Askar Hanya Makan Tidur Tak Pernah Menembak Baik Kerja Ladang Felda Ahli Perniagaan




Ahli perniagaan, Koon Yew Yin menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan terlalu besar.
Beliau turut menyatakan bahawa beliau rasa ‘tertipu’ sebagai seorang pembayar cukai kerana wang cukai rakyat telah digunakan untuk membiaya sektor perkhidmatan awam yang melebihi kapasiti serta mempunyai tahap keberkesanan yang rendah.
“Secara tidak langsung, ini mengurangkan pelaburan dari segi pembangunan sumber manusia dan pendidikan,” jelasnya.
Yew Yin, ahli perniagaan berusia 83 tahun, dalam penulisan beliau di laman blog kendaliannya semalam berkata, Malaysia mempunyai kira-kira 1.6 juta pekerja di sektor awam dengan nisbah seorang penjawat awam kepada 19.37 rakyat Malaysia.
Menurut beliau, jumlah penjawat awam yang terlalu ramai menyebabkan kerajaan menanggung beban perbelanjaan yang tinggi sekaligus mengurangkan pendapatan kerajaan.
“80% perbelanjaan tahunan kerajaan persekutuan digunakan untuk membiayai kos operasi dan sebahagian besar perbelanjaan ini digunakan untuk membayar gaji serta pencen,” katanya.
Beliau turut mencadangkan kerajaan untuk mengambil langkah sewajarnya bagi mengimbangi situasi yang dihadapi. Antaranya untuk tidak mengambil pekerja baharu bagi mengurangkan bebanan sektor perkhidmatan awam.
“Kerajaan perlu menyemak senarai pekerja di jabatan kerajaan dan pecat pekerja yang tidak diperlukan,
“Anggota tentera, seperti yang kita ketahui, hanya makan dan tidur sahaja. Majoriti mereka tidak pernah melepaskan tembakan melainkan menembak papan sasaran. Sepatutnya mereka digunakan untuk ganti pekerja asing yang diupah di ladang FELDA,” jelas Yew Yin.
Selain daripada itu, beliau turut mencadangkan Dasar Ekonomi Baharu turut diperluaskan kepada masyarakat bukan Bumiputera.
“Memberi ruang kepada masyarakat bukan Bumiputera untuk terlibat dalam sektor awam dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan,
“Kerajaan perlu mengamalkan dasar meritokrasi untuk naikkan pangkat dan seharusnya mengupah guru dari pelbagai bangsa,” gesa ahli perniagaan itu.
Yew Yin turut berharap kerajaan Pakatan Harapan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengambil berat akan cadangan beliau.
Koon Yew Yin merupakan pelabur terkenal dan menjadi pemegang saham utama beberapa syarikat yang didagangkan di Bursa Malaysia. Antaranya Jaks Resources Berhad, Dayang Enterprise Holdings Bhd, Toyo Ink Group Berhad serta Master-Pack Group Berhad.
Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Perak (SEAC) namun digugurkan dari jawatan berkenaan berikutan melakukan dakwaan sangat serius terhadap Almarhum Sultan Azlan Shah berhubung amalan rasuah dalam pengurniaan darjah kebesaran negeri Perak pada November tahun lalu.
Ketika mengalami krisis dengan kerajaan Perak, Yew Yin turut mendedahkan bahawa beliau pernah memberikan bantuan kewangan kepada empat parti komponen dalam PH, serta berkempen di beberapa lokasi dalam negeri Perak bagi memastikan kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Sumber
https://www.google.com/amp/s/www.airtimes.my/2019/08/13/askar-hanya-makan-tidur-tak-pernah-menembak-baik-kerja-ladang-felda-ahli-perniagaan/amp/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/13/askar-hanya-makan-tidur-tak-pernah-menembak-baik-kerja-ladang-felda-ahli-perniagaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koon Yew Yin Hina Tentera Askar Hanya Makan Tidur

Koon Yew Yin Hina Tentera Askar Hanya Makan Tidur

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 873 hits
Saya tahu Koon Yew Yin ini adalah kawan baik dengan pemimpin PH Saya faham kamu juga adalah penderma dana politik kepada mereka Tapi kenyataan seperti ini sudah keterlaluan dan merupakan satu penghinaan serious kepada seluruh pasukan kesela...
Askar Hanya Makan Tidur

Askar Hanya Makan Tidur

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 641 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi semua Bagaimana cuti sekolah anda harap semua baik baik belaka Di kawasan Naim sekarang sedang hujan lebat bagaimana tempat anda semoga sentiasa ok ya Jangan di lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muha...
Selepas 63 Tahun Merdeka Adakah Askar Kita Hanya Makan Tidur

Selepas 63 Tahun Merdeka Adakah Askar Kita Hanya Makan Tidur

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 483 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Dakwa Anggota Tentera Hanya Makan Tidur Koon Yew Yin Mohon Maaf

Dakwa Anggota Tentera Hanya Makan Tidur Koon Yew Yin Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 474 hits
Ahli perniagaan Koon Yew Yin memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan anggota tentera tidak berbuat apa apa kecuali hanya makan dan tidur Saya meminta maaf jika saya menyinggung perasaan anggota pasukan keselamatan katanya seperti dilapor...
Selepas Kakitangan Awam Askar Siapa Lagi Ahli Perniagaan Mesra Ph Nak Gasak

Selepas Kakitangan Awam Askar Siapa Lagi Ahli Perniagaan Mesra Ph Nak Gasak

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 566 hits
Respons Terhadap Kenyataan Taikun Penyokong Kuat DAP Berkenaan Keperluan Mengecilkan Saiz Kakitangan Awam Kenyataan seorang taikun berkenaan saiz dan keperluan mengecilkan saiz kakitangan awam ini bukanlah perkara baru Ini pandangan yang la...
Askar Makan Tidur Koon Yiew Yin Jangan Biadab

Askar Makan Tidur Koon Yiew Yin Jangan Biadab

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 446 hits
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI14 AUGUST 2019SAYA merasakan sudah sampai masanya Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa saja yang mencetuskan keadaan tidak tenteram di dalam negara terutamanya memba...
Tentera Singapura Hanya Tidur Makan Juga Ker

Tentera Singapura Hanya Tidur Makan Juga Ker

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 570 hits
Hina Tentera Kurang Ajar Lucut Kerakyatan AP Pasir MasAskar hanya tidur makan Koon Yew Yin kurang ajarSAYA membaca tulisan seorang taikun besar yang pernah mengaku menderma kepada PH Koon Yew Yin berhubung cadangannya agar perkhidmatan awam...
Durian Tidak Boleh Di Makan Bersama Bahan Bahan Ini Betul Ke Atau Hanya Mitos

Durian Tidak Boleh Di Makan Bersama Bahan Bahan Ini Betul Ke Atau Hanya Mitos

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 543 hits
Makan buah durian memang sedap tapi rupanya ada makanan yang tidak boleh di ambil bersama Maksudnya makanan i ni tak boleh di makan bersekali dengan memakan durian Durian ini walaupun rasanya sedap sifatnya panas Kalau di ambil bersama maka...
Tunai Janji Makan Aiskrim Lepas Tolong Mommy Siapkan Kerja

Tunai Janji Makan Aiskrim Lepas Tolong Mommy Siapkan Kerja

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 558 hits
hi there beberapa hari lepas mrs pip ada job yang perlukan bantuan Iman jadi model haha so pujuk2 Iman utk bagi kerjasama tolong mommy jadi model kejap dalam gambar Iman kalau sekeping dua gambar dia ok la tp ni nak try few shots kan takut ...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

User Generated Content For Marketing

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured

Breakthrough Study Discovers Novel Type 1 Diabetes Variant In Africa Secures Funding Newsnation

Tun Faisal Dakwa Pn Pernah Turunkan Harga Minyak Juga Tanpa Berjanji Dalam Manifesto