Percutian Keluarga London September 2023 Part I






Telah lama terperap catatan percutian keluarga yang terindah dalam hidup saya. Jadi. sebelum saya lagi lama lagi lupa dengan aktiviti kami sepanjang di sana, saya ingin mencatatkan di sini buat kenang kenangan. 





Kenapa saya katakan terindah kerana ianya disertai semua anak menantu dan cucu cucu kecuali menantu saya, Alain yang tidak dapat ikut kerana urusan kerja. Keduanya, ia juga bersempena dengan majlis “admission ceremony” Fellowship in Opthalmologist di Royal College, anakanda kami, Dr Nana. 


Kami bertolak ke KLIA pukul 5.00 pagi pada hari Rabu 6 September 2023. Tiba di KLIA sejurus sebelum masuk waktu Subuh.  Kami check in sebaik sahaja kaunter check in dibuka pukul 6.15 pagi. Selepas selesai urusan check in, kami terus turun kerana ingin solat di surau bawah escalator. 


Selepas solat, kami berjalan ke terminal pelepasan dengan menaiki bas. Kemudian kami ke MAS Golden Lounge untuk bersarapan. Selepas sarapan, kami berehat di family area sementara menunggu waktu pintu pelepasan dibuka. 





Kami menaiki penerbangan Qatar Airways dan berlepas agak lewat hampir satu jam. Pukul 11 pagi. Sepatutnya pukul 9.55 pagi. Tiba di Doha pukul  12.36 petang waktu tempatan yang bersamaan dengan pukul 5.16 petang waktu Malaysia. 


Ini adalah kali pertama saya menaiki penerbangan Qatar. Memang sangat best. Makanan yang dihidang dalam Qatar Airways sangat mewah. Bila bila masa kita boleh memesan makanan jika terada lapar. Saya minta kekacang dan coklat untuk mengunyah sepanjang penerbangan. 


Memang sangat teruja kerana ini adalah kali pertama percutian saya dan suami ditaja oleh anak anak. Kali pertama juga percutian disertai semua anak anak dan cucu cucu kecuali Alain, yang tidak dapat bercuti. Juita pula hanya menyertai kami semasa di Paris. Boy telah berangkat lebih awal iaitu pada 3 September 2023 kerana mahu habiskan masa lebih lama di London. Beliau telah. sempat membawa Medina dan Haider ke London Zoo dan jalan jalan di London. 


Nana sponsor semua kos tiket penerbangan kami. Dia memilih Q suite seat kerana ianya boleh ditutup untuk kami 4 orang. Senang dan lebih mudah untuk Aliya menyusu. Tertutup dan terlindung dari penumpang yang lalu untuk ke tandas dsb.









Makanan yang dihidang dalam Qatar Airways sangat mewah. Bila bila masa kita boleh memesan makanan jika terada lapar. Saya minta kekacang dan coklat untuk mengunyah sepanjang penerbangan. 


Kami tiba di Doha untuk transfer flight ke London. Kami berjalan agak jauh untuk ke Al Mourjan Business Lounge. Transit selama 4 jam. Di sini kami Menunaikan solat di surau yang memang sangat selesa.  Nelly pula sempat mandi lagi. 








Kami meneruskan penerbangan pukul 4.55 petang waktu tempatan untuk ke London. Kami tiba di London lebih kurang pukul 10 malam. Aduhai panas sangat. Berpeluh peluh sambil menunggu uber. Oleh kerana tak dapat satu uber besar yang boleh memuatkan kami semua kerana bag yang banyak. Jadi saya dan Nelly mengambil airport taxi. Mahal lah sikit membayar airport taxi. 





Kami menginap di The Landwards yang terletak di Bayswater Road. Sangat dekat dengan kedai yang saya selalu beli bag luggage setiap kali ke London. Ada 3 bilik tidur dan sofa bed di ruang tamu yang sangat luas. Saya suka apartment ini kerana terdapat 2 bilik air dan dapur yang luas selesa. Tidak ada masalah berebut atau menunggu untuk menggunakan bilik air. Cuma peralatan untuk memasak tidak banyak. 


Jadi agak mencabar dan kena guna kreativiti untuk memasak dalam portion yang besar. Haa setakat ini dahulu catatan untuk hari pertama percutian kami. Selepas mandi, masuk tidur walaupun jet lag. 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/11/percutian-keluarga-london-september.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menghadiri Admission Ceremony Di London September 2023 Part 3

Menghadiri Admission Ceremony Di London September 2023 Part 3

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 188 hits
Alhamdulillah kita bertemu lagi Syukur kerana diberi kelapangan untuk menulis catatan perjalanan dan percutian keluarga ke London September 2023 Boleh klik entri sebelum ini di Di samping bercuti tujuan kami ke London kali ini ialah untuk m...
Autumn In Korea Pengalaman Bercuti Di Seoul Pada Musim Luruh 2023 Part 1

Autumn In Korea Pengalaman Bercuti Di Seoul Pada Musim Luruh 2023 Part 1

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 423 hits
Alhamdulillah dah tamat percutian di Korea minggu lepas selama 4 hari 3 malam ditaja dan dibiayai sepenuhnya oleh Shaklee Sdn Bhd Ini adalah pengalaman kali kedua ke bumi Hanguk pengalaman pertama ialah Travelling Day 22 10 2023 Trip ke Kor...
Pemenang Top Komentator Oktober 2023 Blog Sa

Pemenang Top Komentator Oktober 2023 Blog Sa

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 150 hits
Assalamualaikum Macam biasa setiap 1hb SA akan umumkan pemenang top Komentator blog SA kan memang setiap bulan SA umumkan pemenang yang lain lain bukan yang sama kalau xde pemenang SA akan gunakan random org untuk SA cari pemenang disclaime...
Ramalan Awal Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 1 November 2023

Ramalan Awal Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 1 November 2023

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 193 hits
Pasaran sememangnya menjangkakan kelembapan yang ketara dalam inflasi zon Eropah tetapi minda yang paling optimistik tidak dapat membayangkan bahawa inflasi di seluruh blok akan jatuh ke tahap rendah dua tahun sebanyak 2 9 pada bulan Oktobe...
16 Finalis Hero Dewi Remaja 2023 Bergabung Selepas 38 Tahun

16 Finalis Hero Dewi Remaja 2023 Bergabung Selepas 38 Tahun

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 320 hits
Buat pertama kali sepanjang 38 tahun penganjuran Dewi Remaja dan Hero Remaja pencarian ini bakal digabungkan menjadi satu dan dua pemenang bakal dinobatkan Kalau nak tunggu HERO REMAJA sahaja setahun kena tunggu kerana sebelum ini rancangan...
Kempen Komuniti Penyayang 2023 Ayam Brand Memperkasa 1 000 Kanak Kanak Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah

Kempen Komuniti Penyayang 2023 Ayam Brand Memperkasa 1 000 Kanak Kanak Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 355 hits
Menyokong 25 Rumah Kebajikan Kanak kanak Tempatan dengan Menyediakan Makanan Berkhasiat Selama 2 Bulan Pemeriksaan Kesihatan Mata dan Cermin Mata Perskripsi Percuma Kepada Insan yang Memerlukan Dianggarkan sehingga 5 6 juta kanak kanak Mala...
Bab 11 November 2023

Bab 11 November 2023

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 176 hits
Tahu tahu dah masuk bulan November Sebulan lebih je lagi nak bertukar tahun Memang laju masa berlari bukan berjalan lagi dah Bulan Oktober emosi dan mood terganggu Masih mencari cari semangat yang hilang Banyak benda berlaku dalam bulan Okt...
Menteri Hadi Tjahjanto Targetkan Balikpapan Sebagai Kota Lengkap Di Akhir 2023

Menteri Hadi Tjahjanto Targetkan Balikpapan Sebagai Kota Lengkap Di Akhir 2023

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 135 hits
Dengan lengkapnya bidang tanah terdaftar di Balikpapan dapat menghindari risiko konflik antar tetangga
Senarai Drama Dan Filem Best Di Netflix Bulan November 2023

Senarai Drama Dan Filem Best Di Netflix Bulan November 2023

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 358 hits
Senarai Drama Dan Filem Best Di Netflix Bulan November 2023 Seperti biasa setiap bulan aku akan kongsikan dengan korang semua senarai drama dan filem yang ada di Netflix Malaysia Sekarang dah masuk bulan November 2023 jom kita tengok drama ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco