Awas Bisa Semut Selangor Membawa Maut


Cuaca cerah pada pagi itu menandakan rancangan Abdul Wahab Mydin, 44, untuk menemani sepupunya membaiki kereta di sebuah bengkel yang terletak di Lorong Kulit berhampiran Hospital Pulau Pinang dapat diteruskan.


Sementara menunggu kereta dibaiki, dia mengambil angin dengan bersantai di sebatang pokok berhampiran bengkel tersebut sambil memerhatikan gelagat mekanik yang sedang khusyuk membaiki kereta milik sepupunya.

Bagaimanapun, tindakannya berehat di pokok tersebut menjadi titik hitam buatnya apabila dia digigit seekor semut daripada spesies Tetraponera rufonigra atau lebih dikenali sebagai Semut Selangor.

Ketika kejadian yang berlaku pada April 2014 itu, menurut Abdul Wahab, dia sedang duduk di bawah sebatang pokok berhampiran bengkel tersebut dan secara tiba-tiba terasa ada seekor serangga menggigit di bawah pelipat belakang lututnya.

“Oleh kerana saya memakai seluar jean ketika itu, jadi saya hanya dapat menepuk serangga tersebut tanpa mengetahui apakah yang menggigit saya.

“Selepas pulang ke rumah, saya mendapati, serangga yang terlekat pada bahagian seluar itu adalah Semut Selangor selepas mengenal pasti ciri-ciri serangga itu yang berwarna merah di bahagian depan badannya dan hitam pada bahagian belakang.

“Sebelum ini, saya pernah terdengar kes mangsa digigit Semut Selangor di sekitar Pulau Pinang dan disebabkan itu, saya dapat mengecam serangga tersebut,” ujar bapa kepada 10 orang anak itu.

Diratah

Rosliza menyapu ubat pada kaki suaminya

Tambahnya, dia menyapu minyak buah pala selepas mendapati kawasan di bahagian belakang pelipat lututnya menjadi gatal dan kemerah-merahan.

“Namun, setelah dua minggu, kegatalan dan kemerah-merahan itu masih belum pulih, malah menjadi semakin teruk pula,” jelasnya yang terpaksa berhenti kerja dalam bidang perhotelan kerana kaki kirinya tidak dapat berfungsi dengan sempurna selain pergerakannya kini terbatas apabila terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Menurut isterinya, Rosliza Ramli, 43, dalam tempoh dua minggu sahaja isi pada bahagian paha dan betis suaminya itu melepuh seperti ‘diratah’ dan melihat keadaan yang semakin parah, mereka terpaksa menelefon ambulans untuk mengambil Abdul Wahab di rumah disebabkan dia sudah tidak mampu untuk berjalan.

Jelas Rosliza, bisa daripada gigitan semut itu sudah merebak masuk ke dalam isi menyebabkan kaki suaminya itu menjadi hitam dengan kesemua kulit dan isi menjadi mati.

“Kaki suami berlubang sehingga boleh nampak tulang, malah dia juga tidak boleh berjalan dan hampir tiga bulan terlantar di hospital.

“Keadaan itu menjadi semakin teruk kerana suami juga menghidap penyakit kencing manis,” jelasnya sambil memberitahu, dalam tempoh setahun, suaminya itu sudah enam kali melakukan pembedahan pada bahagian kaki.

Pengarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Datuk Dr. Raymond Azman Ali berkata, sebenarnya gigitan semut spesies Tetraponera rufonigra tidak membawa ancaman kepada manusia yang mengamalkan gaya hidup sihat.

“Bisa semut itu tidak akan mengancam nyawa manusia jika kita berada dalam keadaan sihat, cergas dan tiada sebarang penyakit tetapi jika ia menyerang manusia yang mempunyai masalah kesihatan, sudah tentu sengatan itu akan menjadi teruk sehingga boleh menyebabkan mangsa lumpuh,” katanya.

Penyakit kronik

Jelas Raymond, jika jangkitan bisa itu masuk ke dalam tubuh mangsa ia akan menjadi bakteria yang boleh menyerang antibodi badan.

“Apabila terkena gigitan semut, jangan garu tetapi segera mendapatkan ubat serta melakukan rawatan awal. Apa yang penting, kita kena jaga kesihatan kerana jika badan tidak mempunyai sebarang masalah, potensi untuk bisa itu merebak akan berkurangan,” ujarnya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan PPUKM, Dr. Aishah Hani Azil berkata, Tetraponera rufonigra atau Semut Selangor merupakan serangga yang tidak berbahaya tetapi bagi sesetengah orang yang mempunyai masalah alergi atau penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung, gigitan haiwan itu boleh memudaratkan sehingga membawa maut.

“Gigitan semut ini boleh menyebabkan dua kemungkinan manifestasi klinikal pada manusia sama ada simptom setempat (lokalisasi) ataupun simptom menyeluruh (sistemik).

“Simptom setempat adalah sama seperti gigitan serangga berbisa yang lain seperti beng­kak, sakit dan radang pada ba­hagian yang terkena gigitan tetapi selalunya, simptom ini akan hilang selepas beberapa hari,” ujarnya.

Katanya, simptom menyeluruh pula boleh berlaku sekiranya mangsa gigitan itu mempunyai sejarah penyakit kronik dan alergi. Antara simptom yang akan dialami mangsa ialah seperti muntah, cirit-birit dan sesak nafas.

Rawatan ais

Kesan gigitan semut selangor

Jelas Aishah Hani, biasanya kesemua simptom itu akan bermula kurang daripada 24 jam selepas digigit semut tersebut.

“Simptom sistemik ini juga boleh menyebabkan kejutan anafilaksis yang boleh menyebabkan kematian. Misalnya, jika mangsa merupakan pesakit kencing manis, luka gigitan semut ini boleh melarat dan menyebabkan ulser yang berbahaya jika tidak dirawat segera.

“Semut Selangor mempunyai dua cara untuk menyerang mangsa iaitu melalui sengatan yang berpunca daripada bahagian belakang badannya dan gigitan yang berpunca daripada bahagian kepalanya.

“Sebagai langkah awal, mangsa perlu membuang semut atau mana-mana bahagian serangga itu terlebih dulu sekiranya terkena gigitan supaya penyengat yang mengandungi bisa tidak terus melekat pada kulit,” ujarnya sambil memberitahu, mangsa juga digalakkan menggunakan pelapik ketika membuang semut kerana dikhuatiri bisa itu akan terkena pada jari.

Tambahnya, selepas itu pesakit boleh mencuci luka menggunakan cecair antiseptik dan meletakkan pek ais pada kawasan terkena gigitan semut untuk meredakan inflamasi selain pergi ke farmasi untuk mendapatkan krim sapu atau ubat alergi antihistamine jika kegatalan dan kemerah-merahan itu masih tidak reda.

“Pesakit mesti mendapatkan rawatan doktor dengan segera jika mula mengalami simptom seperti muntah, berasa pening atau sesak nafas selepas digigit,” ujarnya.

Aishah Hani memberitahu, Semut Selangor hidup dalam koloni yang aktif pada waktu siang dan kurang aktif pada waktu malam.

“Kebarangkalian untuk semut ini bertemu dengan manusia lebih tinggi kerana ia mencari makan pada waktu siang sama seperti kegiatan harian manusia, manakala waktu malam ia lebih banyak menghabiskan waktu di sarangnya.

“Sarangnya pula boleh didapati dalam pokok-pokok besar atau tunggul kayu. Lazimnya, semut ini tidak akan menyerang manusia kecuali apabila ia berasa terancam,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Misteri! Seekor Semut Tahu Apabila Ajalnya Akan TibaSaintis Baru Tahu Semut Bercakap, Al-Qur'an Sudah Jelaskan 1400 Tahun Lalu!
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2015/02/awas-bisa-semut-selangor-membawa-maut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Suka Marah Marah Selama Hamil Bisa Picu Depresi Sampai Bayi Lahir Prematur Siapa Suka Begini

Awas Suka Marah Marah Selama Hamil Bisa Picu Depresi Sampai Bayi Lahir Prematur Siapa Suka Begini

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 273 hits
Bukan cuma bikin kepala pusing dan capek suka marah pas hamil banyak banyakan ruginya daripada manfaatnya
Tnb Ingin Membawa Penawaran Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Mereka Ke Perak

Tnb Ingin Membawa Penawaran Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Mereka Ke Perak

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 331 hits
Tenaga Nasional Berhad sebelum ini telah sekaligus membuka infrastruktur mereka kepada pelbagai penyedia perkhidmatan internet untuk menawarkan perkhidmatan kepada para pelanggan Terbaru ia dilihat TNB turut ingin menawarkan infrastruktur m...
Kawan Yang Baik Membawa Ke Syurga

Kawan Yang Baik Membawa Ke Syurga

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 313 hits
Kawan Yang Baik Membawa Ke Syurga1 Dengarkan nasihat dari Ustaz Abdul Somad ini Sahabat yang baik sepatutnya membawa kita ke syurga Melihat wajah sahabat yang soleh seharusnya mengingatkan kita tentang kebaikan Jangan pula ketika melihat mu...
4 Pelakon Yang Berjaya Membawa Watak Oku

4 Pelakon Yang Berjaya Membawa Watak Oku

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 947 hits
Tidak dinafikan kewujudan pelakon pelakon yang membawa watak Orang Kurang Upaya dalam sesebuah drama berjaya mempengaruhi jalan cerita dan juga para penonton sehingga beremosi Sepanjang penghayatan kami 4 pelakon ini benar benar berjaya mem...
Tragedi Murid Lelaki Maut Terjatuh Jpj Masih Tunggu Laporan Puspakom

Tragedi Murid Lelaki Maut Terjatuh Jpj Masih Tunggu Laporan Puspakom

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 349 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
11 Maut 78 Cedera Kereta Api Bertembung Di Pakistan

11 Maut 78 Cedera Kereta Api Bertembung Di Pakistan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 240 hits
11 maut 78 cedera kereta api bertembung di Pakistan nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 Jul 2019 10 30PM
Selangor Pas Delegate Wants Guideline For New Level Ties With Umno

Selangor Pas Delegate Wants Guideline For New Level Ties With Umno

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 339 hits
PAS MUKTAMAR A PAS central delegate today said it was acceptable for party leaders to officiate Umno branch annual general meetings but it wouldn t be right for Umno to do the same for PAS meetings In debating in support of a motion by the ...
Majlis Sambutan Aidilfitri Tengku Permaisuri Selangor Berkenan Mencemar Duli

Majlis Sambutan Aidilfitri Tengku Permaisuri Selangor Berkenan Mencemar Duli

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 356 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Sultan Selangor Ingatkan Jemaah Haji Tidak Sebar Berita Tidak Puas Hati Terhadap Th

Sultan Selangor Ingatkan Jemaah Haji Tidak Sebar Berita Tidak Puas Hati Terhadap Th

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 391 hits
SHAH ALAM 23 Jun Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan jemaah haji supaya tidak menyebarkan berita dan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan Lembaga Tabung Haji di media sosial Sultan Selangor bertitah perbuatan itu ha...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya