Umno Tak Tanding Prk Tg Piai Kerana Takut Kalah Kata Dr M


BernamaDr Mahathir Mohamad.
PONTIAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno tidak meletakkan calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai kerana takut kalah.

“Umno takut sebab saya tahu kalau dia letak, akan kalah. Kita yakin kita boleh menang walaupun dia letak sesiapa. Kalau letak Umno lebih baik, tapi dia letak MCA (sebagai wakil BN),” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bin Chong, di sini sempena lawatan kerja sehari ke Johor hari ini.

Pengerusi PPBM itu mengulas tindakan BN memilih calon MCA, iaitu bekas penyandang kerusi itu selama dua penggal, Wee Jeck Seng, 55, bukannya calon Umno seperti yang disebut-sebut sebelum ini.

Wee pernah menjadi ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal pada 2008 hingga 2018. Beliau sekali lagi bertanding bagi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lepas, namun tewas kepada calon PH, Md Farid Md Rafiq.

Isnin lalu, Ketua PPBM Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66, diumumkan sebagai calon PH untuk PRK tersebut.

Berasal dari Pontian, Karmaine merupakan anak seorang tokoh agama tempatan dan pernah menjadi imam Masjid Al-Muttaqin di Johor Bahru serta pengerusi Biro Agama PPBM Johor.

Pada PRU14, Karmaine bertanding di Parlimen Pontian tetapi tewas kepada calon BN, Ahmad Maslan dengan hanya majoriti 833 undi.

Terdahulu dalam ucapannya, Mahathir sempat menyentuh mengenai Karmaine yang diyakini akan memberi kemenangan dan mengekalkan kerusi tersebut buat PH.

“Saya percaya, calon ini boleh menunaikan janji-janjinya. Beliau dikenali di kawasan ini dan akan mendapat sokongan daripada kerajaan (untuk menunaikan janji). Saya berasa gembira berada di sini. Kita akan berusaha untuk memastikan beliau akan berjaya. Itulah harapan kita,” katanya disambut tepukan gemuruh.

Mahathir turut berpesan hanya calon daripada kerajaan sahaja yang mampu menunaikan janji, berbanding daripada kem pembangkang yang hanya pandai menabur janji serta tidak boleh melaksanakannya.

Tegasnya, PRK ini bukan medan menukar kerajaan dan kerana itu janji-janji pembangkang tidak boleh ditunaikan, berikutan tiada mandat dan kuasa berbanding calon kerajaan.

“Siapa menang, kalah, kerajaan tetap sama iaitu PH. Kenapa saya cakap tiada perubahan? Kerana pembangkang hanya akan berjanji (ketika PRK) tetapi apabila menang, mereka tidak boleh menunaikan janji kerana mereka bukan kerajaan.

“Tetapi jika PH menang, kita boleh tunaikan janji. Niat kita untuk bantu dan kayakan rakyat khasnya di kawasan luar bandar. Ada perbezaan dari segi kampung, negeri, bangsa dan kaum…kekayaan ini berbeza-beza dan boleh timbul perasaan marah dengki. Tetapi jika kita boleh kurangkan jarak pendapatan, soal kelainan dan perbezaan ini tidak akan menjadi masalah besar antara satu sama lain,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Nov sebagai hari penamaan calon dan 16 Nov sebagai hari mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen itu.

PRK itu diadakan selepas Farid, 42, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 21 Sept lalu.

Pada PRU14, Farid memenangi kerusi Parlimen itu dengan memperoleh 21,255 undi menewaskan Wee (20,731 undi) dan calon PAS Nordin Othman (2,962 undi).



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/umno-tak-tanding-prk-tg-piai-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Guna Masjid Untuk Kempen Prk Tg Piai Kata Mujahid

Jangan Guna Masjid Untuk Kempen Prk Tg Piai Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 410 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa berkata masjid adalah tempat ibadat dan tempat bagi semua penyokong parti KUALA LUMPUR Semua pihak yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai diingatkan supaya tidak menjadikan ...
Umno Prk Tanjung Piai Antara Paling Sukar Uji Muafakat Pembangkang

Umno Prk Tanjung Piai Antara Paling Sukar Uji Muafakat Pembangkang

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 331 hits
Seorang pemimpin Umno berkata pilihan raya kecil Tanjung Piai adalah antara pilihan raya yang paling sukar mencabar dan menguji semangat Barisan Nasional serta Muafakat Nasional Setiausaha Agungnya Annuar Musa berkata beliau bagaimanapun be...
Prk Tanjung Piai Mampu Beri Tekanan Politik Kepada Ph Umno Kelantan

Prk Tanjung Piai Mampu Beri Tekanan Politik Kepada Ph Umno Kelantan

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 461 hits
Kenyataan Media Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang berkata roh Muafakat Nasional perlu dimanifestasikan secara nyata bermula dari sekarang Gambar fail KUALA LUMPUR UMNO Kelantan menyeru semua pengundi di Tanjung Piai agak menggunakan Pi...
Prktgpiai Isu Ahli Umno Tidak Puas Hati Jeck Seng Calon Bn Di Tg Piai Sudah Selesai Kata Zahid

Prktgpiai Isu Ahli Umno Tidak Puas Hati Jeck Seng Calon Bn Di Tg Piai Sudah Selesai Kata Zahid

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 450 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengakui timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi Umno susulan keputusan Barisan Nasional memilih Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai Wee Jeck Seng sebagai calon pilihan raya kecil Parlimen berkenaan...
Senarai Calon Prk Tanjung Piai

Senarai Calon Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 434 hits
Senarai Calon PRK Tanjung Piai PRK Tanjung Piai yang bermula hari ini menyaksikan pertembungan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan BN Gerakan Parti Barisan Jemaah Islamiah dan dua calon Bebas Ketua Bersatu Tanjung Piai Karmaine S...
Apamautipulagi Dr Mahathir Sahkan Janji Pakatan Harapan Di Prk Tg Piai Adalah Sekadar Janji Prk

Apamautipulagi Dr Mahathir Sahkan Janji Pakatan Harapan Di Prk Tg Piai Adalah Sekadar Janji Prk

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 565 hits
Yahoooo ya beda beduuuuu PRK datang lagi Masa untuk kita dengar janji janji dari kerajaan Pakatan Harapan Yey na deyyy ApaMauTipuLagi ApaMauTipuLagi Din Pagoh kata dia dapat laporan penduduk perlu lebih banyak bantuan untuk merawat dan meni...
Perkembangan Terkini Prk Tanjung Piai

Perkembangan Terkini Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 442 hits
Perkembangan Terkini PRK Tanjung Piai Presiden MIC SA Vigneswaran berpendapat Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai merupakan medan ujian kepada Umno PAS dalam menarik sokongan pengundi Melayu Katanya PRK itu bukan sahaja bakal menjadi ujian kepa...
Prk Tanjung Piai Kita Adalah Keluarga Bnbangkit

Prk Tanjung Piai Kita Adalah Keluarga Bnbangkit

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 686 hits
SAYA tahu ramai yang sedikit kecewa dengan MCA kerana sebaik sahaja BN kalah PRU14 ada ura ura MCA mahu keluar BN Cuba semua imbas kembali suasana yang tak bermaya semasa BN kalah tempoh hari Siapa yang sayangkan BN yang tak sedih dan murun...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Glc Leaders Feeling The Heat And They Re Singing Anwar S Tune

New Android Features To Help You Stay Connected And Safe

Cops Perhilitan Arrest Wildlife Trader Rescue 40 Turtles

How To Find Undervalued Domains

Inilah Tv Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson

Umno Youth S Rice Monopoly Criticism Amuses Amanah Counterpart

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ole Ole Dari Dubai

Lirik Lagu Jom Solat Unic Ft Aniq Muhai Naufal Isa

Hannah Delisha Tipu Helah Chord

Apa Itu Hoarding Disorder Adakah Ianya Gangguan Mental Atau Personalti

30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel