Auto Connexion Ford Pacu Kesan Positif Menerusi Inisiatif Csr Global Ford Building Together Di Malaysia


Auto ConneXion-Ford Pacu Kesan Positif Menerusi Inisiatif CSR Global ‘Ford Building Together’ Di Malaysia Selama lebih daripada 122 tahun, Ford telah berdiri teguh bersama masyarakat dalam keadaan susah dan senang, berlandaskan keyakinan bahawa masa depan yang lebih kukuh ialah masa depan yang dibina bersama.
Semangat ini menjadi nadi penggerak inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘Ford Building Together’ atau ‘Membina Bersama Ford’.
Berpegang pada komitmen global untuk menabur bakti kepada masyarakat, Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion-Ford) telah membawa kesan positif kepada 600 penerima bantuan di Malaysia daripada golongan yang memerlukan di Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, dan Kuantan.

Sepanjang kempen 11 hari, program ini menghulurkan bantuan makanan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan asas yang amat diperlukan dengan kerjasama 55 sukarelawan Ford. 
Auto ConneXion, pengedar tunggal kenderaan Ford di negara ini, telah memilih golongan memerlukan daripada pelbagai kumpulan, termasuk keluarga B40, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, Asnaf Fakir dan Miskin, dan masyarakat Orang Asli, yang dijangka mendapat manfaat paling besar daripada bantuan berasaskan impak.
Bantuan yang diberikan mengikut negeri adalah seperti berikut: 
Lembah Klang: 200 penerima (Kumpulan B40, Asnaf, dan OKU di Pangsapuri Putra Ria & Abdullah Hukum). Pulau Pinang: 100 penerima (Komuniti B40 dan Asnaf di George Town & Jalan Patani). Ipoh: 150 penerima (Ibu tunggal, kumpulan B40, dan Asnaf di Sungai Rokam). Kuantan: 150 penerima (masyarakat Orang Asli di Kampung Paya Bungor, Gambang).  
Jane Holloway, Pengurus Kanan, Ford Philanthropy, Kumpulan Pasaran Antarabangsa, berkata, “Di Ford, misi kami bukan setakat membina kenderaan yang bermutu tinggi. Kami komited untuk memperkasakan komuniti di seluruh dunia dan mendorong perubahan positif.
Inisiatif Ford Building Together mencerminkan kepercayaan kami bahawa apabila kami berganding bahu dengan rakan-rakan, sukarelawan dan komuniti, kita mampu menghasilkan perubahan yang bermakna.”

Teras kempen tempatan ini ialah penggunaan Klinik Bergerak Ford yang dilancarkan pada Februari tahun ini. Dalam usaha sama yang melibatkan Auto ConneXion-Ford, Yayasan Sime Darby, Ford Philanthropy, dan MyFundAction, Klinik Bergerak Ford telah menempatkan tenaga profesional penjagaan kesihatan ke empat lokasi tersebut untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan asas di kawasan luar bandar.
Turse Zuhair Nahason Affan, Pengarah Urusan Auto ConneXion-Ford, menerangkan kesejajaran program tempatan dengan inisiatif global: “Membawakan ‘kuasa penuh Ford’ ke Malaysia bermaksud bukan sahaja menghulurkan sumbangan kewangan, malah menunjukkan bahawa inilah faktor peneraju di sebalik inisiatif global Ford Building Together.
Kami bertekad untuk menggabungkan kesungguhan kakitangan dan kekuatan rangkaian pengedar kami untuk memenuhi keperluan komuniti tempatan di Malaysia. Menerusi kerjasama ini, kami bukan sahaja menyediakan bantuan yang diperlukan di kawasan paling kritikal, tetapi juga menjalin hubungan ikhlas yang berkekalan sambil kita membina masa depan lestari untuk semua.” 

Kejayaan inisiatif ini, yang berlandaskan nilai-nilai global serta disokong oleh tindakan dan kerjasama, mencerminkan dedikasi para sukarelawan yang begitu bersemangat daripada kalangan pihak pengurusan dan kakitangan Auto ConneXion-Ford, rangkaian pengedar sah Ford di seluruh negara, dan pakatan strategik dengan badan bukan keuntungan MyFundAction, yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan di lokasi.
Turse Zuhair menambah, “Kami terhutang budi kepada seluruh pasukan yang menjadikan program Ford Building Together lebih bermakna dan bermanfaat, yang telah mencurahkan masa dan tenaga kemahiran berharga mereka untuk membawa harapan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk tempatan yang memerlukan.
Syarikat kami terus bertekad untuk memperkasakan insan dan membawa impak positif, di satu demi satu lokasi.”
Aktiviti di Malaysia ini adalah sebahagian penting daripada Bulan Keprihatinan Global Ford, iaitu program sukarelawan global tahunan di bawah inisiatif Ford Philanthropy.

Usaha tempatan ini menyumbang kepada penganjuran Kempen Derma Makanan Pengedar Automotif Terbesar Dunia di bawah inisiatif Membina Bersama Ford, yang melibatkan lebih daripada 1,600 pengedar Ford di 31 negara.
Program ini berjaya mengumpulkan lebih 2 juta paun (lebih 907,000 kg) bekalan makanan, sekali gus jauh melebihi sasaran asal untuk mengagihkan 500,000 kg bantuan makanan.
Usaha yang dilaksanakan baru-baru ini berbekalkan warisan kukuh Auto ConneXion-Ford untuk menghulurkan bantuan kemasyarakatan di Malaysia, termasuk projek yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti Projek Air Bersih di Gerik dan Operasi Dunia Lebih Baik di Kuala Lumpur.
The post Auto ConneXion-Ford Pacu Kesan Positif Menerusi Inisiatif CSR Global ‘Ford Building Together’ Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/24/auto-connexion-ford-pacu-kesan-positif-menerusi-inisiatif-csr-global-ford-building-together-di-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
60 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia Ethiopia Sepakat Pacu Kerjasama Bernilai Tinggi

60 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia Ethiopia Sepakat Pacu Kerjasama Bernilai Tinggi

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 156 hits
SITI NUR ZAWANINovember 19 2025Dalam semangat memperingati 60 tahun hubungan diplomatik kedua dua negara sehaluan bahawa ia harus dipacu dengan hala tuju baharu merentasi kerjasama tradisional kepada sektor bernilai tinggi Dalam pertemuan r...
Media Indonesia Lapor Malaysia Ada Senjata Rahsia Buatkan Ringgit Begitu Kuat

Media Indonesia Lapor Malaysia Ada Senjata Rahsia Buatkan Ringgit Begitu Kuat

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 207 hits
SITI NUR ZAWANINovember 18 2025Pengukuhan nilai ringgit minggu lalu menarik perhatian negara jiran yang mengupas faktor di sebalik kekuatan mata wang Malaysia CNBC Indonesia melaporkan Malaysia mempunyai senjata rahsia yang telah meningkatk...
Tiong Malaysia On Track To Welcome 47mil Tourists For 2026

Tiong Malaysia On Track To Welcome 47mil Tourists For 2026

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 194 hits
Tourism Arts and Culture Minister Datuk Seri Tiong King Sing said Malaysia recorded 24 5 million visitors between January and July this year a 16 8 per cent increase compared with 21 million in the same period last year BERNAMAKUALA LUMPUR ...
Malaysia Perketat Keselamatan Digital Ekyc Media Sosial Bakal Dilaksana

Malaysia Perketat Keselamatan Digital Ekyc Media Sosial Bakal Dilaksana

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 298 hits
SIPITANG 15 Okt Kerajaan bakal mewajibkan semua platform media sosial melaksanakan proses pengesahan identiti pengguna atau nbsp electronic Know Your Customer nbsp bagi menghalang kanak kanak bawah umur 13 tahun daripada memiliki akaun kata...
Ulasan Rcep Peluang Emas Asean Malaysia Sasar Jadi Pemain Utama

Ulasan Rcep Peluang Emas Asean Malaysia Sasar Jadi Pemain Utama

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 152 hits
Komitmen Malaysia untuk memperkukuh peranan ASEAN dalam pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau hadir pada waktu yang sangat strategik ketika dunia sedang mencari blok perdagangan yang stabil terbuka dan berdaya tahan RCEP buk...
Malaysia Mahu Perkukuh Peranan Asean Dalam Pelaksanaan Rcep Kata Anwar

Malaysia Mahu Perkukuh Peranan Asean Dalam Pelaksanaan Rcep Kata Anwar

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 202 hits
KUALA LUMPUR 21 Okt Malaysia berhasrat memperkukuh kepimpinan ASEAN dalam memacu pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau pada Mesyuarat Pemimpin RCEP ke 5 yang dijadual berlangsung minggu depan kata Perdana Menteri Datuk Seri ...
Pos Malaysia Announces Official Partners For Pos Malaysia Run 2025

Pos Malaysia Announces Official Partners For Pos Malaysia Run 2025

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 273 hits
Pos Malaysia Berhad the nation s leading postal and parcel service provider is proud to announce its official partners for Pos Malaysia Run 2025 Malaysia s premier community running event with the theme Jom Laju for Fun The event unites Mal...
Malaysia S Longest Serving Legislature Speaker Gets Another Term

Malaysia S Longest Serving Legislature Speaker Gets Another Term

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 172 hits
Asfia Awang Nassar gets a 10th consecutive term as Sarawak assembly speaker lasting until Nov 15 2027 Asfia Awang Nassar of Parti Pesaka Bumiputera Bersatu was sworn in for another term as the speaker of the Sarawak assembly PETALING JAYA A...
Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

Liga Wanita Nasional 2025 Pertarungan Hebat Antara Selangor Fc Dan Sabah Fa

Takbir Untuk Mas Ermieyati

Padah Memandu Positif Ganja Penunggang Motosikal Maut Di Jalan Seremban Kuala Pilah

Nasi Lemak Malam


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Air Panas Segera

Selamat Datang 2026

Hari 1 Di Awal Yang Baru Aku Memilih Diriku

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Family Gathering Laman Casa Tangkak

Brunch Di Rumah Makan Haji Sendot