Audit Dalaman Telus Kunci Bendung Rasuah Ketirisan Kata Pm


Anwar Ibrahim tegaskan pemantauan rapi perlu libat kerjasama kerajaan, agensi kawal selia dan swasta
Anwar Ibrahim berkata kerajaan beri ruang seluasnya kepada Jabatan Audit Negara untuk memantau agensi kerajaan. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan audit dalaman yang telus dalam pentadbiran negara penting bagi menangani isu ketirisan, rasuah dan penyelewengan
Anwar yang juga menteri kewangan berkata usaha membanteras salah laku itu memerlukan pemantauan rapi ke atas jentera kerajaan dengan kerjasama penuh daripada Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan syarikat swasta.
Menurutnya, Ketua Audit Negara Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah maklum yang mereka diberi ruang untuk memantau agensi kerajaan dari dekat.
“Kita bicara tentang perlunya kita pacu pertubuhan, tetapi dalam mana-mana negara dengan kekuatan ekonomi tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah sekiranya dibiarkan, ketelanjuran dari segi ketirisan dan juga rasuah penyelewengan terus berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Gabungan Institut Juruaudit Dalaman Asia (ACIIA) 2025.
Mengulas lanjut, Anwar berkata cabaran terbesar dalam sejarah mana-mana negara adalah menangani gejala rasuah kerana pihak terlibat biasanya memiliki kekuatan kewangan dan pengaruh besar.
Beliau memberikan contoh kepada skandal 1MDB yang berlaku disebabkan urus tidak telus menyebabkan kesan hebat kepada negara.
“Seperti kita alami dalam banyak skandal kewangan sebelum ini termasuk 1MDB, ia tidak mungkin berlaku tanpa penglibatan juruaudit, juruaudit dalaman dan institusi kewangan antarabangsa.
“Kita mesti mengambilnya sebagai cabaran untuk menyelamatkan masyarakat serta negara daripada penyelewengan ini,” katanya.
Anwar berkata komitmen kerajaan dalam menangani masalah itu dapat dilihat dengan penubuhan Jawatankuasa Tindakan Ketidakteraturan Serius (JTKS) bagi menangani segera pelanggaran kritikal dalam pentadbiran, memastikan pihak bersalah dibawa ke muka pengadilan serta melindungi dana awam.
“Sejak 2024, berdasarkan hasil audit, kita berjaya memulihkan dan melindungi semula dana berjumlah RM159 juta,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/09/audit-dalaman-telus-kunci-bendung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
25 Kata Kata Menolak Cinta Secara Halus Dari Tegas Sampai Islami

25 Kata Kata Menolak Cinta Secara Halus Dari Tegas Sampai Islami

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 3437 hits
Dengan kata kata menolak cinta secara halus hubungan tetap bisa terjaga baik meski perasaan tak selalu berbalas
Niat Jahat Ni Nak Bakar Rumah Pmx Kata Dia

Niat Jahat Ni Nak Bakar Rumah Pmx Kata Dia

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 1393 hits
Alif Jamil Nak bakar rumah PMX konon Cakap tak pakai akal Dia ingat rumah PMX tu senang kena bakar mcm rumah dia Silap haribulan rumah dia yg kena bakar dulu
Mak Siapa Yang Nak Orang Bagi Kata Kata Pedas Pada Anak Dia Cukup Cukuplah Komen Negatif Anak Ina Naim

Mak Siapa Yang Nak Orang Bagi Kata Kata Pedas Pada Anak Dia Cukup Cukuplah Komen Negatif Anak Ina Naim

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 4611 hits
Ibu tak henti henti dikecam selepas memasuki program realiti Talk To My Manager anak kepada Ina Naim iaitu Hadie tampil memberi respon mengenai perkara tersebut Hadie bersuara pertahankan Ina Naim Dapat dilihat melalui video potongan live d...
Elok Jawab Macam Puak Ouak Ni Bukan Sekolah Pun Sanusi Kata Keoala Bapak Hang

Elok Jawab Macam Puak Ouak Ni Bukan Sekolah Pun Sanusi Kata Keoala Bapak Hang

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2060 hits
Tengok pada reply pun kita dah boleh rasa yg kebanyakan rakyat dah semakin benci marah meluat dengan pengundi2 pas PerikatanNasional yg tak bersyukur tiup api kaum untuk huru hara kan negara Mat Mat
Azmin Kata Muhyiddin Dalam Keadaan Sihat Betul Ke Tu

Azmin Kata Muhyiddin Dalam Keadaan Sihat Betul Ke Tu

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 902 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berada dalam keadaan sihat dan terus aktif menerajui parti kata setiausaha agung parti Azmin Ali Azmin berkata beliau kerap berkomunikasi dengan Muhyiddin khususnya dalam persiapa...
Minyak Paket Subsidi Terkedu Pekedai Kata Jual Kepada Semua Orang Termasuk Warga Asing

Minyak Paket Subsidi Terkedu Pekedai Kata Jual Kepada Semua Orang Termasuk Warga Asing

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3646 hits
mStarSEORANG wanita meluahkan kekeliruan selepas melihat seorang warga asing dipercayai dari Bangladesh membeli minyak masak paket bersubsidi di sebuah kedai serbaneka Menurut wanita itu dia bertanya kepada pekerja kedai berkenaan bagi mend...
Kita Bertanggungjawab Dengan Apa Yang Kita Kata

Kita Bertanggungjawab Dengan Apa Yang Kita Kata

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 1448 hits
Sebab itu saya selalu kataKita bertanggungjawab dengan apa yang kita kata Tapi kita tak bertanggungjawab dengan apa anda faham Sebab itu hakim dalam kes ini adalah hakim terlatih dan bukan orang awam yang tak de professional background dlm ...
From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

Tng Ewallet Explains How To Use Budi95 With One App At All Stations

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Rasa Sunyi Bila Anak Dah Besar Hati Ibu Yang Tak Pernah Sedia Untuk Sepi

Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 Tarikh Proses Mengundi

Check In Pariss Hotel Johor

Emulator Android Studio Tidak Mau Jalan

Homesoy Launches Stop That Dot Together To Continue Driving Breast Cancer Awareness


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How Ai Agents Will Transform E Commerce In 2025 What Every Online Entrepreneur Must Know

Peranan Penting Rekod Pergigian Dalam Pengecaman Forensik

Subuh Pertama Di Masjiid Nabawi

Katak Ballerina Crochet

Lunch Nasi Ayam Penyet Dan Tauhu Telur

Cetak Kotak Packaging Custom Dari Perfume Ke Makanan Semua Boleh