Asyik Melompat Berlari Minta Nak Main Basikal Antara Perkembangan Normal Anak 1 5 Tahun


Tanggungjawab ibu bapa semakin besar seiringan dengan peningkatan usia anak. Ini apa yang perlu anda fahami berkaitan perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Kredit: Freepik Perkembangan fizikal kanak kanak
Istilah kanak-kanak kecil atau toddler, biasanya merujuk kepada anak yang berusia lingkungan 1 hingga 5 tahun. Malah, kebanyakan daripada kita menganggap akhir usia bagi kanak-kanak kecil adalah apabila mereka bersedia untuk beralih ke alam prasekolah.
Jika terfikir tentang kanak-kanak berusia 3 atau 4 tahun, pasti terbayang betapa aktifnya mereka menggunakan kemahiran baru, bercakap dan meneroka dunia. Tidak dinafikan adakalanya akan timbul kekeliruan mengenai perkembangan dan aspek keperluan dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Berikut antara 3 perkara asas yang di kongsi oleh Hello Doktor yang perlu anda ketahui semasa membesarkan anak kecil.
#Titik pencapaian dalam pendidikan awal kanak-kanak
Semakin anak membesar, kemahiran dalam diri mereka juga akan bertambah. Seperkara yang perlu anda fahami, apa yang dikongsikan di bawah bukanlah kemahiran khusus kepada anak. Namun ia adalah untuk membantu anda mengetahui kemahiran apa yang mungkin dapat dikembangkan seorang kanak-kanak pada usia ini.
Kemahiran komunikasi
Secara konsisten menggunakan 2-3 frasa perkataan Sekurang-kurangnya 50% pertuturan difahami ibu bapa/penjaga Dapat mengikuti 2 arahan tidak berkaitan, seperti “Berikan Mama bola itu dan pakai kasut” Faham mengenai ‘milik saya’ dan ‘milik awak’ Bertanyakan ‘apa’ dan ‘di mana’, faham soalan ‘mengapa’
Kemahiran motor kasar
Kemahiran yang menggunakan otot besar – kaki, lengan, tubuh dan leher.
Melompat dengan kedua-dua kaki Naik dan turun gelongsor Mengayuh basikal beroda tiga Berjalan naik turun tangga dengan sebelah tangan dipegang Berjalan menggundur Kemahiran motor halus
Kemahiran yang menggunakan otot kecil – tangan dan jari.
Menyusun mainan blok Memegang krayon dengan jari Boleh memotong menggunakan gunting Melukis garisan menegak, mendatar atau bulatan Kemahiran berdikari
Antara kemahiran penting dalam pendidikan awal kanak-kanak untuk mengajar anak melakukan sesuatu dengan sendiri.
Menggunakan sudu dan garfu walaupun tertumpah Membasuh dan mengeringkan tangan dengan pemantauan Memberus gigi dengan bantuan Menggunakan tandas secara konsisten walaupun ada beberapa kali bocor Berpakaian dan menanggalkan pakaian dengan bantuan Meletak barang sendiri, bantu membersihkan rumah dan membuang sampah Kemahiran kognitif
Melibatkan kemahiran mental seperti berfikir, belajar dan menyelesaikan masalah
Terlibat dalam permainan bertukar watak (pretend) dan imaginatif Memadankan bentuk Memahami konsep ‘saya’ Bermain bersama rakan sebaya Menyusun warna Mengenal pasti bahagian badan dan fungsinya Melengkapkan susun suai gambar 3 – 4 keping #Memahami perkembangan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak
Ketika bayi memasuki tahun kedua kehidupan, mereka akan lebih bebas dan mempunyai keinginan untuk meneroka segalanya yang boleh dicapai.
Kebanyakan anak kecil sudah boleh berjalan apabila mencapai usia 1 tahun 6 bulan.
Si manja juga akan mula belajar bercakap, mengenal pasti dan meniru individu di sekeliling mereka serta dapat mengikuti arahan mudah.
Semua ini boleh dianggap sebagai proses pendidikan awal kanak-kanak.
Semakin meningkat usia, anak anda akan belajar mengekspresi lebih banyak emosi, bercakap dalam frasa dan ayat.
Mereka akan menggemari permainan mudah, lagu dan irama, mula mempelajari mengenai warna, bentuk dan abjad.
Seperti span, anak akan menyerap segalanya dan mengingatnya dengan mudah.
Namun, seperkara jangan dilupakan, anak anda masih memerlukan kuantiti tidur malam antara 10 hingga 12 jam bersama tidur siang.
#Keperluan nutrisi anak
Memberi anak kecil makan adakalanya boleh mendatangkan kekecewaan.
Mungkin ketika berusia 6 bulan, anda boleh menyuapkan si kecil dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.
Namun apabila mereka semakin membesar, segalanya berubah. Anak akan lebih memilih atau cerewat dalam soal makan. Malah mereka mungkin makan dalam saiz hidangan lebih sedikit.
Pemakanan kanak-kanak
Usah bimbang, anda tidak keseorangan dalam hal ini, kerana keadaan itu boleh dianggap sebagai normal dan dialami oleh kebanyakan ibu bapa.
Apa yang penting, berat badan si kecil tetap bertambah dan aspek perkembangan fizikal kanak-kanak adalah normal.
Berikut antara cadangan yang boleh anda cuba untuk memastikan anak mendapat nutrisi yang diperlukan:
Elak paksa anak makan
Sediakan hidangan makanan utama dan snek sihat Bersikap fleksibel terhadap penerimaan anak kepada makanan baharu. Jika mereka menolaknya pada kali pertama, cuba lagi dalam tempoh beberapa hari atau minggu Realistik tentang jumlah pengambilan makanan anak Galakkan anak makan buah-buahan Elak menggunakan pencuci mulut sebagai ganjaran Jadikan makanan mudah untuk dimakan, seperti dipotong dalam saiz kecil dan bertekstur lembut Paling utama, ketika memberi anak makan, anda perlu sentiasa memantau dan memastikan mereka duduk ketika makan.
Ini penting untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Asyik Melompat, Berlari, Minta Nak Main Basikal Antara Perkembangan Normal Anak 1-5 Tahun appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/asyik-melompat-berlari-minta-nak-main-basikal-antara-perkembangan-normal-anak-1-5-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukup 2 Tahun Nak Cerai Susu Jangan Mengejut Biar Jadi Momen Indah Antara Ibu Anak

Cukup 2 Tahun Nak Cerai Susu Jangan Mengejut Biar Jadi Momen Indah Antara Ibu Anak

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 353 hits
Rezeki susu ibu adalah ibarat titisan emas untuk anak kerana bukan semua dapat menyusu bayi sehingga umur yang maksimum Jika dapat secara eksklusif 6 bulan pun ramai ibu bersyukur Bagaimanapun ada juga ibu yang dikurniakan susu badan meriah...
Biarkan Anak Urus Diri Bukan Sebab Mak Malas Tapi Nak Dia Belajar Terutama Anak 3 Tahun Ke Bawah

Biarkan Anak Urus Diri Bukan Sebab Mak Malas Tapi Nak Dia Belajar Terutama Anak 3 Tahun Ke Bawah

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 427 hits
Biarlah saya suap anak makan asalkan dia tak main dengan makanan dan tak bersepah akhirnya anak tak pandai gunakan tangan untuk menyuap makanan lebih sedih tak tahu fungsi tangan untuk menyuap makanan memegang sudu kerana terbiasa makan ber...
Keliru Nak Isi Maklumat Imunisasi Daftar Online Anak Tahun 1 Ni Panduan Mudah

Keliru Nak Isi Maklumat Imunisasi Daftar Online Anak Tahun 1 Ni Panduan Mudah

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 571 hits
Ibu bapa yang ada anak anak yang bakal masuk pra sekolah atau darjah 1 tahun depan mesti tengah sibuk isi borang permohonan online kan Bagi yang pertama kali nak isi untuk anak sulung yang akan bersekolah mulai tahun depan ia agak keliru se...
Elak Jadi Superhero Anak Bagi Peluang Dia Buat Dulu Kalau Asyik Dibantu Bila Mereka Nak Belajar

Elak Jadi Superhero Anak Bagi Peluang Dia Buat Dulu Kalau Asyik Dibantu Bila Mereka Nak Belajar

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 308 hits
Dalam mendidik anak ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh ibu ayah Ilmu keibubapaan tidak hanya terhad kepada satu satu perkara sahaja Sebagai ibu bapa anda perlu kreatif sabar dan positif dalam mendidik anak anak Kalau ada satu ilm...
Bagi Anak Bawah 1 Tahun Makan Bukan Nak Suruh Rasa Sedap Tapi Nak Kenalkan Makanan

Bagi Anak Bawah 1 Tahun Makan Bukan Nak Suruh Rasa Sedap Tapi Nak Kenalkan Makanan

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 477 hits
Kenapa garam dan gula tidak baik untuk kesihatan bayi Setiap hari bayi hanya memerlukan garam kurang daripada 1g kerana bayi sudah mendapat garam yang cukup daripada susu ibu atau susu formula Jika terlebih garam dalam badan bayi ia boleh m...
Anak Asyik Demam Sakit Mungkin Lemah Sistem Imun Ubi Keledek Antara Makanan Yang Kuatkan Sistem Imun Anak

Anak Asyik Demam Sakit Mungkin Lemah Sistem Imun Ubi Keledek Antara Makanan Yang Kuatkan Sistem Imun Anak

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 254 hits
Sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka Jadi sekiranya kanak kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema sungguhpun mencapai sehingga 5 6 kali seta...
Jadilah Mak Yang Malas Biar Anak Buat Sendiri Umur 2 Tahun Patut Pandai Buat Kerja Rumah Yang Senang

Jadilah Mak Yang Malas Biar Anak Buat Sendiri Umur 2 Tahun Patut Pandai Buat Kerja Rumah Yang Senang

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 292 hits
Ala dia kecik lagi nak ajar tunggulah umur dia 10 tahun Baru dia faham Sebenarnya nak ajar anak tanggungjawab tak perlu tunggu umur dia lebih 10 tahun Anak kecil pun dah boleh di latih untuk buat beberapa perkara yang simple sesuai mengikut...
Berdebar Anak Masuk Tahun 1 Musim Covid Tip Ini Bantu Pastikan Semuanya Lancar

Berdebar Anak Masuk Tahun 1 Musim Covid Tip Ini Bantu Pastikan Semuanya Lancar

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 286 hits
Tahun ini situasi anak anak papa mama yang tahun 1 tak sama seperti anak anak tahun 1 tahun tahun sebelumnya Jika dulu ada sesi orientasi selama seminggu untuk perkenalkan kawasan sekolah tetapi dalam norma baharu ini mungkin dah tak sama J...
Rayakan Ulang Tahun Reza Rahadian Ke 34 Ibunda Kenang Masa Kecil Sang Anak

Rayakan Ulang Tahun Reza Rahadian Ke 34 Ibunda Kenang Masa Kecil Sang Anak

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 288 hits
Dulu Reza dijuluki baby in the basket karena harus ikut sang ibu mengajar dan dibawa menggunakan keranjang
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint