Atomy Halal Atau Haram


ATOMY & KRISTIANISASI
Pandangan peribadi saya mengenai isu Atomy yg bermain di kalangan ummah. Tulisan ini panjang, sila buka minda anda.
Saya bukanlah orang yg sempurna ilmu agamanya, ilmu yg ada sangatlah cetek. Hanya ada Sijil Am Agama dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor melalui Sekolah Agama Kerajaan Johor selepas menamatkan Darjah Khas pada tahun 2004.
Saya juga bukanlah sesiapa dalam Atomy, hanya seorang ahli yg berstatus Agent, yg masih lagi belajar dan berkongsi tentang Atomy kepada kenalan dan rakan-rakan kerana berpuas hati dengan produk dan pelan pemasaran yg ditawarkan.
Hemat saya begini terhadap isu Atomy yg dikatakan menyumbang kepada Kristianisasi:
Atomy mengambil 30% daripada keuntungan dan memulangkan 70% keuntungan kepada pengguna yg layak. Apa yg mereka buat dengan duit mereka, saya tak mahu ambil pusing sebab itu duit mereka. Kecuali jika dengan terang mereka mengatakan duit akan digunakan untuk memerangi Islam. Haram hukumnya berjual beli dengan kafir harbi, kafir yg memerangi Islam.
Dari sudut hukum, masih banyak percanggahan pendapat. Hukum asalnya ialah harus, tapi disebabkan isu yg dimainkan, banyak suara-suara yg menegur yg mengatakan ianya haram. Pendirian saya jelas, selagi belum ada fatwa yg mengatakan ianya haram, bisnes berjalan seperti biasa.
Kita tengok pula dari sudut pandang lain. Korea yg merupakan sebuah negara maju mengalami masalah berkaitan pegangan hidup rakyatnya. Mengikut statistik, Korea menduduki tangga ke-10 tertinggi dalam angka kes bunuh diri yg mengikut kajian, ianya ada kena mengena dengan fakta yg hampir 60% rakyatnya yg berjumlah hampir 55 juta tiada pegangan agama atau kata lain, Atheist.
Saya tak hairan bila mana mereka menyalurkan pendapatan mereka kepada badan yg menyebarkan dakwah Kristian sebab pada mereka, rakyat mereka memerlukan pegangan agama. Ini logik kerana kerajaan Korea mempunyai pegangan dalam Atomy melalui KAERI (Korea Atomic Enegy Research Institute) dan agama terbesar di Korea ialah Kristian diikuti Budha manakala Islam hanya mempunyai 200,000 penganut.
Park Han Gil, pengasas dan CEO Atomy ialah seorang Kristian yg satu masa dulu bertarung nyawa apabila disahkan menghidap barah tahap 4. Beliau kini sihat dan pulih daripada barah tersebut selepas menggunakan Hemohim, sejenis ramuan herba yg kini dipatenkan di beberapa buah negara, hasil penyelidikan 8 tahun oleh KAERI dan hanya dijual di Atomy.
Secara logiknya, seseorang yg percaya kepada ketuhanan akan berterima kasih dan bersyukur kepada tuhan setelah diselamatkan dari ambang maut. Inilah yg dialami Park Han Gil dan beliau berpendapat, ajaran agama harus diperluaskan dan dalam konteks ini, Kristian.
Cuba kita fikir, kalau 30% keuntungan Atomy disalurkan kepada Kristian, ada lagi 70% yg dipulangkan kepada pengguna. Setakat status ini ditulis, ada 27 juta pengguna Atomy berdaftar seluruh dunia. Negara majoriti Islam yg dah Atomy tembusi hanyalah Malaysia, Indonesia dan akan datang Turkey.
Ok mari kita main statistik. Malaysia berpenduduk 33 juta, orang Islam ada 61.3%. Indonesia ada 273.6 juta penduduk, 87% darinya ialah muslim. Di Turkey pula 97% dari keseluruhan 84.3 juta penduduk ialah muslim. Nampak tak kat sini? Anda rasa semudah itu ke mereka nak mengkristiankan orang Islam? Dan setakat hari ini, berapa ramai umat Islam yg dah di Kristiankan?
Mereka tak kenal pun Islam. Jadi tak boleh ke kita gunakan platform ni untuk menyampaikan Islam kepada mereka? Pada hemat saya, kita jangan takutkan kepada agenda Kristianisasi sebaliknya kita tingkatkan agenda Islamisasi. Sebab satu-satunya agama yg diredhai tuhan sekalian alam ialah Islam. Ini jelas dalam ayat-ayat yg diturunkan melalui Al-Quran dan kekasihnya para Rasul.
Segala tindakan kita menurut Islam adalah berlandaskan niat. Niat saya menceburkan diri dalam Atomy ialah untuk mengubah cara hidup kepada hidup yg lebih berkualiti, melalui penggunaan produk harian yg berkualiti, di samping menjana pendapatan yg halal dalam masa sama menolong ramai lagi orang yg terkesan.
“tapi niat tak menghalalkan cara Boy.”
Cara apa yg tak halal tu? Saya tak mencuri, saya tak menipu, saya tak menyebarkan dakwah Kristianisasi. Sehingga hari ini, hukum berbisnes dalam Atomy masih lagi harus, bukan haram.
Saya tersentap bila ada cerita beberapa tahun lepas, ada orang Islam yg dalam keadaan terdesak meminta sumbangan dari badan organisasi Islam namun terpaksa melalui pelbagai saluran yg menyusahkan. Dia kemudiannya pergi ke gereja, terus dapat sumbangan. Kat sini kita boleh nampak, sebenarnya apa kesilapan kita umat Islam? Jangan tuding jari pada agama lain, sebaliknya perkuatkan agama kita.
Saya gembira bila ramai ahli agama bergabung di dalam Atomy. Perjuangan yg dipelopori Dr Tengku Asmadi ini kalau kita lihat dengan kaca mata Islam, banyak peluang selain memperkukuhkan ekonomi umat Islam. Jihad masa kini bukan lagi dengan pedang, tapi jihad ekonomi. Lebih ramai Islam didalam sistem global ini, lebih kuat kita boleh jadi. Bayangkan kalau kita boleh dakwah Park Han Gil, mungkin Dreamy Foundation yg selama ni menyalurkan duit kepada Kristian boleh disalurkan kepada umat Islam. Kita kena pandang jauh. Sistem yg ada kita boleh gunakan untuk membawa agenda kita. Jangan sibukkan agenda orang, kerana kita juga sepatutnya ada agenda.
Harapan saya, usahlah kita umat Islam berselisih pendapat hingga bergaduh. Raikan pendapat seperti mana 4 mazhab yg mempunyai pelbagai pendapat berbeza namun masih utuh di jalan Allah menurut al-Quran dan hadith. Atomy kini sedar akan keperluan umat Islam dalam organisasi ini, malah mereka turut mendapatkan pensijilan halal bagi produk mereka dan InshaAllah akan ada panel syariah bagi Atomy di masa depan.
Coretan dan pandangan dari saya,
Wan Dzafarul Ariff bin Kamarulzaman
Isnin
4 Jan 2021
20 Jamadilawal 1442H


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://faizsaaid.com/atomy-halal-atau-haram/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasut Atau Pc Nzxt Dan Rtfkt Bekerjasama Untuk Menggabungkan Dua Hobi Mahal

Kasut Atau Pc Nzxt Dan Rtfkt Bekerjasama Untuk Menggabungkan Dua Hobi Mahal

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 203 hits
Hobi membangunkan komputer gaming dan membeli kasut hype bukanlah sesuatu yang dikatakan berbeza dunianya Syarikat syarikat seperti Nike dan Sony pernah berkolaborasi untuk mencipta kasut PlayStation edisi terhad dan kini tiba giliran NZXT ...
Etika Semasa Menghadiri Mesyuarat Atau Latihan Secara Online

Etika Semasa Menghadiri Mesyuarat Atau Latihan Secara Online

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 689 hits
Etiket Semasa Menghadiri Mesyuarat perjumpaan latihan online 1 Tepati masa Masa untuk mula dan masa untuk tamatkan sesi online Ramai orang merasa selesa di rumah tetapi hormatilah masa orang lain 2 Penampilan kemas Jangan pakai baju tidur p...
Asb Atau Unit Trust Mana Lebih Untung Pulangan Lebih Tinggi

Asb Atau Unit Trust Mana Lebih Untung Pulangan Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 399 hits
Bagi mereka yang belum tahu apa itu Amanah Saham Bumiputera atau ASB ASB merupakan salah satu platform pelaburan yang dijamin kerajaan Secara asasnya Unit
12 Manfaat Minyak Pokok Teh Atau 039 Tea Tree Oil 039 Untuk Kehidupan Seharian

12 Manfaat Minyak Pokok Teh Atau 039 Tea Tree Oil 039 Untuk Kehidupan Seharian

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 256 hits
INDONESIA Minyak pokok teh atau tea tree oil merupakan bahan yang sering ditemukan dalam produk rawatan kulit dan rambut Ia biasanya digunakan bagi mengatasi masalah jerawat dan kelemumur Namun manfaatnya jauh lebih banyak Kandungan Terpine...
Random Bertudung Labuh Pilihan Atau Paksaan

Random Bertudung Labuh Pilihan Atau Paksaan

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 400 hits
Assalamualaikum semua Hari ni nia nak berkongsi dengan kau orang semua sebab nia memilih untuk melabuhkan tudung Dari sekolah menengah sampailah nia dah tua ni masih ada lagi yang melemparkan soalan kenapa suka pakai tudung labuh Its all st...
Nasib Takdir Atau Ketentuan Darinya

Nasib Takdir Atau Ketentuan Darinya

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 323 hits
Assalamualaikum semua Setiap apa yang berlaku terhadap kita mahu yang baik atau buruk sebenarnya semua telah ditentukan oleh Tuhan yang Maha Kuasa Sama ada kita sendiri menerimanya sebagai nasib takdir atau sebaliknya Apa pun yang terjadi s...
Menjual Atau Membeli Euro

Menjual Atau Membeli Euro

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 190 hits
Mata wang Eropah tidak melalui hari hari terbaiknya Ia bergerak dari paras tertinggi baru baru ini di atas 1 23 berbanding dolar Euro terus merosot pada hari Isnin merasakan tekanan dari kedua dolar dan situasi sukar dengan coronavirus Wala...
Pengharaman Umno Akan Lebih Memudaratkan Umno Atau Ppbm

Pengharaman Umno Akan Lebih Memudaratkan Umno Atau Ppbm

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 325 hits
Sejujurnya admin akui agak terkejut bila mendapat maklumat dalam mesyuarat khas MPT PPBM pada 6 Januari 2021 telah memutuskan untuk mengharamkan UMNO sebagai parti politik yang berdaftar secara sah Admin terkejut bukan kerana keputusan yang...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Kemenangan Mahkamah Dan Kejayaan Perubatan Qualcomm Lilly Menyumbang Kepada Sesi Positif Ketiga Wall Street

Singgah Muar Pekena Mee Bandung Dan Sate