Askar Makan Tidur Koon Yiew Yin Jangan Biadab


MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI14 AUGUST 2019

SAYA merasakan sudah sampai masanya Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa saja yang mencetuskan keadaan tidak tenteram di dalam negara terutamanya membabitkan soal kaum, agama dan juga menghina penjawat awam. Jika dilihat sekarang nampaknya keadaan sudah menjadi tidak terkawal dan makin melampau.

Penghinaan terhadap penjawat awam terutamanya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah sesuatu yang cukup biadab dan tidak boleh diterima. ATM adalah benteng pertahanan negara yang cukup dipandang mulia dan bukan semua rakyat mampu menggalas tanggungjawab tersebut.

Apabila meneliti kenyataan ahli perniagaan yang juga penyumbang dana PH ketika PRU lalu Koon Yiew Yin, saya menganggap sebenarnya beliau menghina penjawat awam terutamanya ATM yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

Telah terbukti sejak dahulu lagi jasa ATM tiada tolok bandingnya. ATM telah berjaya mempertahankan negara seperti ketika penjajahan Jepun, pemberontakan dan serangan komunis di mana setiap anggota ATM termasuk juga PDRM telah berkorban demi rakyat dan negara.

ATM juga turut terbabit dalam misi keamanan PBB di pelbagai tempat di luar negara sama ada untuk menjaga keamanan mahupun mengelak dari berlakunya konfrantasi.

Saya ingin bertanyakan kepada Koon Yiew Yin, adakah jika negara berada di kancah peperangan, sanggupkah beliau bersama-sama ATM mengangkat senjata mempertahankan negara? Jika anda hanya pandai bercakap tetapi belum tentu sanggup berkorban nyawa mempertahankan tanah air, lebih baik anda diam dan tutup mulut.

Sejarah tamadun dunia sejak dahulu lagi telah membuktikan siapa dan bagaimana manusia yang menjadi pejuang tanah air serta yang menjadi petualang.

Kata-kata beliau bukan sahaja menghina ATM, tetapi juga menghina para peneroka Felda. Ungkapan beliau seolah-olah seperti Felda suatu tempat yang teruk maka layak para anggota ATM diletakkan di sana kerana hanya tahu makan dan hidup. Tidak kira anggota ATM mahupun peneroka Felda, mereka menyumbang tenaga kepada negara.

ATM bukan setakat menyumbang tenaga malah mereka turut mempertaruhkan nyawa. Peneroka Felda adalah di antara penyumbang terbesar ekonomi negara dengan kepelbagaian produk sawit negara.

Usah ingat anda penyumbang dana kepada parti pemerintah pada PRU yang lalu, anda boleh berkata dan menghina sesuka hati.

Sekali lagi saya memohon kepada YAB Tun Dr. Mahahtir agar mengambil tindakan tegas terhadap Koon YIew Yin ataupun sesiapa saja yang menggugat ketenteraman dan keamanan negara.

Malaysia negara merdeka dan berdaulat, usah menjadi petualang kepada rakyat dan negara.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
AJK PAS Pusat
Adun Batu Burok
 – HARAKAHDAILY    14/8/2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/08/askar-makan-tidur-koon-yiew-yin-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koon Yew Yin Hina Tentera Askar Hanya Makan Tidur

Koon Yew Yin Hina Tentera Askar Hanya Makan Tidur

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 811 hits
Saya tahu Koon Yew Yin ini adalah kawan baik dengan pemimpin PH Saya faham kamu juga adalah penderma dana politik kepada mereka Tapi kenyataan seperti ini sudah keterlaluan dan merupakan satu penghinaan serious kepada seluruh pasukan kesela...
Dakwa Anggota Tentera Hanya Makan Tidur Koon Yew Yin Mohon Maaf

Dakwa Anggota Tentera Hanya Makan Tidur Koon Yew Yin Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 415 hits
Ahli perniagaan Koon Yew Yin memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan anggota tentera tidak berbuat apa apa kecuali hanya makan dan tidur Saya meminta maaf jika saya menyinggung perasaan anggota pasukan keselamatan katanya seperti dilapor...
Selepas 63 Tahun Merdeka Adakah Askar Kita Hanya Makan Tidur

Selepas 63 Tahun Merdeka Adakah Askar Kita Hanya Makan Tidur

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 435 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Askar Hanya Makan Tidur Tak Pernah Menembak Baik Kerja Ladang Felda Ahli Perniagaan

Askar Hanya Makan Tidur Tak Pernah Menembak Baik Kerja Ladang Felda Ahli Perniagaan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 503 hits
Ahli perniagaan Koon Yew Yin menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan terlalu besar Beliau turut menyatakan bahawa beliau rasa tertipu sebagai seo...
Askar Hanya Makan Tidur

Askar Hanya Makan Tidur

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 598 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi semua Bagaimana cuti sekolah anda harap semua baik baik belaka Di kawasan Naim sekarang sedang hujan lebat bagaimana tempat anda semoga sentiasa ok ya Jangan di lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muha...
Mati Selepas Makan Durian Campur Alkohol Walaupun Member Dah Kata Jangan

Mati Selepas Makan Durian Campur Alkohol Walaupun Member Dah Kata Jangan

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 255 hits
The ReporterSeorang lelaki di Thailand maut selepas minum alkohol sambil makan durian dan enggan mendengar nasihat rakannya yang melarang dia berbuat demikian Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 30 pagi 14 Ogos lalu mangsa berusia 48 tah...
Koon Yew Yin Tidak Prihatin Peranan Dan Sumbangan Anggota Tentera Kata Bekas Panglima

Koon Yew Yin Tidak Prihatin Peranan Dan Sumbangan Anggota Tentera Kata Bekas Panglima

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 587 hits
Sumber dari Berita HarianBeberapa hari lepas Koon Yew Yin seorang ahli perniagaan mengeluarkan kenyataan di laman blog beliau yang mempersoal tugas anggota tentera yang hanya makan tidur dan majoriti mereka tidak pernah melepaskan tembakan ...
Tentera Singapura Hanya Tidur Makan Juga Ker

Tentera Singapura Hanya Tidur Makan Juga Ker

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 531 hits
Hina Tentera Kurang Ajar Lucut Kerakyatan AP Pasir MasAskar hanya tidur makan Koon Yew Yin kurang ajarSAYA membaca tulisan seorang taikun besar yang pernah mengaku menderma kepada PH Koon Yew Yin berhubung cadangannya agar perkhidmatan awam...
The Reason Mat Sabu And Tommy Thomas Are Defending Koon Yew Yin

The Reason Mat Sabu And Tommy Thomas Are Defending Koon Yew Yin

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 625 hits
What do Defence Minister Mat Sabu Attorney General Tommy Thomas and billionaire Koon Yew Yin all have in common The answer is Chin Peng and the Communist Party of Malaya NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin Pakatan Harapan s Defence Ministe...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut