Jangkitan Dari Gigi Kalau Tak Dirawat Boleh Membunuh Dr Malar Pesan Ibu Ayah Pantau Gigi Anak


Sakit gigi antara sakit yang paling ramai orang tak boleh tahan. Kesakitan yang dirasakan bila sakit gigi menyerang memang boleh membawa pergaduhan.
Kebanyakan orang tak kira kanak-kanak atau dewasa pasti boleh menangis kalau mendapat sakit gigi.
Tak kira sama ada kesakitan itu disebabkan jangkitan kuman, berlubang dan sebagainya, sakit gigi memang tak boleh bawa berbincang kecuali perlu segera berjumpa doktor gigi.
Tetapi berapa ramai yang tahu, sakit gigi tanpa rawatan boleh membawa kepada jangkitan kuman di otak dan ke seluruh badan sehingga boleh membawa maut!
Jangan main-main ya. Perkongsian daripada Dr Malar Santhi dalam Instagram miliknya @celotehdrmalar mengenai pengalaman beliau merawat seorang pesakit kanak-kanak perlu diberi perhatian oleh semua tentang pentingnya penjagaan kesihatan gigi.
Dr. Malar Santhi Santherasegapan Demam Tak Kebah Berdasarkan kisah benar
Budak tu berusia 10 tahun, berat dalam 30kg, lelaki. Parents dia memang nampak risau sangat. Katanya dah on off demam batuk dekat sebulan.Dah pergi beberapa klinik, dan hospital sekali dua, ubat semua dah habis makan 2-3 round, tapi demam masih tak kebah.
Kali ni mereka datang ke hospital tengah tengah malam, sebab anaknya tu langsung dah tak respons. Mereka risau anaknya dah dehydrated. Kepada kaunter saringan di depan, complaint yang ibu bapanya beri adalah “demam batuk dah sebulan, tak makan minum 2 hari”.
Saya tengok adik S dekat zon merah, staff bawak masuk terus sebab nampak lembik sangat. Suhu 40′, kadar nadi dia laju sangat,lebih kurang 140-150. Tekanan darah dia pulak rendah untuk umur dan berat dia. Itu memang kriteria masuk zon merah.
Muka pucat, bibir kering, hujung jari dia sejuk walaupun bahang badannya begitu tinggi. Lepas perkenalkan diri, saya tanya si Ibu,panggil dia apa ye? Along katanya.
Maka saya bertanya,
“Along demam ke?” Adik S tak respon.
Along lapar tak? Masih takde respons.
Mata dia tertutup, bila si ibu panggil, dia bukak mata, tengok sesaat dua, lepas tu dipejam balik.Hati saya dah rasa tak best, someting not right with this budak.
Saya tekan bahagian tengah dada dia, dia mengerang sikit, lepas tu ditolaknya tangan saya, dan dia pejam mata balik.
Ibunya ajukan soalan atas arahan saya, dia jawab tapi meracau, tak menjawab soalan.
Along tak sedar sepenuhnya, score kadar kesedaran dia, ayng dikenali sebagai GCS dah tak normal.
Saya pandang staf senior, “Patient in septic shock, pasang 2 branula, fluids 10mls per kilogram = 300mls bolus, Suppository Paracetamol 450mg. Satu branula saya pasang, nak amek blood C&S sekali.Set check BP every 10mins”
Kena Jangkitan Sepsis Sepsis tu maksudnya kuman dah merebak ke seluruh badan, menyebabkan pengaliran darah dah dicemari dengan kuman, dah tak normal, menyebabkan tekanan darah rendah, nadi laju, dan pesakit boleh tidak sedarkan diri tiba tiba. Biasanya bermula dengan separa tak sedar, ataupun macam meracau, lepas tu baru lah “pengsan” ataupun tak sedarkan diri.
Saya sambung periksa Along balik. Sebab saya kena carik kuman dalam tubuh dia ni berasal daripada mana.
Saya arahkan si Ibu untuk bantu saya bukak mulut Along, ye lah dia kan tak sedar sangat,tak boleh ikut arahan.
Saya standby dengan torch light,si Ibu dan staff tolong bukak kan mulut Along.
Tak sempat tengok tonsillnya, kami semua dah terlopong.Di gigi gerahamnya ada satu nanah besar, gusinya di belakang di bengkak dan merah. Adui !!!
Sepsis dia berasal dari nanah di gigi, turun ke gusi, turun ke tekak dan sekarang ia telah merebak melalui pengaliran darah ke seluruh tubuh !!
Gigi lain pun memang tak bersih, penuh dengan cavity tebal berwarna kuning.
“Along dalam keadaan kritikal sebab jangkitan kuman dari gigi dan gusi dah merebak ke seluruh tubuh.
Kami dah bagi antibiotics untuk bunuh kuman, air drips sebab dia dehydrated, dan ubat untuk naikkan tekanan darah.
Sekarang kami kena hantar Along ke CT Scan Otak sebab memang jangkitan dari gigi boleh merebak ke otak dengan cepat, lagipun leher dia tegang, kadar kesedaran dia tak normal, memang risiko jangkitan dah merebak ke otak snagat tinggi.
Ibunya menangis teresak esak, sambil si ayah memujuknya.
“Takpe, kita doa banyak banyak, jangan risau, Abang risau takde apa jadi kat Along”
Si ibu pula menjawab, “Tu lah saya kerja pagi sampai malam sampai tak sempat nak pantau dia orang. Anak dah sakit pun boss tak bagi ambil cuti, saya masih pergi ke kerja. Lepas ni saya nak resign bang”
Daripada ujian CT Scan, kami nampak jangkitan dah masuk ke ruang sinus, menyebabkan sinusitis, tapi tak nampak dalam otak. Nasib baik, termakbul jugak doa mak ayah dia, huh!!
Along di zon merah dekat 4 jam untuk distabilkan, dan kemudiannya 3minggu di ICU untuk rawatan penuh. Dia dalam keadaan koma dalam 2-3hari, yang mana dia diberikan bantuan pernafasan secara intubasi.
Bermula Dari Sakit Gigi Biasa Sahaja Semuanya berasal daripada sakit gigi biasa.
Melalui pesakit ni lah saya dapat tahu bahawa, tak ramai orang tahu yang bahawasanya jangkitan daripada gigi boleh naik ke otak, boleh merebak ke seluruh tubuh, dan seterusnya boleh membunuh sebenarnya. Bukan hanya di kalangan kanak-kanak ye, tapi juga sering berlaku kepada orang dewasa dan warga emas.
Photo by cottonbro: https://www.pexels.com Kalau ada masa, terutamanya dalam cuti sekolah ni, bawalah anak anak berjumpa doktor gigi, check apa yang patut, cuci apa yang perlu. Kalau kat swasta kena belanja sikit, kalau kat kerajaan seringgit je pun. Lagipun, doktor gigi ni rata rata cantik dan hensem orangnya.
Berjaga-jaga sebelum kena, jangan dah terhantuk baru nak terngadah.
Kita beringat lah sama-sama ye.
Sumber: @celotehdrmalar
The post “Jangkitan Dari Gigi Kalau Tak Dirawat Boleh Membunuh” Dr Malar Pesan Ibu Ayah Pantau Gigi Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangkitan-dari-gigi-kalau-tak-dirawat-boleh-membunuh-dr-malar-pesan-ibu-ayah-pantau-gigi-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Dah Mula Tumbuh Gigi Kekal Boleh Tukar Ke Ubat Gigi Orang Dewasa

Anak Dah Mula Tumbuh Gigi Kekal Boleh Tukar Ke Ubat Gigi Orang Dewasa

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 185 hits
Umur anak 9 tahun tapi masih pakai ubat gigi stawberry ehhh Ibu bapa tolong tukar ubat gigi anak anak kepada ubat gigi dewasa bila anak dah start tumbuh gigi kekal Menurut Doktor Gigi Dr Izaza Mohd Zan ramai ibu bapa lakukan kesilapan ini d...
Hiburan Ada Unsur Ganas Melampau Ini Senarai Rancangan Kartun Tak Sesuai Untuk Anak Ibu Bapa Kena Alert

Hiburan Ada Unsur Ganas Melampau Ini Senarai Rancangan Kartun Tak Sesuai Untuk Anak Ibu Bapa Kena Alert

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 214 hits
Satu perkongsian yang menjadi tular di baru baru ini mungkin dapat membantu ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak kecil dan gemar menonton rancangan kartun di televisyen mahupun di telefon bimbit masing masing Jika dahulu kita sering di...
Risau Anak Makin Jauh Ibu Ni Nekad Tinggal Kerjaya Hebat Jual Nasi Lemak

Risau Anak Makin Jauh Ibu Ni Nekad Tinggal Kerjaya Hebat Jual Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 166 hits
Bagi menyediakan yang terbaik untuk anak anak seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja Kadang kadang demi menyediakan keperluan yang lengkap untuk anak tersayang kita mungkin tidak ada masa yang cukup bersama mereka Artikel Menarik Ibu beke...
Sejak Mac Gagal Cari Ibu Kandung Nurse Tinggalkan 3 Anak Di Rumah Pengasuh

Sejak Mac Gagal Cari Ibu Kandung Nurse Tinggalkan 3 Anak Di Rumah Pengasuh

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 184 hits
Tiga beradik berusia antara lima hingga satu tahun kini mencari ibu kandung Difahamkan ibu kandung yang bekerja sebagai jururawat itu di salah sebuah pusat perubatan swasta meninggalkan anak di rumah pengasuh sebelum ke tempat kerja Bagaima...
Ibu Ini Kongsi Cara Biasakan Anak Duduk Dalam Carseat Tanpa Drama Air Mata

Ibu Ini Kongsi Cara Biasakan Anak Duduk Dalam Carseat Tanpa Drama Air Mata

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 266 hits
Fasa struggle nak ajar anak biasakan duduk dalam carseat ini sekejap je Paling lama menangis pun tak delah sampai satu jam non stop Menerusi perkongsian Puan Fadzielah Ayub kita sebagai parents ni kena kental Tahan dengar tangisan anak mero...
Bolehlah Dari Tak Ada Ibu Ni Kongsi Video Anak Mandi Dalam Periuk Punyalah Happy

Bolehlah Dari Tak Ada Ibu Ni Kongsi Video Anak Mandi Dalam Periuk Punyalah Happy

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 240 hits
Tak susah pun nak buat anak gembira Hanya dengan perhatian dan barangan tertentu dah boleh buat dia bahagia dapat bermain Biasanya anak kecil ni kalau dapat barang ibu ayah lebih seronok buat main berbanding toys sendiri Artikel Menarik Ket...
Sukarnya Jadi Ibu Sunye Bekas Wonder Girls Luah Kebimbangan Soal Anak

Sukarnya Jadi Ibu Sunye Bekas Wonder Girls Luah Kebimbangan Soal Anak

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 177 hits
Terdetik di hati untuk merujuk kepada orang yang lebih pakar Sun ye bekas ahli WONDER GIRLS bakal berkongsi mengenai keadaan anaknya ARTIKEL BERKAITAN Satu video teaser mengenai sesi pertemuan Sun ye dengan Dr Oh Eun young telah dimuat naik...
Jadi Ibu Dua Anak Intip Pesona Chelsea Olivia Yang Awet Muda

Jadi Ibu Dua Anak Intip Pesona Chelsea Olivia Yang Awet Muda

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 185 hits
Chelsea Olivia merupakan aktris tanah air yang memulai kariernya sejak usia muda Ia mengawali kariernya sebagai seorang model Wanita kelahiran Bandar Lampung ini juga pernah merilis album anak anak Kini di usia kepala tiga ia mengurangi akt...
Ibu Tak Kuat Tengok Anak Seakan Diganggu Sebelum Tidur Tak Sangka Kucing Jadi Penyeiamat Amp Pelindung

Ibu Tak Kuat Tengok Anak Seakan Diganggu Sebelum Tidur Tak Sangka Kucing Jadi Penyeiamat Amp Pelindung

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 190 hits
Rutin tidur yang teratur sangat penting untuk perk mbangan ot k anak kecil Anak anak yang tidak dapat tidur yang secukupnya akan mengganggu tumb saran dan emos mereka serta pencapaian daya m ntal yang kurang Untuk memastikan anak kecil tidu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii