Auntie Nak Biar Negara Jadi Apa Dengan Pemfitnah
Ada seorang 𝘢𝘶𝘯𝘵𝘪𝘦 tu cakap 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝘁𝗮𝘁𝗼𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗮 𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁. Mungkin 𝘢𝘶𝘯𝘵𝘪𝘦 tu baru habis PASTI. Jadi dia tak lalui zaman 𝗜𝗦𝗔 dan zaman 𝗱𝗮𝗿𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸.
Rasanya dia cakap begitu atas isu 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 𝗽𝗲𝘀𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗶𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗲𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗱𝗶𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗹𝗲𝘀𝗲𝗻 mulai 1 Januari 2025. Aku pun tak faham apa yang dia marah sangat tu.
Sebab pengguna boleh 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮. Cuma penyedia khidmat je yang kena ambil lesen. Dari segi ekonomi, eloklah tu. Syarikat tu semua banyak buat untung. Macam 𝗣𝗡 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗯𝘂-𝗿𝗶𝗯𝘂 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 untuk iklan kempen di media sosial. Kalau kena ambil lesen, boleh kongsi sikit keuntungan dengan kerajaan.
Aku tak pasti kalau 𝘢𝘶𝘯𝘵𝘪𝘦 tu sendiri pun jenis yang suka 𝗯𝘂𝗹𝗶 𝘀𝗶𝗯𝗲𝗿, 𝙨𝙘𝙖𝙢 atau 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗼𝘀𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁, 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂. Sebab cuma orang yang buat begitu saja yang marah sangat ni.
Langkah ini untuk membanteras jenayah siber. 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮. Hak nak bersuara di Malaysia ni ada saja. Tu 𝗬𝗕 𝗩𝗶𝗿𝘂𝘀, 𝗗𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗜𝗻𝘁𝗮𝗻, 𝗥𝗮𝘁𝘂 𝗡𝗮𝗴𝗮 dan ramai lagi elok je bersuara.
Masalahnya kebebasan tu selalu disalah guna. Bukan hanya terhadap kerajaan, bahkan lebih parah lagi, 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻. Hingga ada kes bunuh diri kerana 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗹𝗶.
Bersuaralah. Kritiklah. Tapi bukannya sampai mengeji. Apatah lagi memfitnah. Mengkritik dan mengeji tu tak sama. 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗯𝗲𝘇𝗮𝗻𝘆𝗮.
Contoh kalau sesorang tu menyanyi. Nyanyiannya tak merdu.
𝗞𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸; suara tak sesuai nyanyi lagu ni. 𝘗𝘪𝘵𝘤𝘩𝘪𝘯𝘨 lari. Kena usaha lebih baik lagi.
𝗞𝗲𝗷𝗶: Suara buruk! Jangan nyanyi lagi baik. Sumbang! Nak pecah gegendang telinga aku!
𝗕𝘂𝗹𝗶: Muka dah tak lawa, gemuk, ada hati nak nyanyi sampai hidung kembang kuncup! Mati lagi baik!
𝗙𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵: Ni jenis kuat hisap rokok sebab tu la tarik tak sampai. Ni kuat mabuk ni sebab tu lari tempo.
Itu bezanya. Kalau kritik tu tak ada masalah. Malahan ia bagus untuk 𝗽𝗲𝗻𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻. Tapi yang macam keji, buli dan fitnah tu, 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗯𝗶𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻? Kalau kena pada keluarga sendiri, 𝘢𝘶𝘯𝘵𝘪𝘦 tu suka ke?
𝘈𝘶𝘯𝘵𝘪𝘦 tu boleh tuduh kerajaan Madani diktator dan ia disiarkan secara meluas pun 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶. Dia nak macam mana lagi sebenarnya? Guane boh?
Raja Gelap II
.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/08/auntie-nak-biar-negara-jadi-apa-dengan.html