Awas Dalam Prk Tg Piai Ini Duduk Di Majlis Arak



Awas Dalam PRK Tg Piai ini.. 
Jangan ada yang masih duduk menghormati mjlis minum arak..



IRSYAD AL-FATWA SIRI KE- 224 : HUKUM DUDUK DI DALAM MAJLIS YANG DIHIDANG ARAK PADANYA.Soalan:Assalamualaikum SS Datuk Mufti WP. Mohon pandangan hukum dan pencerahan berkenaan menghadiri majlis yang dihidangkan arak. Bagaimana pandangan Islam berkenaan isu ini dan langkah sewajarnya ?Jawapan:Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.Kedudukan Arak dalam Syariat IslamDalam kitab Fiqh al-Manhaji (3/75-81), para penulis menjelaskan berkenaan kedudukan arak dalam Islam.Haram meminum minuman yang memabukkan sama ada arak (خمر), iaitu yang dibuat daripada perahan anggur atau bukan arak, iaitu yang dibuat daripada benda lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَMaksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”Surah al-Maidah (90)Arahan supaya menjauhi arak adalah lebih kuat daripada tegahan meminumnya. Hal ini kerana tegahan sahaja tidak termasuk tegahan lain yang berkaitan dengannya, seperti melayan seseorang minum, membeli atau menjualnya.Sementara, arahan menjauhinya pula bermaksud, amaran supaya menjauhi segala perkara yang berkaitan dengan arak, termasuk minum, jual beli, duduk di dalam majlis yang dihidangkan padanya arak, dan seumpamanya.
Hukum Duduk Di Dalam Majlis Yang Dihidangkan ArakDalam isu ini, terdapat beberapa hujahan dan nas yang menunjukkan kepada larangan ke atas perbuatan tersebut. Ini berdasarkan satu firman Allah S.W.T:وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِMaksudnya: Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain.Surah Al-Nisa’ (140)Berdasarkan kepada mafhum ayat di atas, perbuatan duduk di dalam sesebuah majlis yang terdapat di dalamnya pengingkaran dan penghinaan kepada ayat-ayat Allah adalah ditegah dan dilarang. Ini jelas ditunjukkan oleh frasa بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ yang datang dengan ‘La al-Naahiyah’ yang membawa hukum haram.Imam Abu Ja’far al-Thabari Rahimahullah dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini berkata:وفي هذه الآية، الدلالة الواضحة على النهي عن مجالسة أهل الباطل من كل نوع، من المبتدعة والفسَقة، عند خوضهم في باطلهمMaksudnya: Ayat ini menunjukkan kepada dalalah yang jelas ke atas larangan duduk bermajlis bersama ahli kebatilan dari segenap jenis lapisan. Dari kalangan ahli bid’ah dan juga golongan yang fasiq, semasa mereka melakukan kebatilan tersebut. Lihat Al-Jaami’ al-Bayan, al-Thabari (9/320).Selain itu, terdapat juga sebuah riwayat yang jelas dari Nabi S.A.W akan larangan duduk di dalam majlis yang dihidangkan padanya arak. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:من كان يؤمنُ باللهِ واليومِ الآخرِ فلا يشربِ الخمرَ من كان يؤمنُ باللهِ واليومِ الآخرِ فلا يجلسْ على مائدةٍ يشربُ عليها الخمرَMaksudnya: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan juga hari akhirat, janganlah dia meminum arak. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia duduk pada hidangan yang diminum padanya arak.Riwayat al-Haithami (1/283)Siyaq ataupun konteks hadis di atas jelas menunjukkan kepada pengharaman duduk di majlis yang dihidangkan padanya arak. Ini kerana, lafaz sebelum itu menunjukkan bahawa sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia jangan meminum arak. Larangan meminum arak tidak menunjukkan kepada kemakruhan bahkan kepada keharamannya. Justeru, larangan seterusnya ke atas perbuatan duduk di hidangan yang terdapat padanya arak juga menunjukkan kepada hukum yang sama.Fatwa Badan-Badan BerautoritiBerikut kami sertakan beberapa pandangan dan fatwa yang telah dikeluarkan oleh badan-badan berautoriti agama berkaitan isu ini.Pertama: Dar al-Ifta’ al-MisriyyahDalam fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh al-Allamah Jaad al-Haq Ali Jaad al-Haq pada tahun 1979 M, beliau menyatakan berkaitan dengan majlis yang berlangsung padanya pemberian dan penerimaan dadah dengan katanya: Allah memuji hamba-hamba-Nya yang menjauhi majlis-majlis yang melalaikan lagi lagha. Maka Dia berfirman:
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَMaksudnya: (Ciri orang beriman) adalah mereka yang memalingkan diri dari perkara yang lagha.Surah al-Mu’minun (3)Dan Abu Daud meriwayatkan di dalam sunannya dari Ibn Umar R.Anh tentang katanya:نَهَى رسُولُ الله صلَّى الله عليه وسَلَّم عَنِ الجُلُوسِ عَلَى مَائِدَةٍ يُشربُ عَلَيهَا الخَمْرُMaksudnya: Rasulullah S.A.W melarang duduk pada hidangan yang diminum arak di dalamnya.Kata Syeikh Rahimahullah: Yang diambil faedah dari beberapa nas ini adalah keharaman bermajlis dengan mereka yang melakukan maksiat dalam apa sahaja bentuknya. Ini kerana dalam bermajlis dengan mereka akan berlaku kerosakan terhadap perkara yang Allah haramkan. Dan sesiapa yang bermajlis bersama dengan pelaku maksiat yang melakukan kemungkaran pastilah akan berakhlak dengan akhlak mereka yang buruk (mengikut peribadi mereka). Dan akan mengikut kebiasaan apa yang mereka lakukan daripada dosa seperti minum sesuatu yang memabukkan serta mengkhayalkan.Kedua: Dar al-Ifta’ JordanDar al-Ifta melalui muftinya Samahah al-Mufti al-‘Am Dr. Nuh Ali Salman Rahimahullah menjawab isu hukum saling menziarahi golongan bukan islam dalam keadaan mengetahui bahawa mereka menghidangkan arak di dalam majlis. Beliau berkata: Haram ke atas seorang muslim untuk duduk di dalam majlis yang dihidangkan padanya arak berdasarkan firman Allah S.W.T di dalam surah al-Nisa ayat ke- 140.Kemudian beliau menyebutkan kata-kata Imam al-Sarakhsi Rahimahullah: Dikehendaki buat seseorang muslim itu untuk tidak duduk di dalam majlis seumpama ini. Akan tetapi dia mencegahnya dari meminum arak dalam usaha mencegah kemungkaran sekiranya dia mampu untuk melakukannya. Dan dia hendaklah tidak melepasi tempat ini kerana laknat turun ke atas mereka. Rujuk Syarah al-Siyar, al-Sarakhsi (1/57).
KesimpulanSebagai penutup, setelah kami meneliti dan menekuni isu ini dengan sebaiknya, maka kami berpendapat bahawa seorang muslim itu diharamkan untuk duduk di dalam majlis yang terdapat padanya hidangan arak. Hal ini bertujuan untuk menzahirkan syiar dan keizzahan Islam, menjaga maruah dan kehormatan diri, mengelakkan fitnah ke atas diri sendiri, serta menjauhi sebarang perbuatan yang boleh merosakkan akhlak dan keperibadian seseorang itu. Semoga dengan penjelasan ini dapat memberikan manfaat kepada segenap lapisan umat. Ameen.ButiranDimuatnaik oleh Muhammad Fahmi Rusli Diterbitkan: 24 April 2018

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/11/awas-dalam-prk-tg-piai-ini-duduk-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Borang Pencalonan Prk Tanjung Piai Laku

Borang Pencalonan Prk Tanjung Piai Laku

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 346 hits
PONTIAN Borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai laris bak pisang goreng panas di mana sehingga 12 tengah hari semalam sebanyak 27 set borang sudah dijual Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Johor Mohammad Zaid...
Prk Tg Piai Awee Ajack Huseng Mendokong Hudud

Prk Tg Piai Awee Ajack Huseng Mendokong Hudud

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 366 hits
Calon BN PRK Tg Piai didokong sepenuhnya oleh PAS kerana AWee AJack HuSeng adalah pendokong kuat hudud Sebab itu PAS sokong sepenuh hati Cuba rujuk posting Calon BN tersebut dalam FB peribadi beliau tentang hukum Islam Mungkin inilah punca ...
Awee Ajak Huseng Calon Bn Prk Tg Piai

Awee Ajak Huseng Calon Bn Prk Tg Piai

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 866 hits
BN meletakkan calonnya Awee Ajak Huseng pada PRK Tg Piai Ini mungkin bertepatan dengan konsep VMF Vote Muslim First kerana berdasarkan situasi semasa PAS dan Umno selalu berkempen tentang mengutamakan muslim dalam apa juga keadaan Pemilihan...
Biodata Wee Jeck Seng Calon Prk Tanjung Piai

Biodata Wee Jeck Seng Calon Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 706 hits
Biodata Wee Jeck Seng calon PRK Tanjung Piai Selepas semua faktor diambil kira melalui perbincangan dan permesyuaratan akhir kepimpinan BN sebulat suara memilih Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng sebagai calon Ahli Parlimen Tanjung Piai Ini merupa...
Umno Prk Tanjung Piai Antara Paling Sukar Uji Muafakat Pembangkang

Umno Prk Tanjung Piai Antara Paling Sukar Uji Muafakat Pembangkang

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 316 hits
Seorang pemimpin Umno berkata pilihan raya kecil Tanjung Piai adalah antara pilihan raya yang paling sukar mencabar dan menguji semangat Barisan Nasional serta Muafakat Nasional Setiausaha Agungnya Annuar Musa berkata beliau bagaimanapun be...
Calon Penyatuan Ummah Prk Tanjung Piai

Calon Penyatuan Ummah Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 375 hits
Calon Penyatuan Ummah PRK Tanjung Piai Seperti yang dijangka bekas ahli parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng dicalonkan oleh BN dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai Keputusan itu diumumkan oleh pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad pada malam...
Spr Gesa Bakal Calon Prk Tanjung Piai Isi Semak Borang Awal

Spr Gesa Bakal Calon Prk Tanjung Piai Isi Semak Borang Awal

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 323 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Prk Tg Piai Moga Pas Istiqamah Dengan Fatwa Tuan Guru Ini

Prk Tg Piai Moga Pas Istiqamah Dengan Fatwa Tuan Guru Ini

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 320 hits
Diharapkan fatwa Tuan Guru Presiden PAS ini terus valid dan menjadi panduan kepada pengundi pengundi PRK Tg Piai Kita juga mengharapkan PAS berkempen menggunakan fatwa ini supaya pengundi tidak tersalah pilih calon Pada PRK Tg Piai ini PH m...
Umno Tak Tanding Prk Tg Piai Kerana Takut Kalah Kata Dr M

Umno Tak Tanding Prk Tg Piai Kerana Takut Kalah Kata Dr M

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 367 hits
Dr Mahathir Mohamad PONTIAN Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata Umno tidak meletakkan calon untuk mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai kerana takut kalah Umno takut sebab saya tahu kalau ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023