Awas Berhati Hati Waspadalah Kita


 

Saya mesti mulakan penulisan ini dengan menyampaikan sekalung tahniah kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana ketangkasan dan kecekapan menahan warga Israel di Kuala Lumpur yang datang ke Malaysia untuk misi membunuh. Ditahan sebelum dia sempat melakukan apa yang hendak dilakukan.
Orang kena tahan itu sendiri memberitahu polis dia datang untuk membunuh seorang warga Israel di sini “susulan masalah keluarga”. Sama ada benar sasarannya warga Israel atau orang lain (warga Malaysia mungkin?) tidak dapat dipastikan setakat ini.
Polis masih menyiasat. “Mungkin dia ada agenda yang lain yang dia datang sini bermula 12 Mac sehingga tertangkap (Rabu lalu),” kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain kepada media, Jumaat lalu.
Suspek berusia 36 tahun itu mendiami dua atau tiga hotel sebelum ditangkap di sebuah hotel di Jalan Ampang Kuala Lumpur.
Pada hemat saya realitinya dia datang ke sini dengan niat melakukan pembunuhan bersasar atau targeted assassination. Kata Razarudin, polis merampas enam pucuk pistol bersama 200 peluru. Polis sudah menahan pasangan suami isteri warta tempatan yang disyaki membekalkan senjata kepada suspek. Sekali lagi polis bertindak pantas.
Sememangnya sejak awal polis percaya suspek tidak bergerak seorang dan punya kontak di sini yang perlu dikenal pasti. Ertinya selain pasangan suami isteri yang ditahan persoalan juga timbul sama ada suspek ada kontak – warga tempatan atau asing?
Kata Razarudin suspek memasuki Malaysia dengan penerangan yang melalui Emiriah Arab Bersatu (UAE), tiba di KLIA 12 Mac lalu dan memasuki Malaysia menggunakan pasport Perancis.
Mungkin Imigresen boleh memberi pencerahan sama ada ia mempunyai peralatan yang boleh mengesan pasport palsu. Setakat ini tidak ada maklumat mengenai status passport Perancis yang digunakan suspek.
Bagaimana pula warga Israel yang kononnya menjadi sasaran suspek? Jika dia benar benar wujud dan berada di Malaysia bila dan bagaimana pula dia masuk negara? Pasport apa yang dia gunakan? Tulen atau palsu? Ini Imigresen boleh bantu siasatan polis.
Apa pun polis akan mempertingkatkan kawalan keselamatan ke atas pemimpin negara kerana “apa membimbangkan di sini isu di Palestin dan Israel”, kata ketua polis negara.
Pendirian Malaysia mengenai konflik Gaza memang diketahui dunia. Apa lagi kelantangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap keganasan Israel .
Dan apabila media bertanya jika suspek adalah perisik Israel kata Razarudin siasatan polis mengambil kira aspek berkenaan. “Kita siasat ke arah itu,” kata beliau.
Sewajarnya begitu kerana negara pernah ada kejadian dikatakan membabitkan anggota agensi perisik Israel atau Mossad. Imbau kembali kes penculikan dua warga Palestin di ibu negara pada Okt 2022.
Polis waktu itu tidak memberi butiran tetapi menurut laporan media agen Mossad dikatakan mendapat khidmat warga Malaysia untuk melakukan penculikan ke atas warga Palestin yang dipercayai ada kaitan dengan Qassam Brigade, sayap military Hamas. Warga Malaysia terbabit dikatakan bertindak untuk “klien mereka dalam rejim Zionis”.
Polis berjaya mematahkan penculikan itu dan menahan 11 rakyat Malaysia dan dihadapkan ke mahkamah.
Pada 2018, Fadi Mohammed al Batsh ,jurutera Palestin yang dilahirkan di Gaza ditembak mati oleh dua lelaki semasa beliau berjalan dari kediamannya di Setapak Kuala Lumpur untuk ke masjid bagi mendirikan sembahyang subuh.
Dua lelaki itu menunggu berdekatan kondominium Fadi sebelum menyerang hendap menunjukkan pembunuhan sememangnya dirancang dan Fadi ialah mangsa pembunuhan sasaran. Kedua pembunuh melarikan diri dengan menaiki motosikal berkuasa besar.
Keluarga Fadi percaya beliau dibunuh oleh ejen Mossad. Menteri pertahanan Israel waktu itu Avigdor Lieberman menafikan melalui kenyataan siaran akhbar Times of Israel pembabitan pihaknya dalam pembunuhan. Namun Liberman memberitahu radio tentera Israel, Fadi “terlibat dalam rekaan sistem peluru berpandu Hamas”.
Menurut Times of Israel, perintah Israel mempunyai sejarah panjang melancarkan pembunuhan sasaran ke atas musuhnya di Tebing Barat, Gaza dan di tempat lain di dunia. Akhbar itu melaporkan pihak keselamatan Israel menafikan wujud targeted killings. Tetapi pegawai yang bersara sering membincangkan dasar itu secara terbuka pada sesi temubual awam.
Menurut Wikipedia Mossad ditubuhkan pada 13 Disember 1949. Agensi itu berperanan mendapat dan mengumpul maklumat atau intelligence collection, melancar operasi sulit dan “menentang keganasan”. Bajet tahunannya dikatakan sekurang sekurang-kurangnya USD2 billion dan dikatakan mempunyai lebih 7,000 anggota membuatnya antara agensi espionage terbesar di dunia. Dan Mossad dikatakan melaporkan terus kepada perdana Menteri Israel.
Ada anggotanya dipanggil “katsa” (istilah Hebrew) yang tugasnya mengumpul maklumat secara rahsia, ringkasnya “spy”. Kemudian ada “kidon”. Mereka adalah kumpulan elite assassin atau pembunuh. Kidon dilatih di pusat latihan Mossad di Herzliya.
Satu lagi kumpulan ialah “sayanim” ialah pembantu. Mereka memberi bantuan logistik untuk operasi Mossad. Sayanim bergerak merata dunia. Mereka memegang dua kerakyatan lazimnya. Menurut wartawan penyiasat British Gordon Thomas ada 4,000 sayanim di Britain dan 16,000 di Amerika Syarikat (AS). Thomas meninggal dunia pada 2017.
Berbalik penahanan warga Israel yang disebut tadi. Kita yakin siasatan polis dijalankan dengan menyeluruh demi keselamatan negara. Sesungguhnya pelbagai aspek mesti diteliti dan disiasat rapi. Seribu satu persoalan mesti dijawab. Kita pasti itulah yang polis sedang cuba lakukan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/03/awas-berhati-hati-waspadalah-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ai Menguasai Pertumbuhan Wall Street Walaupun Berhati Hati Oleh Fed

Ai Menguasai Pertumbuhan Wall Street Walaupun Berhati Hati Oleh Fed

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 253 hits
Pada awal minggu indeks utama Wall Street mencatat pertumbuhan ekoran pengaruh syarikat besar seperti Alphabet dan Tesla yang menyumbang kepada pengukuhan sektor teknologi Nasdaq Pasaran juga menantikan mesyuarat akan datang Sistem Rizab Pe...
Zakat Fitrah Bila Dah Bayar Lapang Hati

Zakat Fitrah Bila Dah Bayar Lapang Hati

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 177 hits
ZAKAT FITRAH BILA DAH BAYAR LAPANG HATI Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua AKHIRNYA BAGARULAH en suami senyap Kalai tidak bising je risau dia tak selesai nak bayar zakat fitrah Panas punggung Ziki...
5 Doa Amalan Ni Mama Papa Kena Praktik Barulah Anak Lembut Hati

5 Doa Amalan Ni Mama Papa Kena Praktik Barulah Anak Lembut Hati

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 191 hits
Anak anak yang sentiasa buat perangai dan tidak mendengar kata degil dan sebagainya sememangnya buat kita resah kerana memikirkan cara terbaik untuk mendidik mereka Ditambah pula dengan suami atau isteri yang sama perangainya Buntu bila ber...
Santri Bakar Ponpes Di Siak Karena Sakit Hati Karena Sering Dibully Ditangkap Bersikukuh Tak Melakukan

Santri Bakar Ponpes Di Siak Karena Sakit Hati Karena Sering Dibully Ditangkap Bersikukuh Tak Melakukan

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 103 hits
serangkaian pemeriksaan yang dilakukan terhadap pelaku saksi dan ahli E merupakan pelaku tunggal melakukan perbuatan itu
Ada Niat Pun Dianggap Dosa Pu Syed Nasihat Netizen Jangan Jatuhkan Hukum Sesuka Hati Minta Fatiya Muhasabah Diri

Ada Niat Pun Dianggap Dosa Pu Syed Nasihat Netizen Jangan Jatuhkan Hukum Sesuka Hati Minta Fatiya Muhasabah Diri

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 240 hits
Sejak kebelakangan ini aktres sensasi Fatiya Latiff sering kali menjadi perhatian warganet dan baru baru ini dirinya telah mengugut untuk murtad Pendakwah bebas Pencetus Ummah Syed pula tampil menegur sikap sesetengah netizen yang bersikap ...
Satu Malam Aku Bergaduh Dengan Isteri Tiba Tiba Ini Dia Luah Buat Aku Rasa Macam Kilat Tusuk Ke Hati

Satu Malam Aku Bergaduh Dengan Isteri Tiba Tiba Ini Dia Luah Buat Aku Rasa Macam Kilat Tusuk Ke Hati

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 134 hits
Membaca kisah kisah yang ada di dalam ini membuatkan saya pun turut ingin berkongsi cerita Saya merupakan seorang yang lelaki yang ekstr0vert suka bersocial berkerjaya berpelajaran tinggi lulusan oversea telah berkahwin dan dikurniakan dua ...
Andika Mahesa Bukan Pilihan Hati Chord

Andika Mahesa Bukan Pilihan Hati Chord

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 134 hits
D m G m C F B A m G m A D m G m jika aku bukan pilihan hati C F mengapa kau pertahankan D m G m kau mencintai dirinya C F sulit tuk lepaskan aku D m G m engkau manusia tak punya hati C F tak berketetapan hati B A m G m tak bisa memilih yang...
Chef Ammar Didakwa Suka Suka Hati Rambo Buka Gerai Bazar Ramadan Usj 4 Tanpa Lesen

Chef Ammar Didakwa Suka Suka Hati Rambo Buka Gerai Bazar Ramadan Usj 4 Tanpa Lesen

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 206 hits
Walaupun kontroversi mengenai video Chef Ammar yang didakwa bersikap riak dan sombong masih segar dalam ingatan namun namanya sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen apabila beliau didakwa melanggar dan merampas tapak gerai milik orang...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator