Awas Ini Antara Produk Kosmetik Beracun Yang Di Kesan Kkm Di Musim Covid 19


AWAS! INI ANTARA PRODUK KOSMETIK BERACUN YANG DI KESAN KKM DI MUSIM COVID-19. walaupun KKM (Kementerian kesihatan Malaysia) sekarang memang sibuk memerangi wabak Covid-19 @ corona virus tapi jangan selesa sangat wahai penjual & pengasas produk kosmetik beracun. Selagi KKM mendapat aduan.. Tak ada istilah hangpa selamat dari di buru KKM. Buktinya walau negara sedang menghadapi pendemik covid-19 masih ada produk yang di kesan mengandungi racun berjadual.
Hari ni KKM telah mengeluarkan laporan bahawa 3 lagi produk kosmetik tempatan di dapati mengandungi racun berjadual yang biasa ada dalam banyak produk kosmetik tempatan yang pernah kantoi di lab KKM. Selain merkuri, Hydroquinone jugak antara yang popular di kesan pada produk kosmetik tempatan ni. Selain Betamethasone 17-Valerate yang nampak mula di kesan dalam produk kosmetik ni. malas nak tulis apa bahaya bahan bahan tersebut.. sebab dah pernah tulis sebelum ni kat blog. Lagipun hangpa google je bersepah keluar info berkaitan bahan tersebut. So, jangan tunggu kena suap sampai ke otak. lambat jadi bijak nanti. kang kena tipu dengan penjual supplement minda pulak bila terdesak nak jadi bijak

so, hari ini 3 lagi produk di kesan mengandungu bahan terlarang seperti yang saya sebut di atas. Antara 2 produk tu dari jenama yang sama & satu lagi dari jenama yang lain

3 PRODUK KOSMETIK DIKESAN MENGANDUNGI RACUN.

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:


Sifu Kunyit Day Cream Sifu Kunyit Day Cream
☠️ Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate

Sifu Kunyit Night Cream Sifu Kunyit Night Cream
☠️ Merkuri dan Betamethasone 17-Valerate

JJ Skincare Glowhite Night Cream
☠️ Hydroquinone


PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL

Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:

Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Betamethasone valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

25 APRIL 2020
Sumber :  https://kpkesihatan.com/2020/04/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-april-2020-produk-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/?fbclid=IwAR1OUwI2clUCCv7J5ngWTOhmRiBA0OIuvY7EQP91UmjmbHJIGJ9-Cbr7hIQ
Benda mudah je sebenarnya nak tahu produk tu beracun ke tidak. Biasanya produk beracun ni memang warna & testur dia sama je. Tapi tu la masih ada lagi rokyat malaysia yang jenis terlalu bersangka baik kan.. Katanya kalau beracun kenapa kkm tak serbu bla.. bla.. etc bagai. Takpa yang rasa  selagi yang tak kena ambush dengan KKM tu ok.. gunalah. tak daya nak halang. Kalau bukan hangpa yang tak berapa bijak nak beli produk kilo & beracun ni siapa lagi nak kayakan ponder tu, ye dak? Jadi kebodohan hangpa sangat di perlukan oleh founder produk kilo & beracun

Moral of the story.. Goreng kunyit pun sodapp.. saya maksudkan ayam goreng kunyit. kekekeke

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.lekatlekit.com/2020/04/awas-ini-antara-produk-kosmetik-beracun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Kesan Mutasi Covid 19 Dengan Kebolehjangkitan Lebih Agresif

Kkm Kesan Mutasi Covid 19 Dengan Kebolehjangkitan Lebih Agresif

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 358 hits
Pihak berkuasa kesihatan mengesan mutasi virus Covid 19 di negara ini yang lebih agresif Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah salah satu mutasi yang dikesan adalah pada Kes 26 yang setakat ini telah menjangkiti 120 yang ...
Covid 19 Kkm Kesan Satu Mutasi Lebih Ganas Jangkiti 120 Individu Dr Noor Hisham

Covid 19 Kkm Kesan Satu Mutasi Lebih Ganas Jangkiti 120 Individu Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 398 hits
PUTRAJAYA Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan terhadap COVID 19 mendapati terdapat satu daripada 30 strain mutasi virus tersebut boleh bertindak lebih ganas sehingga menjangkiti 120 pesakit lain Ketua Pengarah Kesihatan Datuk ...
Ramadan Di Musim Covid 19

Ramadan Di Musim Covid 19

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 341 hits
Ramadan COVID19 Allahulmustaan Hasbunallah wanikmal wakil Sesungguhnya Ramadan tahun ini antara Ramadan yang paling menggetirkan bagi umat Islam di seluruh dunia Kita diuji dengan pandemik virus SARS CoV 2 dan penyakitnya dikenal sebagai CO...
Antara 4 Perkara Perlu Disediakan Sekiranya Dijangkiti Covid 19 Pada Masa Akan Datang

Antara 4 Perkara Perlu Disediakan Sekiranya Dijangkiti Covid 19 Pada Masa Akan Datang

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 211 hits
Pasti ramai diantara kita yang tidak dapat membayangkan sekiranya diri dijangkiti dengan virus maut Covid 19 yang telah membunuh ratusan ribu nyawa di seluruh dunia pada ketika ini Justeru daripada itu pasti ada yang tertanya tanya tentang ...
Resepi Pineapple Cakes Musim Covid 19

Resepi Pineapple Cakes Musim Covid 19

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 356 hits
Resepi Pineapple Cakes Musim Covid 19Sejak pkp kita kat rumah pun asyik pikir nak masak apajadi hari ni duk belek belek resepi jumpa kek ni nampak sedapJom try
325 Anggota Kkm Dikesan Positif Tapi Bukan Dijangkiti Dari Wad Covid 19 Kp Kesihatan

325 Anggota Kkm Dikesan Positif Tapi Bukan Dijangkiti Dari Wad Covid 19 Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 284 hits
Pihak KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 23 April 2020 dilaporkan terdapat seramai 325 anggota KKM yang dikesan positif COVID 19 Daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID 19 di kalangan anggota KKM sebanyak 185 kes telah pulih sepenu...
Covid 19 Dr Noor Hisham Dinobat Antara Tiga Doktor Terbaik Di Dunia

Covid 19 Dr Noor Hisham Dinobat Antara Tiga Doktor Terbaik Di Dunia

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 931 hits
NAMA tiga tokoh perubatan kini menjadi perhatian dunia dan digelar wajah paling dipercayai Seorang daripada figura berkenaan adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang digelar pahlawan sumber inspirasi dan h...
Kkm Alu Alukan Kerjasama Pengamal Perubatan Swasta Tangani Covid 19

Kkm Alu Alukan Kerjasama Pengamal Perubatan Swasta Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 177 hits
AdhamKUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan Malaysia mengalu alukan penyertaan dan kerjasama pengamal perubatan swasta untuk membantu memberikan perkhidmatan kesihatan dalam usaha menangani dan membendung penularan wabak Covid 19 Menteri Kesiha...
Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Lunch Ayam Gepuk Putrajaya Bersama Anak Dara

10 Cara Berkesan Menjana Pendapatan Dari Media Sosial Pada 2024

Analisis Pertandingan Indonesia Vs Jepang Di Kelayakan Piala Dunia 2026

Persediaan Untuk Persaraan Berdasarkan Pengalaman Saya

Resepi Nasi Ayam Geprek Pedas Dan Lazat

Filipino Casino Game Favorites Explained From Roulette Spins To Poker Wins