Autisme Maksud Kenali Ciri Ciri Tanda Awal


Autisme bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam masyarakat hari ini, namun masih ramai yang belum benar-benar memahami maksudnya. 
Setiap kanak-kanak adalah unik dan sesetengahnya mungkin menunjukkan cara berinteraksi, berkomunikasi atau belajar yang berbeza berbanding rakan sebaya. 
Di sinilah pentingnya pengetahuan tentang Autism Spectrum Disorder (ASD) atau Autisme  agar ibu bapa dan guru dapat mengesan tanda awal dan memberi sokongan terbaik seawal mungkin.
BACA JUGA: ADHD Maksud Anak Jenis Hiperaktif? Kenali Ciri & Simptom ADHD
Apa Itu Autisme? Autisme merupakan masalah gangguan perkembangan otak sepanjang hayat yang mempengaruhi bagaimana seseorang individu itu berkomunikasi, berinteraksi secara sosial serta memahami dunia di sekeliling mereka. 
Ia adalah satu keadaan spektrum di mana individu dengan autisme berhadapan dengan kesukaran tertentu, seperti kesukaran sosial-komunikasi, pengurusan diri, integrasi sensori, kognitif dan pembelajaran yang akan memberi kesan kepada mereka dalam cara yang berbeza.
Autisme adalah salah satu kategori di bawah Neurodevelopmental Disorders.
Tanda-Tanda Awal Autisme Dalam Kalangan Kanak-Kanak Pertumbuhan setiap kanak-kanak adalah berbeza. Namun, ada beberapa tanda amaran awal yang boleh dikesan seawal usia 18 bulan: 
Ciri komunikasi dan interaksi sosial:
Tidak membuat eye contact (kurang pandang mata) Tidak memberi respon bila nama dipanggil Kurang ekspresi muka atau tidak tersenyum balik Tidak menunjukkan minat untuk berkongsi mainan atau sesuatu dengan orang lain Sukar memahami perasaan orang lain (empati) Ciri tingkah laku dan rutin:
Mengulang pergerakan yang sama (menepuk tangan, berpusing-pusing) Tertarik pada objek berputar atau berpola (contohnya kipas) Sangat sensitif terhadap bunyi, cahaya, atau tekstur Sukakan rutin yang tetap, mudah cemas bila ada perubahan Bermain dengan cara luar biasa (menyusun mainan daripada bermain dengannya) NOTA: Ada juga kanak-kanak autistik yang sangat bijak dalam bidang tertentu seperti muzik, matematik atau menghafal fakta — ini dikenali sebagai autisme berfungsi tinggi (high-functioning autism).

Punca Autisme: Mitos vs Fakta MITOSFAKTAVaksin menyebabkan autisme ❌Tiada bukti saintifik yang menyokong vaksin sebagai punca autisme.

Vaksin adalah selamat dan penting untuk mencegah penyakit berjangkit. ✅Pendedahan skrin (TV, telefon, tablet) menyebabkan autisme ❌Menonton skrin secara berlebihan tidak menyebabkan autisme.

Namun, ia boleh menyebabkan kelewatan perkembangan bahasa dan beberapa masalah lain dalam kaluuangan kanak-kanak. ✅Autisme berpunca daripada didikan ibu bapa yang tidak betul ❌Cara ibu bapa mendidik atau tahap kasih sayang tidak menyebabkan autisme.

Autisme adalah gangguan perkembangan saraf yang berlaku akibat faktor biologi dan genetik, bukan kerana kegagalan keibubapaan. ✅Autisme berpunca daripada dosa, gangguan jin, atau mistik ❌Tiada kaitan antara autisme dengan unsur mistik, dosa, atau gangguan makhluk halus.

Autisme adalah masalah perkembangan otak yang boleh dijelaskan melalui sains perubatan. ✅Autisme boleh sembuh sepenuhnya ❌Autisme adalah keadaan sepanjang hayat. Tiada ubat atau rawatan yang boleh “menyembuhkan” autisme, tetapi simptom boleh dikurangkan dengan terapi dan intervensi yang sesuai. ✅
INFO PENTING:
Punca Autisme masih TIDAK DI KETAHUI. Setakat ini, tiada rawatan khusus untuk Autisme, mana mana produk yang menyatakan boleh menyembuhkan autisme adalah PENIPUAN Setiap individu yang mengalami autisme adalah BERBEZA. Sebab itu ia di nyatakan sebagai SPECTRUM Inidvidu yang mengalami Autism boleh belajar, bekerja, mempunyai hubungan intim dan berkeluarga – bergantung pada tahap setiap individu. Bagaimana Autisme Didiagnosis di Malaysia? Proses diagnosis autisme di Malaysia bermula dengan rujukan awal kepada doktor atau pakar pediatrik jika ibu bapa atau guru mengesan kelainan perkembangan. 
Penilaian lanjut melibatkan pemeriksaan sejarah perkembangan, pemerhatian tingkah laku, serta penggunaan alat penilaian standard oleh pakar seperti pakar perkembangan kanak-kanak, psikiatri atau psikologi klinikal. 
Pada ketika ini, tiada ujian perubatan khas seperti ujian darah, pengimejan dan sebagainya yang dapat digunakan untuk mengesahkan autisme.
Diagnosis masalah autisme hanya dapat dilakukan secara pemeriksaan klinikal iaitu berdasarkan pemerhatian dan rekod tingkah laku komunikasi dan tahap perkembangan kanak-kanak.
Diagnosis yang tepat sangat penting bagi membolehkan anak mendapat akses kepada perkhidmatan intervensi awal dan status OKU, jika layak. 

NOTA: Jika ibu bapa atau guru nampak tanda-tanda autisme (seperti kelewatan bercakap, kurang eye contact, tingkah laku pelik), bawa anak ke klinik kesihatan atau doktor keluarga untuk pemeriksaan awal.
Terapi dan Sokongan Malaysia menawarkan pelbagai program intervensi awal dan terapi untuk autisme, sama ada melalui pusat kerajaan, NGO atau swasta.
Antara kaedah terapi yang dicadangkan:
1. Terapi oleh Jurupulih Cara Kerja bagi pengendalian masalah integrasi sensori, latihan aktiviti hidup harian dan pengendalian tingkah laku. 
2. Terapi pertuturan dan bahasa bagi pengendalian masalah pertuturan dan komunikasi. 
3. Kaedah Augmentative And Alternative Communication bagi membantu kanak-kanak autisme dengan komunikasi terhad / tiada komunikasi. 
4. Kaedah Antecedent Behavior Consequence (ABC) untuk memahami masalah tingkah laku terjadi. 
5. Kaedah Cognitive Behavior Therapy (CBT) untuk pengendalian emosi. 
Neurodevelopmental Disorders “Neurodevelopmental disorders” adalah diagnosis masalah perkembangan yang selalunya diberikan kepada kanak-kanak, seawal 3 tahun. 
AUTISME
Individu yang diberikan diagnosis ini mesti mempunyai masalah dalam 3 aspek iaitu dari :
Segi pertuturan (speech delay), Masalah pergaulan (Tidak berminat untuk bergaul atau bersosial) Mempunyai tingkah laku stereotipikal (e.g. tingkahlaku terhad dan berulang yang mungkin dianggap aneh oleh masyarakat dan obsesi terhadap sesuatu benda/isu). Kebolehan untuk berfikir dan untuk membuat keputusan akan terganggu kerana cara mereka berfikir dan memahami dunia adalah lain daripada golongan biasa.
KURANG UPAYA INTELEKTUAL
individu yang diberikan diagnosis ini mempunyai IQ (tahap intelek/kepandaian) yang lemah, dan mempunyai kelemahan yang ketara dari segi perkembangan seperti mempunyai masalah pertuturan, masalah pergaulan, masalah penjagaan diri dan tidak boleh berinteraksi di komuniti tanpa pantauan daripada penjaga (e.g. ibu, bapa, makcik, dll). 
Kebolehan untuk berfikir dan untuk membuat keputusan akan terganggu kerana pemikiran adalah tidak sesuai dengan umur.
ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER /MASALAH HYPER (ADHD)
Pertama sekali, Individu yang diberikan diagnosis ini mempunyai masalah dari segi tumpuan, fokus dan tumpuan.
Amat sukar untuk mereka memberi tumpuan kepada persekitaran atau aktiviti, walaupun aktiviti tersebut adalah sesuatu yang amat diminati.
Yang kedua, tumpuan mereka senang terganggu. Mereka juga adalah impulsif, maksudnya bila mereka nak buat sesuatu, susah untuk mereka untuk menahan diri daripada terus melakukannya.
Yang terakhir sekali, mereka adalah “hyperactive” atau sukar untuk duduk diam.
Kebolehan untuk berfikir dan membuat keputusan mungkin terganggu jika simptom tidak dikawal dengan terapi atau ubat daripada psikiatrist.
DISLEKSIA
Diagnosis ini diberi kepada individu yang mempunyai masalah dari segi akademik, khususnya masalah membaca dan menulis.
Walau bagaimanapun, IQ (pemikiran/kepandaian) mereka adalah di tahap normal dan mungkin lebih baik daripada rakan sebaya. Oleh itu, kebolehan untuk berfikir dan membuat keputusan adalah sama seperti orang yang “normal”.


Sumber: 
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Public Health Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/autisme/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=autisme

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
55 Murid Tahun 1 Alami Masalah Mata Ibu Ayah Wajib Tahu Tanda Tanda Awal

55 Murid Tahun 1 Alami Masalah Mata Ibu Ayah Wajib Tahu Tanda Tanda Awal

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 131 hits
Bayangkan anak masuk darjah satu semangat nak belajar tapi tak nampak pun apa cikgu tulis di papan putih Itu bukan sebab dia tak fokus tapi sebab dia RABUN Masalah penglihatan di kalangan murid sekolah rendah kini semakin membimbangkan Terb...
Susah Tidur Rasa Berat Hati Murung Ini Tanda Tanda Penyakit Ain Yang Ramai Terlepas Pandang

Susah Tidur Rasa Berat Hati Murung Ini Tanda Tanda Penyakit Ain Yang Ramai Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 105 hits
Ramai menganggap perubahan mendadak dalam diri atau anak anak sebagai perkara biasa namun hakikatnya ia mungkin petunjuk kepada gangguan yang lebih halus iaitu penyakit ain Susah untuk tidur malas berat hati malah emosi jadi tak stabil dan ...
10 Tanda Kanser Usus Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Terlambat

10 Tanda Kanser Usus Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 130 hits
Tanda kanser usus sering kali muncul secara senyap dan tidak disedari menyebabkan ramai pesakit hanya mendapatkan rawatan apabila penyakit sudah berada di tahap yang serius dan pengesanan awal memainkan peranan penting dalam meningkatkan pe...
Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 216 hits
Bacaan gula dalam darah merujuk kepada tahap glukosa yang terdapat dalam aliran darah seseorang Glukosa ini penting sebagai sumber tenaga utama tubuh namun apabila tahapnya tidak terkawal ia boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan terut...
Anak Asyik Nak Dukung Mungkin Ini Tanda Fasa Baby Velcro Bermula

Anak Asyik Nak Dukung Mungkin Ini Tanda Fasa Baby Velcro Bermula

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 104 hits
Pernahkah anda mengalami situasi di mana si kecil asyik mahu berada di sisi anda sepanjang masa Setiap kali anda cuba beredar walau sekejap tangisan dan rengekan mula kedengaran Jika ya besar kemungkinan anda sedang membesarkan seorang baby...
Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh

Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 177 hits
Salam semua sebelum ni sis ada kongsikan tentang yang sis sendiri alami Kali ni nak sambung cerita dari entri lepas pengalaman sebenar dari mula tahu ada cyst sampai ke hari operation dan proses pemulihan Semoga perkongsian ni dapat bantu s...
Mengidam Makan Manis Tanda Hamil Anak Perempuan Betul Ke

Mengidam Makan Manis Tanda Hamil Anak Perempuan Betul Ke

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 123 hits
Kata orang mengidam makanan manis ketika hamil mengandung anak perempuan Sementara mengidam makanan masam ini bermakna bakal dapat bayi lelaki Betul ke Mengidam adalah salah satu tanda tanda awal kehamilan Ada ibu hamil yang mengidam semasa...
Hiburan Tanda Tanda Kemurungan Hantaran Instagram Lee Zi Jia Cetus Tanda Tanya Peminat

Hiburan Tanda Tanda Kemurungan Hantaran Instagram Lee Zi Jia Cetus Tanda Tanya Peminat

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 145 hits
Pemain perseorangan lelaki negara sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik satu hantaran tanpa sebarang kapsyen di akaun Instagram miliknya Perkongsian tersebut pantas mencetuskan pelbagai reaksi dan andaian daripada peminat serta ...
Kerja Baik Pulih Dan Penyelenggaraan Rumah Pam Kobat Siap Lebih Awal Bekalan Air Pulih Berperingkat

Kerja Baik Pulih Dan Penyelenggaraan Rumah Pam Kobat Siap Lebih Awal Bekalan Air Pulih Berperingkat

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 98 hits
KUANTAN Kerja kerja baik pulih dan penyelenggaraan semua instrumen penting di Rumah Pam Kobat di sini telah siap sepenuhnya pada pukul 9 30 pagi tadi lebih awal daripada jangkaan asal Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad Dat...
Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Titan A Roaring Nitrous Boosted Bmw R 1300 R Built In House

Tarif Us Malaysia Mulai 1 Ogos 2025 Kadar Impaknya

Cure For Malaysia S Generational Judicial Curse

Hiburan Lebih 82 000 Petugas Kesihatan Kkm Dikecualikan Waktu Kerja Syif 45 Jam Seminggu

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

Serlahkan Acara Anda Dengan Mascot Costumes Yang Unik Dan Menarik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Langgan Starlink Di Malaysia Panduan Lengkap 2025

Cara Mudah Lafaz Dan Niat Solat Sunat Taubat

7 Cara Penjagaan Luka C Zer Selepas Bersalin Secara Pembedahan

Bila Mula Membaca Keajaiban Taqwa

Perspektif Dan Solusi

Sains Cern Temui Dua Pecahan Misteri Partikel Tuhan Yang Sukar Dikesan