Awang Batil


Awang Batil: Seni Unik Negeri Perlis
Oleh NURDIANA MOHD KAMAL


Batil digunakan sebagai alat muzik dalam persembahan Awang Batil.
PERLIS mungkin negeri yang terkecil di Malaysia, tetapi negeri ini mempunyai keindahan alam, kebudayaan dan sejarah yang unik. Awang Batil merupakan teater penglipur lara yang terdapat di Perlis. Pada mulanya, Awang Batil dikenali dengan nama “Awang Belanga” kerana menggunakan belanga sebagai alat muzik ketika melakukan penceritaan daripada satu babak kepada babak yang lain.

Pak Ramli Mahmud, pewaris akhir persembahan Awang Batil.
Menurut pewaris akhir persembahan Awang Batil, Encik Ramli Mahmud, Awang Batil berperanan untuk menghiburkan dan mendidik masyarakat melalui kisah klasik. Awang Batil akan mengembara dari kampung ke kampung dan dari rumah ke rumah untuk menceritakan kisah seperti Raja Dewa Lok, Raja Berdarah Putih, Anak Lang Pak Lang, Cerita Angan-angan, Jabat Jabit, Abu Nawas dan Awang Ada Duit Semua Jadi. Kini, persembahan Awang Batil dapat ditonton semasa pesta, majlis perkahwinan dan kenduri kesyukuran.

Mantera, asap kemenyan dan menurun, menjadi unsur amalan ritual dalam penyampaian cerita rakyat masa lalu. Ritual dan fungsi yang berbeza memaparkan kebijaksanaan pemain warisan ini. Amalan ritual kadang-kadang memberikan imej yang menyeramkan dan mampu memberikan tarikan istimewa pada setiap cerita yang disampaikan.

Yang berikut contoh mantera yang digunakan oleh Awang Batil sebelum memulakan persembahannya:

Bismillahirrahmanirrahim
Hei tongkat besi,
Tongkat Baginda Rasulullah,
Bapa aku di kanan,
Ibu aku di kiri,
Muhamad di belakang,
Allah di hadapan,
Berkat doa, Lailahaillallah…



Topeng Wak Nujum.
Semasa persembahan, Awang Batil menggunakan dua topeng, iaitu topeng Hulubalang dan topeng Wak Nujum. Topeng ini merupakan warisan yang diperturunkan daripada generasi kepada generasi, iaitu daripada Tuk Mat Belanga Kampung Panggau kepada Pak Ramli Kampung Pokok Sena, Chuping, yang mewarisinya.




Topeng Hulubalang.
Kedua-dua topeng ini diperbuat daripada kayu tui dan keunikannya ialah topeng Hulubalang mempunyai gigi, iaitu siput gewang. Kulit siput mewakili satu unit ukuran yang ditebuk dengan satu lubang bagi menjadikannya lebih mudah untuk mengikat sebanyak mungkin untuk nilai pertukarannya.

Menurut kepercayaan masyarakat Cina, siput gewang digunakan sebagai barang kemas untuk meningkatkan kesuburan dan menentukan kelahiran dengan selamat. Kayu tui dipotong, diukir dan dicat dengan warna merah dan putih secara tradisional. Permukaan topeng keras dan licin agar debu, kotoran dan peluh tangan Awang Batil tidak mudah dipindahkan ke permukaan topeng.

Persembahan Awang Batil harus dihargai oleh masyarakat sebagai salah satu bentuk budaya warisan yang harus diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi. Oleh itu, usaha yang berkesan perlu dilakukan oleh pihak yang terlibat untuk memelihara kesenian tradisional ini.

dbp klik web

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mimbarkata.blogspot.com/2019/04/awang-batil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Awang Minta Anwar Dedah Pemimpin Terima Rm90 Juta

Hadi Awang Minta Anwar Dedah Pemimpin Terima Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 400 hits
PAS akan terus tingkat kerjasama dengan UMNO demi ummah negara 21 04 2019TANJUNG MALIM 15 Syaaban 1440H Ahad Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta mendedahkan identiti pemimpin PAS yang didakwa menerima dana RM90 juta daripada 1Mala...
Usman Awang Legasi Johor Di Persada Dunia

Usman Awang Legasi Johor Di Persada Dunia

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 517 hits
USMAN AWANG PENYAIR MELAYU YANG PALING DIKENALI Sasterawan Negara Dato Dr Zurinah Hassan ABSTRAK Sasterawan Negara Usman Awang menduduki tempat yang penting dalam sejarah kesusasteraan Melayu dan perkembangan pemikiran masyarakat Beliau ada...
Hadi Awang Asks Anwar To Reveal Names

Hadi Awang Asks Anwar To Reveal Names

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 816 hits
PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang today asked PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim to reveal the identities of PAS leaders alleged to have received cuts from RM90 million donated by UMNO The RM90 million is alleged to have been si...
Bongkar Sejarah Panglima Awang Dilupakan Bangsanya Sendiri

Bongkar Sejarah Panglima Awang Dilupakan Bangsanya Sendiri

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 739 hits
Generasi kini ramai yang tidak mengenali tokoh ini Masih jelas dalam ingatan ketika belajar subjek sejarah di tingkatan lima kalau tak silap la nama Panglima Awang hanya disebut sekali Itupun hanya ditulis di bahagian kanan iaitu dalam sudu...
Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Indonesia Plans Rupiah Redenomination Bill

Resipi Ayam Masak Madu Suri Hati Dan Moist Kek Cinnamon Roll Omggg

Delicious Authentic Indian Beef Curry Recipe With Coconut Milk

Lorong Seni Dan Pelancongan Kkb

Masjid Jamek Ar Rahimah

Lily By Alan Walker A Reminder Of Fear And Curiosity