terhadap sampel 12 mayat yang ditemukan di Kampung Kuala Koh bagi mengetahui punca sebenar kematian KUALA LUMPUR Tiga kes baru melibatka...
Pas Kena Isytihar Umno Parti Islam Sebelum Jalin Kerjasama Kata Dr Mahathir

Pas Kena Isytihar Umno Parti Islam Sebelum Jalin Kerjasama Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 538 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata PAS mesti mengisytiharkan Umno sebagai parti Islam sebelum menjalin kerjasama politik dengan parti pembangkang itu Dengan nada sinis perdana menteri berkata PAS sebelum ini mengisytihark...
Salah Umno Pas Sendiri Belia Sokong Pakatan Kata Syed Saddiq

Salah Umno Pas Sendiri Belia Sokong Pakatan Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 508 hits
Salah Umno PAS sendiri belia sokong Pakatan kata Syed Saddiq Dikemas kini 52 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 Jun 2019 1
Orang Asli Jangan Sampai 50 Mati Baru Kata Isu Nasional

Orang Asli Jangan Sampai 50 Mati Baru Kata Isu Nasional

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 462 hits
BANGI 6 Syawal 1440H Isnin 14 kes kematian membabitkan penduduk Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh Gua Musang yang dipercayai akibat jangkitan kuman di saluran pernafasan bukan perkara remeh bahkan sepatutnya menjadi isu nasional De...
Zamri Vinoth Tak Patut Berucap Kata Pemuda Pas Perlis

Zamri Vinoth Tak Patut Berucap Kata Pemuda Pas Perlis

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 688 hits
Diterbitkan Hari ini 10 39 pagiMUKTAMAR PAS Nama Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu bergema lagi dalam dewan persidangan Pemuda PAS di Bukit Gambang dekat Kuantan pagi ini Berucap pada sesi membahas ucapan utama ketua Pemuda PAS wakil PAS Moha...
Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Meet The Vespa 787b A Vivid Tribute To The Mazda That Won Le Mans

Ai Experts These Are The Only 5 Jobs That Will Remain In 2030

Person Detained After Intruding On Putrajaya Mrt Track

18 07 Holiday Home Office Inainn Norway

Strawberry Smoothie

How Do You Feel About Travel Right Now We Want To Hear From You

Padang Besar Here We Come Part 1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempat Shooting Qalbi Fil Madinah Masjid Nabawi Dan Kedai 1 Riyal Yang Viral Di Madinah

Modenas Z15gt Vs Yamaha Y16zr Siapa Raja Supermoped Tempatan

Tuaian Kangkung Pada Hari Ke 26

Oms Energy Technologies Inc Meterai Kontrak Rakan Kongsi

15 Pantang Larang Dalam Tik Tok

Pinjaman Mikro Di Malaysia Risiko Dan Peluang Untuk Peminjam