Anak Asyik Demam Sakit Mungkin Lemah Sistem Imun Ubi Keledek Antara Makanan Yang Kuatkan Sistem Imun Anak


Sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak-kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka. Jadi, sekiranya kanak-kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema, sungguhpun mencapai sehingga 5-6 kali setahun, ia masih dianggap normal.
Namun pasti ada tanda tanya, adakah anak selalu sakit disebabkan cara penjagaan yang salah atau masalah pada persekitaran yang tidak sihat?
baby catching a cold Jika anak selalu sakit, cuba periksa 6 perkara ini terlebih dahulu;
1. Terdedah pada virus di pusat jagaan
Menurut pakar, pusat penjagaan kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selsema dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Anak-anak kecil yang bergaul bersama lebih mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar.
Ingatkan pada anak anda untuk basuh tangan selepas pulang dari taska dan segera tukar baju. Pastikan taska tersebut mengamalkan kebersihan pada cara penyediaan makanannya, persekitarannya dan pada anak muridnya.
2. Selalu makan makanan ringan
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat, malah menjadikan anak lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak anda dengan memberikannya makanan kaya ‘phytonutrien’. Menurut pakar pemakanan, makanan kaya phytonutrien mudah dikenali kerana warnanya yang terang. Buah-buahan dan sayuran yang kaya phytonutrien ialah seperti beri biru, keledek, tomato dan bayam.
Lebihkan juga pengambilan makanan kaya Vitamin C seperti buah oren, vitamin D seperti tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.

3. Anak tak cukup tidur
Jangan biasakan anak tidur lewat dengan gajet di tangan atau menonton televisyen sehingga lewat malam. Ajarkan juga dia supaya lakukan kerja sekolah lebih awal supaya tidak perlu bersengkang mata untuk siapkannya.
Kanak-kanak yang tidak cukup tidur membuatkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Untuk anak di bawah umur 13 tahun, pastikan mereka mendapat tidur 10 jam sehari. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan mereka.
4. Anak kurang bergerak aktif
Tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa, bersukan adalah cara terbaik untuk kekal sihat bertenaga. Asyik terperap saja di rumah menonton kartun.
Ajak anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar.Menurut kajian, bila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.
5. Berkongsi barang
Anak-anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.
Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan mereka dengan ‘hand sanitizer’ jika perlu. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangan tidak bersih kerana virus lebih mudah masuk melalui mata, hidung dan mulut. Latih mereka untuk tidak berkongsi cawan, straw dan berus gigi.
6. Mangsa asap rokok
Satu lagi perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada anda merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi ‘secondhand smoker’ tetap akan menjejaskan kesihatan mereka.
Ini kerana, anak-anak memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Bahkan, DoktorBudak.com melaporkan bahawa kanak-kanakyang tinggal bersama perokok ini lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.
Jika pasangan anda adalah perokok tegar dan masih belum boleh berhenti merokok, ingatkan mereka untuk mandi dan menukar pakaian setiap kali sebelum memegang bayi.
Sistem Imunisasi Anak Sedang Berkembang
Mengelakkan anak dari penyakit bukan perkara mudah. Kita juga perlu faham yang anak kecil lebih sering sakit kerana sistem imunisasinya sedang berkembang. Kekerapannya untuk jatuh sakit akan semakin berkurang apabila anak semakin membesar.
Ibu bapa perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa. Jika penyakit berlarutan agak lama, segeralah dapatkan nasihat doktor.
Sumber: zuriat.my
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Anak Asyik Demam, Sakit Mungkin Lemah Sistem Imun. Ubi Keledek Antara Makanan Yang Kuatkan Sistem Imun Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/anak-asyik-demam-sakit-mungkin-lemah-sistem-imun-ubi-keledek-antara-makanan-yang-kuatkan-sistem-imun-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baguslah Anak Suka Pantai Air Laut Boleh Kuatkan Sistem Imun Atasi Demam Dan Sinus

Baguslah Anak Suka Pantai Air Laut Boleh Kuatkan Sistem Imun Atasi Demam Dan Sinus

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 344 hits
Mesti ada di antara anda yang gemar untuk pergi ke pantai dan mandi laut Selain dapat meningkatkan emosi menjadi lebih tenang dan gembira dengan melihat pantai khasiat air laut dikatakan dapat memberikan beberapa manfaat kesihatan Khasiat a...
Asyik Melompat Berlari Minta Nak Main Basikal Antara Perkembangan Normal Anak 1 5 Tahun

Asyik Melompat Berlari Minta Nak Main Basikal Antara Perkembangan Normal Anak 1 5 Tahun

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 243 hits
Tanggungjawab ibu bapa semakin besar seiringan dengan peningkatan usia anak Ini apa yang perlu anda fahami berkaitan perkembangan dan pendidikan awal kanak kanak Kredit Freepik Perkembangan fizikal kanak kanak Istilah kanak kanak kecil atau...
Jangan Terus Label Anak Lembab Amp Pemalas Mungkin Sebenarnya Dia Ada Masalah Pembelajaran Disleksia

Jangan Terus Label Anak Lembab Amp Pemalas Mungkin Sebenarnya Dia Ada Masalah Pembelajaran Disleksia

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 374 hits
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang sering dialami kanak kanak Mereka akan menghadapi kesulitan semasa belajar membaca menulis mengeja memahami dan mengira Mereka juga mungkin sukar faham pelajaran yang disampaikan sec...
Kenapa Mata Anak Merah Dan Nampak Sakit Perlukah Ibu Risau

Kenapa Mata Anak Merah Dan Nampak Sakit Perlukah Ibu Risau

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 215 hits
Ibu hati hati ya Apabila si kecil anda itu bangun pagi dan anda perasan mata bayi merah sebelah mereka sebenarnya mungkin sedang mengalami konjunktivitis Konjunktivitis ini boleh membuatkan mata bayi anda sakit serta gatal dan akan menjadik...
Ios Mungkin Akan Menawarkan Tampalan Sekuriti Secara Berasingan Dari Sistem Operasi

Ios Mungkin Akan Menawarkan Tampalan Sekuriti Secara Berasingan Dari Sistem Operasi

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 232 hits
Tampalan sekuriti diberikan setiap bulan kerana ada sahaja kerentanan yang ditemui pada sistem operasi setiap kali versi baharu diberikan Secara lazimnya tampalan sekuriti diberikan bersama dengan versi sistem operasi terkini pada peranti i...
Ada Yang Sekejap Ada Yang Lama Sakit Baru Bersalin Dugaan Sebelum Tengok Muka Anak Tersayang

Ada Yang Sekejap Ada Yang Lama Sakit Baru Bersalin Dugaan Sebelum Tengok Muka Anak Tersayang

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 358 hits
Ketika tarikh melahirkan semakin hampir sudah tentu si ibu merasa risau Tambah pula apabila sudah ada terasa tanda tanda untuk bersalin Simptom mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita Ada yang cepat dan ada juga yang mengambil masa...
Berat Naik Agak Banyak Tak Boleh Ambil Makanan Pedas Datuk Siti Akui Hamil Anak Lelaki Berbeza

Berat Naik Agak Banyak Tak Boleh Ambil Makanan Pedas Datuk Siti Akui Hamil Anak Lelaki Berbeza

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 277 hits
Penangan mengandungkan anak lelaki penyanyi nombor satu negara Datuk Sri Siti Nurhaliza mengakui kehamilannya kali ini agak berbeza daripada sebelumnya Kata Datuk Siti berbanding ketika mengandungkan Aafiyah dahulu kali ini dia langsung tid...
Jangan Biarkan Anak Kemam Makanan Dalam Mulut Lama Lama Risau Ada Masalah Sensori

Jangan Biarkan Anak Kemam Makanan Dalam Mulut Lama Lama Risau Ada Masalah Sensori

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 376 hits
Anak suka sangat kemam makanan dalam mulut Ada yang kemam lama lama kemudian barulah telan makanan tu Punyalah lama nak habiskan makanan ni Tak kurang juga ada anak anak yang kemam makanan kemudian keluarkan semula makanan tu dari mulut Kem...
Hiburan Kalau Anak Sakit Kita Bayar Bil Sendiri Rita Rudaini Risau Dengan Keputusan Buka Semula Sekolah

Hiburan Kalau Anak Sakit Kita Bayar Bil Sendiri Rita Rudaini Risau Dengan Keputusan Buka Semula Sekolah

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 392 hits
Masih lagi mencecah empat angka bagi kes harian baru Rita Rudaini meluahkan rasa risau mengenai keputusan ingin membuka sekolah semula buat semua pelajar bermula 1 Mac ini Menerusi hantaran di Instagram Story itu pelakon wanita itu risau de...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat