Aura Najib Tanpa Seri Rosmah


Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Najib, Zahid dan bekas menteri sezamannya perlu berada di belakang UMNO bukan di depan. Serahkan kepemimpinan kepada Tok Mat

SAYA setuju dengan saranan Najib Razak, agar kajian dibuat kenapa sambutan luar biasa diperoleh meskipun beliau tidak lagi menjadi PM dan sedang menghadapi tidak kurang 50 pertuduhan di mahkamah.
Sekiranya Najib sedar daripada awal, sudah tentu lain keadaannya hari ini. Sebelum PRU14, cakap-cakap daripada rakyat marhaen begitu kencang. Mereka terlalu meluat dengan Rosmah Mansor.
Kenapa Najib tidak boleh kawal Rosmah sehingga seolah-olah kelihatan Rosmah itulah Perdana Menteri. Kini, apabila Najib berjalan tanpa Rosmah, rakyat marhaen mengerumuninya sehingga lupa skandal 1MDB, Jho Low, dan perbicaraan berkaitannya yang sedang berjalan.
Pun begitu, jangan teruja sangat pula dengan sambutan luar biasa rakyat yang diberikan kepada Najib.
Sama seperti keyakinan BN untuk menang PRU14. Badan penyelidik, think tank dan kumpulan akademik pro-Najib terlalu yakin BN boleh menang dan dapat majoriti lebih besar. Sedangkan mereka yang menjadi rakyat, mengatakan sebaliknya.
Rakyat hanya menunggu masa sahaja tarikh PRU14 diumumkan. Bila diumumkan sahaja, rakyat sudah nekad dengan pilihannya menolak BN. BN akhirnya kecundang.
Sebab itu, jangan terlalu yakin dengan sambutan ‘malu apa bossku’. Apa yang penting hari ini adalah buat kerja yang terbaik untuk rakyat, sebab rakyat sudah muak dengan apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) hari ini.
Tindak tanduk pemimpin PH semakin memualkan. Percakaran sesama mereka tidak boleh dibendung lagi. Lebih membahayakan, rahsia kelemahan keselamatan dan pertahanan negara didedahkan di khalayak.
Lihatlah juga bagaimana reaksi mereka dengan perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.
Hari demi hari berlalu, keadaan ekonomi tidak banyak berubah, malah rakyat semakin terhimpit. Begitu juga dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PH, semakin menyakitkan hati dan gagal mencuri perhatian rakyat.
Justeru, pimpinan UMNO dan BN perlu mengambil segala ruang dan peluang ini. Cuba hindarkan kenyataan demi kenyataan yang boleh meluntur hati rakyat.
Misalnya, kenyataan Zahid Hamidi mengenai Lailatul Qadar dan ’18 missed call’ daripada Najib tahun lalu, kaitan dengan perlantikan menjadi Timbalan Perdana Menteri, gara-gara tidak dapat menunaikan umrah kerana passport beliau masih ditahan sementara menunggu perbicaraan.
Pada hemat saya, Lailatul Qadar ini adalah sesuatu yang amat bersifat peribadi. Saya tidak fikir mereka yang bertemu dengannya akan menceritakan kepada orang ramai. Tetapi Zahid mengambil sikap sedemikian. Sama ada itu petanda Lailatul Qadar atau tidak, kita serah kepada Allah. Tetapi ucapan seperti itu tidak sepatutnya keluar.
Saya tidak nafikan hari ini Najib dan Zahid serta beberapa menterinya masih popular. Tetapi perlu ingat, apakah dengan hampir 50 pertuduhan itu, tidak ada satu pun yang akan lekat?
Pada pengamatan awal saya, sokongan yang Najib dan Zahid terima hari ini, bukan kerana rakyat terlalu suka atau yakin dengan mereka, tetapi rakyat terlalu muak dengan cara PH menerajui kerajaan.
Terus terang, saya lebih suka Najib dan Zahid duduk di belakang UMNO. Begitu juga dengan mereka yang pernah memegang jawatan menteri sebelum ini.
Apa yang boleh dilakukan oleh semua bekas menteri ini adalah, terus aktif dengan laman sosial mereka dan ciapan setiap hari. Rakyat suka membaca dan mendengarnya. Pengamalan yang ada pada kamu begitu mahal harganya, meskipun kamu pernah melakukan kesilapan ketika memegang kuasa dahulu.
Jangan malu mengakui kesilapan. Ingat kata-kata ini, ‘old generation are using walking sticks…young generation are using selfie sticks…’
Serahkan kepemimpinan UMNO sepenuhnya kepada Tok Mat tanpa diganggu-gugat oleh pengikut-pengikut yang agak fanatik.
UMNO memerlukan suntikan baharu di bawah pimpinan Tok Mat. Tok Mat tanpa Najib dan Zahid serta bekas menteri yang diragui integritinya, perlu membuktikan bahawa UMNO benar-benar bersih daripada rasuah dan politik wang dalam dan luar parti.
Integriti UMNO mesti menyerlah tanpa diselubungi dengan noda. ‘Success without integrity is failure’.
Selain itu, UMNO tidak boleh terlalu bergantung kepada bukan Melayu (Cina) untuk menang sehingga Melayu dan Bumiputera berasa terpinggir. Dalam kata lain, terlebih menjaga BN sehingga terguris hati Melayu sama ada di dalam atau di luar UMNO.
Jaga ketuanan Melayu/Bumiputera, yang lebih boleh diharap dari ketuanan BN yang sudah tertiarap. Ingat, berdasarkan congakan saya, dalam PRU15, undi Melayu di Semenanjung mampu memberikan kemenangan kepada UMNO dan PAS. 
Untuk memerintah dan membentuk kerajaan, tidak ada cara lain, melainkan mendapatkan sokongan padu daripada Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Suka atau tidak, dalam PRU15 akan datang, UMNO dan PAS perlu menekankan dan menjaga aspek majoriti Melayu atau Bumiputera, tanpa mengetepikan bukan Melayu.
UMNO dan rakan baharunya PAS perlu segera bertindak untuk memulihkan ‘damaged’ yang telah dibuat selama ini. Pasukan khas atau taskforce hendaklah ditubuhkan bagi tujuan pemulihan itu.
Antara perkara yang perlu dilakukan segera adalah, pertama, memulihkan kedaulatan negara yang telah dirobek oleh ultra kiasu.
Kedua, bertindak segera ke atas jembalang-jembalang ultra kiasu yang begitu berani merobek kedaulatan Islam, Melayu dan Bumiputera serta raja-raja Melayu.
Ketiga, segera memperkasakan kedudukan Islam, Melayu/Bumiputera dan raja-raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.
Keempat, pulihkan sistem pendidikan negara berasaskan Perlembagaan.
Pendek kata, selagi tindakan yang dilakukan berpaksikan Perlembagaan, selagi itu kita akan berada di pihak kebenaran. Tidak perlu takut.
Apa yang saya dapat simpulkan, kegagalan UMNO membina jati diri Melayu Islam yang kuat pada masa lalu, adalah punca apa yang berlaku hari ini.
Sama ada UMNO bersetuju dengan saya atau tidak, saya tidak peduli, apa yang penting saya sudah luahkan. 
UMNO perlu berani mengakui kesilapan dan kelemahan yang pernah dilakukan terhadap Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak selaku tuan tanah bersama bumi bertuah ini berbanding yang lain.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/aura-najib-tanpa-seri-rosmah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwa Lempar Fitnah Sejak 2010 Khalifah Putra Tampil Mohon Maaf Kepada Najib Rosmah

Dakwa Lempar Fitnah Sejak 2010 Khalifah Putra Tampil Mohon Maaf Kepada Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 518 hits
Tular di media sosial sejak semalam seorang anak muda datang menemui bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bagi memohon maaf kerana mendakwa telah melemparkan fitnah sejak 2010 Alhamdulillah...
Tindakan Itu Tulus Atau Hanya Lakonan Duit Masuk Akaun Najib

Tindakan Itu Tulus Atau Hanya Lakonan Duit Masuk Akaun Najib

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 403 hits
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan reaksi terkejut dan sedih apabila mengetahui ada seseorang telah memasukkan wang ke dalam akaun peribadinya Penga...
Najib Razak Terkejut Dan Sedih Wang Dimasukkan Ke Dalam Akaun Miliknya

Najib Razak Terkejut Dan Sedih Wang Dimasukkan Ke Dalam Akaun Miliknya

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 368 hits
Datuk Seri Najib Razak yang merupakan bekas Perdana Menteri dikatakan dilihat terkejut dan sedih apabila mengetahui terdapat wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya Perkara ini diceritakan oleh Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd...
Saksi Kata Najib Terkejut Duit Masuk Akaun Peribadi Namun Tidak Minta Buat Laporan Polis Sprm

Saksi Kata Najib Terkejut Duit Masuk Akaun Peribadi Namun Tidak Minta Buat Laporan Polis Sprm

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 563 hits
Najib Razak tidak meminta untuk membuat laporan walaupun diberitahu bahawa seseorang secara tidak sengaja memindahkan RM42 juta ke akaun bank peribadi bekas perdana menteri itu Foto oleh Malay MailDatuk Seri Najib kelihatan terkejut selepas...
Bn Yang Tangguh Projek Terowong Sekarang Najib Mahu Salahkan Ph

Bn Yang Tangguh Projek Terowong Sekarang Najib Mahu Salahkan Ph

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 271 hits
Pada 29 Mei 2019oleh PENTADBIRExco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin membidas Najib Razak berhubung projek terowong di Pulau Pinang Menurut beliau kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin mantan perdana menteri itu sebelum ini adalah pihak yang ...
Hari Ke 20 Najib Kecewa Lepas Tahu Rm42 Juta Dipindah Ke Akaunnya Saksi

Hari Ke 20 Najib Kecewa Lepas Tahu Rm42 Juta Dipindah Ke Akaunnya Saksi

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 293 hits
Hari ke 20 Najib kecewa lepas tahu RM42 juta dipindah ke akaunnya Saksi LANGSUNG Bekas ketua pegawai eksekutif KWAP Azian Mohd Noh dijangka menyambung keterangan pada hari ini
Najib Was Upset After Learning That Money Was Put Into His Accounts Court Told

Najib Was Upset After Learning That Money Was Put Into His Accounts Court Told

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 302 hits
A witness in Najib Razak s corruption and abuse of power trial told the High Court today that the former prime minister had expressed shock upon learning that someone had transferred money into his private accounts Ihsan Perdana managing di...
Najib Tidak Arahkan Tubuh Ihsan Perdana

Najib Tidak Arahkan Tubuh Ihsan Perdana

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 270 hits
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa arahan penubuhan Syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd diterima daripada bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad Datuk Shahrol Azral Ibrahim Hilmi Pengarah Urusan Ihsan Perdana ...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation