Astagfirullah Al Azim Suami Sanggup Pukul Isteri Dengan Topi Keledar Sampai Cedera


Suami pukul kepala isteri guna topi keledar dijel 5 tahun  | Astagfirullah Al azim.. Suami sanggup pukul isteri dengan topi keledar sampai cedera. Suami jenis apakah ini? Isteri itu anugerah Allah kepada suami. Kenapa dilayan seperti itu, baca artikel penuh di bawah.



sumber : sinar harian

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman lima tahun penjara dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memukul kepala isteri menggunakan topi keledar sehingga cedera.

Keputusan dibuat selepas tertuduh, Mohd Shaiful Afeezan Mohd Ali, 36, mengaku bersalah mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan (Akta 574).

Mengikut pertuduhan, dia yang bekerja di sebuah kilang simen di Hulu Terengganu didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, Norizan Hussin, 33, dengan memukul kepalanya menggunakan topi keledar sehingga mengalami kecederaan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lubuk Batu, Felda Bukit Bading, Ajil, Hulu Terengganu kira-kira jam 9 malam pada 28 Oktober lalu.

Dengan itu, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula dia boleh dikenakan hukuman penjara dua kali ganda maksimum jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Izzat Wan Abdullah di hadapan Hakim Nooriah Osman manakala tertuduh diwakili peguam bela Che Amir Che Musa dari Tetuan Mohd Hayyatuddin & Co.

Berdasarkan fakta kes pada hari kejadian, berlaku pertengkaran mulut di antara pasangan suami isteri itu berpunca mangsa enggan menyerahkan wang kerana tertuduh mahu membeli dadah.

Setelah tidak mendapat wang seperti yang diminta tertuduh bertindak memukul kepala isterinya dengan menggunakan topi keledar dan seterusnya menyepak belakang badan mangsa.

Akibat perbuatan itu mangsa mengalami sakit-sakit di bahagian belakang badan dan kepala serta menyebabkan kedua-dua belah mata lebam sebelum membuat laporan polis dan tertuduh ditangkap jam 2 pagi pada 29 Oktober lalu.

Moral story, isteri ibarat bidadari dihati suami, jika ia bengkok kita suami luruskan, jika dia salah kita tegurkan bukan pukulkan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kamenshar.blogspot.com/2019/11/astagfirullah-al-azim-suami-sanggup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebak Susah Senang Bersama Warga Emas Tak Sanggup Usung Keranda Isteri Ke Kubur Tak Ada Orang Teman Lagi Lepas Ni

Sebak Susah Senang Bersama Warga Emas Tak Sanggup Usung Keranda Isteri Ke Kubur Tak Ada Orang Teman Lagi Lepas Ni

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 569 hits
Sebak Susah senang bersama warga emas tak sanggup usung keranda isteri ke kubur Tak ada orang teman lagi lepas ni Suami tidak ikut serta mengusung jenazah isterinya ke tanah perkuburan kerana terlalu sebak SETIA hingga ke hujung nyawa Begit...
Suami Setia Hingga Hujung Nyawa Kongsi Susah Senang Hingga Isteri Meninggal Dunia

Suami Setia Hingga Hujung Nyawa Kongsi Susah Senang Hingga Isteri Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 524 hits
Ketika kita masih merungut hanya kerana makan lauk yang sama hari hari kediaman panas kerana tidak mempunyai penghawa dingin di musim panas terik ingatlah bahawa masih ada insan yang lagi susah dan memerlukan dari kita Tidak semua orang di ...
Setia Hingga Hujung Nyawa Setianya Suami Sehingga Nafas Terakhir Isteri

Setia Hingga Hujung Nyawa Setianya Suami Sehingga Nafas Terakhir Isteri

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 502 hits
Ketika kita masih merungut hanya kerana makan lauk yang sama hari hari kediaman panas kerana tidak mempunyai penghawa dingin di musim panas terik ingatlah bahawa masih ada insan yang lagi susah dan memerlukan dari kita Tidak semua orang di ...
Wahai Isteri Doamu Adalah Kunci Kejayaan Suami Jangan Pernah Putus Berdoa

Wahai Isteri Doamu Adalah Kunci Kejayaan Suami Jangan Pernah Putus Berdoa

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 570 hits
Jika kita menginginkan rumah tangga yang bahagia aman damai dan tenang menghadapi segala ujian Allah SWT teruskanlah berdoa Mungkin doa anda tidak dimakbulkan sekarang tapi tak mustahil termakbul jua suatu hari nanti Jika tidak sesempurna m...
Pengorbanan Isteri Di Kaca Mata Suami

Pengorbanan Isteri Di Kaca Mata Suami

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 630 hits
Pengorbanan Isteri Di Kaca Mata Suami Adakah aku seorang lelaki yang perfect Jawapannya tidak Adakah aku seorang suami yang penyayang Jawapannya aku masih ditahap biasa saja Dan kalau di tanya adakah aku sedar akan pengorbanan isteri terhad...
Kalau Isteri Cakap Penat Suami Jangan Kata Mengada Sebab Dia Memang Maksudkannya

Kalau Isteri Cakap Penat Suami Jangan Kata Mengada Sebab Dia Memang Maksudkannya

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 445 hits
Sebaik mata terbuka jam 6 pagi sampailah 12 malam kerja isteri takkan habis Ada saja saling berkait Penatnya usah cerita Kalau tiada waktu rehat memang boleh sasau dibuatnya Sebab itulah bila isteri kata Dia Penat dia sebenarnya benar benar...
Betapa Kuatnya Doa Seorang Isteri Jika Ikhlas Makin Membuak Rezeki Suami

Betapa Kuatnya Doa Seorang Isteri Jika Ikhlas Makin Membuak Rezeki Suami

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 306 hits
Sesungguhnya rezeki itu milik Allah SWT Kita sebagai manusia boleh berusaha berdoa dan tawakal agar dipermudahkan rezeki Sokongan isteri sangat penting bagi memberi semangat buat si suami untuk mencari rezeki untuk keluarga Jika tidak dapat...
Pakai Niqab Tapi Wanita Sanggup Jadi Pelacur Bantu Suami Si Bapa Ayam

Pakai Niqab Tapi Wanita Sanggup Jadi Pelacur Bantu Suami Si Bapa Ayam

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 804 hits
Kalau cerita pasal bapa ayam ni memang dah selalu sangat lah kita dengar Tapi bapa ayam yang kali ni agak rare sikit Menurut seorang lelaki telah dihadapkan ke mahkamah kerana berdepan dengan pertuduhan menjadi bapa ayam dan melacurkan iste...
Isteri Tak Kisah Beranak Setiap Tahun Kalau Suami Offer Jadi Tukang Jaga

Isteri Tak Kisah Beranak Setiap Tahun Kalau Suami Offer Jadi Tukang Jaga

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 351 hits
Beberapa hari awal selepas kelahiran bayi terdapat segelintir ibu yang mudah tertekan muram gelisah dan dalam kes yang teruk ada juga mudah menangis tanpa sebab Hal ini dikatakan berlaku kesan penyesuaian diri dengan kehidupan baru Si ibu k...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus