Asyik Melekat Dengan Ibu Isteri Berhenti Susukan Anak Usia 22 Bulan Dr Sheikh Muszaphar Nampak Perubahan Anak
Satu kejayaan pastinya bagi semua ibu bila mana dapat menyusukan bayi mereka hingga usia dua tahun. Satu tempoh yang lama bahkan satu kejayaan yang besar buat seorang ibu. Pengorbanan yang bukan sedikit.
Bagi Angkawasan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, dia lega isterinya, Dr Halina Mohd Yunos akhirnya membuat keputusan untuk berhenti menyusukan dua anak kembar, Emelia dan Eusoff.
Menurut kata Dr Sheikh Muszaphar menerusi Instagramnya, disaat isterinya berkorban masa dan tenaga, tidak banyak yang dapat dibantunya bagi melegakan bebanan tanggungjawab itu.
Dan kini pada usia anak kembar itu hampir dua tahun, bapa penyayang ini menarik nafas lega.
“Dr Halina akhirnya berhenti menyusukan bayi kembar pada usia 22 bulan.
“Sudah tiba masanya sebab selagi masih menyusu, mereka asyik melekat dengan Ibu. Dan tidak banyak yang boleh saya bantu. Bonding tu terlalu kuat,” tulisnya berkongsi.
Malah kata Dr Sheikh lagi, kedua anak manjanya, Eusoff dan Emelia juga sudah nampak perubahan malah lebih pandai berdikari bila tidak lagi menyusu.
“Selepas seminggu Emelia nampak lebih berdikari. Tidak asyik melekat lagi.
Tidak mahu titties lagi
Tiada lagi tangisan minta perhatian.
Hanya mampu melakukan sesuatu sendiri.
Begitu juga dengan Eusoff.
Kongsi Dr Sheikh Muszaphar lagi, ia sememangnya bukan satu keputusan yang mudah dilakukan isterinya malah berharap keputusan itu dibuat lebih awal.
“Tetapi sukar untuk Dr Halina membuat keputusan itu. Walaupun saya berharap ia akan dilakukan lebih awal, saya biarkan saja dia buat keputusan.
“Sebagai seorang ibu, dia mahu bayi perlukan dia setiap masa. Walaupun beberapa hari pertama menangis. Tapi pastinya lebih baik untuk semua orang dalam jangka masa panjang.
“Kita seharusnya membesarkan anak-anak kita tidak pernah berdasarkan emosi. Apa pendapat anda?,” kongsi Dr Sheikh lagi menerusi media sosialnya.
View this post on Instagram
A post shared by Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)
Terdahulu, Dr Halina turut memuat naik kisah pengakhiran journey penyusuannya pada dua kembar, Emelia dan Eusoff melalui Instagramnya. Biarpun sukar namun ia satu kejayaan besar buat ibu!
Menarik: Pandai Dia Mengadu, Daddy Mummy Kena Kerja, Bijaknya Fatima Mengadu Nasib Dengan Nenek!
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Asyik Melekat Dengan Ibu” Isteri Berhenti Susukan Anak Usia 22 Bulan, Dr Sheikh Muszaphar Nampak Perubahan Anak! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/asyik-melekat-dengan-ibu-isteri-berhenti-susukan-anak-usia-22-bulan-dr-sheikh-muszaphar-nampak-perubahan-anak/