Selepas Kakitangan Awam Askar Siapa Lagi Ahli Perniagaan Mesra Ph Nak Gasak




Respons Terhadap Kenyataan Taikun Penyokong Kuat DAP
Berkenaan Keperluan Mengecilkan Saiz Kakitangan Awam
Kenyataan seorang taikun (penyokong kuat DAP) berkenaan saiz dan keperluan mengecilkan saiz kakitangan awam ini bukanlah perkara baru. Ini pandangan yang “lazim” diperjuangkan DAP buat sekian lama.
Kenyataan Koon Yew Yin yang mengaku pernah memberikan ratusan ribu ringgit kepada DAP sebelum PRU yang lalu – membayangkan arus pemikiran DAP yang sebenarnya.
Sebagai contoh, kalangan perajurit dan anggota tentera, menurut taikun berminda ‘rendah’ ini, hanya menghabiskan masa dan merugikan negara. Koon dan rakan-rakan DAPnya patut sedar diri; mereka mampu membina kekayaan kerana pengorbanan perajurit dan anggota keselamatan!
Kita mahu tunggu dan lihat apa respon DAP terhadap kenyataan penaja utama mereka ini? Kita juga mahu tahu respon Timbalan Menteri Pertahanan (DAP) terhadap kenyataan yang sama ini?
Lebih daripada itu, sekalian orang Melayu/umat Islam terus dipandang hina oleh mereka yang sealiran dengan taikun ini. Bukan sahaja askar, kalangan guru dan pendidik; malahan majoriti kakitangan awam orang Melayu disindir dengan kasar dan biadab sekali.
Pandangan kurang ajar, biadab dan bodoh seperti ini akan berterusan selagi DAP gemar “memayungi” pendirian anti Melayu/Islam. Kita tidak yakin DAP akan membidas kenyataan ini kerana taikun tersebut menaja kemajuan politik mereka selama ini.
Sebelum ini, ada jutawan bangsa yang sama, “menukar” warna bendera kerana kecewa dengan pengenalan khat/jawi. Hari ini, perajurit, anggota keselamatan dan keseluruhan anggota kakitangan awam mereka sanggup hina dan keji. Esok? Siapa pula yang bakal mereka gasak dan pijak?
Malaysia sedang berhadapan suasana politik yang kian mendung dan gelap. Semuanya berpunca daripada individu/kumpulan yang berkongsi ideologi ekstrem ala-DAP. DNA anti Melayu/anti Islam milik DAP ini kian mekar – kerana “kepentingan memiliki kuasa” mengatasi maruah parti Melayu di dalam pakatan politik kerajaan.
DAP merupakan “sekutu” politik yang tidak mungkin mampu dan mahu ditegur! Selagi DAP mempunyai “kuasa istimewa” itu; selagi itulah maruah Melayu dan Islam terperosok jauh di bawah neraca politik pihak kerajaan.
Selagi mana aliran pemikiran dan DNA politik DAP ini wujud – selagi dan selama itu jugalah Malaysia akan terus luka dan bernanah dengan isu perkauman seperti ini. Masanya sudah tiba, untuk semua parti Melayu/Islam memikirkan secara serius untuk menamatkan riwayat politik DAP sepenuhnya. Hakikatnya, DNA politik ekstrem ala-DAP, perosak pembinaan negara bangsa!
Jika kita berani memberi gelar Dong Zong sebagai rasis dan membahayakan muafakat bangsa Malaysia; apa bezanya dengan DAP? Malah, saya berani mengatakan secara jelas bahawa akar rasisme Dong Zong ini telah dipupuk DAP buat sekian lama!
Reezal Merican
Utusan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/14/selepas-kakitangan-awam-askar-siapa-lagi-ahli-perniagaan-mesra-ph-nak-gasak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Askar Hanya Makan Tidur Tak Pernah Menembak Baik Kerja Ladang Felda Ahli Perniagaan

Askar Hanya Makan Tidur Tak Pernah Menembak Baik Kerja Ladang Felda Ahli Perniagaan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 521 hits
Ahli perniagaan Koon Yew Yin menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan terlalu besar Beliau turut menyatakan bahawa beliau rasa tertipu sebagai seo...
Gara Gara Nak Markah Tinggi Hubungan Guru Pelajar Terbongkar Selepas Telefon Bimbit Hilang

Gara Gara Nak Markah Tinggi Hubungan Guru Pelajar Terbongkar Selepas Telefon Bimbit Hilang

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 404 hits
Hubungan terlarang yang dijalinkan oleh seorang guru lelaki dengan pelajar perempuannya terbongkar berikutan tersebarnya gambar gambar lucah pelajar tersebut di ruangan internet Penyebaran gambar tersebut adalah disebabkan kehilangan telefo...
Ahli Perniagaan Maut Di Tembak Di Jalan Air Putih Pagi Tadi

Ahli Perniagaan Maut Di Tembak Di Jalan Air Putih Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 299 hits
KUANTAN Seorang ahli perniagaan maut akibat ditembak selepas pulang dari sebuah pusat hiburan di sini awal pagi tadi Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan berkata mangsa yang berusia 63 tahun dipercayai ditembak suspek tidak dikenali an...
Ahli Parlimen Dap Gesa Ph Kaji Proses Buat Keputusan Selepas Isu Zakir Naik Khat

Ahli Parlimen Dap Gesa Ph Kaji Proses Buat Keputusan Selepas Isu Zakir Naik Khat

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 523 hits
Charles Santiago berkata isu kontroversi membabitkan kaum dan agama perlu dibincangkan dalam Majlis Presiden PH PETALING JAYA Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa Majlis Presiden Pakatan Harapan mengkaji proses membuat keputusan su...
Kenyataan Ahli Perniagaan Yang Tidak Bertimbang Rasa Dan Angkuh

Kenyataan Ahli Perniagaan Yang Tidak Bertimbang Rasa Dan Angkuh

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 279 hits
Baru baru tular seorang ahli perniagaan menghina kerjaya Anggota Tentera Malaysia yang disifatkan hanya tahu makan dan tidur sahaja Untuk pengetahuan dan sedikit info kepada masyarakat anggota tentera banyak terlibat dalam memberi sumbangan...
Yang Hina Atm Ahli Perniagaan Yang Disalahkan Mat Sabu Netizen Pula

Yang Hina Atm Ahli Perniagaan Yang Disalahkan Mat Sabu Netizen Pula

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 433 hits
Yang menghina tentera ahli perniagaan Yang disalahkan Mat Sabu netizens Pelik bin ajaib MalaysiaKini melapor Beliau turut mengkritik sikap netizen yang hanya melenting apabila kritikan terhadap anggota ATM dibuat seorang jutawan bukan Melay...
Gesa Ahli Perniagaan Disiasat Di Bawah Akta Atm

Gesa Ahli Perniagaan Disiasat Di Bawah Akta Atm

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 409 hits
KANGAR Tindakan ahli perniagaan Koon Yew Yin mengeluarkan kenyataan memperlekehkan pengorbanan anggota tentera di negara ini perlu disiasat mengikut Akta Angkatan Tentera Malaysia Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen ...
Saya Panik Tak Nak Bf Tahu Remaja Campak Bayinya Dari Tingkat 3 Selepas Tuang Racun Dalam Mulut Mangsa

Saya Panik Tak Nak Bf Tahu Remaja Campak Bayinya Dari Tingkat 3 Selepas Tuang Racun Dalam Mulut Mangsa

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 341 hits
The ReporterAlangkah kejamnya seorang ibu apabila dia tergamak meracun bayi perempuannya sendiri sebelum dicampak keluar dari tingkat tiga kediamannya tepat ke tempat pembuangan sampah Video dari kamera litar tertutup menunjukkan mangsa yan...
Selepas 63 Tahun Merdeka Adakah Askar Kita Hanya Makan Tidur

Selepas 63 Tahun Merdeka Adakah Askar Kita Hanya Makan Tidur

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 453 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelajar Perempuan Hilang Dari Asrama Ibu Rayu Rakaman Dashcam Orang Ramai Cari Anak

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya