Asyik Tidur Je Orang Tua Tua Marah Ada Sebab Ibu Hamil Tak Bagus Terlebih Tidur


Tidur adalah salah satu perkara penting untuk kesihatan manusia. Apatah lagi jika anda sedang hamil. Tidak cukup tidur semasa hamil bukan hanya boleh menjejaskan kesihatan ibu, bahkan juga memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.


Meskipun anda tidak pernah mengalami masalah tidur sebelum ini, namun jangan terkejut jika anda akan mengalaminya semasa kehamilan. Ini kerana perubahan tubuh dan hormon semasa hamil akan membuatkan anda tidak dapat tidur lena. Oleh itu, wanita hamil disarankan untuk menambah waktu tidur malam mereka pada siang hari. Meridap atau tidur siang penting untuk membantu ibu hamil cukup rehat dan cukup tidur.
Namun, bagaimana pula keadaannya jika ibu hamil terlebih tidur? Ketahui kesan jika ibu kurang tidur dan terlebih tidur semasa kehamilan.
Kesan jika ibu hamil kurang tidur Jangan pandang remeh jika anda mengalami masalah tidur semasa hamil. Wanita hamil yang tidak mendapat tidur secukupnya adalah berisiko mengalami keadaan kesihatan serius, malahan juga boleh merumitkan proses kelahiran anda. Terdapat kajian yang menunjukkan wanita hamil yang tidur kurang daripada enam jam pada waktu malam mengalami masa bersalin yang panjang serta cenderung melahirkan secara pembedahan caesarean.
Berikut adalah antara impak yang akan terjadi jika ibu tidak cukup tidur semasa kehamilan.
Menjejaskan kesihatan ibu hamil dan boleh menyebabkan komplikasi kehamilan seperti hipertensi dan kencing manis semasa hamil (diabetes gestasi). Ibu mengalami apnea tidur dan berdengkur semasa tidur, yang mana boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Ibu boleh mendapat preeklampsia yang bukan sahaja membahayakan ibu, tetapi juga bayi. Tidur yang tidak lena semasa hamil boleh mengurangkan jumlah hormon tumbesaran yang dilepaskan untuk bayi. Ini boleh menjurus kepada masalah tumbesaran atau perkembangan pada bayi dalam kandungan. Terdapat juga kajian lain menunjukkan bahawa tidur yang anda alami semasa trimester pertama boleh memberi kesan kepada kesihatan anda semasa trimester ketiga. Ibu hamil yang tidak mendapat cukup tidur (kurang daripada lima jam pada waktu malam) semasa trimester pertama adalah hampir 10 kali lebih cenderung untuk mendapat preeklampsia pada hujung kehamilan.

Kesan jika ibu terlebih tidur Bukan sahaja kurang tidur boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi, malahan, ibu yang terlebih tidur juga boleh memberi kesan kepada kehamilannya. Tidur berlebihan, iaitu tidur melebihi 10 jam pada waktu malam, semasa trimester pertama juga boleh meningkatkan risiko mendapat preeklampsia. Malahan, risikonya adalah dua kali ganda.
Oleh itu, wanita hamil disarankan untuk mendapat tidur yang cukup (tidak lebih dan tidak kurang) bagi memelihara kesihatan tubuhnya dan kandungan. Ibu juga disarankan untuk mendapatkan tidur siang antara 30 minit hingga 60 minit bagi menggantikan tidur yang tidak cukup pada malam hari. Pakar juga menyarankan supaya ibu hamil meluangkan masa sekurang-kurangnya 8 jam di atas katil pada setiap malam, supaya mereka boleh dapat paling kurang 7 jam waktu tidur malam.
Sumber: Hello Doktor
The post “Asyik Tidur Je” Orang Tua-Tua Marah Ada Sebab! Ibu Hamil Tak Bagus Terlebih Tidur appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/asyik-tidur-je-orang-tua-tua-marah-ada-sebab-ibu-hamil-tak-bagus-terlebih-tidur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taugeh Walaupun Kecil Bagus Untuk Ibu Hamil Ada Folat Yang Diperlukan Untuk Elak Kecacatan Janin

Taugeh Walaupun Kecil Bagus Untuk Ibu Hamil Ada Folat Yang Diperlukan Untuk Elak Kecacatan Janin

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 311 hits
Taugeh merupakan satu tumbuhan bercambah yang masih diperingkat awal atau muda Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai bean sprouts dan apabila ia ditafsirkan ke dalam bahasa Melayu membawa maksud kacang yang bercambah yang akhirnya memba...
Kelelahan Yang Dialami Oleh Ibu Hamil Bisa Picu Persalinan Lebih Cepat

Kelelahan Yang Dialami Oleh Ibu Hamil Bisa Picu Persalinan Lebih Cepat

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 320 hits
Dr Ardiansjah Dara dokter spesialis kebidanan dan kandungan mengatakan bahwa kelelahan dapat memicu kontraksi lebih cepat sehingga bayi bisa saja lahir prematur
Ibu Hamil Maut Janin Terkeluar Selepas Motosikal Ditunggang Bersama Suami Dirempuh Myvi Gagal Memotong

Ibu Hamil Maut Janin Terkeluar Selepas Motosikal Ditunggang Bersama Suami Dirempuh Myvi Gagal Memotong

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 682 hits
Pasangan suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dengan kereta Perodua Myvi hari ini lapor Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi di Lebuhraya Rantau Panjang Pasir Mas berdekatan Lubok Jong Nur Syafiqah Jaafar ...
Ibu Hamil 19 Tahun Murung Dapat Tahu Suami Curang Bangkit Semula Demi Anak

Ibu Hamil 19 Tahun Murung Dapat Tahu Suami Curang Bangkit Semula Demi Anak

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 468 hits
SETIAP wanita yang bergelar isteri pasti tidak menyangka bahtera perkahwinan yang disemai dengan cinta akhirnya runtuh dek kerana kehadiran orang ketiga Inilah yang berlaku kepada ibu muda ini yang terpaksa menanggung kepayahan seorang diri...
Ibu Keguguran Tak Pantang Mungkin Sukar Hamil Jika Plan Nak Anak Lagi

Ibu Keguguran Tak Pantang Mungkin Sukar Hamil Jika Plan Nak Anak Lagi

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 373 hits
Keguguran ialah kehilangan bayi dalam kandungan sebelum minggu ke 24 kehamilan Jika kehilangan ini berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan ia dipanggil keguguran awal Jika kehilangan berlaku selepas tempoh ini ia dipanggil keguguran lewat...
Bayi Baru Lahir Cacat Telinga Ibu Guna Produk Kecantikan Bertoksik 2 Tahun Sebelum Hamil

Bayi Baru Lahir Cacat Telinga Ibu Guna Produk Kecantikan Bertoksik 2 Tahun Sebelum Hamil

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 389 hits
Luluh hati bila bayi baru lahir mengalami cacat telinga Bukan tak boleh menerima takdir Ilahi tapi sedih kerana ia akibat kesilapan ibu yang menggunakan produk kecantikan bertoksik 2 tahun sebelum hamil Pelbagai kesan buruk produk kecantika...
Kalau Bajet Bagus Ni Payah Tambah Lagi Orang Tua

Kalau Bajet Bagus Ni Payah Tambah Lagi Orang Tua

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 285 hits
Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menempelak kenyataan pihak yang mempertikaikan keputusan beliau untuk kembali menerajui parti selepas bercuti menjalankan tugas itu sejak Disember lepas Beliau berkata tindakan pihak berkenaan ya...
Jaga Kesehatan Otak Ibu Dan Janin Sehat Saat Hamil Konsumsi Ikan

Jaga Kesehatan Otak Ibu Dan Janin Sehat Saat Hamil Konsumsi Ikan

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 293 hits
Kandungan asam lemak omega 3 pada ikan disebut bisa menurunkan risiko depresi untuk ibu hamil Pada janin yang dikandung hal ini bisa meningkatkan perkembangan dan fungsi otak menambah berat badan serta menjadi pencegah munculnya asma
Alami Ketagihan Seks Melampau Ini Padah Apabila Ibu Bapa Tak Asingkan Tempat Tidur Anak

Alami Ketagihan Seks Melampau Ini Padah Apabila Ibu Bapa Tak Asingkan Tempat Tidur Anak

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 594 hits
Alami Ketagihan Seks Melampau Ini Padah Apabila Ibu Bapa Tak Asingkan Tempat Tidur Anak Selain mengajak anak makan salah satu perkara yang bukan mudah untuk dilakukan oleh mak ayah adalah mengasingkan tempat tidur anak Maklumlah apabila sud...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi