Autumn In Korea Pengalaman Bercuti Di Seoul Pada Musim Luruh 2023 Part 1


Alhamdulillah... dah tamat percutian di Korea minggu lepas selama 4 hari 3 malam, ditaja dan dibiayai sepenuhnya oleh Shaklee (M) Sdn Bhd. Ini adalah pengalaman kali kedua ke bumi Hanguk... pengalaman pertama ialah 11 tahun lepas iaitu pada tahun 2012.


Travelling Day - 22.10.2023
Trip ke Korea kali ni agak besar dan ramai iaitu lebih kurang 280 orang termasuk staff dan tour guide. So, ada 7 bas yang terlibat... dan penerbangan kami adalah menggunakan Malaysia Airlines dan Korean Air. Flight Korean Air berlepas jam 11.20 malam disusuli flight Malaysia Airlines berlepas jam 11.30 malam.
Dokumen perjalanan adalah seperti biasa iaitu passport yang sah, K-ETA dan juga standby passport lama, disebabkan isu yang viral baru-baru ini 😂. Sebelum ni tak perlu visa pun nak ke Korea, tapi selepas covid-19 dah kena ada K-ETA untuk tujuan rekod.
K-ETA

Day 1 - 23.10.2023
SELAMAT PAGI INCHEON!
Kami touch down di Incheon Airport lebih kurang 7.00 pagi (6.00 pagi waktu Malaysia) selepas mengharungi penerbangan lebih kurang 7 jam. So, solat subuh dalam flight... beberapa jam sebelum mendarat.
Waktu solat di Seoul Korea Oktober 2023 Lama jugak beratur kat imigresen Korea ni, hampir 2 jam.. sebab tengah peak hour... selain group kami yang ramai... ada lagi group dari flight lain seluruh dunia. Walaupun passport baru renew ni belum pernah kena cop, diorang tak mintak passport lama... 😀
Dari Incheon airport kami dibawa ke tempat sarapan di kawasan Jungbu, Incheon. Kawasan ni masih lagi dalam pulau yang sama dengan airport. Airport Incheon dibina atas pulau buatan yang ditambak.
Sarapan di Incheon Selepas sarapan, kami keluar dari pulau buatan dan dibawa ke Wolmido, Incheon (dikira tanah besar Korea) untuk aktiviti seagull boat ride. Kami tiba di jeti lebih kurang pukul 11am. Bot yang kami naik ni macam ala-ala feri yang boleh muat kenderaan.
Seagull Boat Ride Selepas aktiviti bagi makan burung camar... kami bergerak ke Songwol-dong Fairy Tale Village tak jauh dari situ. Lebih kurang jam 12.30 tengahari kami tiba di situ... Lokasi ni sebenarnya ialah sebuah perkampungan lama kat Incheon... ada rumah dan kedai-kedai. Diorang hias dengan mural dan arca berdasarkan kisah dongeng tradisi Korea dan juga kisah dongeng terkenal dunia.
Songwol-dong Fairy Tale Village Next activity kami bergerak masuk ke Seoul untuk makan tengahari... Lebih kurang pukul 2.00 petang kami tiba di Noryangjin Fish Market untuk menikmati makanan tengahari seafood yang fresh dari laut 😋.
Noryangjin Fish Market
Lunch di Noryangjin, Seoul Selesai lunch, kami menuju ke Namdaemun market untuk aktiviti shopping. Namdaemun ni ialah pasar besar tradisi Korea yang telah mengalami beberapa evolusi. Namdaemun dibuka sejak zaman Joseon lagi iaitu pada tahun 1414 dan masih kekal hingga kini. Kat sini harga barang-barang lebih mampu milik berbanding tempat shopping yang lain. Namdaemun dibuka pada siang hari je iaitu dari 9.00am hingga 5.30pm.
11 tahun lepas lupa nak selfie kat sini 😏
Namdaemun Market Antara barang "rampasan" di Namdaemun ni ialah periuk emas ramen Korea, set sudu, chop stick korea, stoking cute anak-anak, t-shirt Korean Army dan banyak lagi... hehe.... Sebenarnya banyak lagi barang dalam list yang tak dapat beli... sebab masa tak cukup... timing lari sebab lama kat imigresen pagi tadi.
Selesai shopping kami bergerak ke hotel untuk check in di kawasan Myeongdong II. Lokasi hotel ni strategik sebab boleh jalan kaki ke Myeongdong street dan dekat dengan stesen Metro Euljiro 3-ga line 2 dan line 3.

Nine Tree Premier Hotel Myeongdong II Lokasi hotel Kat lobi hotel kami collect breakfast voucher, access card bilik hotel, goodies dan duit poket dari Shaklee 😙. Selepas buat solat jamak di hotel.... kami bersiap sedia untuk keluar malam.... untuk aktiviti free and easy.
Goodies daripada Shaklee
Duit poket daripada Shaklee... Alhamdulillah Malam pertama kat Seoul... kami jalan kaki ke Myeongdong street. Selain daripada beberapa tarikan membeli belah seperti produk skin care, restoran, cafe, hotel... ada banyak street food yang boleh dicuba. Jika 11 tahun lalu agak was-was untuk mencuba, kini dah ada beberapa pilihan makanan halal di sini. Tapi awas... memang ada antara mereka yang licik... dan ambil kesempatan guna tanda halal. 
Sejujurnya... malam ni tak rasa lapar sangat sebab lunch tengahari tadi agak lewat... dan kasi setel semua seafood yang fresh tu... 😋
Myeondong Street Mengopi di Myeongdong
Myeongdong street tutup pada pukul 11pm. Selesai mengopi kami membeli belah dan window shopping sebelum balik semula ke hotel.... Layan udara sejuk Seoul di waktu malam sambil jalan ramai-ramai 😀.
SELAMAT MALAM SEOUL!


Day 2 - 24.10.2023


SELAMAT PAGI SEOUL!
Hari ke-2 di bumi Hanguk... suhu lebih sejuk daripada semalam. Selepas sarapan di hotel kami bergerak ke luar dari Seoul dan menuju ke selatan iaitu wilayah Yongin. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Seoul. Setibanya di National Folk Village (Han-ok).. kami ambil kesempatan untuk bergambar dan menikmati udara segar sebelum dibuka jam 10 pagi.
Bersama tour guide kami MinHee dari Korea dan Rose Yap dari Malaysia Selain kami, banyak juga rombongan sekolah yang datang ke sini... sekolah menengah, sekolah rendah... rombongan budak taska umur 4 tahun pun ada 😂. Kawasan ni luas... ada sungai... ada rumah-rumah lama, ada kedai, ada muzium pameran, ada tempat hiburan kanak-kanak dan banyak lagi.
Yongin Folk Village Map
Persembahan tarian tradisi Korea
Bergambar di salah sebuah Scholar's House
Ni macam ala-ala kat Namsan Tower, lovers abadikan nama masing2 dan gantung sini
Tak payah ke Nami Island (lebih jauh)... sini pun dah best 👍 Sungai di Yongin Folk Village... bola besar tu macam batu pengimbang untuk rakit lama
Atas jambatan... ada 4 jambatan merentasi sungai sini.. Lebih kurang jam 12 tengahari kami bersiap untuk makan tengahari di restoran yang disediakan. Selesai makan tengahari kami ke tempat solat yang juga telah disediakan. Bagi traveller lain juga boleh pertimbangkan untuk solat di sini... sebab tak ramai orang dan agak selesa dan bersih... iaitu di bahagian "World Folk Museum".
Lunch di Yongin Folk Village
Solat jamak di World Folk Museum Pukul 1.30 tengahari kami semua berkumpul di bahagian parking untuk naik bas ke destinasi seterusnya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam menghala ke selatan dan kami tiba di Mosan-ri dalam wilayah Anseong. Aktiviti seterusnya ialah petik buah pear korea dalam ladang 🍐.
Buah pear Korea ni atau dikenali sebagai pear Asia agak sukar ditanam dan biasanya boleh didapati di negara Asia Timur. Harganya agak mahal... lebih kurang 4USD sebiji... dengan beratnya boleh mencecah 1kg sebiji. Buah pear Korea ni sangat berjus, manis dan boleh dipetik pada hujung musim panas sehingga awal musim sejuk (sebaik-baiknya pada musim luruh).
lepas petik dapat upah... sorang dapat 2 bijik buah pear Korea 😅 Boleh contact owner ladang kalau nak job petik buah kat sini 😆 Selepas 1 jam di ladang buah pear, kami kembali ke Seoul untuk ke destinasi berikutnya. Lebih kurang pukul 5 petang kami tiba di Lotte World Sky Tower yang berketinggian 555 meter dengan 123 tingkat 😲. Ini adalah mercu tanda Korea dan bangunan tertinggi di sini.
Lotte World Sky Tower dari pandangan darat
Mujur tak gayat 😐
Pemandangan Seoul dan Sungai Han dari tingkat 120 bangunan Group photo semasa sunset 🌇 Selesai aktiviti di sini kami turun ke bawah dan bersiap sedia untuk naik bas pulang ke hotel pukul 7 malam. Walaupun hotel dah tak jauh, tapi disebabkan kesesakan jalan raya di Seoul agak teruk... lebih kurang pukul 8 malam kami tiba di hotel.
Malam ke-2 di Korea ni memang aktiviti free and easy, dan kami decide nak jalan-jalan kat Itaewon. Seperti yang ramai dah tau... Itaewon ni adalah kawasan yang ramai foreigner... dan secara tak langsung ramai juga komuniti Muslim kat sini. So, tak susah nak cari makanan halal kat sini... Kami redah je naik metro... dari hotel jalan kaki ke stesen Euljiro 3-ga line 3 (oren)... transfer kat stesen Yaksu, tukar ke line 6 (coklat muda)... dan turun di stesen Itaewon. Beli tiket metro dengan rakyat tempatan 😀
Masjid besar Seoul di Itaewon 💚
Rasa tak lengkap... kalau tak sampai sini... Kena tegur dengan student Malaysia... rupanya senior setahun anak masa sekolah rendah
Fatih sekarang dekat Seoul National University (SNU)
Dinner time - layan makanan Indonesia Gulai Kambing Itaewon
Kedai makan Siti Sarah di Itaewon
Selesai makan malam di Itaewon, kami berjalan kaki di sekitar Itaewon, beli barang-barang di kedai runcit, beli barang skin care dan window shopping. Kami naik metro dari Itaewon pukul 11.00 malam dan selamat tiba di hotel lebih kurang pukul 11.30 malam. SELAMAT MALAM SEOUL!


* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. Hubungi kami sekiranya berminat untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :

Autumn In Seoul, Korea - Part 2 (akan datang...) 


Semoga bermanfaat 👐

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mohdalizal.blogspot.com/2023/11/autumn-in-korea-pengalaman-bercuti-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai 5 Restoren Halal Di Myeongdong Seoul Korea

Senarai 5 Restoren Halal Di Myeongdong Seoul Korea

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 243 hits
Antara lokasi paling famous kalau orang Malaysia datang ke Korea adalah di Myeongdong Dia macam jadi pusat segala aktiviti kat sini nak shopping cari skin care lawat tempat menarik dan of course nak cari makan Biasa kalau sebut Myeongdong n...
Kerja Full Time Dan Kerja Part Time Zus Coffee Seluruh Cawangan Di Malaysia 2023

Kerja Full Time Dan Kerja Part Time Zus Coffee Seluruh Cawangan Di Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 175 hits
Kerja Full Time dan Kerja Part Time Zus Coffee Seluruh Cawangan di Malaysia 2023 41 Bagi kemasukan pekerja baru kerja part time zus coffee adalah merupakan pekerjaan yang biasa kita dengari untuk anda Oleh itu admin kongsikan maklumat jawat...
Menghadiri Admission Ceremony Di London September 2023 Part 3

Menghadiri Admission Ceremony Di London September 2023 Part 3

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 189 hits
Alhamdulillah kita bertemu lagi Syukur kerana diberi kelapangan untuk menulis catatan perjalanan dan percutian keluarga ke London September 2023 Boleh klik entri sebelum ini di Di samping bercuti tujuan kami ke London kali ini ialah untuk m...
Percutian Keluarga London September 2023 Part I

Percutian Keluarga London September 2023 Part I

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 291 hits
Telah lama terperap catatan percutian keluarga yang terindah dalam hidup saya Jadi sebelum saya lagi lama lagi lupa dengan aktiviti kami sepanjang di sana saya ingin mencatatkan di sini buat kenang kenangan Kenapa saya katakan terindah kera...
Menpora Dito Apresiasi Asiana Cup 2023 Sebagai Ajang Pembinaan Bibit Muda Sepak Bola Indonesia

Menpora Dito Apresiasi Asiana Cup 2023 Sebagai Ajang Pembinaan Bibit Muda Sepak Bola Indonesia

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 261 hits
Erick Tohir mengucapkan terima kasih kepada Asiana Cup 2023 yang sudah memberikan wadah untuk melahirkan talenta muda sepak bola Indonesia
Jangan Jadikan Palestin Sebagai Isu Agama Sinar Harian 28 10 2023

Jangan Jadikan Palestin Sebagai Isu Agama Sinar Harian 28 10 2023

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 227 hits
Artikel oleh Sinar Harian JANGAN JADIKAN PALESTIN SEBAGAI ISU AGAMA SINAR HARIAN 28 10 2023
Komitmen Pada Keberlanjutan Lingkungan Pemkot Bontang Raih Proklim 2023 Dari Kementerian Lhk

Komitmen Pada Keberlanjutan Lingkungan Pemkot Bontang Raih Proklim 2023 Dari Kementerian Lhk

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 131 hits
Melalui penghargaan Proklim 2023 semakin membuktikan bahwa Pemkot Bontang sangat peduli dengan lingkungan
Muslim Care Malaysia Hantar Tiga Treler Penuh Pelbagai Bantuan Ke Gaza Berita Harian 28 10 2023

Muslim Care Malaysia Hantar Tiga Treler Penuh Pelbagai Bantuan Ke Gaza Berita Harian 28 10 2023

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 169 hits
KUALA LUMPUR Tiga treler membawa barangan perubatan makanan dan minuman keseluruhannya bernilai AS 1 5 juta yang sebahagiannya disumbangkan rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin akan bertolak ke sempadan Mesir Palestin menuju Gaza selewat l...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco